Cikgu Roslan Daud
PERIBAHASA
Standard Pembelajaran
4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks.
Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.
Terdapat lima jenis peribahasa seperti berikut.
Simpulan Bahasa Perumpamaan Bidalan
Ungkapan yang terdiri daripada Sejenis peribahasa yang berupa Kata-kata yang sering kali disebut,
perbandingan dengan sesuatu yang
dua perkataan atau lebih dan dan yang mengandungi nasihat
mempunyai makna yang berlainan lain. serta peringatan.
(a) Pemuda itu seperti katak di
daripada erti perkataan yang (a) Kita perlulah menabung untuk
membentuknya. bawah tempurung kerana tidak kecemasan kerana sediakan
gemar membaca dan menonton payung sebelum hujan.
(a) Lelaki yang kaki botol itu televisyen.
berjalan terhuyung-hayang (b) Anak angkat itu dijaga dengan (b) Ibu bapa hendak mendidik
setelah minum arak. penuh kasih sayang bagai anak-anak mencintai sungai
menatang minyak yang penuh. sejak kecil kerana melentur
(b) Kami akan makan angin ke buluh biarlah dari rebungnya.
Pahang pada cuti penggal ini.
Pepatah Kata-kata Hikmat
Ungkapan yang berkerat-kerat Perkataan orang bijak pandai yang
atau berpatah-patah. mengandungi pengertian yang
(a) Seseorang hendaklah berusaha tinggi.
untuk berjaya kerana di mana (a) Pemandu perlulah memandu
ada kemahuan, di situ ada kenderaan secara berhemah
jalan. kerana pandu cermat jiwa
(b) Jasa pahlawan negara sentiasa selamat.
dikenang kerana harimau mati
meninggalkan belang, manusia (b) Remaja harus memanfaatkan
mati meninggalkan nama. masa lapang kerana masa itu
emas.
LATIHAN 1 Kecil-kecil cili padi
Padankan peribahasa di bawah dengan maksud yang diberikan.
Takkan lari gunung dikejar
Hujan halau mentua
Indah khabar daripada rupa
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
Jauhari sahaja yang mengenal manikam sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
pantai
(1) _________________________________________ (2) _________________________________________
_________________________________________ _________________________________________
Sekiranya takut akan risiko, jangan melakukan perkara Tidak perlu tergopoh-gapah untuk mendapatkan sesuatu
yang berbahaya yang pasti diperoleh
1
Cikgu Roslan Daud
(3) _________________________________________ (4) _________________________________________
_________________________________________ _________________________________________
Meskipun kecil tetap berani Hujan sebentar sahaja
(5) _________________________________________ (6) _________________________________________
_________________________________________ _________________________________________
Walaupun kelebihan di negeri orang, negeri sendiri lebih Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-
baik lebihkan
(7) _________________________________________ (8) _________________________________________
_________________________________________ _________________________________________
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus kepada Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu
orang-orang tua sahaja
LATIHAN 2
Isikan tempat kosong dalam perbualan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
Aziah : Pada minggu lalu, saya telah pergi ke Hutan Lipur Sungai Kanching dengan rakan pejabat. Kami tertarik
Wan Faridah untuk berkelah di sana memandangkan gambar dan video yang kami lihat memaparkan tempat itu sangat
cantik dan bersih. Malangnya, apabila kami tidak, keindahan yang diperkatakan tidaklah sama, bak
peribahasa (i)_____________________________________________________ . Lebih baik saya
melancong ke luar negara.
: Benar, negara luar banyak menawarkan destinasi yang menarik. Namun begitu, perlu awak ingat bahawa
sebaik-baik mana pun negara luar, negara kita tetap mempunyai kelebihan. Hal ini dapatkan dikaitkan
dengan peribahasa (ii)____________________________________________________________
_____________________________________________________________ .
Sharifah : Kata-kata Wan Faridah memang betul. Sekiranya kamu memandu kenderaan untuk melancong, janganlah
membawa kereta dalam keadaan tergopoh-gapah kerana kamu pasti tiba ke destinasi yang ditujui.
Benarlah kata orang tua-tua, (iii)___________________________________________________ .
[6 markah]
LATIHAN 3
Tulis tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan di bawah. .
“Hujan pula turun. Kita berteduh dulu di sini,” kata ayah kepada kami.
Tidak sampai lima minit, hujan telah berhenti.
Habibah yang duduk berehat daripada pendakian ke Bukit Broga itu memetik pokok di sebelahnya.
“Kakak, buang pokok tu, nanti gatal-gatal,” tegah adiknya yang melihat Habibah mengelus-elus daun pokok yang dipetiknya.
“Benarkah? Jangan-jangan adik memandai-mandai sahaja ni!” kata Habibah.
“Jangan pandang rendah kepada adik ya! Adik belajar tentang cara mengenali pokok beracun dan berbahaya melalui Kelab
Pencinta Alam. Budak kecil tidak semestinya tidak tahu manakala orang tua pula belum tentu semua tahu,” ujar adiknya.
“Ayah naiklah dulu. Habibah rasa dah tak larat. Habibah tunggu di sini saja sampai abah turun.” Tiba-tiba Habibah
bersuara.
“Kalau takut akan cabaran untuk ke puncak, janganlah lakukan pendakian!” marah adiknya.
Akhirnya Habibah terpaksa akur dan meneruskan pendakian.
[6 markah]
(i) _______________________________________________________________________________________
(ii) _______________________________________________________________________________________
(iii) _______________________________________________________________________________________
Peribahasa ialah harta warisan nenek moyang kita. Jagalah dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya agar terus lestari
baik kata orang tua-tua, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
2
Cikgu Roslan Daud
JAWAPAN PERIBAHASA
LATIHAN 1
Padankan peribahasa di bawah dengan maksud yang diberikan.
(1) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi (2) Takkan lari gunung dikejar
pantai Tidak perlu tergopoh-gapah untuk mendapatkan sesuatu
Sekiranya takut akan risiko, jangan melakukan perkara yang pasti diperoleh
yang berbahaya
(4) Hujan halau mentua
(3) Kecil-kecil cili padi Hujan sebentar sahaja
Meskipun kecil tetap berani
(5) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri (6) Indah khabar daripada rupa
sendiri, lebih baik di negeri sendiri Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-
Walaupun kelebihan di negeri orang, negeri sendiri lebih lebihkan
baik
(8) Jauhari sahaja yang mengenal manikam
(7) Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu
bapa
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus kepada
orang-orang tua sahaja
LATIHAN 2 : Pada minggu lalu, saya telah pergi ke Hutan Lipur Sungai Kanching dengan rakan pejabat. Kami tertarik
Aziah untuk berkelah di sana memandangkan gambar dan video yang kami lihat memaparkan tempat itu sangat
cantik dan bersih. Malangnya, apabila kami tidak, keindahan yang diperkatakan tidaklah sama, bak
peribahasa (i)indah khabar daripada rupa. Lebih baik saya melancong ke luar negara.
Wan Faridah : Benar, negara luar banyak menawarkan destinasi yang menarik. Namun begitu, perlu awak ingat bahawa
sebaik-baik mana pun negara luar, negara kita tetap mempunyai kelebihan. Hal ini dapatkan dikaitkan
dengan peribahasa (ii)hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri.
Sharifah : Kata-kata Wan Faridah memang betul. Sekiranya kamu memandu kenderaan untuk melancong, janganlah
membawa kereta dalam keadaan tergopoh-gapah kerana kamu pasti tiba ke destinasi yang ditujui.
Benarlah kata orang tua-tua, (iii)takkan lari gunung dikejar.
LATIHAN 3
“Hujan pula turun. Kita berteduh dulu di sini,” kata ayah kepada kami.
Tidak sampai lima minit, hujan telah berhenti.
Habibah yang duduk berehat daripada pendakian ke Bukit Broga itu memetik pokok di sebelahnya.
“Kakak, buang pokok tu, nanti gatal-gatal,” tegah adiknya yang melihat Habibah mengelus-elus daun pokok yang dipetiknya.
“Benarkah? Jangan-jangan adik memandai-mandai sahaja ni!” kata Habibah.
“Jangan pandang rendah kepada adik ya! Adik belajar tentang cara mengenali pokok beracun dan berbahaya melalui Kelab
Pencinta Alam. Budak kecil tidak semestinya tidak tahu manakala orang tua pula belum tentu semua tahu,” ujar adiknya.
“Ayah naiklah dulu. Habibah rasa dah tak larat. Habibah tunggu di sini saja sampai abah turun.” Tiba-tiba Habibah
bersuara.
“Kalau takut akan cabaran untuk ke puncak, janganlah lakukan pendakian!” marah adiknya.
Akhirnya Habibah terpaksa akur dan meneruskan pendakian.
1. hujan halau mentua
2. kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
3. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
3