BAB 7 PENINGKATAN
TAMADUN INDIA DAN CHINA
7.2 TAMADUN CHINA
Cikgu Nurul Afidah
PDPR@SMKTK
23.9.2021 (Khamis)
TAMADUN CHINA
• Tamadun China menunjukkan
peningkatan yang begitu
mengagumkan dalam pelbagai
bidang iaitu:
a) Pemerintahan dan pentadbiran
b) Sistem ekonomi
c) Teknologi
d) Intelektual dan Pendidikan
• Aspek pendidikan mengalami
peningkatan yang pesat
semasa zaman pemerintahan
Dinasti Qin dan Dinasti Han.
• Pendidikan menjadi asas
penting dalam kemajuan
yang dicapai oleh Tamadun
China hingga menjadi antara
tamadun teragung di dunia.
Lokasi dan
Perkembangannya
• Tamadun China muncul
di sekitar Lembah Sungai
Huang He kerana:
✓ Kawasan yang subur
✓ Kedudukannya yang
strategik
✓ Sesuai dijadikan pusat
kerajaan pada zaman
Dinasti Qin dan Dinasti Han.
Lokasi dan Perkembangannya
• Semasa pemerintahan Raja Zheng, Dinasti
Qin muncul sebagai kerajaan paling
utama di China.
• Raja Zheng memakai gelaran Maharaja Shi
Huangdi.
• Kerajaan ini berpusat di Xianyang, telah
wujud antara tahun 221 SM - 206 SM.
• Mempunyai wilayah yang luas.
• Meliputi bahagian utara sehingga ke Gurun
Gobi dan selatan China bersempadan
dengan Vietnam.
Maharaja Shi Huangdi
Lokasi dan
Perkembangannya
• Maharaja Shi Huangdi merupakan pemimpin
Dinasti Qin yang bertanggungjawab
menyatukan China.
• Kestabilan dalam bidang politik yang
wujud pada zamannya telah membolehkan
peningkatan berlaku dalam bidang ekonomi
dan sosial.
Lokasi dan Perkembangannya
• Dinasti Qin digantikan oleh Dinasti Han
antara tahun 206 SM - 220 M.
• Dinasti ini diasaskan oleh Liu Bang yang
kemudiannya memakai gelaran
Maharaja Gaozu.
• Dinasti ini membentuk empayar yang
luas meliputi:
i. utara China
ii. Sempadan Vietnam di selatan
iii. Bahagian utara Korea dan di sebelah
timur
iv. Bahagian barat Turkestan
Lokasi dan Loyang, China
Perkembangannya
• Dinasti Han ini terbahagi
kepada dua tahap, iaitu
Han Awal tahun 206 SM -
8M
• Han Akhir tahun 25M -
220 M.
• Ketika zaman Han Awal,
pusat pemerintahan
terletak di Chang’an.
• Zaman Han Akhir, pusat
pemerintahan terletak di
Loyang.
Lokasi dan
Perkembangannya
• Semasa pemerintahan Maharaja Han
Wu Di (140 SM – 87 SM), Dinasti Han telah
menunjukkan peningkatan dalam:
a) Bidang perdagangan melalui
pembukaan Laluan Sutera
b) Bidang pentadbiran
c) Bidang sosial
Lokasi dan Perkembangannya
• Laluan Sutera merupakan
laluan perdagangan daratan
yang terpanjang di dunia
melibatkan China hingga
empayar Rom.
• Dinasti Han juga terkenal
kerana melaksanakan
sistem pemilihan pegawai
perkhidmatan awam sebagai
sebahagian daripada
perkembangan dalam sistem
pendidikan.
TERIMA KASIH
Semoga terus
bersemangat untuk
belajar dan
mencapai kejayaan!