The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ustazahsitifaizah, 2023-06-07 11:14:34

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2023 SEDESA2

1















SK Taman Desa 2, Rawang Selangor



Sabtu • 10 Jun 2023 • 8:00 pagi • Dewan PIBG


BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Kata-kata aluan Penasihat PIBG 2 - 3


2 Kata-kata aluan YDP PIBG 4 - 5

3 Aturcara majlis 6


4 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 7
21


5 Jawatankuasa Induk Mesyuarat 8
Agung PIBG Kali ke-21

6 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat 9 – 11
Agung PIBG Kali ke-21

7 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali 12

ke-21


8 Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung 13 - 17
PIBG Kali ke-20

9 Minit mesyuarat Agung PIBG Kali 18 - 32
ke-20(2021/2022)

10 Penyata Kewangan Tahunan PIBG 33 - 34
2021/2022


11 Usul/Cadangan sesi 2023/2024 35 - 41


12 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 42
2022/2023

13 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 43
2023/2024


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.





Syukur Alhamdulillah dengan taufik dan iradah-Nya, pada hari
ini dapat kita berkumpul bagi menyempurnakan Mesyuarat
Agung Tahunan (MAT) PIBG SKTD2 kali ke-21. Pada
kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
atas kehadiran dan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan

dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan puan semua,
hubungan sesama kita dapat dipererat, cadangan dapat
disepakati, segala usul dapat dirungkai, dan seterusnya segala
masalah dapat dileraikan secara musyawarah.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,



Atas dasar kesepakatan dan komitmen yang tinggi,
maka dalam tempoh 21 tahun tertubuhnya PIBG di sekolah
ini, segala Kerjasama antara SEDESA 2 dengan PIBG telah
berlangsung dalam keadaan yang baik. Terima kasih saya
ucapkan kepada barisan AJK PIBG kerana segala aktiviti yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya terutamanya

kejayaan dalam melengkapkan prasarana sekolah.














2


Sidang hadirin yang dihormati sekalian,



Walaupun keadaan cuaca semasa memberikan
cabaran kepada penglibatan murid dalam aktiviti
Kokurikulum, namun kejayaan murid-murid tetap dicapai pada
peringkat daerah sehingga ke peringkat negeri. Tahniah kepada
murid-murid yang terlibat. Sekalung penghargaan juga kepada
guru-guru yang melatih murid-murid sehingga menempa
kejayaan cemerlang yang mengharumkan nama sekolah.



Tuan-tuan dan puan-puan,


Akhir kalam, jadikanlah platform MAT PIBG ini sebagai wadah
percambahan idea, jambatan maklumat dan pengikat ukuwwah.
Semoga kerjasama yang terjalin dapat memupuk hubungan yang

saling melengkapi dalam usaha menjayakan visi dan misi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi realiti. Kepada
barisan AJK PIBG 2022/23, sekalung penghargaan saya ucapkan
atas sikap mesra dan budaya mudah dibawa berbincang yang
kalian tunjukkan. Kepada barisan kepimpinan baharu AJK PIBG
2023/2024, pihak sekolah berharap agar gerakan baharu dapat
disusun, digembleng, dipacu, disepakati menjadi senada seirama

demi kemajuan anak-anak SEDESA 2, dalam memenuhi impian
dan harapan kita agar SEDESA2 menjadi sebuah sekolah yang
kondusif, hebat dan berwatak.


Sekian. Terima kasih.



SEDESA2 HEBAT, SEDESA2 CEMERLANG,
GEMILANG DAN TERBILANG










3


Bismillahirrahmanirrahim,




Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul bagi
menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 pada tahun ini. Saya
mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat

meluangkan masa bersama-sama pada hari ini.



Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK
PIBG 2022/2023 kerana berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG

pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan
pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya, Mesyuarat Agung ini

merupakan platform terbaik untuk ibu bapa berkongsi idea dan
pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan murid
dan sekolah ini.



Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua ibu

bapa kerana telah memberi kerjasama yang baik selama ini. Saya
berharap kerjasama ini dapat diteruskan supaya anak-anak dapat

menikmati kehidupan dalam suasana yang kondusif dan selamat ketika
mereka berada di sekolah dalam membentuk mereka menjadi insan
yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.










4


Selain itu, saya juga berharap ibu bapa dapat

menghubungipihak sekolah sekiranya mempunyai
sebarang kesulitan atau memerlukan sebarang maklumat yang
tepat. Untuk makluman ibu bapa, suka saya berkongsi berita

gembira untuk kita semua iaitu sekolah kita telah berjaya
memperoleh peruntukan membaik pulih sekolah berjumlah hampir

RM850 ribu. Peruntukan ini akan digunakan untuk membaik pulih
segala kerosakan seperti membaiki parkir berbumbung untuk guru-
guru, membaiki sistem-sistem rumah kumbahan sekolah yang telah

rosak, menukar kesemua pendawaian elektrik yang baru terutama
di dalam kelas anak-anak kita dan sebagainya. Proses untuk

pemilihan kontraktor ini akan dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Negeri.



Sidang hadirin yang dimuliakan,
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya menyeru kepada

semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan
kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan

SEDESA2 terus melakar kejayaan. Saya juga berharap agar
jawatankuasa PIBG yang baharu akan dapat meneruskan usaha

dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari
segi kewangan mahupun tenaga. Syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti.

Harapan saya supaya Mesyuarat Agung PIBG SKTD 2 kali ke-21 ini
akan berjalan lancar dan teratur. Dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Taman Desa 2 kali ke-21.



Sekian, terima kasih.





5


8.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa/penjaga dan guru.

9.00 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

9.10 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
9.15 pagi : Bacaan doa

9.30 pagi : Ucapan Penasihat PIBG SK Taman Desa 2

(Pn. Rozana binti A Razak: Guru Besar)
9.40 pagi : Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SEDESA 2

(En. Zamfazlin bin Kamarulzaman)

10.00 pagi : Tayangan Montaj Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023
10.10 pagi :

1. Anugerah Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia Peringkat Negeri 2023 - Johan

2. Anugerah Kejohanan Kriket Peringkat Kebangsaan 2022 - Johan
3. Anugerah Karnival Rancak Seni (Duet) Peringkat Kebangsaan 2022 – Naib Johan

4. Anugerah Pengurusan Laluan PPDa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2022/2023
10.20 pagi : Pelancaran Sekolahku Ceria Bersama PIBG

10.30 pagi : Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG Sesi 2022/2023

10.40 pagi : Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali-21
Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-20
Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan
Pembentangan dan penerimaan penyata kewangan
Pembentangan Usul
Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023
Pelantikan pengerusi sementara
Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024
Pemilihan dua orang juruaudit
Ucapan YDP Sesi 2023/2024
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan
12.30 tengah hari : Sesi bergambar dan bersurai








6


7


PENASIHAT/EX-OFFICIO AHLI JAWATANKUASA

PUAN ROZANA BINTI A RAZAK ENCIK CHANDRAN A/L SELLADURI


ENCIK MUHAMAD JIBRIL BIN MUZAIYIN
YANG DIPERTUA ENCIK MOHD SAUFY BIN MOHD RAZUAN
ENCIK ZAMFAZLIN BIN KAMARULZAMAN
PUAN SHERLYNI BINTI SHARIN
NAIB YANG DIPERTUA PUAN SURIYANI BINTI DAUD

ENCIK MOHD ZAWAWI BIN ZAKARIA
ENCIK MUHAMMAD AFIQ BIN DARDURI

ENCIK RUZAINI BIN SUPARMAN
PENOLONG KANAN
PUAN ROSLIZAWATI BINTI PUTEH
PUAN MAZATUL HAFEZA BINTI ABD RANI
PUAN SITI FAIZAH BINTI MOHD SALEH @
PUAN MASTURA SAN BINTI ABDULLAH SALLEH

PUAN ROSHAZADIANA BINTI SAAIDIN PUAN NORHAYATI BINTI ABD WAHID

PUAN RUZAINI BINTI MUSTAPHA PUAN PRIYA LATHA A/P RANGAVAN

CIK SITI NUR AISYAH PHUA BINTI MOHD HOI




SETIAUSAHA

PUAN NIK NUR IYLIA BINTI ABD RAHMAN

NAIB SETIAUSAHA

PUAN ZAIMAWATI BINTI MOHD MUHTIR




BENDAHARI

ENCIK SYAIFUL REDZUAN BIN MOHAMAD DAIM
8
NAIB BENDAHARI

CIK UMI ZAKIAH BINTI HAZRAM


PENGACARA MAJLIS TEKS UCAPAN

Pn Nolida binti Mohd (K)
Pn Saufeaa Angela Rengon binti Abdullah (K)
Pn Hafizah binti Md Zain
Pn Nor Azura binti Mat Isa
Pn Zunariah binti Zainun



BUKU PROGRAM/BUKU MESYUARAT KATA ALU-ALUAN BUKU PROGRAM
AGUNG (FLIPBOOK) DAN KAD JEMPUTAN


Pn Siti Faizah binti Mohd Saleh @ Salleh (K) Pn Nor Shahida bt Mokhtar (K)
Pn Zaleha binti Ismail Pn Zarina binti Ismail
Pn Norrashida binti Abd Rashid Pn Fauziah binti Abdul Fathah
Pn Nor Hafizah binti Delmi
Pn Norsazila binti Che Arom
Pn Gogilah a/p Thirunganam MAKLUM BALAS/USUL
Pn Maizatun binti Mohamad Razmi IBU BAPA DAN PENJAGA


MONTAJ AKTIVITI PIBG Pn Mazatul Hafeza binti Abd Rani
Pn Mastura San binti Abdullah
En Mohd Khairil Shahrizal bin Yaacob (K) Pn Roshazadiana binti Saaidin
Pn Zabrina binti Aminuddin Pn Ruzaini binti Mustapha
Cik Siti Nur Aisyah Phua binti Mohd Hoi

PA SISTEM DAN TEKNIKAL MAKLUM BALAS/USUL PIBG
AJK PIBG

En Mohd Faiz bin Abd Ghani (K)
En Mohd Raduan bin Kamaruddin PENGERUSI SEMENTARA
Pn Rozana binti A Razak

BANNER PENYEDIAAN BORANG USUL

Pn Nik Nur Iylia binti Abd Rahman
En Siva Krishna a/l Ranggasamy (K)
Pn Noor Hafisha Bt Ahmat Sharifuddin
Pn Noor Khairunisa’ Bt Doltiu PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN
Pn Awatif binti Mohamad Zubir En Syaiful Redzuan binti Mohamad Daim

BACAAN DOA 9
Ustaz Abdul Haady bin Yaziz


PENDAFTARAN KEHADIRAN PENCATAT MINIT MESYUARAT
IBU BAPA/ PENJAGA DAN GURU
Pn Zaimawati binti Mohd Muhtir (K)
Cik Umi Zakiah binti Hazram (K) Pn Nooraliza binti Ali
Pn Priya a/p Padmanabhan Pn Rahimah binti Sulong
Pn Mashitah Hanim binti Dahalim Pn Roshidah binti Ali
Pn Rosniza binti Rosli Pn Zarina@ Norashidah binti Ibrahim
Pn Mazlinda binti Amir Pn Saharnooaini binti Mahmod
Pn Mazni binti Soho Pn Nor Aniroh binti Musa
Pn Khairunnisa’ binti Khairuddin Pn Norhana binti Mohamad
Pn Noraznera binti Nordin
Cik Nor Azlina binti Ibrahim Pn Ratha a/p Subramaniam
Pn Lily Anak Adeng Pn Roshaida binti Md Zin
Pn Gayatri Devi a/p Koolanthavelu Pn Zarina binti Mohd Idris
Pn Lehah a/p Kanna Poduval
BACKDROP DAN HIASAN PENTAS Pn Johana binti Johari
Pn Nur Adni binti Amiruddin
Pn Nur Izwahani binti Mohd Azman (K) Pn Nurfarhana binti Samshuddin
Pn Manjit Kaur Kartar Singh
Pn Nurazraha binti Ayob PENGIRAAN UNDI
Cik Nik Husniah binti Nik Husin
Pn Masidah binti Duki En Ruzaini bin Suparman (K)
Pn Zaliha binti Ahmad
En Mohd Syamsul Rizal bin Saad
En Mohd Halif bin Mazalan
DOKUMENTASI
Pn Siti Sarah binti Rosni
Pn Nurulfaizah binti Baharullah
Pn Kartini binti Sani (K)
Pn Salbiah binti Harun Pn Selvamalar a/p Veerapan
Pn Siti Norasahkin binti Md Noor
Pn Nurasmaria binti Safiaai
Pn Wan Nur Afiqah binti Wan Azahar
Pn Nora Zety binti Ibrahim
Pn Nur Atiqah Liyana binti Ahmad Tarmizi







10


MAKANAN TETAMU, IBU BAPA PERSIAPAN TEMPAT
DAN GURU
En Muhammad Afiq bin Darduri (K)
Pn Roslizawati bt Puteh (K) En Ahmad Tarmizi bin Mohamed
Pn Normalawati binti Ismail En Asmadi bin Salleh
Pn Maszelin binti Baba En Mohamad Sauffi bin Md Basri
Pn Che Teh binti Nor En Muhammad Muiz bin Abd Aziz
Pn Siti Hasmah binti Zainal Abidin En Munusamy a/l Arunasalam
Pn Hasnorizaini binti Hasan Pn Norida binti Norbi
Pn Shamala Devi a/p Kumarasamy Pn Kalpana Perumal
Pn Johasnizal Bt Nordin Pn Nurul Huda binti Harun
Pn Siti Nur Asma binti Arifin Pn Norazlina binti Abd Aziz
Pn.Ummu’Atiah binti Abu Bakar Pn Nor Zaihanis binti Zulkifli
Pn Arzian binti Ariffin AJK PIBG
AJK PIBG




SIJIL DAN CENDERAHATI JK PIBG PIALA PUSINGAN PIBG


Pn Priya Latha a/p Rangavan (K) Pn Norhayati binti Abd Wahid (K)
Pn Asmah binti Amran Pn Junainah binti Abd Razak
Pn Elffyza binti Abu Bakar Pn Logeswary a/p Kalimuthu
Cik Nur Amelia binti Sumun Pn Hanani binti Nik Alli
Pn Siti Hasmah binti Aziz
Pn Noorazizah binti Samsudin PENGURUS PENERIMA
Pn Normusabaqahriah binti Abd Ghafor ANUGERAH
Pn Norhayati binti Abdul Hamid
Pn Nurmawati binti Salikin
Pn Nik Nawal binti Nik Mahmood (K)
Pn Atikah binti Abdul Majid
Cik Nur Asilah binti Mohd Zulfekri








11


BIL PERKARA

1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan

PIBG Kali ke-20.

2 Pembentangan laporan aktiviti tahunan bagi

sesi 2022/2023.

3 Pembentangan dan penerimaan penyata


kewangan yang berakhir 31 Disember 2022.

4 Pembentangan usul.

5 Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023.

6 Pelantikan Pengerusi Sementara.

7 Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG bagi sesi

2023/2024.

8 Pemilihan dua orang Juruaudit Dalaman


(1 guru dan 1 ibu/bapa).

9 Ucapan Penangguhan.









12


NO NAMA GURU NO NAMA GURU

1 HAWADI B MD TAROTAN 31 NORRASHIDA BT ABD RASHID
2 MAZATUL HAFEZA BT ABD RANI 32 ROSNIZA BT ROSLI

3 MASTURA SAN BT ABDULLAH 33 NORSAZILA BT CHE AROM
4 ROSHAZADIANA BT SAAIDIN 34 NORMALAWATI BT ISMAIL

5 RUZAINI BT MUSTAPHA 35 NURASMARIA BT SAFIAAI
6 RUHAIZA BT MOHAMAD SALIM 36 ZALIHA BT AHMAD
7 CHE NORAI BT ABD RAHMAN 37 PRIYA LATHA A/P RANGAVAN

8 ZARINA BT ISMAIL 38 ALINA BT ZAINI
9 NOR AZURA BT MAT ISA 39 NURULFAIZAH BT BAHARULLAH
10 GAYATRI DEVI A/P KOOLANTHAVELU 40 NUR AMELIA NABILA BT SUMUN
FAUZIAH ABDUL FATHAH MOHD KHAIRIL SHAHRIZAL
11 41
KALPANA PERUMAL NURMAWATI BINTI SALIKIN
12 42
SHAMALA DEVI KUMARASAMY CHE TEH BT NOR
13 43
SITI HASMAH BT AZIZ MAZLINDA BT AMIR
14 44
ASMAH BT AMRAN NORAZNERA BT NORDIN
15 45
MANJIT KAUR A/P KARTAR SINGH ROSHIDAH BT ALI
16 46
RATHA A/P SUBRAMANIAM NORHAFIZAH BT DELMI
17 47
NORHANA BT MOHAMMAD JOHANA BT JOHARI
18 48
ASMADI BIN SALLEH MAZNI BT SOHO
19 49
SELVAMALAR A/P VEERAPPAN PRIYA A/P PADMANABHAN
20 50
LEHAH A/P KANNA PODUVAL SITI NOORASAHKIN BT MD NOOR
21 51
NUR ADNI BT AMIRUDDIN JOHASNIZAL BT NORDIN
22 52
SITI NUR ASMA BT ARIFIN RAHIMAH BT SULONG
23 53
NIK NUR IYLA BT ABD RAHMAN NURAZRAHA BT AYOB
24 54
NORAZLINA BT ABD AZIZ MUHAMMAD FAIZ B ABDUL GHANI
25 55
26 HAFIZAH BT MD ZAIN 56 AHMAD TARMIZI B MOHAMAD
27 SITI HASMAH BT ZAINAL ABIDIN 57 NOORALIZA BT ALI
28 MASZELIN BT BABA 58 SARIDAH BT RASHID

29 NORHAYATI BT ABD WAHID 59 NORA ZETY BT IBRAHIM 13
30 NURFARHANA BT SHAMSHUDDIN 60 MUNUSAMY A/L ARUNASALAM


NO NAMA GURU NO NAMA GURU

61 GOGILAH A/P THIRUNGANAM 82 ROSLIZAWATI BT PUTEH
62 SAUFEEA ANGELA RENGON BT 83 NOOR AISHAH BT OSMAN
ABDULLAH
63 MUHAMMAD AFIQ 84 ZABRINA BT AMINUDIN

64 ZUNARIAH BT ZAINUN 85 NOLIDA BT MOHD
65 NORHAYATI BT A.HAMID 86 SITI FAIZAH BT MOHD
SALEH@SALLEH
66 NORIDA BT NORBI 87 ABDUL HAADY

67 NIK HUSNIAH BT NIK HUSIN 88 MOHD HALIF B MAZLAN
68 ZARINA BT MOHD IDRIS 89 RUZAINI B SUPARMAN

69 ZAIMAWATI BT MOHD MUHTIR 90 HANANI BT NIK ALLI@ZULKIFLI

70 MAIZATUN BT MOHAMAD RAZMI 91 SITI SARAH BT ROSNI
71 NORANIROH BT MUSA 92 AHMAD QASIM B MD ZAIN

72 ZARINA BT IBRAHIM 93 MUHD SYAMSUL RIZAL B SAAD

73 NUR IZWAHANI BT MOHD 94 JUNAINAH BT ABD RAZAK
AZMAN
74 NURUL HUDA BT HARUN 95 NUR ATIQAH LIYANA BT AHMAD
TARMIZI
75 NOOR KHAIRUNNISA BT DOLTIU 96 ROSHAIDA BT MOHD ZAIN

76 NORMUSABAQARIAH BINTI ABD 97 HASNORIZAINI BT HASSAN
GHAFAR
77 MUHAMMAD MUIZ B ABD AZIZ 98 SIVA KRISHNA A/L RENGGASAMY

78 MASIDAH BT DUKI 99 SALBIAH BT HARUN

79 NIK NAWAL BT NIK MAHMOOD 100 NUR ASILAH BT MOHD ZULFEKRI
80 NOOR HAFISHA BT AHMAT 101 KARTINI SANI
SHARIFUDIN
81 ELFFYZA BT ABU BAKAR 102 UMI ZAKIAH BT HAZRAM


14


NO NAMA IBU BAPA / PENJAGA NO NAMA IBU BAPA / PENJAGA
1 ADRIAN NOVY 24 HUYNH KIM TRUC

2 ADZHAN B MASMAWIE 25 IKHWAN A MALIK

3 AFI ZARINA BT M.IDRIS 26 ISMANIYAH
4 AFIQ AIMAN B MOHD RAZAK 27 IZA ROZWANIE BT ZAKARIA

5 AHMAD QASIM BIN MD ZAIN 28 JAAFARAH ACHMAD SATTAR

6 AMBIGAH DEVI A/P 29 JOHASNIZAL NORDIN
SUBRAMANIAM
7 AMIRUDDIN ISMAIL 30 JUNAEDA BT TAPPI

8 ANGELIA AGNES A/P JOSEPH 31 KAMARUDIN B DAUD

9 ANITA BT ABU BAKAR 32 KANAGASABAI
10 AZLINA BT JUNOH 33 KAVITHA A/P RATNASAMY

11 BAVANI RAJAINDRAN 34 KHUZAIMI AWANG KECHIK

12 BAZRAH BT ACHMAD SATTAR 35 KUMARAN

13 CHANDRAN A/L SELLADURI 36 LAILAWATIE BT MAN
14 DZUN NORAINI 37 LINDAWATI

15 EMENINTA KABAN 38 LINNAH BT ABD LATIF

16 HAFIZAH BT MD ZAIN 39 M YUSHANIZAR MD YUSOFF
17 HAFIZZA SAUNI 40 MAKALECHUMY RAJEGOPLE

18 HANANI BT ZULKIFLI 41 MARDIAH BT ADAM

19 HARI RAMA A/L RAMA RAO 42 MARIYAH BT RAFI
20 HASINA 43 MARLINA BT MARJO

21 HAYATUMUPUS ALI 44 MASIDAH BT DUKI

22 HISYAMUDDIN B YAHYA 45 MAZLINDA BT AMIR
23 HUSEN BIN ABDULLAH 46 MIOR MOHAMMAD FAIZAL


15


NO NAMA IBU BAPA / PENJAGA NO NAMA IBU BAPA / PENJAGA
47 MISLIYA BT ASMAWI 71 NUR ROLZIANA

48 MOHAMAD FHARID 72 NUR ROZIANA

49 MOHD ASHRAF JUSTIN 73 NUR ZAHIRAH SHAFIQAH BINTI MOHD
ZAMZURI

50 MOHD HAFIZUDDIN 74 NURU FATIMAH BT MOHD ZAID
51 MOHD HISAM 75 NURUL FAIZAH BT BAHARULLAH

52 MOHD KHAIRIL SHAHRIZAL 76 NURUL HUSNA ABD RAZAK

53 MOHD RIZAL B NAIS 77 NURUL WARIDAH BT ABDUL RAHIM
54 MOHD SAUFY 78 PREMMADEVI

55 MOHD ZUL B HASSAN 79 PRIYA A/P PADMANABHAN

56 MOHD. AMIRUL B ANNWAR 80 PRIYA LATHA A/P RANGAVAN
57 MUHAMAD JIBRIL 81 RAJA FADZILAH BT RAJA SULAIMAN

58 MUHD.FADHIL B MOHD NOR 82 RAZALI ARIPIN

59 NADRAH BT MOHAMED 83 RAZIQ BUKHARI

60 NAJIP BIN ARSHAD 84 REZZA BUKHARI
61 NAZIRAH NAZRI 85 ROSHAIDA BT MD ZAIN

62 NOEMAUUNITA BT SALAMAT 86 ROSLAN

63 NOORUZAILA BINTI ABD 87 ROSLIZAWATI BT PUTEH
64 NOR FADZILAH ABAS 88 ROSNITA AZLE

65 NORALIZA BT ALI 89 RUSNITA AZILA

66 NORASHIKIN MOHD NOR 90 RUZAINI BT MUSTAPHA

67 NORAZLINA BT ABD AZIZ 91 SAHARI
68 NORHAFIZAH BT JELANI 92 SAIFUL

69 NORHAYATI BT ABD WAHID 93 SANTHI

70 NORIDA 94 SARIFAH BT SAMON
16


NO NAMA IBU BAPA / NO NAMA IBU BAPA / PENJAGA
PENJAGA
NORLAILI BT BIDIN SAZLIZAN
95 114
NORLELA BT MD ARIS SHAHHAZAROLLIZAM
96 115
NORLIAH BT MAT SUBI SHAHRUL HAFIZAL SALLEHUDIN
97 116
NORMAIZAN KHARIS SHARLYNI SHAHRIN
98 117
NORMALAWATI BT ISMAIL SHERLYNI SHARIA
99 118
NORMAYUNI BINTI SELAMAT SITI AMINAH
100 119
NORMUSABAQARIAH BT A. GHAFOR SITI NOORASAHKIN BT MD NOOR
101 120
NORSAZILA BT CHE AROM SITI SARAH BINTI ROSNI
102 121
NORZILA BT MUSTAFA SITI ZALINA
103 122

104 NUR ADNI BT AMIRUDDIN 123 SITI ZARINA

105 SITTI AINA BT PILHIMANI 124 ZAIMAWATI MOHD MUHFIR

106 SURIYANI DAUD 125 ZAINAL ARIFIN BIN RUDDIN

107 SURIYATI YASIN 126 ZAINUDDIN BIN MOHAMAD

108 SYAIZATULAKMAM MD AZMI 127 ZALIA MAT ARIF

109 WAN MOHD FADLI 128 ZALINA MAT ZIN

110 WAN RIZAN BT SHAHID 129 ZALIZAH BINTI AHMAD
WAN ROSLAN BIN WAN ABD ILHANI ZAMFAZLIN KAMARUZZAMAN
111 130

112 ZAIDILLAH B ABD RAHMAN 131 ZARINA M. IDRIS

113 ZAIDILLAH B ABD RAZAK 132 ZAWAWI BIN ZAKARIA


17


MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE - 20
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA 2,

BANDAR COUNTRY HOMES,
48000 RAWANG, SELANGOR




Tarikh : 28 Mei 2022
Hari : Sabtu

Masa : 8.00 Pagi

Kehadiran : 235 orang


1.0 Ucapan En. Hawadi Bin Md Tarotan (Guru Besar/ Penasihat PIBG SK Taman Desa 2)



1.1 Guru Besar mengucapkan salam dan menzahirkan ucapan aluan kepada Yang
Dipertua PIBG En. Shahrul Hafizal bin Sallehuddin, semua AJK PIBG, semua
barisan pentadbir sekolah, para guru dan ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat
Agung PIBG kali ke- 20.


1.2 Guru Besar juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK
PIBG , barisan pentadbir, para guru dan ibu bapa. Semoga dengan kehadiran
ini, hubungan dapat dipereratkan, cadangan dapat disepakati, segala usul dapat
dirungkai dan segala masalah dapat dileraikan secara musyawarah.


1.3 Guru besar memaklumkan atas dasar kesepakatan dan komitmen yang tinggi
antara PIBG dan pihak sekolah, segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan jaya terutamanya kejayaan dalam melengkapkan prasarana sekolah.
Antaranya adalah membina benteng tembok sekolah, membaiki pulih pondok
PIBG, menyelenggara tandas murid, menyelenggara dan menukar kipas bilik
darjah serta membina Dataran Berbumbung sehingga menempa kejayaan
cemerlang yang mengharumkan nama sekolah.


18


1.4 Guru besar memaklumkan Pandemik Covid 19 memberikan cabaran kepada penglibatan
murid dalam aktiviti Kokurikulum , namum kejayaan murid-murid tetap dicapai pada peringkat
daerah sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau mengucapkan tahniah kepada guru – guru
yang melatih murid sehingga menempa kejayaan cemerlang yang mengharumkan nama
sekolah.

1.5 Guru Besar juga memaklumkan perubahan fasa pendemik kepada fasa endemik merubah
landskap pendidikan di negara kita. Dengan pembukaan sekolah secara berperingkat, pihak
sekolah mempertingkatkan kesiapsiagaan untuk menerima kehadiran murid. Aspek prasarana
dan keselamatan menjadi keutamaan pihak sekolah. Juga SOP diperketatkan dan memastikan
semua guru mendapat vaksinasi lengkap.

1.6 Guru Besar berharap platform MAT PIBG sebagai wadah percambahan idea, jambatan
maklumat dan pengikat ukhwah. Semoga kerjasama yang terjalin dapat memupuk hubungan
yang saling melengkapi dalam usaha menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM ) menjadi realiti. Beliau juga berharap barisan AJK PIBG 2022/2023 agar gerakan baharu
dapat disusun, digembleng, dipacu, disepakati menjadi senada seirama demi kemajuan anak-
anak SEDESA 2 dalam memenuhi impian dan harapan supaya SEDESA 2 menjadi sebuah sekolah
yang kondusif, hebat dan berwatak.



2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SEDESA 2
2.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan salam dan memberikan ucapan aluan kepada
PenolongPPD Unit Pembangunan Bakat Murid PPD, Gombak Puan Norhana binti Kulob Mat
Ratu, Guru Besar SKTD 2 Encik Hawadi bin Tarotan, semua barisan AJK PIBG, semua barisan
pentadbir sekolah, para guru dan ibu bapa yang dapat menghadirkan diri dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke- 20.



2.2 Yang Dipertua mengucapkan rasa syukur kerana dapat kembali berkumpul setelah dua
tahun tidak dapat keluar rumah kerana menghadapi pandemik Covid 19. Beliau melahirkan
rasa gembira kerana dapat berkumpul dan berbincang di dewan yang selama ini pihak ibu
bapa memberi sumbangan kepada pembinaannya. Beliau juga mengucapkan selamat
datang dan terima kasih kepada ibubapa kerana membantu pihak sekolah dalam
merealisasikan segala perancangan yang telah dirancang. Beliau turut mengucapkan
tahniah kepada ibubapa yang dapat hadir dalam mesyuarat PIBG ini walaupun dalam
kesibukan di penghujung syawal menghadiri rumah-rumah terbuka demi kebaikan anak
SEDESA 2.



2.3 Yang Dipertua PIBG juga mengatakan perjumpaan kali ini bukan sekadar menghadiri
mesyuarat PIBG tetapi juga merupakan hasrat PIBG untuk bersama-sama ibubapa meraikan
jamuan Muhibbah Hari Raya PIBG yang merupakan sambutan julung kalinya. Beliau
merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada semua AJK PBG 2021/2022 kerana
telah berjaya menganjurkan mesyuarat PIBG pada tahun ini walaupun dalam kesibukan
dengan tugas masing-masing.


19


2.4 Yang Dipertua PIBG merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua
AJK PBG 2021/2022 kerana telah berjaya menganjurkan mesyuarat PIBG pada tahun
ini walaupun dalam kesibukan dengan tugas masing-masing.Beliau turut
mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana telah memberikan
kerjasama yang baik dan berharap pertemuan ini merupakan medan untuk semua
pihak bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti
PIBG pada masa akan datang seterusnya melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah.
Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak
yang sudi memberi sumbangan seperti dari Pihak JKR Gombak.



2.5 Yang Dipertua PIBG mewakili barisan AJK PIBG memohon ampun kepada semua
ibubapa dan guru-guru SEDESA 2 sekiranya ada melakukan kesilapan dan terkasar
bahasa sepanjang memegang amanah sebagai barisan AJK PIBG.Sesungguhnya
menurut beliau lagi, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu
adalah dari pihak barisan PIBG. Beliau seterusnya dengan penuh harapan menyeru
kerjasama ibu bapa dan guru-guru untuk kebaikan murid-murid SEDESA 2 agar dapat
berkongsi idea, masalah atau maklumat yang mampu menjana kecemerlangan
sekolah serta membentuk insan yang luar biasa peribadi dan menjadi generasi akan
datang yang hebat.




2.6 Yang Dipertua PIBG juga menyeru ibu bapa agar berhubung dengan pihak sekolah
atau PIBG jika ada sebarang kesulitan dan untuk mendapatkan maklumat yang
tepat. Beliau mewakili barisan AJK PIBG amat berharap agar barisan AJK baru yang
bakal dilantik akan dapat meneruskan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan
ibu bapa.




3.0 Ucapan Perasmi PIBG SEDESA 2



3.1 Puan Norhana selaku perasmi mesyuarat agong PIBG SEDESA 2 mengucapkan
terima kasih dan tahniah kepada Guru Besar,YDP PIBG, NYDP PIBG serta
semua GPK, semua AJK PIBG barisan guru dan ibubapa kerana dapat
bekerjasama menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ke-20 SEDESA 2.



3.2 Seterusnya sebagai wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, Puan
Norhana merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas jemputan
untuk hadir ke majlis ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Kali
ke20.
20


3.3 Puan Norhana mengingatkan bahawa tujuan utama mesyuarat agung PIBG
diadakan adalah untuk memilih dan melantik AJK PIBG, namun semua pihak
diingatkan agar perlu mematuhi setiap perkara berkaitan dengan Batasan
kuasa PIBG seperti mana yang tercatat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
Bilangan 5 Tahun 2001yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia KPPM), KPM. Perkara-perkara yang disentuh dalam surat pekeliling itu ialah
PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan
guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat
membina tugas dan tanggungjawab bersama-sama dalam usaha untuk
meningkatkan mutu pengajaranguru-guru dan pembelajaran murid di sekolah,
selain mempertingkatkan Kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu
bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership).

3.4 Puan Norhana juga berharap agar pertemuan pada hari ini amat bermakna
kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemudan berbincang dalam
mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak masing-masing dan
melantik Jawatankuasa PIBG yang baharu dan membincangkan usul-usul
daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat yang diadakan pada kali ini
dapat membincangkan beberapa perkara serta mendapat persetujuan bersama
sebaik mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada semua pihak.
3.5 Puan Norhana juga mengharapkan kepada semua ibu bapa agar dapat mendidik
anak-anak dengan nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk
berhadapan dengan gejala negatif di luar rumah. Tanggungjawab menentukan
keperibadian anak-anak sebenarnya adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa.
Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab ini kepada guru-guru dan
pihak sekolah sahaja. Oleh itu PIBG sekolah perlu bersikap proaktif untuk
menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam hal ehwal
kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.

3.6 Puan Norhana meminta agar ibu bapa perlu bertindak proaktif dalam mengawasi
dan mengambil tahu segala aktiviti yang diceburi oleh anak-anak. Kesibukan
bekerja tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan anak-anak dididik oleh
sebelah pihak sahaja. Sebagai ibu bapa tugas mendidik ana, kadangkala menjadi
satu cabaran tetapi bayangkan kesabaran seorang guru dalam menangani 35 hingga
40 orang murid dalam satu kelas. Beliau mengharapkan agar satu
kepercayaan dan Kerjasama antara guru dan ibu bapa dapat dibentuk melalui
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh PIBG.

3.7 Akhir sekali, Puan Norhana memberikan kata pujangga untuk renungan semua “di
rumah ada ibu, ada bapa, di sekolah ada guru turut menjaga”. Oleh itu semua pihak
ibu bapa dan guru dapat sama-sama berganding bahu membantu melancarkan
program-program yang dirancang kerana setiap kejayaan memerlukan
pengorbanan dan keprihatinan semua. Puan Norhana mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua AJK baharu yang dilantik nanti dan dapat menjalankan
tanggungjawab dengan lebih baik. Seterusnya beliau merasmikan
Mesyuarat Agung kali ke-20.
21


4.0 Pengesahan minit mesyuarat Agung kali ke -19 SEDESA 2


4.1 Minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 telah dibentangkan oleh Pn Fauziah bt
Abdul Fathah untuk disahkan. Beliau memohon semua guru dan ibu bapa
menyemak minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 helaian demi helaian. (
Rujuk m/s 12 - 22 dalam buku program)

4.2 Pengesahan minit mesyuarat Agung PIBG tahun 2021
Pencadang : Puan Sherlyni bt. Sharin
Penyokong : Puan Zalia bt. Mat Arif

5.0 Membentang dan menerima laporan tahunan bagi sesi 2020

5.1 Pn. Fauziah Bt Abdul Fathah, selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan
Tahunan PIBG sesi 2021 ( Rujuk Buku Program Mesyuarat PIBG Kali Ke-19 ms/29)
6.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit


6.1 En. Mohd Halif bin Mazalan, selaku bendahari PIBG bagi tahun 2021 membentang
penyata kira-kira (Rujuk Halaman 31-36 dalam buku program)


6.2 Bendahari menjelaskan jumlah sumbangan PIBG bersama penyelenggaraan yang
dibuat. Jumlah sumbangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 ialah
sebanyak RM 27,220.00
Baki di akaun PIBG 2020 : RM 207 751.40
Baki di bank berakhir 31 Disember 2021 : RM 49 930.77


6.3 Penyata Kewangan PIBG 2020 disahkan
Pencadang : Pn. Suriyani binti Daud
Penyokong: En Mohd Saufy bin Mohd Raduan

7.0 Pembentangan dan Pembahasan Usul

USUL SEKOLAH
Tiada


USUL/CADANGAN

1. Memohon agar pihak sekolah dapat membaik pulih kemudahan tandas bagi murid
perempuan dan murid lelaki.
Meningkatkan kebersihan tandas, menyediakan penyangkut baju di dalam tandas,
membaiki kunci pintu tandas, membaik pulih ‘flush” tandas yang rosak dan membaik pulih
keadaan sinki yang selalu tersumbat.
(En Mohd Ashraf Saidon, Pn Krimah binti Abd Karim, En Mohd Zaki Zamani,
Pn Siti Zubaidah, Pn Nanthini, Pn Rokiah Norani dan Norasiyati)


22


JAWAPAN :


Isu kemudahan tandas adalah merupakan satu isu yang berterusan di sekolah. Isu kemudahan
tandas sedang dalam perhatian dan tindakan pihak sekolah. Pihak sekolah amat memahami
dan akan mengambil tindakan secara berterusan untuk menangani masalah tandas.
Pihak sekolah dan PIBG sedang dan akan terus memastikan bahawa tandas akan sentiasa
dibaik pulih.
Sekolah akan didatangi oleh pihak PKD Gombak untuk penilaian dan penarafan tandas
sekolah. Pihak sekolah sedang dalam usaha yang berterusan untuk menaik taraf tandas
sekolah.


Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang mempergiatkan semula untuk
mendidik murid-murid terutama murid-murid tahap 1 tentang cara-cara penggunaan tandas
yang betul.
Pihak sekolah juga telah membuat aduan dan dipanjangkan kepada pihak JKR dan pihak JKR
telah membuat pemeriksaan serta mengenalpasti yang mana perlu segera dibaik pulih. Pihak
sekolah akan mendahulukan kerja-kerja yang perlu disegerakan seperti yang boleh
mendatangkan kemalangan kepada murid seperti tandas yang tiada grill dan pintu tandas
yang kerap terkunci dengan kerjasama pihak JKR.

2. Memohon agar pihak sekolah dapat menambahbaik sistem pengudaraan kelas yang lebih baik
dengan menyediakan kipas angin yang berfungsi dengan baik di dalam kelas serta
memperbaiki kerosakan di dalam kelas.
(En Mohd Zaki Zamani, Pn Nanthini dan Pn Siti Zubaidah)


JAWAPAN :

Dengan kerjasama dari pihak PIBG, pihak PIBG telah menyumbang 50 buah kipas berdiri di
setiap kelas dan berfungsi dengan baik. Selepas ini, kemungkinan kelas sudah dibenarkan
untuk memasang langsir semula, oleh itu kadar kepanasan di dalam kelas akan berkurangan.
Unit penyelenggaraan sekolah akan sentiasa memastikan bahawa setiap kipas di dalam kelas
akan berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan kerosakan yang lain.

3. Memohon pihak sekolah menyemak semula harga makanan yang dijual di kantin yang agak
mahal.
Memohon agar pihak kantin sekolah dapat mempelbagaikan menu makanan yang dijual
kepada murid serta menyediakan menu makanan yang berkhasiat seperti buah potong yang
sesuai serta mengurangkan jualan makanan ringan.
(En. Prakash, Pn Siti Zaliha binti Mohd Nah Rawi, Pn Yuslindawati, Pn Norliyana Syazwani, Pn
Nanthini dan Pn Nora Zetty)

JAWAPAN :

Ahli jawatankuasa kantin akan berjumpa dan berbincang dengan pengusaha kantin bagi
memastikan pengusaha kantin mematuhi perjanjian yang telah dibuat.
Pihak sekolah akan cuba memperbaiki hal-hal sedemikian terutama dari segi menu makanan.
Pengusaha kantin perlu mengikut jadual menu makanan seperti di dalam
perjanjian. Pihak sekolah akan selalu memantau tentang harga
dan kualiti makanan. 23


4. Memohon penjadualan semula waktu aktiviti Kokurikulum. Mencadangkan agar waktu aktiviti
Kokurikulum dimasukkan ke dalam tempoh sesi persekolahan atau pada hari Sabtu bagi
memudahkan urusan semua pihak seperti tidak mengganggu waktu pembelajaran sekolah
agama dan kengkangan pengangkutan bagi sesetengah pihak.
(En Zuraim, Pn Eliza binti Ismail, Pn Zuraini, En Mohd Azrul dan En Mohd Azam bin Abd Halim)


JAWAPAN :

Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk memasukkan waktu aktiviti Kokurikulum dalam jadual waktu.
Aktiviti Kokurikulum hanya dibenarkan dijalankan pada hari Rabu atau hari Sabtu minggu ke dua
dan minggu ke empat.
Pihak sekolah memilih untuk menjalankan aktiviti Kokurikulum pada setiap hari Rabu iaitu bagi sesi
pagi dari jam 12.45 tengah hari hingga 2.45 petang.
Kehadiran murid pada aktiviti Kokurikulum adalah sebahagian daripada markah penilaian PAJSK.
Oleh itu, murid perlu hadir pada setiap perjumpaan. Namun begitu adalah dikhuatiri kehadiran
murid adalah tidak memberangsangkan jika aktiviti Kokurikulum dijalankan pada hari Sabtu..
Tambahan, pihak sekolah telah menghantar surat pemakluman kepada pihak sekolah Agama untuk
berkolaborasi berkaitan masa yang diambil untuk aktiviti Kokurikulum pada hari Rabu.

5. Waktu persekolahan.
Mencadangkan sesi persekolahan petang ditamatkan pada jam 5.30 petang agar anak-anak
mempunyai masa untuk beriadah.
Memohon agar pagar masuk bagi murid sesi petang dibuka pada masa yang sama seperti waktu
pulang bagi murid sesi pagi. Pada waktu kini, murid sesi pagi pulang pada jam 12.20 tengah hari
tetapi pagar bagi murid sesi petang dibuka pada jam 12.30 tengah hari.
Memohon pihak sekolah mempertimbangkan untuk melewatkan atau mengawalkan sedikit waktu
persekolahan pada hari Jumaat bagi murid sesi petang disebabkan keadaan jalan raya yang terlalu
sesak terutama selepas lampu isyarat yang telah mula berfungsi.
(En Farid Abdul Manan dan Pn Syerlyni Sharin)

JAWAPAN :


Pihak sekolah mempunyai pekeliling dan panduan berkenaan waktu persekolahan yang perlu
diikuti. Waktu persekolahan tidak boleh kurang daripada jam/minit per tahun yang telah
ditetapkan. Murid sesi petang hanya dibenarkan pulang pada jam 5.30 petang hanya pada bulan
Ramadan sahaja.


Pihak sekolah akan menggunakan pintu pagar kecil di tempat menunggu bas hanya apabila telah
dipastikan tempat menunggu murid di hadapan kawasan sekolah tersebut adalah 100% selamat.


Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa bagi murid sesi petang agar dapat menghantar anak-
anak ke sekolah mengikut waktu masuk sekolah yang telah ditetapkan terutamanya pada hari
Jumaat bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

6. Mencadangkan diadakan Hari Terbuka Pusat Sumber pada hari Sabtu.
Mencadangkan agar diadakan Kelab Buku/Kelab Membaca bagi menggalakkan anak-anak gemar
membaca. (Pn. Norsaliza binti Hashim dan Pn Wan Noorliza Razali)
24


JAWAPAN :



Pihak sekolah akan mencadangkan kepada pihak pusat sumber agar dapat memikirkan satu
kaedah untuk menjalankan program pada hari Sabtu. Namun, pihak sekolah berharap apabila
program dijalankan pada hari cuti, adalah diharapkan agar pihak ibu bapa dapat memberikan
kerjasama yang baik untuk menjayakan program tersebut.



7. Memohon agar pihak sekolah mencari penyelesaian berkaitan isu beg sekolah berat terutama
bagi murid tahun 1 dan 2.
Mencadangkan agar disediakan tempat penyimpanan buku murid di sekolah seperti loker atau
almari. Ini membolehkan buku teks dapat ditinggalkan di dalam loker dan hanya hanya perlu
dibawa pulang sekiranya terdapat kerja sekolah.
(Pn Nor Ezati, Pn Siti Rahmatus Sofiah, En Zaidillah bin Abdul Rahman, Pn Shaleha dan En
Prakash)

JAWAPAN :

Pihak sekolah menunggu keputusan dari pihak Kementerian kerana peruntukan adalah daripada
pihak Kementerian dan sehingga kini pihak sekolah masih menunggu maklumat selanjutnya.
Buat masa ini pihak sekolah mengambil langkah seperti penggunaan jadual anjal dan diharapkan
agar ibu bapa dapat memastikan anak-anak membawa buku mengikut jadual yang telah diberi.
Pihak PIBG juga telah menyumbang 3 unit water cooler dan didapati murid-murid telah
menggunakan kemudahan water cooler tersebut dan sekali gus dapat mengurangkan isu beg
berat ini.

8. Mencadangkan agar diadakan waktu solat Zohor yang tetap bagi murid-murid setiap hari.
Sebagai contoh murid-murid dibawa ke surau 10 minit sebelum waktu rehat.
(Pn Faizewati binti Abdullah)

JAWAPAN :

Pihak sekolah telah memberikan kebenaran kepada murid untuk solat mengikut masa-masa yang
tertentu dengan kebenaran guru. Pihak sekolah telah menyediakan satu bilik solat yang
berdekatan dengan kelas-kelas murid dengan ada penggiliran penggunaan. Pihak sekolah
berpendapat, untuk menetapkan 10 minit bagi waktu solat ianya akan mengambil masa Pdpc
iaitu merupakan waktu untuk murid belajar.

9. Memohon agar ibu bapa bagi murid sesi petang dibenarkan untuk menghantar anak di
bahagian pagar utama sekolah memandangkan kesesakan di dalam kawasan masjid.

Memohon agar ibu bapa yang menghantar anak-anak tahun 1 dibenarkan masuk melalui pagar
utama sekolah.
(Pn Norizawati Sajidon, Pn Norlaili binti Bidin dan Pn Gangga Devi)


JAWAPAN :

Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat menghantar anak ke sekolah mengikut waktu masuk
sekolah yang telah ditetapkan terutamanya pada hari Jumaat bagi mengelakkan
25
kesesakan jalan raya dan juga untuk menjamin keselamatan murid-murid.


10. Mencadangkan agar ditambah bilangan pekerja di kedai buku sekolah atau pihak kedai buku
sekolah menyediakan sistem penjualan yang lebih teratur seperti menggunakan mesin ‘ cashier’
agar urusan pembelian lebih pantas dan lancar.
(Pn Norliyana Syazwani)

JAWAPAN :

Pihak sekolah boleh mencadangkan kepada pihak kedai buku sekolah agar menambah baik sistem
penjualan yang diamalkan di kedai buku sekolah bagi melancarkan proses penjualan dan
pembelian.
11. Memohon agar diadakan lebih banyak aktiviti sukan bagi murid-murid.
Memohon dilaksanakan hari sukan sekolah bagi tahun 2022.
(Pn Norliyana Syazwani dan Pn Suhantif Zakaria)

JAWAPAN :

Segala aktiviti Kokurulum dan aktiviti sukan akan kembali dijalankan seperti yang telah dirancang
pada awal tahun jika keadaan telah pulih dan kembali kepada asal.

12. Mengucapkan syabas kepada pihak sekolah atas sistem penyerahan buku teks secara pandu
lalu yang dijalankan dengan cemerlang.
(En Azhar)


JAWAPAN :

Penyerahan buku teks secara pandu lalu telah selesai. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih
atas kerjasama dari pihak ibu bapa yang turut melancarkan proses penyerahan buku teks tersebut.

13. Tentang pergaulan anak-anak di sekolah.
(En Jefry Antoni)

JAWAPAN :

Peralihan ke fasa endemik selepas melalui fasa pandemik hampir 2 tahun pasti sedikit sebanyak
menyebabkan kejutan budaya di kalangan anak-anak.
Pihak hal Ehwal Murid sekolah bersama unit disiplin dan unit Bimbingan dan Kaunseling akan
sentiasa memastikan disiplin murid-murid di SK Taman Desa 2 di tahap yang cukup baik.
Di setiap perjumpaan dan perhimpunan, Unit Displin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa
memberi penerangan dan peringatan kepada murid-murid tentang displin yang patut dipatuhi
ketika berada di sekolah.
14. Memohon agar cikgu-cikgu dapat berlembut dan tidak terlalu tegas kepada anak-anak murid
agar dapat mewujudkan suasana ke sekolah dan belajar yang seronok.
(En Mohd Amirul b Anuwar)

JAWAPAN :


Pihak sekolah akan sentiasa berusaha sedaya upaya bagi
mewujudkan suasana belajar yang kondusif kepada semua murid. 26


15. Mencadangkan agar pihak sekolah membenarkan murid untuk memilih pakaian seragam dan
acara sukan berdasarkan minat masing-masing.
(Pn Puteri Liyana)

JAWAPAN :

Murid-murid boleh membuat pemilihan sendiri unit-unit Kokurikulum yang diminatinya bermula
Tahun 3 2023. Namun begitu, kuota bilangan murid-murid dalam setiap unit perlu diseimbangkan.
Murid-murid yang telah ditetapkan unit-unit kokurikulumnya yang sekarang berada di Tahun 3, 4,
5 dan 6 (2022) kekal berterusan hingga tamat persekolahan rendahnya.

USUL/CADANGAN PIBG

1. Mencadangkan agar Mesyuarat Agung PIBG yang akan datang diadakan pada hari Ahad.
(En Muhammad Taqiuddin)

JAWAPAN :

Penetapan diadakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari Sabtu mengambil kata putus selepas
perbincangan antara pihak AJK dan pihak sekolah.
Namun, cadangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung akan datang pada hari Ahad akan
dipertimbangkan.

2. Mencadangkan agar pembayaran sumbangan PIBG dikurangkan.
(En Zulhilmi b Hat)


JAWAPAN :

Perkara ini akan dibincang dan diputuskan di dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20.

3. Mencadangkan pihak PIBG dapat menyediakan lampu limpah (spot light) di hadapan kawasan
sekolah untuk pencahayaan yang lebih baik sewaktu murid-murid hendak melintas jalan pada
waktu pagi terutama ketika musim hujan dan ketika keadaan yang masih gelap walau selepas
jam 7 pagi.
(Pn Farina Zulkifli)

JAWAPAN :

Pihak PIBG telah merujuk kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan dimaklumkan
terdapat peruntukan untuk penyediaan lampu limpah di kawasan hadapan sekolah. Pihak PIBG
akan membuat permohonan secara rasmi kepada pihak MPS dalam tahun semasa bagi tujuan
pemasangan lampu limpah dan perlaksanaan bergantung kepada kelulusan MPS.


4. Mencadangkan agar dibina susur gajah berbumbung antara pagar kecil Masjid Cahaya Iman
ke SK Taman Desa 2 bagi kemudahan murid terutamanya ketika waktu hujan. 27
(En Qayyum Harun dan En Riszki bin Abu Hassan)


JAWAPAN :


Pihak PIBG telah menyiapkan kertas kerja cadangan membina laluan berbumbung bagi laluan
dar Masjid Cahaya Iman ke Bangunan SK Taman Desa 2 dan dalam proses memohon peruntukan
bagi tujuan perlaksanaan
5. Memohon agar pihak sekolah dapat menambah baik tempat menunggu bas di hadapan sekolah
dengan ditambahkan lagi ruang untuk murid menunggu pada waktu balik dari sekolah.
Berharap pihak sekolah dapat menggesa pihak MPS agar dapat mempercepatkan pembinaan
tempat menunggu bagi kegunaan murid.
(Pn Faridah, En Kamara Asrul bin Kamarazaman, Pn Siti Raihana, Pn Nurul Huda Amir dan En
Amir Aziz)

JAWAPAN :


Pihak sekolah bersama pihak PIBG telah mengadakan perbincangan dengan MPS bagi
menambah baik berdasarkan keperluan pihak sekolah dan juga peruntukan yang telah
diluluskan MPS.
MPS memaklumkan projek ini dijangka siap pada Mei 2022.
6. Memohon agar semua pembinaan prasarana tidak dilakukan pada waktu sesi persekolahan
sebaliknya dijalankan pada waktu cuti sekolah.
(En Mohd Zaki Yamani dan Pn Siti Zubaidah)

JAWAPAN :

Pihak PIBG ada mengemukakan cadangan kepada pihak berkenaan agar kerja-kerja pembinaan
prasarana yang berkaitan dengan sekolah tidak dilaksanakan pada sesi persekolahan. Walau
bagaimanapun, perlaksanaan projek-projek prasarana oleh pihak berkuasa tempatan adalah
bergantung kepada perancangan jabatan berkenaan. Namun, pihak PIBG dan pihak sekolah
akan mengadakan perbincangan dari masa ke semasa dengan pihak berkenaan bagi
memastikan sesi persekolahan tidak terganggu.
7. Memohon agar dipastikan kawalan lalu lintas sewaktu murid pulang dari sekolah.
Mencadangkan agar ditambah ahli Pasukan RELA untuk membantu guru terutamanya pada
waktu datang dan pulang dari sekolah.
(En Qayyum Harun dan Pn Nurul Huda Amir)

JAWAPAN :


Pihak PIBG memang telah menyediakan pengawal lalu lintas bermula awal 2021 dan pihak PIBG
telah menanggung kos untuk pengawal lalu lintas tersebut.
Namun duit untuk pengawal lalu lintas hanya cukup untuk menampung kos menyediakan
pengawal lalu lintas sehingga bulan Mei 2022 sahaja. Pihak PIBG mencadangkan kutipan lalu
lintas sebanyak RM5.00 satu keluarga bagi tujuan menampung kos menyediakan pengawal lalu
lintas diteruskan bermula Jun 2022. Pihak PIBG/pihak sekolah juga mohon kerjasama ibu bapa
untuk sama-sama memberi laluan dengan baik.
8. Memohon agar ibu bapa tidak mementingkan diri sendiri dengan menunggu anak-anak di
hadapan kawasan sekolah. Perkara ini menyebabkan lalu lintas di jalan utama terhalang. Ibu
bapa dimohon untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan masjid.
(Pn Nor Saziati Azla)
28


JAWAPAN :


Pihak sekolah dan pihak PIBG sentiasa memaklumkan kepada pihak ibu bapa untuk memberi
kerjasama berhubung perkara ini. Pihak PIBG/pihak sekolah akan memaklumkan semula aliran
pergerakan ibu bapa/murid-murid dan dipohon kerjasama ibu bapa untuk patuhi.

9. Memohon agar pintu pagar utama dan pintu kecil masjid dibuka. Dengan ini ibu bapa boleh
menurunkan anak di masjid seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini. Cara ini dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan utama,
(En Afiq dan En Shahrul)


JAWAPAN :

Laluan pergi dan balik ke sekolah bagi murid-murid akan sentiasa diteliti dan ditambahbaik
mengikut kesesuaian. Kawalan murid akan menjadi lebih mudah jika ibubapa /murid-murid sama-
sama memberi kerjasama mengikut laluan yang telah ditetapkan.


10. Mencadangkan agar murid PPKi diberi peluang untuk menjalankan aktiviti yang sama seperti murid
di aliran perdana.
(En. Jibril)

JAWAPAN :

Murid-murid PPKi sememangnya menjalankan aktiviti pembelajaran sama seperti murid di aliran
perdana sama ada dalam bidang Kurikulum atau Ko-kurikulum. Bagi murid PPKi yang mengikuti
Program Pendidikan Inklusif pula mereka diberi peluang untuk belajar bersama-sama dengan
murid yang lain di dalam kelas yang sama di aliran perdana.


8.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022

1. En Shahrul Hafizal membubarkan AJK PIBG 2021 dan serahkan majlis kepada Pengerusi
sementara Pn. Roshazadiana binti Saaidin.

9.0 Pelantikan Pengerusi Sementara


9.1 Pn. Roshazadiana binti Saaidin menerangkan cara dan syarat melantik AJK secara
online dan AJK yang dilantik mestilah hadir dalam mesyuarat.

9.2 Undian dijalankan menggunakan link yang diberi dan akan diumumkan mengikut
peratus undian yang paling banyak.


9.3 Perlantikan yang dijalankan ialah:
9.3.1 YDP 2022/2023
9.3.2 NYDP 2022/ 2023
9.3.4 AJK 2022/2023
9.3.5 AJK KIRA-KIRA 2022/ 2023

29
9.4 Pencalon mestilah mempunyai anak di sekolah bagi memudahkan urusan penyerahan
surat kepada AJK dan hendaklah mendapat sokongan ramai.


10.0 Pelantikan AJK Sesi 2022/2023

10.1 Pemilihan YDP PIBG
LANTIKAN: EN. Zamfazlin bin Kamarulzaman
Pencadang: En Haady bin Abdullah
Penyokong:En Jibril bin Mokhzaini

10.2 Pemilihan NYDP PIBG
LANTIKAN: EN. Mohd Zawawi bin Zakaria
Pencadang: En Siva Krishna a/l Ranggasamy
Penyokong: En Mohd Faiz Bin Ghani



10.3 Pelantikan AJK PIBG Ibu Bapa
10.3.1 En Jibril Bin Mokhzaini
Pencadang: En Mohd Khairil
Penyokong:En Mohd Halif bin Mazalan

10.3.2 En Chandran Selladuri
Pencadang:En Jibril Bin Mokhzaini
Penyokong:En Azam bin Thaqif


10.3.3 En Mohd Saufy Bin M. Razuan
Pencadang:En Abdul Haady Bin Abdullah
Penyokong:En Siva Krishna a/l Ranggasamy

10.3.4 Pn Sherlyni Bt Sharin
Pencadang:En Mohd Zawawi Bin Zakaria
Penyokong: Sebulat suara


10.3.5 Pn Suriyani Bt Daud
Pencadang:En Mohd Zawawi Bin Zakaria
Penyokong: Sebulat suara

10.4 Pelantikan Pemeriksa Kira-kira


Lantikan: Pn Sharifah Bt Saman
Pencadang: Pn Suriyani Bt Daud
Penyokong: Sebulat suara


10.5 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Guru


10.5.1 Setiausaha : Nik Nur Iylia binti Abd. Rahman
10.5.2 Bendahari : Syaiful Redzuan bin Mohamad Daim
10.5.3 Pemeriksa kira-kira : Nur Izwahani binti Mohd Azman
10.5.4 Ahli Jawatankuasa : 1. Muhammad Afiq bin Darduri
2. Priya Latha a/p Ragavan
3. Ruzaini bin Suparman
4. Roslizawati binti Puteh 30
5. Siti Faizah binti Mohd Saleh @ Salleh
6. Norhayati binti Abd Wahid


PENASIHAT
EN. HAWADI BIN MD TAROTAN



YANG DIPERTUA PIBG
EN. ZAMFAZLIN BIN KAMARULZAMAN


NAIB YANG DIPERTUA PIBG
EN MOHD ZAWAWI BIN ZAKARIA


SETIAUSAHA
PN NIK NUR IYLIA BINTI ABD. RAHMAN


BENDAHARI
EN. SYAIFUL REDZUAN BIN MOHAMAD DAIM



AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA

EN JIBRIL BIN MOKHZAINI
EN CHANDRAN SELLADURI
EN M. SAUFY BIN M. RAZUAN
PN SHERLYNI BT SHARIN
PN SURIYANI BT DAUD



AHLI JAWATANKUASA GURU

EN MUHAMMAD AFIQ BIN DARDURI
PN PRIYA LATHA A/P RAGAVAN
EN RUZAINI BIN SUPARMAN
PN NORHAYATI BINTI ABD WAHID
PN ROSLIZAWATI BINTI PUTEH
PN SITI FAIZAH BINTI MOHD SALEH @ SALLEH


PEMERIKSA KIRA-KIRA
PN SARIFAH BINTI SAMON (IBU BAPA) 31
PN NUR IZWAHANI BINTI MOHD AZMAN (GURU)


11.0 Hal- hal lain
11.1 Tiada perkara berbangkit


12.0 Ucapan Penangguhan
12.1 Yang Di Pertua PIBG En Zamfazlin Bin Kamarulzaman mengucapkan tahniah dan
terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik dan berharap agar
AJK baharu yang dilantik dapat memberikan kerjasama terhadap semua program
yang sedang dan bakal dilaksanakan demi kecemerlangan anak-anak murid Sekolah
Kebangsaan Taman Desa 2.

12.2 YDP PIBG juga memaklumkan bahawa yuran PIBG masih dikekalkan sebanyak RM60
dan sumbangan RM5 untuk bayaran pengawal lalu lintas mengikut persetujuan
semua. Selain itu, Yang Di Pertua PIBG juga meminta jasa baik semua ibu bapa untuk
membayar yuran PIBG mengikut kemampuan ataupun secara ansuran sedikit demi
sedikit.

12.3 Ribuan terima kasih juga diucapkan oleh YDP PIBG kepada semua ibu bapa dan guru
yang dapat menghadirkan diri dan sabar menunggu sehingga mesyuarat Agung PIBG
kali ke- 20 ini tamat.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.06 minit petang.



































32


PENYATA KEWANGAN


TAHUNAN PIBG



2021/2022



































































33


PENYATA KEWANGAN


TAHUNAN PIBG



2023/2024



































































34


USUL/CADANGAN


SESI 2023/2024









BIL NAMA USUL/CADANGAN JAWAPAN

Keselamatan murid-murid di Pihak sekolah telah menempatkan guru
1 Puan Norasiyah luar kawasan sekolah perlu bertugas untuk memantau anak-anak pada
binti Ahmad diberi perhatian. waktu masuk dan pulang pada setiap hari. Bagi
menjamin keselamatan anak-anak kita
bersama, pihak AJK PIBG memohon semua ibu
bapa/penjaga menghantar dan mengambil
anak-anak seperti waktu yang telah ditetapkan
supaya anak-anak kita ini tidaklah berkeliaran
di luar kawasan sekolah. Pengawal lalu lintas
juga ada untuk menjaga keselamatan anak-
anak sewaktu melintas jalan di hadapan
sekolah


Khidmat pengawal lalu lintas juga telah
diusahakan untuk menjaga keselamatan anak-
anak sewaktu melintas jalan di hadapan
sekolah. Inisiatif ini terlaksana melalui hasil
kutipan daripada ibu bapa iaitu sebanyak RM
1200 sebulan

Keperluan papan tanda yang Pihak PIBG ambil maklum berkenaan perkara
2 mengingatkan ibu ini dan akan menyediakan papan tanda
bapa/penjaga untuk tidak tersebut secepat mungkin. Walau
Encik Farid Anwar meletakkan kereta di bagaimanapun, ibubapa perlu memberikan
Naidu bin Abdul hadapan bus stop Kerjasama dengan mematuhi papan tanda
Manan terutamanya pada waktu yang disediakan.
tengah hari kerana ini
menyebabkan kesesakan
jalan yang teruk terutamanya
pada hari Isnin dan Selasa.
Ibu bapa ini menunggu anak
sesi pagi keluar dan
menyebabkan ibu bapa yang
hendak menghantar anak
sesi petang tidak boleh drop-
off anak yang lebih kecil
35
(darjah 1-3) dengan selamat.


USUL/CADANGAN



SESI 2023/2024








BIL NAMA USUL/CADANGAN JAWAPAN

Tindakan mencegah Papan tanda bagi larangan untuk
kenderaan berat seperti kenderaan berat melalui laluan utama di

3 Encik Farid lori-lori besar daripada hadapan sekolah telah pun diusahakan
Anwar lalu di hadapan sekolah oleh pihak Majlis Perbandaran
Naidu bin pada waktu tengah hari Selayang / JKR berdekatan laluan ke
Abdul demi keselamatan anak- arah kawasan sekolah. Pihak PIBG
Manan anak yang melintas jalan. juga akan memaklumkan perkara ini
Langkah ini sudah kepada pihak MPS untuk tindakan
dikuatkuasakan di susulan.
hadapan SK Sinaran
Budi.



















Menganjurkan aktiviti Program gotong-royong ini telah
gotong-royong melibatkan dibincangkan dalam perancangan

4 Encik Farid ibu bapa untuk mencuci program tahunan untuk AJK PIBG
Anwar kelas anak masing- bersama ibu bapa bergotong-royong di
Naidu bin masing. Cermin tingkap, sekolah terutama bagi sesi baharu
Abdul kipas, dan lantai kelas pembukaan sekolah demi menjaga
Manan perlu dicuci. Meja dan kesihatan dan keselesaan anak-anak
loker perlu dilap. Kami kita bersama.
mendapati habuk pada
cermin tingkap dan kipas
sangat tebal. Ini kurang
baik untuk kesihatan dan
keselesaan anak-anak 36
kita.


USUL/CADANGAN



SESI 2023/2024








BIL NAMA USUL/CADANGAN JAWAPAN

Mohon guru kelas Penetapan saluran satu hala
menubuhkan kumpulan adalah untuk mengelakkan info
1 Encik Mohd whatsapp antara ibu bapa utama “hilang” atau “tercicir”
Hafidz Abd dan guru kelas untuk daripada bacaan. Ibu bapa /
Rahim komunikasi dua hala. penjaga juga boleh berhubung
Sekarang ini, hanya ada secara peribadi dengan guru
telegram sahaja dan kelas tetapi hendaklah mengikut
maklum balas guru kelas kesesuaian masa.
agak lambat bagi setiap
persoalan yang ibu bapa
suarakan.

i)Isu kantin- masalah Teguran disampaikan kepada
kebersihan dari segi pihak kantin bagi

2 penyediaan makanan penambahbaikan kualiti dan
Puan (pekerja tidak memakai kuantiti makanan murid. Harga
Shashareena sarung tangan sewaktu makanan adalah berdasarkan
Mohd Isa, menyediakan makanan) perjanjian/kontrak yang telah
dan persekitaran kantin ditetapkan.
Puan Hafizah yang kotor.
binti
Hamsudi ii)Harga tidak berpatutan
dengan kualiti dan kuantiti
makanan untuk murid. (nasi
sedikit dan potongan ayam
sangat kecil, makanan juga
masin dan pedas.)











37


USUL/CADANGAN



SESI 2023/2024








BIL NAMA USUL/CADANGAN JAWAPAN

Cadangan dan harapan PPKI SK Taman Desa 2 merupakan
tinggi agar pihak sekolah program yang menyediakan
3 dapat menyediakan pembelajaran kepada MBPK Masalah
Puan pembelajaran bagi murid Pembelajaran dan Ketidakupayaan
Sarifah Pendidikan Khas yang Pendengaran. Pengkhususan bagi
Samon menghadapi Masalah Masalah Disleksia tidak ditawarkan di
Pembelajaran Disleksia. SKTD2. Walau bagaimanapun, guru
tetap menjalankan pengajaran dan
pembelajaran terhadap murid disleksia
dengan sebaik mungkin mengikut
keupayaan murid.

i)Membenarkan murid i)Cadangan waktu masuk murid telah
petang yang datang awal dikeluarkan melalui surat siaran

4 masuk ke kawasan dengan mengambil kira pelbagai isu.
sekolah demi Ibu bapa/penjaga dan pihak transit
keselamatan dan boleh merancang pengurusan murid.
kesihatan.
ii)Laluan keluar/masuk murid telah
Encik diperhalusi dari pelbagai aspek. Namun
Sazlizan bin ii)Mencadangkan pintu begitu, pertambahan trafik, lampu
Shamsuddin pagar di perhentian bas isyarat dan tindakan segelintir ibu bapa
digunakan bagi yang meletakkan kenderaan di laluan
melancarkan perjalanan utama menyesakkan lagi lalu lintas di
keluar masuk murid. hadapan sekolah.


iii)Kawasan laluan dalam sekolah
sempit dan tidak sesuai untuk ibu
bapa/penjaga masuk dengan
iii)Membenarkan kenderaan masing-masing.
kenderaan ibu bapa
masuk ke sekolah ketika
hari hujan (jika perlu)
38


USUL/CADANGAN



SESI 2023/2024








BIL NAMA USUL/CADANGAN JAWAPAN

Pertimbangan pihak Pihak sekolah ambil maklum dan akan
sekolah untuk membuka berbincang dengan pihak pengurusan

5 Encik pintu pagar kecil di masjid, bagi murid sesi petang.
Khairul sebelah masjid
Anhar bin terutamanya pada hari
Zulkafli Jumaat untuk
memudahkan pelajar
lelaki yang telah selesai
solat Jumaat untuk
masuk ke sekolah.


Penggunaan loker Loker sudah diguna pakai. Hanya
Puan berkunci kepada murid buku kerja dan buku tulis sahaja

6 Junaeda untuk mengelakkan disimpan di dalam loker. Buku teks
Tappi, kehilangan buku teks dibawa pulang sebagai rujukan dan
terus berulang. bacaan ulang kaji murid.
Puan Nur
Shaffina
binti
Khairudin


Pertimbangan pihak Pihak sekolah ambil maklum dan akan
sekolah untuk membuka berbincang dengan pihak pengurusan
7
Encik pintu pagar kecil di masjid, bagi murid sesi petang.
Khairul sebelah masjid
Anhar bin terutamanya pada hari
Zulkafli Jumaat untuk
memudahkan pelajar
lelaki yang telah selesai
solat Jumaat untuk
masuk ke sekolah.




39


USUL/CADANGAN



SESI 2023/2024








BIL NAMA USUL/CADANGAN JAWAPAN
Penggunaan loker Loker sudah diguna pakai. Hanya buku
Puan berkunci kepada murid kerja dan buku tulis sahaja disimpan di
8. Junaeda untuk mengelakkan dalam loker. Buku teks dibawa pulang
Tappi, kehilangan buku teks sebagai rujukan dan bacaan ulang kaji
terus berulang. murid.
Puan Nur
Shaffina
binti
Khairudin

Cadangan supaya pihak Program perkhemahan dan lawatan
Puan sekolah menganjurkan sambil belajar sudah dalam

9. Shahariza lawatan/ rombongan perancangan pihak sekolah dan akan
binti Teh sekolah (field trip) untuk diusahakan pada tahun ini. Namun
murid-murid yang begitu, pelaksanaan program ini
berminat, dengan harapan bergantung kepada arahan semasa
program ini dapat Kementerian Pelajaran Malaysia
mengurangkan tekanan berdasarkan isu semasa seperti
mereka, sama ada dalam penularan virus dan cuaca panas.
pelajaran atau hal di Makluman awal juga akan diberi
rumah. Sejak pandemik, kepada murid yang berminat sebagai
murid-murid tertekan dgn persediaan untuk proses mengumpul
pdpr, lebih masa kos / bayaran pengangkutan dan
diperuntukkan di rumah makan minum murid.
dan sekarang aktiviti
outdoor/ kokurikulum juga
terpaksa ditangguhkan.
Guru-guru perlu cakna
dengan status ekonomi
murid, dan memohon
sedikit sumbangan PIBG
untuk menampung murid
yang kurang
berkemampuan. Kids 40
learn better when they are
happy.


USUL/CADANGAN



SESI 2023/2024








BIL
NAMA USUL/CADANGAN JAWAPAN
Pihak sekolah perlu Laporan PAJSK murid Tahun 5 dan 6
mengeluarkan data bagi sesi akademik 2023 akan

10. Puan Noor markah PAJSK kepada diedarkan sebelum tarikh tutup Portal
Idayu binti ibu bapa bagi setiap PAJSK untuk semakan.
Baharudin tahun sebelum tarikh
tutup markah PAJSK
sebenar bagi
memastikan tiada
keciciran markah kerana
markah PAJSK dibawa
dan dikumpul setiap
tahun. Jika ianya sukar
dilaksanakan, cukup
sekadar mengeluarkan
laporan markah PAJSK
tahun semasa.


Aktiviti kokurikulum Waktu kegiatan kokurikulum
Encik dijalankan pada hari dilaksanakan setelah mengambil kira
11. Norazlan Sabtu bagi mengelakkan aspek kehadiran penuh murid. Jika
Hadi bin anak tidak hadir ke kegiatan kokurikulum dijalankan pada
Mohamed sekolah agama. hari Sabtu, peratus kehadiran murid
sangat tidak memuaskan.



















41


LAPORAN AKTIVITI


TAHUNAN PIBG 2022/2023





Aktiviti Tarikh
Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-20. 28 Mei 2022

Sumbangan seunit komputer dan mesin cetak Unit Pemulihan. 8 Ogos 2022
Sumbangan Program Kepimpinan Kokurikulum. 10 Ogos 2022
Jemputan JK PIBG dalam Penilaian Pertama Pertandingan Laluan
11 Ogos 2022
PPDa Peringkat Negeri dan Kebangsaan Tahun 2022/2023.
Taklimat Pengurusan PIBG (Penasihat, YDP & Setiausaha)
Peringkat Daerah Gombak. 17 Ogos 2022
Mesyuarat JK PIBG kali pertama. 19 Ogos 2022

Sumbangan naik taraf Gallery Walk PPKI, Laluan PPDa dan Pusat
Sumber. 19 September 2022
Jemputan JK PIBG dalam Majlis Semarak Cinta Rasul SEDESA2. 14 Oktober 2022

Pembelian busana peserta Rancak Seni Peringkat Kebangsaan. 14 Oktober 2022
Sumbangan Sukan Pembangunan Kriket Bawah 11/ 2022. 20 November 2022

Sumbangan Sukan Pembangunan Bola Tampar Bawah 11 /2022. 1 Disember 2022
Sumbangan Sukan Pembangunan Bola Jaring Bawah 11 /2022. 6 Disember 2022

Sumbangan dan jemputan JK PIBG ke Majlis Sambutan Hari
9 Disember 2022
Kanak-Kanak SEDESA2.

Sumbangan Kejohanan Kriket Juara Sekolah Selangor 2022. 14 Disember 2022
Mesyuarat JK PIBG kali ke-2. 7 Januari 2023
Jemputan JK PIBG dalam Majlis Titipan Restu Lambaian Kasih
Murid Tahun 6. 11 Februari 2023
Sumbangan dan jemputan JK PIBG ke Majlis Hari Anugerah
Kokurikulum. 15 Februari 2023
Sumbangan dan jemputan JK PIBG ke Majlis Khatam Al-Quran &
Penutupan Ihya’ Ramadan. 17 April 2023

Mesyuarat JK PIBG kali ke-3. 20 Mei 2023
Penyerahan sumbangan kematian adik Nur Nadiera Izzati (4C). 20 Mei 2023
Mesyuarat JK Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan. 25 Mei 2023
Jun 2022
Bayaran Elaun Pengawal Lalu Lintas.
hingga Mei 2023
42


JAWATAN NAMA AHLI
PUAN ROZANA BINTI A RAZAK

PENASIHAT (GURU BESAR SK TAMAN DESA 2)

YANG DIPERTUA

NAIB YANG DIPERTUA

SETIAUSAHA

BENDAHARI

WAKIL IBU BAPA:

1.

2.

3.

4.

5.
AHLI JAWATANKUASA
WAKIL GURU:

1.

2.

3.
4.

5.

6.

WAKIL IBU BAPA:




PEMERIKSA KIRA-KIRA
WAKIL GURU:
43


PIBG SK Taman Desa 2 mengucapkan jutaan







kepada :

• Semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir

serta menjayakan majlis ini.

• Semua dermawan yang sudi menyumbangkan
idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi
menjayakan semua program PIBG bagi sesi
2022/2023.


• Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-21.


• Semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan
usaha permuafakatan ini.


Click to View FlipBook Version