Cikgu dg Masrah Cikgu dgMasrah Soalan 1 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utamadancara watak utama mengatasi cabaran tersebut. [6markah] Novel Di Sebalik Dinara Novel yang telah saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh Farisha ialah cabaran membangunkan syarikat bersama-sama dengan Rosman sehingga mendapat satu projek daripada Soft Lab yang bernilai 1.5 juta. Tugasanitudiberikan kepadanya kerana kejayaan Farisha yang dapat melepasi sistem keselamatan Bank Sapurbadanmengambil masa hanya sepuluh minit untuk menggodam pelayan data di Nusajaya. Farisha mengatasi cabaran tersebut dengan berusaha memikul tanggungjawab sedaya upaya dan berusaha mengatasi masalahyang berlaku dalam Sistem Dinara. Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh Farisha ialah apabila Azraai memberitahu bahawa Farishadiburu oleh ibu kandungnya dan keselamatannya sedang terancam. Azraai segera membawa Farisha keluardari hospital untuk menyembunyikan Farisha, tetapi Farisha telah dilarikan oleh dua orang lelaki semasamereka berhenti rehat di Hentian Pagoh. Farisaha mengatasi cabaran tersebut dengan berusaha melawankedua-dua penculik namun gagal. Namun, akhirnya dia bertemu dengan individu di sebalik penculikan, iaituibunya Medina dan mendapat tahu status Karl sebagai ayah kandungnya. Silir Daksina Novel yang telah saya pelajari ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh Haiqal ialah sejak kecil dia tidak pernah berjumpa denganayah kandungnya. Malah Ketika berusia 12 tahun, bapanya meninggal dunia, Umi tidak membenarkan Haiqal menziarahi ayahnya atas alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal menghadapi cabaran tersebut denganbertekad untuk menjejaki susur galur ayahnya suatu hari nanti. Cabaran Seterusnya ialah semasa Haiqal menerima sebuah manuskrip daripada seorang gadisberbangsa Cina. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnyadi Batu Pahat. Namun demikian, Umi tidak bersetuju dengan permintaan Haiqal dan mengancamtidakakanmemberikan wang kepada Haiqal. Walaupun mengadapi cabaran tersebut,Haiqal tetap nekaduntukmenjejaki sejarah kehidupan ayahnya dan balik ke kampung Seri Purnama dengan bantuan Walid.
Cikgu dg Masrah Cikgu dgMasrah Soalan 2 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,huraikan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. [6markah] Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Novel yang telah saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca ialah peristiwa Azraai membawa Farisha keluar dari hospital walaupun kesihatan Farisha belum pulih sepenuhnya. Azraai sangat bimbang apabila mengetahui Farisha telah berkomunikasi dengan ibunya yang pernah melakukan cubaan membunuh Farisha 26tahundahulu. Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana tindakan seorang abang angkat yang sentiasa berusahauntuk menjaga keselamatan adik angkatnya yang dianggap sebagai adik kandung walaupun terpaksamembahayakan dirinya. Selain itu, peristiwa Medina telah mengkhianati Karl dengan memusnahkan sistemDinara ciptaanKarl demi menyelamatkan Farisha yang dijadikan bahan uji kaji. Medina sanggup memusnahkan kerjayasendiri untuk menyelamatkan anaknya. Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana seorang ibu sanggupmenempuh pelbagai cabaran dan dugaan demi menyelamatkan anak kandungnya daripada menjadi mangsakezaliman bapa kandungnya sendiri. Novel Silir Daksina karya Nizar Parman Novel yang telah saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca ialah peristiwa Rafiqah, Walid dan Siti Aisyahdatangmenonton persembahan kesenian di Kampung Sri Purnama. Persembahan zapin jincat yang diadakanolehHaiqal bersama-sama See Hwa mendapat sambutan dan pujian daripada tetamu kehormat dan orang ramai. Kedatangan keluarga Haiqal memberikan semangat kepadanya. Peristiwa ini menyentuh perasaan keranaibuHaiqal sudah mula menyokong cita-cita Haiqal dalam bidang seni dan hubungan mereka semakin akrab. Selain itu, peristiwa Haiqal datang ke Kampung Sri Purnama untuk menjejak warisan AbdullahKayan. Walaupun dihalang oleh ibunya, Haiqal tetap pergi ke Batu Pahat untuk menjejaki kehidupan arwahayahnya. Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana usaha gigih seorang anak kandung demi mencari kebenaran susur galur diri dan keluarganya.
Cikgu dg Masrah Cikgu dgMasrah Soalan 3 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalantanggungjawab yang terdapat dalam novel. [6markah] Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Novel yang telah saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tanggungjawab dalam novel ini ialah peristiwa Azraai bertanggungjawab apabila menjaga keselamatan Farisha supaya tidak berlaku sebarang kejadian yangtidakdiingini dengan memasang ‘Retinal Scanner’ di rumah Farisha yang bersambung dengan telefon bimbitnya. Peristiwa ini menggambarkan persoalan tanggungjawab abang terhadap adik. Selain itu, peristiwa Aqram berusaha menjejaki Farisha atas arahan Karl. Aqrammengekori Farisha dari Lapangan Terbang Senai sehinggalah sampai di Kuala Lumpur. Aqram mengambil cawanyangdigunakan oleh Farisha untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha benar-benar orang yang dicari oleh Karl. Peristiwa ini menggambarkan persoalan tanggungjawab pekerja terhadap ketua ataupunmajikan. Novl Silir Daksina karya Nizar Parman Novel yang telah saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tanggungjawab dalam novel ini ialah peristiwa CikguAmirulnizam menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru apabila dia melatih Ai Ling yang berminat denganpuisi untuk menyertai pertandingan mendeklamasikan sajak sehingga menang tempat pertama. Peristiwaini menggambarkan persoalan tanggungjawab seorang guru terhadap anak murid. Selain itu, peristiwa Bidin dan Salleh menjalankan tanggungjawab mereka apabila mereka menjagakebun kelapa sawit arwah ayah Haiqal dengan baik. Peristiwa ini menggambarkan persoalan tanggungjawabpekerja terhadap ketua/majikan.
Cikgu dg Masrah Cikgu dgMasrah Soalan 4 Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yangmenimbulkan keinsafan kepada pembaca. [6markah] Novel yang telah saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor dan Silir Daksina karya NizarParman.Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialahperistiwa Azraai memasang retinal Scanner pada pintu rumah adik angkatnya Farisha untuk melindungi keselamatan Farisha. Peristiwa ini boleh menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah sentiasamelindungi keselamatan orang yang kita sayangi. Manakala peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Silir Daksina ialahperistiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal yang terpisah daripadanya sejakkecil sebagai bukti kerinduan dan kasih sayang kepada anaknya itu. Peristiwa ini menimbulkan keinsafankepada pembaca kerana kita mestilah menyayangi ahli keluarga dalam apa-apa jua keadaan. Soalan 5 Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yangmemberi pengajaran kepada pembaca. [6markah] Novel yang telah saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor dan Silir Daksina karya NizarParman.Peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialahperistiwa Azraai memasang retinal Scanner pada pintu rumah adik angkatnya Farisha untuk melindungi keselamatan Farisha. Peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran kerana kita hendaklah sentiasa melindungi keselamatan orang yang kita sayangi. Manakala, peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca dalam novel Silir Daksinaialah peristiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal yang terpisah daripadanyasejak kecil sebagai bukti kerinduan dan kasih sayang kepada anaknya. Peristiwa ini boleh dijadikanpengajaran kepada pembaca kerana kita mestilah menyayangi ahli keluarga dalam apa-apa jua keadaan.
Cikgu dg Masrah Cikgu dgMasrah Soalan 6 Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,huraikan peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepadapembaca dalam novel tersebut. [6markah] Novel yang telah saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor dan Silir Daksina karya NizarParman.Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialahperistiwa Farisha bertemu dengan ayah kandungnya,Karl yang semakin tenat dan menghembuskan nafasterakhir tepat pada pukul 7:00 malam. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca keranapertemuan Farisha dengan bapa kandungnya juga merupakan pertemuan yang pertama dan yang terakhir. Manakala, peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca melalui novel SilirDaksina ialah peristiwa Haiqal tidak dibenarkan ibunya,untuk melihat jenazah arwah ayahnya di KampungSeri Purnama buat kali terakhir. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya itu,sehinggalah bapanya meninggal dunia. Soalan 7 Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menimbulkan perasaan kagumkepadapembaca. [6markah] Novel yang telah saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor dan Silir Daksina karya NizarParman.Peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum kepada pembaca melalui novel Di Sebalik Dinara ialahperistiwa Azraai, abang Farisha yang memasang retinal scanner pada pintu apartmen Farisha ekorankeadaan keselamatan Farisha yang membimbangkan. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagumkeranajelas menggambarkan sikap Azraai yang sangat menyayangi adiknya dan prihatin terhadap keselamatanFarisha.Manakala, peristiwa yang menimbulkan perasan kagum kepada pembaca ialah peristiwa Haiqal bertekad menjejaki kehidupan lampau ayahnya di Kampong Seri Purnama walaupun ditentang olehibunya. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana jelas menggambarkan watak Haikal yang sangatmenyayangi ayah kandungnya yang telah meninggal dunia dengan mengambil risiko pergi ke Johor Baharuseorang diri..