The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kimyang_kim80, 2019-12-12 09:53:16

MINIT MESYUARAT GURU KALI 1-2019

MINIT MESYUARAT GURU KALI 1/ 2019



Bil. Mesyuarat : 1/2019


Tarikh : 26 Dec 2018

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Bilik Gerakan SKKPP

Kehadiran : Seperti lampiran

Tidak Hadir : Puan Fatin Najjia bt Zaharrudin (ke hospital)


En MohdIzani b Md Noor (ke hospital)



AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI / PUAN FAZILLAH BT DIN / GURU BESAR

1.1 Terima Kasih diucapkan kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat guru kali pertama bagi sesi
persekolahan 2019. Diharapkan untuk sesi persekolahan 2019, sama-samalah kita memuhasabah diri
demi kecemerlangan anak-anak didik SK Kg Pasir Puteh.

1.2 Seterusnya saya mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baharu yang telah melapor diri
untuk menjadi sebahagian tenaga pengajar di SK Kg Pasir Puteh dan berharap semoga dapat
menyesuaikan diri.

1.3 Semua guru perlu bersedia dengan Buku Rancangan Mengajar atau file rancangan mengajar,
jadual waktu mengajar, Rancangan Pelajaran Tahunan yang lengkap semasa hari pertama sesi
persekolahan iaitu pada 2 Januari 2019 kerana kemungkinan akan ada Pegawai dari JPN Perak atau
PPD akan datang membuat pemantauan.

1.4 Susun atur kelas untuk sesi persekolahan 2019 mestilah bercirikan susun atur kelas abad ke 21
yang membolehkan murid-murid terlibat secara aktif dengan PdP yang berlangsung. Di samping itu
juga PdP guru juga perlu bercirikan pembelajaran abad ke 21. Untuk prasekolah, saya ucapkan
terima kasih kepada Pn Suriati dan Pn Fazida kerana telah berusaha ke arah mengujudkan kelas
bercirikan ‘flipped classroom’.

Makluman : semua guru




MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT GURU KALI 3/ 2018

2.1 Puan Suriati membentangkan minit mesyuarat guru kali ke 3/ 2018. Ustaz Yusbajuri
mencadangkan agar minit mesyuarat guru kali 3/2018 disahkan dan disokong oleh En Muhammad
Sopian. Tiada perkara berbengkit.


Makluman : semua guru

AGENDA 3 : PERINCIAN TAKWIM 2019

3.1 Sesi persekolahan penggal 1 bermula 2 Januari hingga 24 Mei 2019. Cuti pertengahan penggal 1
pada 23 hingga 31 Mac 2019. Cuti pertengahan tahun bermula 25 Mei hingga 9 Jun 2019.

3.2 Sesi persekolahan penggal 2 bermula 10 Jun hingga 22 November 2019. Cuti pertengahan
penggal 2 pada 10 Ogos hingga 18 Ogos. Cuti akhir tahun bermula 23 November 2019.

3.3 Cuti tambahan Hari Raya Aidil Fitri pada 10 Jun 2019 (Isnin) dan cuti tambahan hari Deepavali
pada 29 Oktober 2019 (Selasa).

Makluman : semua guru

AGENDA 4 : TUGAS-TUGAS GURU BERTUGAS


4.1 Guru-guru diminta merujuk Buku Takwim dan Panduan Tugas 2019 untuk senarai tugasan guru
bagi sesi persekolahan 2019. Semua guru yang bertugas supaya datang awal untuk bertugas
mengikut jadual yang ditetapkan. Ketua guru bertugas mingguan pula perlu peka dengan giliran
tugasan dan perlu membahagikan tugasan antara kumpulan.

4.2 Guru bertugas mingguan juga diingatkan supaya memberi ucapan yang boleh memotivasikan
murid semasa bertugas pada waktu pagi dan elakkan memarahi murid. Selagi manual untuk nilai-
nilai murni belum sampai dipohon kepada semua Ketua Guru Bertugas mingguan untuk bersedia
dengan bahan mengikut tajuk yang diberi diberi. Ketua Guru Bertugas juga perlu membuat handout
tentang tajuk yang akan dikupas isinya di dalam perhimpunan untuk dimasukkan di dalam fail khas
yang disediakan oleh Penyelaras Perhimpunan Rasmi.

Makluman : semua guru

AGENDA 5 : TANGGUNG JAWAB GURU DAN STAF SOKONGAN


5.1 KEDATANGAN. Semua guru dikehendaki berada di sekolah 10 minit sebelum loceng pertama
dibunyikan pada hari-hari persekolahan. Guru / staf sokongan dikehendaki PUNCH kehadiran dan
sebaik sahaja cikgu sampai ke sekolah tanpa mewakili orang lain. Guru / staf sokongan yang datang
lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar untuk mengelakkan salah sangka. Waktu Balik juga
harus di PUNCH. Pastikan murid-murid balik dahulu daripada guru. Semua urusan peribadi guru /
staf hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. Waktu
bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang
berkuatkuasa.

5.2 SEMASA MENGAJAR. Guru perlu masuk ke kelas tepat pada masanya untuk mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku kepada murid. Semasa mengajar guru hendaklah pastikan semua


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

murid menumpukan perhatian mereka. Semasa murid membuat latihan cikgu dikehendaki
membantu murid yang lemah. Guru tidak dibenarkan mengajar sambil duduk. Guru juga tidak
dibenarkan meninggalkan kelas (Melainkan dengan kebenaran Guru Besar dan ada penggantinya).
Kerja-kerja kelas tidak boleh diganggu dalam sebarang keadaan.

5.3 TIDAK HADIR BERTUGAS. Guru / staf sokongan hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat
mungkin sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa dating lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang
munasabah.

5.4 CUTI.

5.4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP)
0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru besar tidak melebihi
separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada
mengajar biasa.

5.4.2 Cuti Rehat Khas (CRK) Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977
diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender; dan Cuti Rehat
Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk
dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. Cuti ini
layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.Kelulusan diberikan
oleh Guru besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh
perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C )

5.4.3 Cuti Sakit. Sijil Sakit yang dikeluar oleh doktor swasta melebihi 15 hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor
swasta tidak boleh melebihi 180 hari dalam setahun. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama
ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran.

5.4.4 Cuti Keluar Negara. Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan dari JPN
selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

5.4.5 Cuti Khas – Isteri bersalin Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada
anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am.
Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertaluk kepada kepentingan perkhidmatan

5.4.6 Cuti tanpa rekod. Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih
masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan
pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan
ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

5.4.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat. Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli
keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah:




MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung da ibu/bapa mertua. Pengiraan cuti termasuk
hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertaluk kepada kepentingan perkhidmatan.

5.4.8 Cuti Tanpa Gaji. Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak. Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh
diberi selepas habis semua cuti rehatnya. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap
tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri
hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14
hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan handaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran
Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

Makluman : semua guru

5.5 KELUAR KAWASAN SEKOLAH. Pada waktu persekolahan atau waktu kerja guru dan staf
sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang
tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran
Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru besar/Penolong
Kanan.Guru dikehendaki mencatat pergerakan keluar dalam buku yang disediakan di pejabat dan
dapatkan tandatangan Guru besar / Penolong Kanan. Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk
pelajar sebelum meninggalkan sekolah. Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar
daripada Guru besar atau wakilnya dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan
sebagai tanda kebenaran. Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan
masuk semula

5.6 PAKAIAN. Oleh kerana guru-guru adalah contoh (role model) maka pakaian haruslah kemas dan
sesuai. Elakkan memakai baju-T, seluar Jeans, sandal dan pakaian yang ‘grovy’ lagi singkat ke
sekolah. Pastikan cikgu memakai pakaian yang sesuai semasa mengajar PJK. Pada hari Khamis pula
Pakaian Batik adalah diwajibkan. Batik Indonesia dan batik berlengan pendek tidak dibenarkan.

5.7 TUGAS KOKURUKULUM. Guru hendaklah menjalankan tugas-tugas Kokurikulum yang diberi
kepada cikgu dengan sempurna. Sekiranya cikgu menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas
tersebut, cikgu bolehlah mencari penggantinya dengan syarat perkara tersebut telah dibincangkan
dan dipersetujui oleh kedua pihak. Kemudian, sila datang berjumpa pihak pentadbir untuk
memaklumkannya. Aktiviti yang telah dirancang hendaklah dijalankan dengan pengawasan guru.
Oleh kerana aktiviti Kokurikulum adalah sebahagian daripada pentadbiran dan kerja-kerja sekolah,
maka kedatangan adalah WAJIB. Keselamatan murid semasa kegiatan Kokurikulum adalah
TANGGUNGJAWAB guru yang bertugas.

5.8 DISIPLIN MURID. Disiplin murid-murid sekolah ini bukanlah tanggungjawab guru disiplin semata-
mata, tetapi adalah tanggungjawab semua guru. Pastikan Disiplin kelas terkawal sebelum
menyampaikan pengajaran. Murid-murid hanya dibenarkan keluar setelah mendapat kebenaran
keluar dari guru yang mengajar dengan memakai ‘PAS KELUAR’ Murid-murid yang didapati merayau
hendaklah ditegur dan diambil tindakan segera. Sebarang kes pelanggaran peraturan disiplin yang
serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin yang kemudiannya akan melaporkan kepada
Pen.Kanan HEM dan seterusnya kepada Guru Besar. Cikgu dilarang mendera murid dengan
perkataan atau perbuatan. (Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1959 dan tahun-tahun kemudian).


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

5.9 PANITIASetiap guru adalah menjadi ahli kepada panitia matapelajaran yang diajarnya. (Rujuk
Takwim)

5.10 BAYARAN TAMBAHAN. Guru-guru kelas sila pastikan setiap murid dapat menjelaskan semua
BAYARAN TAMBAHAN seperti yang telah ditetapkan pada awal tahun persekolahan. Cikgu-cikgu
tidak dibenarkan menyimpan kutipan yuran persekolahan. Resit mesti dikeluarkan bagi setiap
pembayaran.

5.11 GURU BERTUGAS HARIAN. Guru yang bertugas pada hari-hari tertentu diharap dapat
menjalankan tugas. Guru perlu membantu mengawal disiplin sebelum loceng pertama dan semasa
rehat. Guru harus memastikan kawasan sekolah teratur dan bersih (boleh meminta bantuan
daripada pekerja sekolah.) Guru perlu mengambil tindakan sekiranya ada murid sakit atau tercedera
dengan menghantarnya ke klinik atau hospital. Guru bertugas juga perlu membuat pengumuman
(jika perlu) Selain itu, guru bertugas perlu menulis Laporan Harian ke dalam Buku Laporan Bertugas
dan menyerahkan ke pihak pentadbir sekolah untuk semakan, tindakan dan tandatangan.

Guru bertugas juga perlu menjalankan majlis perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas dari awal
hingga akhir dengan mempastikan segala persiapan dan kelengkapan seperti pembesar suara dan
kerusi guru berada dalam keadaan teratur dan berfungsi.

5.12TUGAS GURU GANTI. Bagi guru-guru yang diatur menggantikan guru-guru yang bercuti kerana
sakit dan berkursus, sila pastikan cikgu pergi ke kels berkenaan dan memberikan pengajaran atau
kerja yang sesuai. Jangan biarkan kelas tanpa guru di dalamnya

5.13 BUKU REKOD MENGAJAR. Buku Rekod mengajar hendaklah dilengkapkan dan dibawa bersama
ke kelas tempat mengajar. Serahkan buku ke pejabat pada hari akhir setiap minggu persekolahan,
Buku ini boleh diambil semula pada hari pertama minggu berikutnya. Cikgu tidak dibenarkan
menyuruh murid menghantarnya ke pejabat. Sila pastikan semua maklumat di dalam buku ringkasan
di isi dengan lengkap kerana Buku Ringkasan adalah bukti SKT bagi penilaian prestasi pada setiap
hujung tahun.

5.14 JADUAL KEDATANGAN. Buku jadual kedatangan hendaklah ditanda oleh guru-guru kelas pada
setiap hari persekolahan. Buku ini hendaklah diserahkan ke Pejabat sebelum jan 8.30 pagi untuk
tujuan mengisi data kehadiran murid secara online. Buku ini hendaklah ditutup pengiraannya pada
hujung tiap-tiap bulan. Guru kelas hendaklah menghantar surat kepada penjaga/Ibu/ Bapa murid
sekiranya ada murid yang tidak hadir TIGA hari berturut-turut tanpa sebarang sebab. DILARANG
sama sekali murid-murid mencatat atau menulis pada buku Jadual kedatangan ini.

5.15 SURAT SIARAN. Guru-guru yang menerima surat dari Jabatan atau PPD dan sebagainya melalui
sekolah, sila tandatangani akuan penerimaan di dalam buku surat masuk dan ambil tindakan dengan
segera. Setelah tindakan diambil surat berkenaan hendaklah dikembalikan ke pejabat untuk
difailkan melainkan surat berkenaan sememangnya untuk cikgu. Setiap surat rasmi yang dihantar
keluar oleh cikgu hendaklah melalui Guru Besar

5.16 MAJLIS RASMI. Guru-guru dikehendaki hadir di majlis sekolah (Hari Sukan, Hari Perayaan
sekolah, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Dalaman dan lain-lain lagi)
Sekiranya cikgu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, sila berhubung dengan Guru Besar
kemudian memaklumkan kepada penyelaras aktiviti/program.


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

5.17 PEJABAT. Guru-guru adalah dilarang berbual-bual dan mengganggu kakitangan pejabat tanpa
urusan rasmi

5.18 MENGAJAR LUAR. Jika cikgu menjalankan ‘tuition’ di luar waktu persekolahan, cikgu
dikehendaki mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran melalui Guru Besar.


5.19 ARAHAN GURU BESAR.Apabila diarahkan / ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu
arahan/tugas/projek atau lain-lain. Sebagai contohnya: mewakili Guru Besar dalam mesyuarat, cikgu
tidak boleh mewakilkan atau mengarahkan orang lain pula untuk melaksanakanya tanpa
pengetahuan Guru Besar. Jika tugas / arahan itu terpaksa juga dijalankan oleh orang lain atas
persetujuan sesama sendiri, hal ini mestilah dimaklumkan kepada Guru besar secara bertulis

5.20 BUKU STOK/KAD INVENTORI-KEW PA. Guru yang menjaga buku stok/kad Inventori hendaklah
sentiasa mengemaskini maklumat masa ke semasa dan dapatkan maklumat dari Pembantu Tadbir.


5.21 RAHSIA SEKOLAH. Adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah atau membuat
kenyataan akhbar mengenai sekolah kepada mana-mana media.

5.22 BERJUMPA ORANG LUAR. Orang luar yang ingin berjumpa dengan cikgu semasa waktu
persekolahan hendaklah mendapat kebenaran pihak pentadbir terlebih dahulu.


5.23 BUKU LATIHAN. Buku rampaian / latihan murid hendaklah diperiksa oleh guru. Buku-buku ini
akan disemak oleh pentadbir mengikut jadual semakan buku. Tujuk takwim.

Makluman : semua guru

AGENDA 6 : PERSIAPAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

6.1 PERHIMPUNAN PAGI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN. Perhimpunan rasmi hari pertama
persekolahan dijalankan dalam tempoh masa seperti yang dijadualkan. (spi bilangan 4 tahun 1984)
Murid terus ke kelas untuk memulakan pembelajaran selepas selesai perhimpunan. Semua
pengawas sekolah perlu berada di dalam kelas mengikuti pdpc selepas perhimpunan.

6.2 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN. Guru diminta memastikan
pdp berjalan sepenuhnya di hari pertama persekolahan. Hari pertama bukan hari untuk mengagih
buku teks, bukan hari agih murid ikut kelas, bukan hari perhimpunan khas dan bukan hari bersih
kelas. Guru tidak dibenarkan keluar sekolah di minggu pertama persekolahan tahun 2018.

6.2 KECERIAN SEKOLAH. Keseluruhan sekolah perlu bersih dan ceria untuk sesi persekolahan tahun
2019.

6.4 1 MURID, 1 KERUSI, 1 MEJA, 1 SET BUKU TEKS. Semua kerusi, meja dan buku teks perlu
mencukupi untuk keperluan setiap murid sebelum sesi persekolahan tahun 2019.

6.5 KANTIN. Hari pertama kantin mesti bersedia beroperasi. Menu jualan perlu dipamerkan serta
mengikut spesifikasi harga yang diluluskan. Tahap kebersihan dan kekemasan perlu dipantau, serta
mempunyai tong sampah bertutup. Penyediaan RMT dipantau penyediaannya : kebersihan -
kuantiti dan juga penjadualan





MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

7.1 ADUAN YANG DITERIMA OLEH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA. Data di bawah
menunjukkan bilangan aduan yang diterima.

6.6BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR DAN BUKU JADUAL KEDATANGAN. Bekalan buku persediaan
mengajar dan buku jadual kedatangan murid perlu diagihkan. Tempoh untuk dilengkapkan semua
butiran adalah 2 minggu.

Makluman : semua guru

AGENDA 7 : PENGURUSAN ADUAN.


Data di bawah menunjukkan aduan-aduan yang diterima oleh PPD.

BIL (2018) ADUAN PERATUS PERBANDINGAN CATATAN
(2017) PENINGKATAN KES
BULAN

1. Januari 1 4.35 2

2. Februari 2 8.70 2

3. Mac 4 17.39 2
PENINGKATAN 8 KES
4. April 1 4.35 1

5. Mei 3 13.04 2

6. Jun 1 4.34 1
7. Julai 2 8.70 1

8. Ogos 4 17.39 1

9. September 2 8.70 0
10. Oktober 0 0.00 1

11. November 3 13.04 2

JUMLAH 23 100.00 15



7.2 SUMBER ADUAN. Sumber aduan yang diterima adalah seperi berikut :

BIL SUMBER ADUAN ADUAN PERATUS

1. Pejabat KPPM 1 4.35


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
2. 2 8.70
Malaysia (SPRM)


3. Orang Awam 2 8.70

4. Ibu Bapa 9 39.13





MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

5. Guru 8 34.78

6. NGO/ Agensi Bukan Kerajaan 1 4.35


JUMLAH 23 100.00



7.3 SALURAN ADUAN. Saluran aduan yang diterima adalah seperti berikut :

BIL SALURAN ADUAN ADUAN PERATUS

1. Surat Rasmi 9 39.13


2. Surat layang1 3 56.52

3 Media 1 4.35

JUMLAH 231 100.00



7.4 KATEGORI ADUAN. Aduan yang diterima dikategorikan seperti berikut :


BIL KATEGORI ADUAN PERATUS
1. Tindakan Tidak Adil 3 13.04

2. Salah Guna Kuasa/ Penyelewengan 5 21.74

3. Salah Laku Anggota Awam 8 34.78

4. Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan 2 8.70

5. Kegagalan Penguatkuasaan 3 13.04

6. Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan 2 8.70

JUMLAH 23 100.00



7.5 RUMUSAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN.

7.5.1 Pihak kepimpinan sekolah dan guru-guru hendaklah menitkberatkan amalan budaya kerja
sepertimana yang ditetapkan dalam : (a) Tatasusila Profesion Perguruan. (b) Perkara-perkara
Tatakelakuan Pegawai Perhidmatan Awam.

7.5 2 Memberi peringatan kepada semua guru dan kakitangan sekolah supaya tidak ‘memberi ruang’
kepada komuniti untuk membuat aduan.

7.5.3 Mengaktifkan penggunaan PETI ADUAN di sekolah.

7.5.4 Memastikan pengurusan kerja atau program yang melibatkan kewangan dikendalikan
mengikut prosedur yang ditetapkan.


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

7.5.5 Semua guru mestilah sentiasa mematuhi arahan dan Peraturan yang terkandung dalam
PEKELILING PERBENDAHARAAN, PEKELILING AM dan SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS seperti :

a. SPI Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.


b. SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar atau Waktu Luang (Free Period) oleh Guru-
guru.

c. SPI Bil. 4/1996 Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di Sekolah.

d. SPI Bil. 18/1998 Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan

e. SPI Bil. 7/2003 Kuasa Guru Merotan Murid.

f. SPI Bil.12/2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah kepada Murid

g. SPI Bil. 3/2017 Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru dan Murid

7.5.6Rekod kesalahan murid secara online (SSDM) atau offline hendaklah sentiasa dikemaskini dari
semasa ke semasa untuk tujuan rujukan dan tindakan susulan. Proses Kaunseling perlu dilaksanakan
secara berkesan bagi menangani masalah disipilin dan isu ketidakhadiran murid ke sekolah.


Makluman : semua guru

AGENDA 8 : LAWATAN KE LUAR NEGARA

8.1 Urusan kelulusan ke luar negara dipindahkan ke PPD. Punca Kuasa Surat dari Kementerian, Ruj.
KPM.100-2/5/7 JLD. 251 (90) bertarikh 9 Februari 2018 : Pindaan Surat Perwakilan Kuasa Ketua
Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Meluluskan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar
Negara Atas Urusan Persendirian ke PPD.

8.2 PPD Kinta Utara menerima sebanyak 3,150 permohonan mulai dari 25 Jun 2018 - 10 Disember
2018.

8.3 Syarat-syarat kelulusan Permohonan Kelulusan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian.

8.3.1 Permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya satu (1) bulan lebih awal dan tidak lebih dari
tempoh enam (6) bulan dari tarikh perjalanan. (Ruj. KPM.100-2/5/7 JLD. 251 (90) bertarikh 9
Februari 2018)

8.3.2 Dokumen sokongan cuti (sekiranya dalam tempoh bekerja /persekolahan) iaitu Kad Cuti /
Borang Kelulusan Cuti dari Ketua Jabatan dikepilkan.

8.3.3 Jadual penerbangan rasmi dikepilkan sekiranya menggunakan kemudahan Cuti Umrah / Cuti
Haji.

8.3.4 Sijil Insurans dikepilkan bersama seandainya perjalanan bukan merupakan kali pertama untuk
tahun tersebut atau perjalanan melebihi dari satu negara dalam tempoh permohonan kelulusan.
(PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.6/2015)


8.3.5 Borang permohonan dicetak dalam 3 salinan ;PPD, sekolah / jabatan dan simpanan pegawai.


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

8.3.6 Borang permohonan WAJIB ditandatangan oleh PENGETUA atau GURU BESAR sahaja sebelum
dihantar ke PPD menggunakan borang dan senarai semak yang terkini.

8.3.7 Pegawai awam tidak dibenarkan mengunjungi mana-mana negara yang dilarang oleh Kerajaan
Malaysia kecuali dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia (SURAT
PEKELILING AM Bil.3 Tahun 2012)

8.3.8 Keberadaan Pengetua dan Guru Besar di sekolah sepanjang tempoh peperiksaan awam adalah
WAJIB (Surat Siaran JPNPk.SPPP.SPM.600-7/4/1(19) bertarikh 05 November 2018)

8.3.9 Permohonan lawatan ke luar negara pada awal persekolahan tidak akan diluluskan.


Makluman : semua guru

AGENDA 9 : LAWATAN SEKOLAH

9.1 Permohonan lawatan akan ditolak sekiranya : (i)LEWAT DITERIMA - Permohonan hendaklah
dikemukakan tidak kurang dari 5 minggu dari tarikh lawatan (kecuali lawatan khas/atas jawatan).
Tarikh cap tanda terima permohonan di PPD akan dirujuk. (ii) (SPI Bil.5/2007 - Garis Panduan
Lawatan Murid - Lampiran A sebelum aktiviti 1 (f)).

AGENDA 10 : KEBERADAAN GURU

10.1 Kehadiran Guru. Guru hadir dan menanda kedatangan di sekolah mengikut waktu
persekolahan DAN / ATAU guru yang menghadiri tugasan rasmi luar seperti mesyuarat / kursus /
sukan / kokurikulum.

10.2 Keberadaan Guru : Guru berada di premis sekolah tidak kurang daripada 4 jam. Guru
melaksanakan PdPc atau bersama-sama dengan murid di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Selain itu, tugas-tugas seperti semakan buku, kertas ujian, tugas-tugas lain berkaitan PdPc,
pengurusan bilik darjah dan tugas profesional juga dikira sebagai guru berada di sekolah.

10.3 Kategori Guru Tidak Berada di sekolah adalah seperti berikut :

a. Guru sakit / kecemasan / urusan peribadi


b. Keberadaan Guru : Guru berada di premis sekolah kurang daripada 4 jam.

10.4 Guru tersebut akan ditandakan sebagai tidak berada di sekolah mengikut alasan sama seperti
pada Sub Modul Keberadaan Guru (SMKG).

10.5 Guru yang berkursus / cuti sakit / cuti bersalin atau lain-lain yang dibenarkan dan mempunyai
guru ganti lantikan PPD, ditandakan guru berada di dalam SMKG bagi tujuan pengiraan peratus
keseluruhan guru di sesebuah sekolah. Ini kerana PdPc tetap berlangsung walaupun guru berkenaan
tidak berada di sekolah kerana ada guru ganti yang menjalankan tugas. (Pengisian pada medan
catatan SMKG sebagai ada guru ganti).

10.6 Cut-off time untuk key-in keberadaan guru untuk sesi pagi pada jam 12.00 tengah hari dan sesi
petang pada jam 5.00 petang.




MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

Makluman : semua guru




AGENDA 11 : SUMBANGAN PIBG

11.1 Mesyuarat agung pibg perlu dilaksanakan sebelum atau pada 31 mac 2018 ( akta pendidikan
1996 peraturan-peraturan pendidikan ( persatuan ibu bapa-guru ) 1998 [ sub peraturan 7 ( 2 )

11.2 Pemilihan jawatankuasa perlu dilakukan pada setiap tahun.

11.3 Kadar sumbangan daripada ibubapa perlu mendapat persetujuan daripada ibu bapa dalam
mesyuarat agung pibg. Kadar sumbangan tersebut hendaklah tidak membebankan ibu bapa.

11.4 Kutipan sumbangan pibg hendaklah dimaklumkan dan mendapat kelulusan daripada pendaftar.
Sila isi lampiran pibg sebanyak tiga salinan dihantar kepada unit perhubungan ppd kinta utara
selepas dua minggu tarikh mesyuarat agung pibg.

Makluman : semua guru

AGENDA 12 : DASAR 1 MURID 1 SUKAN


12.1 Memastikan pelaksanaan sukan sepanjang tahun (surat pekeliling ikhtisas bil.16, 2010).

12. 2 Melaksana kejohanan olahraga sekolah, merentas desa dan sukan tara sebagai aktiviti sukan
teras di sekolah.

AGENDA 13 : PELAKSANAAN SKPMg2

13.1 skpmg2 masih dikekalkan pada tahun 2019. Hanya audit bersemuka yang ditangguhkan dan
akan dilaksanakan pada bulan februari 2019.

Isu : bila membuat perakuan, tidak menyemak evidens.

AGENDA 14 : KEPERLUAN MEMENUHI LATIHAN TUJUH (7) HARI SETAHUN BAGI WARGA KERJA
KPM

14.1 Dasar Latihan Sektor Awam : Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2005 – menekankan keperluan
semua warga kerja memenuhi sekurang-kurangnya tujuh(7) hari latihan.


14.2 Panel Pembangunan sumber manusia yang bersidang 10 September 2015 memberi penekanan
keperluan latihan dengan menetapkankan bahawa ia menjadi sebahagian daripada KPI Ketua
Jabatan.

14.3 Pegawai yang tidak cukup Latihan dan penyelia berkenaan akan dikenakan tindakan dengan
mengurangkan jumlah markah LNPT masing- masing.

14.4 Ketua Jabatan hendaklah mengambil inisiatif bagi meningkatkan prestasi kehadiran latihan
melalui pendekatan secara Blended Training Approch seperti sesi pementoran, pembacaan buku,
EPSA, Perkongsian Ilmu dan sebagainya

AGENDA 15 : PROGRAM GURU PENYAYANG

MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

15.1 Amalan Guru Penyayang perlu dilaksanakan secara berfokus dan berterusan oleh semua warga
sekolah berdasarkan Surat Siaran KPP bertarikh 8 Februari 2012Amalan Guru Penyayang perlu di
analisa keberkesanan oleh kaunselormenggunakan instrumen sedia ada.

15.2 Program penyayang menerusi 3 S : SENYUM – SAPA – SALAM perlu dipertingkatkan dan
dikemas mengikut identiti dan infrastruktur sekolah.Sebaik-baiknya perlu berada untuk menyambut
ketibaan warga sekolah 20 minit sebelum loceng pertama berbunyi.Perlu hadir 4 guru ( kepimpinan
sekolah – guru bertugas dan kaunselor / wakil nbos ).

15.3 Dalam Program Amalan Penyayang juga diingatkan kepada semua guru :Tidak boleh
mengeluarkan kata-kata kesat kepada murid. Mendenda murid dengan cara yang positif. Tidak boleh
menyuruh murid membuat kerja sekolah di luar kelas dan tidak boleh membaling buku atau benda
ke arah murid.

AGENDA 16 : MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

16.1 MMI ialah singkatan kepada Melindungi Masa Instruksional (MMI) yang memberi penekanan
semula kepada amalan sedia ada iaitu kembali kepada yang asas ‘Guru Mengajar dan Murid Belajar’.
Masa Instruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan aktiviti lain
yang menyokong dalam membangunkan potensi murid dengan berkesan tanpa sebarang gangguan.

16.2 MMI tidak meminggirkan mana-mana elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


16.3 Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum dan berkualiti jika MMI diamalkan
dengan berkesan di sekolah. Sekiranya murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran
(PdP) pada waktu rasmi persekolahan maka ia wajib dilaksanakan pada masa dan kaedah lain yang
sesuai .

AGENDA 17 : TATASUSILA PROFESIONPERGURUAN


17. 1 Guru harus yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan,
yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan
yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.

17.2 Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan
mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.


17.3 Dengan menyedari besarnya tanggungjawab membimbing anak muda mencapai kemajuan
sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami meyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
17.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJARAN

17.4.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
17.4.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

17.4.3 Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
17.4.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
17.4.5 Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh
yang baik kepada pelajar.
17.4.6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan
dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami

17.5 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

17.5.1 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

17.5.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.

17.5.3 Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumah tangga
atau mengenai anak mereka yang berhak mengetahuinya.

17.5.4 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.


17.5.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibu bapa pelajar.

17.5.6 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan

17.5 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
17.5.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara yang bertentangan dengan Rukunegara.
17.5.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
17.5.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuh segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
17.5.4 Manggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi
pendidikan dan masyarakat.
17.5.5 Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendikiawanan masyarakat.

17.6 TANGGUNGJAWAB TRHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

17.6.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang
boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

17.6.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
17.6.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengelakkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.
17.6.4 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam
profesion perguruan.
17.6.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
17.6.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

AGENDA 18 : TAYANGAN VIDEO DISKUSI KPM (PENTAKSIRAN TAHAP 1)

18.1 Tayangan video kepada semua guru mengenai pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 mulai 2019.

18.2 Puan Fazillah berharap semua guru faham dan perlu akur mengenai cara pelaksanaan
Pentaksiran Tahap 1 yang akan mula dilaksanakan pada 2019.


AGENDA 19 : BIDANG KURIKULUM

19.1 Puan Hjh Fatimah Zaharah binti Gahzalli memperkenalkan diri sebagai Guru Penolong Kanan
Pentadbiran yang baru di SKKPP. Beliau berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam
menjalankan tugas.


18.2 Pengurusan Kurikulum akan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum 1 /2019.

AGENDA 20 : BIDANG HAL EHWAL MURID

20.1 Puan Halilah selaku Penolong Kanan HEM mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
telah menjayakan pelbagai program HEL sepanjang 2019 sehingga membawa kepada kemenangan
dalam Pertandingan 3K Peringkat Negeri.

20.2 Beliau juga berharap agar pada tahun 2019 SKKPP akan menyertai lebih banyak pertandingan
dalam bidang HEM.

20.3Pengurusan HEM akan dibincangkan dalam mesyuarat HEM 1/2019.

AGENDA 21 : BIDANG KOKURIKULUM


21.1 En Bahrin selaku PK Kokurikulum juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua
guru yang telah melaksanakan pengurusan kokurikulum yang baik sepanjang tahun 2018.


21.1 Pengurusan kokurikulum akan dibincangkan dalam mesyuarat kokurikulum 1/2019.

AGENDA 22 : HAL-HAL LAIN

22. 1 Pintu pagar belakang hanya untuk laluan kereta guru dan murid yang berbasikal sahaja

22. 2 Murid-murid lain dikehendaki menggunakan pintu pagar ke 2 sahaja

22.3 Penolong kanan hem akan memantau perkara ini.


22. 4 Semua guru diingatkan untuk mengambil murid di tapak perhimpunan pada waktu pertama
tanpa gagal. Pastikan murid berada dalam barisan dan guru kenalah pastikan disiplin murid


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

sepanjang perjalanan. (Isu: tiada guru mengawal pergerakan murid walaupun pada permulaannya
cikgu mengambil mereka di tempat perhimpunan. Sebelum bergerak pesanlah kepada murid-murid
supaya tidak bising dalam perjalanan dan berbaris dalam dua barisan. Di sini kepimpinan cikgu-cikgu
akan dinilai dan orang luar boleh nampak cikgu adalah pemimpin yang macam mana.)

22.5 Mohon kepada guru bertugas bergilir-gilir untuk memantau pergerakan murid balik di pintu
kedua.

22.6 Guru-guru baru iaitu Pn Siti Zaibedah, Pn Nur Hidayati dan Cik Faten Amira memperkenalkan
diri.

Ucapan Penangguhan


Ucapan terima kasih kerana memberikan kerjasama.



Mensyuarat ditangguhkan pada jam 10.35 pagi.



Disediakan oleh: Disahkan oleh:


............................. ……………………….
(SURIATI BT KASIM) (FAZILLAH BT DIN)
Setiausaha Mesyuarat GuruGuru Besar
SKKPP SKKPP






























MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

Makluman : semua guru










































MINIT MESYUARAT GURU 1/2019


Click to View FlipBook Version