The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60363738, 2021-09-21 19:59:55

Adab di masjid dan surau NOTA penuh

Adab di masjid dan surau NOTA penuh

ADAB DI MASJID DAN
DISURAU

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 4

PENDAHULUAN

• Masjid merupakan institusi yang penting dalam membangunkan

masyarakat. Peranan masjid termasuklah sebagai agen untuk
menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan
mereka.

• Masjid yang benar-benar berfungsi sebagai tempat menunaikan

ibadat,ianya juga banyak memberi faedah dan manfaat kepada
masyarakat di sekitarnya seperti dalam aspek pembentukan
kerohanian, keilmuan dan juga sebagai pusat rujukan dan
khidmat kepada masyarakat.

• Bahkan fungsi masjid boleh dikembangkan sehingga kepada

pembudayaan ekonomi dan sosial yang baik disisi agama islam.



ADAB-ADAB DI MASJID DAN
DISURAU

A) ADAB KETIKA MASUK :
1. Membuka kasut.
2. Masuk dengan kaki kanan.
3. Membaca doa masuk masjid.
4. Memberi salam bagi jemaah berhampiran.
#DOA MASUK MASJID :

‫ََاَللَّ ُه َّم اْفتَ ْح ِلي أَ ْب َوا َب َر ْح َمتِ َك‬

(Ya Allah ! Bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)

DOA MASUK MASJID

ADAB-ADAB DI MASJID DAN
DISURAU

B) ADAB KETIKA DI DALAM MASJID @ SURAU
1. Berniat iktikaf ketika masuk dalam masjid
2. Menunaikan solat sunat Tahiyyatul masjid
3. Duduk mengadap kiblat.
4. Membaca al-Quran dengan suara perlahan
5. Sentiasa berzikir kepada Allah, beristighfar, berselawat dan

berdoa.
6. Melakukan banyak amal ibadah.
7. Tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah.
8. Menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Niat iktikaf di dalam masjid

Maksudnya: Sahaja aku beriktikaf di dalam
masjid ini sunat kerana ALLAH taala

Lafaz Niat Solat Sunat Tahiyatul
Masjid

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tahiyatul
masjid 2 rakaat kerana Allah Taala

ADAB-ADAB DI MASJID DAN
DISURAU

C) ADAB KETIKA KELUAR DARI MASJID :

1. Kemas dan simpan barang yang digunakan.

2. Bersalaman dengan jemaah yang ada.

3. Keluar dengan tenang dan tidak berebut.

4. Mendahului kaki kiri ketika melangkah keluar

5. Membaca doa keluar masjid.

• DOA KELUAR MASJID :

.‫اَللَّ ُه َّم ِإ ِني أَ ْسأَلُ َك ِمن فَ ْض ِل َك‬

DOA KELUAR MASJID

Allaahumma inni asaluka min fadlik
Maksudnya : Ya Allah,
sesungguhnya
aku memohon kebaikan
daripada-Mu

PERKARA TIDAK BERADAB
SEMASA DI DALAM MASJID

1. Bergurau senda. 2. Berbual kosong.

3. Berjual beli. 4. Tidur.

5. Berswafoto. 6. Berbuat bising.

7. Ganggu Jemaah lain. 8. melintas orang sedang
solat.

9. Berlari lari dalam masjid. 10. Makan dan minum.

Dilarang berlari-lari @ bermain
di dalam masjid@surau

KELEBIHAN MENJAGA ADAB-
ADAB DI MASJID DAN DI
SURAU

1. Akan diampunkan dosa.
2. Akan dirahmati oleh Allah.

3. Lahir suasana tenang dan harmoni.

4. Akan dipandang mulia.
5. Martabat masjid dan surau terpelihara.

6. Umat Islam akan dihormati.

AKIBAT TIDAK BERADAB DI
MASJID ATAU DI SURAU

1. Mendapat kemurkaan Allah.
2. Menjatuhkan maruah umat Islam.
3. Terhindar dari rahmat Allah.
4. Masyarakat berpecah belah.
5. Menjatuhkan imej Islam.
6. Dakwah Islam tidak akan berkembang.
7. Institusi Masjid akan dipandang rendah dan hina.

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version