PUSAT SUMBER AL FARABI
SMK TAMAN KOSAS
PIangfoi
Aura Warna Dapat Mempengaruhi Diri Mengikut Hari
Setiap hari mewakili warna-warna tertentu, pemakaian baju
atau aksesori mengikut warna tersebut akan menyerlah aura
positif dalam diri anda.
Jom kenali aura warna mengikut hari.
ISNINHari menjadi permulaan hari,
lantaran amat penting untuk kita
memilih rona pakaian yang sesuai
untuk membantu membangkitkan
mood. Putih adalah pilihan yang
sesuai, warna ini polos dan suci. Ia
membantu minda kita relaks dan
persiapkan diri untuk memulakan hari.
Warna putih memberi impak bersih dan
tenang kepada si pemakai. Tidak
semestinya anda menggayakan semua
busana putih sebaliknya sedikit palitan
warna ini sudah mencukupi.
Rona-rona lembut sentiasa
menjadi pilihan terutama kaum
Hawa. Merah jambu dan ungu
mewakili imej sopan dan manis.
Warna ini mempunyai aura yang
sangat positif, pemakainya akan
menjadi lebih bersemangat dan
yakin untuk melaksana segala
urusan atau tugasan yang
diamanahkan. Gayakan salah
SELASAsatu rona ini pada hari
dan nikmati sensasi aura warna
tersebut.
Bagi orang yang arif tentang
warna, mereka akan memilih biru
RABUuntuk hari . Warna ini
melambangkan ketenangan,
kematangan dan rasional. Ada
sesetengah syarikat atau
organisasi yang membuat
mesyuarat pada hari Rabu,
golongan ini percaya aura warna
biru akan mempengaruhi mereka
membuat keputusan yang tepat.
Begitu juga dengan kehidupan
peribadi, manfaatkan kekuatan
rona biru untuk keputusan bijak.
KHAMISHari menjadi hari yang
sangat sibuk bagi kebanyakan
orang. Hari berikut kemuncak untuk
memastikan urusan minggu tersebut
berjalan lancar. Lantaran, warna
kuning, oren atau jingga dijadikan
pilihan. Warna ini mempunyai
tenaga luar biasa, ia membiaskan
keceriaan dan membuatkan si
pemakai aktif serta bertenaga.
Melihat warna hijau bagaikan terapi
selepas berpenat lelah. Warna ini
amat sesuai digayakan pada hari
JUMAAT, aura hijau memancarkan
kesegaran dan memberi terapi
istimewa kepada kita. Pilih kumpulan
rona hijau yang sesuai dengan diri
anda, sama ada hijau muda, pucuk
pisang atau hijau tua. Tepuk dada,
tanya selera.
SABTUSelepas memerah otak,
menjadi hari berlibur untuk
bersama keluarga, si dia
mahupun teman-teman.
Pastinya hari tersebut penuh
dengan aktiviti menarik, usah
ragu-ragu menggayakan rona
merah. Bukan sahaja menarik
perhatian, malah warna ini
memantulkan tenaga luar
biasa buat anda.
AHAD hari untuk istirahat
di rumah, anda
memerlukan privasi untuk
menenangkan fikiran dan
merehatkan tubuh bagi
memulakan hari baru.
Rona-rona gelap
membantu anda
mendapatkan mood untuk
tujuan tersebut.