24 JUN 2023 | SABTU Dewan Makmur BMaPS Mesyuarat Agung PIBG SSKK BBAALLOOKK MMAAKKMMUURR (BBMMaaPPSS)) KALI KE 20 Dirasmikan oleh : ENCIK WAN MAZLAN BIN WAN ISMAIL YDP PIBG SK BALOK MAKMUR 8:30 pagi
Isi Kandungan Isi Kandungan 2 Sekapur Sirih 3 Seulas Pinang 4 Aturcara Majlis 5 Agenda Mesyuarat Agung BMaPS Kali ke-20 6 Notis Panggilan Mesyuarat Agung Kali ke-20 7 Jawatankuasa Induk PIBG 2021/2022 8 JK Pelaksana Mesyuarat Agung Kali ke-20 9 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19, 2022 10 Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung Kali ke-19 15 Laporan Kewangan Jun 2022 19 Laporan Aktiviti 2022 20 Laporan Kewangan Berakhir Jun 2023 21 Laporan Aktiviti 2023 22 Usul Tahun 2023 23 Jawatankuasa Induk PIBG Lantikan 2023/24 28 Penghargaan 29
Sekapur Sirih ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA IBUBAPA DAN WARGA PENDIDIK SKBM Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Kehadiran ibubapa adalah satu tanda tanggungjawab yang ada pada setiap ibubapa bagi melihat kejayaan anak-anak kita di sekolah ini. Marilah sama-sama membantu pihak sekolah dan guru-guru demi kecemerlangan anak-anak kita dengan idea-idea yang bernas , kudrat serta kewangan sekiranya mampu. Sepertimana yang kita maklum , gajah menyusu yang selama ini kita perjuangkan untuk memberi keselesaan pada anak-anak kita telah menjadi kenyataan. Terima kasih tak terhingga kepada guru besar, guru-guru , AJK PIBG serta ibu bapa yang sama-sama membantu serta menyumbang sehingga ianya terlaksana. Namun begitu masih ada lagi sedikit sebanyak yang perlu kita bantu dan pihak sekolah akan memaklumkan dari masa ke semasa. InshaAllah segala usaha murni kita dengan penuh ikhlas akan mendapat ganjaran oleh allah swt. En. Wan Mazlan Bin Wan Ismail Yang Dipertua PIBG SK Balok Makmur.
Seulas Pinang Bismilahirrahmanirrahim.... “SERUMPUN HARAPAN SEGENGGAM ILTIZAM” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan kehendak semua insan iaitu kemenjadian anak-anak dalam menuju masa hadapan selaras dengan visi terdahulu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”. Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN”. Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengembelengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada menjayakan program-program kecemerlangan sekolah untuk dilaksanakan. SK Balok Makmur diharapkan akan terus berjaya melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2023 dengan harapan SK Balok Makmur akan terus menempa kecemerlangan. Semua guru perlu sentiasa memiliki sikap ingin tahu, suka melakukan perubahan dan peningkatan prestasi diri ke arah yang lebih meyakinkan. Perubahan seperti ini sememangnya sukar diperoleh tanpa kesedaran dalam diri masing-masing.Pengorbanan dan tugas guru amat murni. Sekiranya semua guru sedar akan tugas dan tanggungjawab masing-masing, maka akan terlerailah segala masalah yang selama ini menjadi penghalang kejayaan serta kecemerlangan sekolah ini. Akhir kata seungkap kata saya pinjam dari kata-kata seorang kawan.. “Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang hebat, saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika mahu berusaha” Sekian… En. Rusli bin Ishak Guru Besar SK Balok Makmur Penasihat PIBG SK Balok Makmur.
8:30 pagi 9.00 pagi : Pendaftaran : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Guru Besar BMaPS : Ucapan Perasmian YDP PIBG BMaPS : Persembahan Murid : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 : Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah : Bersurai Aturcara Majlis MASA PROGRAM
Agenda Mesyuarat Agung BMaPS kali ke-20 Ucapan aluan YDP Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung BMaPS Kali ke-19 Membentangkan Laporan Aktiviti 2022 Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan PIBG BMaPS Berakhir Jun 2023 Pembubaran AJK 2021/2022 dan pemilihan AJK 2023/2024 Pemilihan 2 orang Pemeriksa Kira-kira Membahaskan Usul dan Cadangan Sumbangan PIBG 2023 Hal-hal lain Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Notis Panggilan Mesyuarat Agung Kali Ke 20
Jawatankuasa Induk PIBG 2021/2022 Penasihat PIBG : En. Rusli bin Ishak Yang Dipertua PIBG : En. Wan Mazlan bin Wan Ismail Naib Yang Dipertua PIBG :En. Saiful Nizam bin Mukhtar Setiausaha : Pn. Masnah binti Sulaiman Bendahari : Pn. Nurul Ain binti Nordin AJK Guru : En. Raffee bin Manap GPKP Pn. Norazzura binti Nordin GPK HEM En. Mohd Badrul bin Ab Manaf GPK KOKO Pn. Hasmah binti Omar GPK PK Pn. Nurhajariah binti Abd Aziz Pn. Wan Haslinda binti Wan Hasan En. Mohamad Azizi bin Ibrahim Pn. Syarina Syaznida binti Saaid AJK Ibu Bapa : En. Ridzuan bin Sulaiman En. Muhammad Firdaus bin Ibrahim En. Ghazali bin Mustafa En. Muhamad Shahril bin Basri En. Syed Md. Nasaruddin bin Syed Abdullah En. Muhammad Firdaus bin Ibrahim Pn. Natisah binti Abdul Rahman Pn. Rabiah binti Dibok Pn. Zarwin binti Ibehim@Ibrahim Pn. Yusmawati binti Che Usop Pn. Mazura binti Ahmad Pn. Alena Norhayati binti Elias Pn. Hasmah binti Hj Ghazali Pn. Amiratul Farhanah binti Mohamad
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke20 Jemputan, Sambutan & Protokol RUSLI BIN ISHAK EN. WAN MAZLAN BIN WAN ISMAIL EN. RAFFEE BIN MANAP PN. NORAZZURA BINTI NORDIN EN. MOHD BADRUL BIN AB MANAF PN. HASMAH BINTI OMAR JuruAcara Majlis PN. ZULAINA BINTI RAZALI PN. MUNARITA BINTI AHMAD EN . MAZUAN BIN ABDULLAH HALIM Bacaan Doa USTAZ AHMAD KAMRI BIN ABDUL MUBI JK Cenderamata & Cabutan Bertuah PN. NORFAZLIDA BINTI NAWAWI PN. NORHAIZAN BINTI AHMAD PN. HUMAIRAH BINTI MOHD ISMAIL PN. SYAFIQA BINTI HABIBUDDIN PN. NATISAH BINTI ABDUL RAHMAN JK Hiasan Pentas PN. MELISSA BAIYYAH BINTI IBRAHIM Cik JANE A/P ANTHONY PRAGASAM PN. NORADIBAH BINTI MOHAMAD JAYA PN. NORHANANI BINTI IBRAHIM PN. R. POONTUGIL A/P RAJAMANICKAM PN. WAN NOOR ARINIE BINTI WAN MAHMUD JK Persiapan Tempat PN. WAN HASLINDA BINTI WAN HASAN PN. NOOR AZIAH BINTI ABD TALIB PN. HASNISUZILA BINTI HASHIM PN. NORBAIZURA BINTI MD ISA PN. NURUL ASDAYANTI BT MHD YUSOFF EN . MAZUAN BIN ABDULLAH HALIM JK Siaraya EN. HISHAMUDDIN BIN MEH EN. MOHAMAD AZIZI BIN IBRAHIM JK Persembahan Murid PN. ROSSUZILA BINTI MT ALI CIK HAZLYNA BINTI HARUN Pencatat Minit/Rakaman PN. WAN NOOR HAFIZAH BINTI CHE ISMAIL PN. HASINAH BINTI ZAKARIA PN. SITI AISAH BINTI JUSOH JK Buku Program PN. NURHAJARIAH BINTI ABD AZIZ PN. NORHASHIMAH BINTI ISMAIL PN. AFZAN AFIFAH BINTI MUHAMMAD PN. NORLIDAI BINTI SHABLI PN. SAFINAH BINTI SULAIMAN JK Pendaftaran PN. ZAIMAH BINTI KEMAN PN. MUNIRA BINTI HAMIDUN PN. INTAN SYAFIQAH BINTI ABDULLAH JK Jamuan PN. ROZAINI BINTI NGAH PN. NOORHAYATI BINTI MOHD YUNUS PN. NURSUHADA BINTI CHE ZULKIFA PN. RAMILA BINTI MOHD LATIB PN. YUSMAWATI BINTI CHE USOP PN. RABIAH BINTI DIBOK JK Fotografi & Dokumentasi PN. SYARINA SYAZNIDA BINTI SAAID PN ROSLINDAWATI BINTI IBRAHIM PN. ZARWIN BINTI IBEHIM@IBRAHIM JK Keselamatan & Lalulintas EN. AZEE SHAWARNE BIN ROSLI EN.MOHD ALI BIN ABD RAHIM EN. MOHD. RIDZWAN BIN SULAIMAN EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM EN. GHAZALI BIN MUSTAFA EN. SY M NASARUDDIN B SY ABDULLAH JK Kebersihan PN. NORIZAN BINTI MD DIN PN. NADYATUL HAFIZA BINTI MOHD SAUFI PN. WAN SUZAIDAH BINTI WAN OSMAN PN. NOR RUZANA BINTI MOHD YUSOFF PEKERJA SWASTA
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK BALOK MAKMUR KALI KE 19/2022 Tarikh : 25 JUN 2022 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Makmur Kehadiran : (Lihat lampiran) Agenda : 1. Ucapan YDP PIBG SK Balok Makmur 2. Ucapan Guru Besar SK Balok Makmur 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 18 4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada JUN 2022 5. Membahas dan menerima usul 6. Hal-hal lain 7. Penangguhan mesyuarat 1.0 Ucapan YDP PIBG SK Balok Makmur 1.1 Encik Wan Mazlan bin Wan Ismail mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibubapa. 1.2 Mengucapkan kesyukuran kerana mesyuarat dapat dijalankan seperti biasa kerana sebelum ini semasa PKP terpaksa mengikut SOP yang telah ditetapkan. 1.3 Beliau merakamkan penghargaan kepada Jawatan Kuasa Pelaksana yang diketuai oleh GPK Kokurikulum, Encik Mohd Badrul bin Ab Manaf. Tindakan : Makluman 2.0 Ucapan Guru Besar 2.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19. 2.2 Beliau mengucapkan penghargaan kepada Puan Mazidah binti Md Nor yang telah berpindah ke PKG Teruntum dan telah berkhidmat di SKBM selama 8 tahun. 2.3 Guru Besar memaklumkan bahawa Makmal Komputer SKBM telah menerima penghawa dingin yang baru. Namun begitu, masih memerlukan 2 unit lagi penghawa dingin. 2.4 Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah telah mendapat sumbangan Smart Screen dari Parlimen Indera Mahkota di mana di daerah Kuantan hanya 2 buah sekolah sahaja yang terpilih iaitu SK Balok Makmur dan SMK Astana Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19,2022
2.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kedai Buku SKBM yang telah memberi sumbangan terutamanya kepada murid dan galakan kepada ibu bapa untuk hadir Mesyuarat Agung PIBG. 2.6 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas penglibatan PIBK dalam melatih pasukan bola jaring sekolah. Beliau amat mengalu-alukan khidmat bantu ibu bapa untuk melancarkan aktviti sekolah seiring TS 25. 2.7 Guru Besar juga amat berharap anak-anak berada dalam keadaan selesa, selamat dan sejahtera ketika berada di sekolah. 2.8 Guru Besar menyatakan bahawa bilangan murid tahun 1 dan tahun 2 agak ramai. Oleh itu, jika tidak ada halangan tahun 2 akan ditambah 1 kelas lagi mejadi 4 kelas pada tahun hadapan. 2.9 Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah telah mendapat sumbangan dari DUN Beserah sebanyak RM20 000 untuk pembinaan gajah menyusu. 2.10 Beliau seterusnya menyatakan, murid yang berbasikal boleh meletakkan basikal mereka di bangsal tempat letak basikal. 2.11 Guru Besar memaklumkan bahawa loceng sekolah berbunyi 5 minit awal daripada waktu yang sepatutnya. Untuk membaikinya, perlu peruntukan sebanyak RM500. 2.12 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM500 untuk membaiki kebocoran atap dan pendawaian di prasekolah. Tindakan: Makluman 3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat. 3.1 Puan Masnah binti Sulaiman selaku setiausaha PIBG sesi 2021/2022 membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18 yang bertarikh pada 27 Mac 2021 untuk disemak dan diterima. (Rujuk Buku Program halaman 7 hingga 12). 3.2 Ustazah Rabiah binti Dibok mencadangkan Mint Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18 diterima dan disokong oleh Puan Roshita Norzana binti Abd Rashid. Tindakan: Makluman Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19,2022
4.0 Pembentangan Penyata Kewangan 4.1 Puan Nurul Ain binti Nordin membentangkan penyata kewangan PIBG berakhir pada 25 Jun 2022 untuk disemak dan diterima. (Rujuk Buku Program halaman 16 dan 17). 4.2 Puan Nurul Ain binti Nordin memaklumkan bahawa murid arus perdana belum membuat sumbangan PIBG untuk tahun 2022. 4.3 Beliau juga menyatakan sebanyak RM943 digunakan untuk membuat palang dipintu belakang pada 24 Jun 2022 dan tidak sempat dimasukkan dalam penyata berakhir pada 25 Jun 2022. 4.4 Puan Nurul Huda binti Abdul Manaf mencadangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 25 Jun 2022 diterima dan disokong oleh Puan Nurhartini binti Uma. Tindakan: Makluman 5.0 Membahas dan Menerima Usul 5.1 Jawatan kuasa PIBG mengusulkan agar sumbangan dinaikkan dari RM40 kepada RM50. Walaubagaimanapun, sumbangan RM50 itu adalah untuk sumbangan pada tahun 2023. Untuk tahun 2022, sumbangan PIBG masih lagi RM40. 5.2 Jawatan kuasa PIBG juga mengusulkan agar sumbangan RM20 dikutip untuk pembinaan gajah menyusu. 5.3 Usul sumbangan PIBG sebanyak RM50 untuk tahun 2023 telah diterima dengan undi majoriti. 5.4 Usul sumbangan sebanyak RM20 untuk pembinaan gajah menyusu juga telah diterima dengan undi majoriti. 5.5 Sumbangan RM20 akan dikutip selepas Mesyuarat Agung PIBG 2022. Tindakan: Makluman Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19,2022
6.0 Hal-hal Lain 6.1 Guru Besar meminta kerjasama dari ibu bapa yang menghantar anak untuk mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi mengelakkan kesesakan sewaktu balik. 6.2 Bermula pada hari Isnin, 27 Jun 2022 anak-anak boleh meletakkan basikal di bangsal. 6.3 Murid boleh melalui kawasan sekolah untuk ke pintu belakang untuk ke KAFA. 6.4 Guru Besar memohon kerjasama daripada ibu bapa untuk menghantar anak awal ke sekolah untuk mengelakkan kelewatan. 6.5 GPK HEM, Puan Norazzzura binti Nordin memaklumkan bahawa ibu bapa perlu mengemaskini pendapatan dalam Public.moe untuk kelayakan bantuan seperti RMT. 6.6 Namun begitu, masih terdapat ibu bapa yang tidak mengemaskini pendapatan terkini menyebabkan anak-anak tidak mendapat bantuan yang sepatutnya. 6.7 Beliau memaklumkan bahawa, pendapatan perkapita telah dinaikkan. Oleh itu, ramai murid yang layak mendapat RMT. Beliau memohon kepada ibu bapa agar dapat menghantar anak-anak yang mendapat RMT lebih awal ke sekolah kerana mereka perlu makan pada waktu pagi sebelum sesi PdP dan mendapat sekotak susu. 6.8 Puan Melissa Baiyyah binti Ibrahim memohon sokongan dan bantuan daripada PIBG untuk membaik pulih ‘Student Centre’ 6.9 YDP PIBG memaklumkan akan mengira kos dan mencari tukang untuk baik pulih ‘Student Centre’ 6.10 Pengusaha kantin, Puan Natrah memohon supaya pokok di tepi kantin ditebang kerana pokok tersebut semakin condong dan dikhuatiri akan membahayakan murid. 6.11 GPK Kokurikulum, Encik Mohd Badrul bin Ab Manaf memaklumkan dalam acara olahraga Zon Jaguh, seorang murid SKBM telah mendapat tempat ke 4. Pasukan bola baling mendapat tempat ke 3, peringkat Zon Jaguh. Dalam permainan catur pula, dua orang murid SKBM mendapat ranking ke 22 dan 24 daripada 60 orang di peringkat daerah Kuantan. Pada bulan Julai, akan bermula perlawanan bola sepak dan bola jaring. Pemilihan pemain akan dilakukan. Oleh itu, beliau memohon kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak datang pada pukul 5 petang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini kerana tidak ada guru-guru yang akan mengawasi mereka. Tindakan: Makluman Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19,2022
7.0 Penangguhan Mesyuarat 7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG yang dapat yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.05 pagi. Disediakan oleh, Disemak oleh, (MASNAH BINTI SULAIMAN) (WAN MAZLAN BIN WAN ISMAIL) Setiausaha, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Balok Makmur, SK Balok Makmur, 26100 Kuantan 26100 Kuantan. Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19,2022
Senarai Kehadiran Mesyuarat AgungKali ke-19,2022
Senarai Kehadiran Mesyuarat AgungKali ke-19,2022
Senarai Kehadiran Mesyuarat AgungKali ke-19,2022
Senarai Kehadiran Mesyuarat AgungKali ke-19,2022
LAPORAN KEWANGAN JUN 2022
LAPORAN AKTIVITI 2022
LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR JUN 2023
LAPORAN AKTIVITI 2023
Nama Pencadang: Pn. Siti Nabilah Bt. Mohd Noor Nama anak : Nur Eryna Safyya Tahun : 3 Ibnu Khaldun - Setiap kelas sertakan loker atau box untuk menyimpan buku teks untuk mengurangkan beban beg sekolah anak-anak. Nama Pencadang: Pn. Nurnadia Arija bt Abdul Mutalli Namaanak : Nur Nabila Arisa Tahun : 2 Ibnu Khaldun - Perubahan waktu balik bagi tahap 2 ditukar kepada beza setengah jam dari waktu balik tahap 1. - Beg berat dan satu mata pelajaran bawa sampai 3 atau 4 buku. Saya mencadangkan tinggalkan buku di kelas atau cikgu tetapkan untuk hari tertentuhanya bawa buku tertentu sahaja. Nama Pencadang: Pn. Nur Hidayah Bt Muhd Zin Nama anak: Cahaya Fi Imani bt Mohd Sharul Tahun : 2 Ibnu Abbas - Jangan menjual benda-benda yang tidak berfaedah di kedai sekolah. USUL TAHUN 2023 USUL 1 USUL 2 USUL 3
Nama Pencadang: En. Mohd Fauzi B. Yatim Nama anak : Anis Zahra Tahun: 3 Ibnu Abbas - Memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan penggunaan media massa dengan cara yang betul dan bermanfaat. - Perkasakan jati diri pelajar dari segi adab dan amalan beragama dalam kehidupan seharian selepas waktu pembelajaran. Nama Pencadang: En. Yusman Muhammad Nama anak : Yusmira Faradiya Tahun : 2 Ibnu Sina - Baik pulih keadaan kipas dalam kelas. - Utamakan kebersihan tandas supaya tidak berbau busuk. Nama Pencadang: Pn. Nurul Aini Amirah Bt sarifudin Nama anak : Muhammad Arrash Qayyum TAHUN: 1 Ibnu Qayyim (KPPK) -Saya ingin mencadangkan agar pintu di bahagian belakang menjdi laluan khas untuk pelajar-pelajar pendidikan khas, pra sekolah, pelajar berbasikal serta adik beradik yang hantar sekali semasa penghantaran waktu pagi dan pulang. Cadangan ini adalah untuk keselamatan terutama bagi murid pendidikan khas (autisme) kerana mereka tidak tahu erti bahaya dan tidak cakna keadaan sekeliling. Ini kerana kenderaan keluar masuk semakin meningkat dan saya amat bimbang akan keselamatan anak saya dan muridmurid lain. USUL TAHUN 2023 USUL 4 USUL 5 USUL 6
Nama Pencadang: Pn. Nazilah Bt Muda Nama anak : Hana Fisha bt Ahmad Hisham Tahun : 2 IK - Adakan ujian untuk semua pelajar tahap 1 seperti tahun- tahun sebelum ini supaya ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak-anak. Nama Pencadang: Pn. Mazra’ah Bt Hj. Mansor Nama anak: Muhammad Zuhairi Asnawi Tahun: 1 Ibnu Khaldun -Pantau dan pastikan murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi di dalam kelas. -Semak buku murid selepas memberikan latihan. -Pantau barangan yang dijual di kedai sekolah. -Adakan kelas pemulihan membaca.Pastikan semua murid dari darjah 2 ke atas boleh membaca. -Tampal kad perkataan dalam Bahasa Inggeris atau Arab di tepi pintu kelas. Satu minggu 5 perkataan. Pastikan setiap murid ingat perkataan. Minggu seterusnya tukar perkataan lain pula supaya pelajar dapat menambah vocabulary sambil santai-santai. - Setiap kali habis sesi pembelajaran, guru subjek berkenaan hendaklah memastikan murid-murid mengutip pensel, pemadam atau sampah di bawah kerusi meja. - Guru hendaklah memastikan murid-murid yang berada di meja belakang nampak apa yang guru tulis di whiteboard. Tulisan hendaklah terang dan jelas. Untuk kepastian, guru diminta menyuruh murid membacanya. Ataupun guru boleh ambil inisiatif menukar kedudukan murid. Minggu pertama, murid itu duduk di barisan depan, minggu seterusnya murid lain pula. USUL TAHUN 2023 USUL 7 USUL 8
Nama Pencadang: En. Khairul B Harun Nama Anak : Muhammad Danish Irfan Tahun :5 IK Melor Arissa Damia Tahun: 3 IK Muhammad Qayyum Iman Tahun : 1 Ik - Pengawal yang bertugas haruslah peka serta menjaga lalu lintas semasa anak-anak pulang dari sekolah kerana lalu lintas ketika itu agak sesak serta membahayakan anakanak semasa pulang. Nama Pencadang: Pn. Nor Zarwin bt Ibrahim Nama anak: Nur Qamarina Tahun: 2 Ibnu Khaldun - Adakah tahap 1 adakah disediakan peperiksaan seperti dahulu iaitu ujian penilaian selain dari PBD supaya ibu bapa dapat melihat perkembangan anak-anak sendiri. Nama Pencadang: Mohd Alef B Aini Nama Anak : Nur Amira Damia Tahun:3 Ibnu Khaldun Nur Amira Faqihah Tahun : 2 Ibnu Khaldun - Mengasingkan laluan motorsikal dan kereta ketika menghantar dan menjemput anak anak untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku - Melaksanakan cadangan yang belum dilaksanakan sebelum ini (kalau ada). USUL TAHUN 2023 USUL 9 USUL 10 USUL 11
Nama Pencadang: Pn. Norhafizan Mohd Yusuff Nama anak: Muhammad Umar Thaqif Tahun: 1 Ibnu Abbas - Wujudkan tempat untuk anak-anak menunggu di dalam pagar sekolah. Nama Pencadang: Pn. Siti Maisarah Bt Zakaria Nama anak: Maryam Afrina Tahun : 2 IBNU KHALDUN - Mencadangkan supaya pakaian T-shirt PJ dan sukan bagi pelajar perempuan ditukar kepada T-shirt Muslimah yang lebih labuh. USUL TAHUN 2023 USUL 12 USUL 13
AJK PIBG LANTIKAN 2023/2024 PENASIHAT : EN. RUSLI BIN ISHAK YDP PIBG :___________________________________________ NAIB YDP : ___________________________________________ SETIAUSAHA : ___________________________________________ PEN. SETIAUSAHA : ___________________________________________ BENDAHARI :___________________________________________ PEN. BENDAHARI :___________________________________________ GURU: PEMERIKSA KIRA-KIRA :1. __________________________________________ AJK 1.____________________________________________ 2.____________________________________________ 3.____________________________________________ IBU BAPA: PEMERIKSA KIRA-KIRA : 2.____________________________________________ AJK 1._____________________________________________ 2._____________________________________________ 3._____________________________________________ 4._____________________________________________ 5._____________________________________________ Jawatankuasa Induk PIBG Lantikan 2023/2024
Jutaan Terima Kasih.... . Perasmi YDP PIBG BMaPS Guru Besar dan Barisan Pentadbiran Semua AJK PIBG Semua Guru dan AKP Semua Ibu Bapa dan Penjaga Semua Murid & Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 BMaPS. Penghargaan