The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semoga kita beramal dengan ilmu ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurhidayah Rahim, 2023-07-11 20:04:04

9 Kelebihan Surah Al-Waqiah

Semoga kita beramal dengan ilmu ini.

Keywords: Al-waqiah

KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH 1. Beroleh pelbagai kesenangan: Khasiat surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila anda mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari. Dengan izin-Nya anda akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya. 2. Dijauhkan dari kemiskinan : Apabila seorang muslim itu mula mengamalkan surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya. Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya. 3. Dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah : Dengan mengamalkan surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, InsyaAllah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk.


4. Ditunaikan segala hajatnya : Sebahagian ulamak berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya. 5.Menjadi seorang yang lebih bersyukur : Amalkan membacanya sebanyak tiga kali selepas solat Subuh dan tiga kali selepas solat Isyak, InsyaAllah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi serta bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran. 6. Menjauhkan diri dari sifat riak dan bongkak : Kelebihan membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak. Kita akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, kita juga akan dapat menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia.


7. Menjadikan raut wajah lebih berseri-seri : Selain mengamalkan bacaan selepas solat, boleh juga mengambil segelas air dan bacalah surah Al-Fatihah sekali dengan surah Qursi dan juga surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35 hingga 38 sebanyak tujuh kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut. Dalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, InsyaAllah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri. 8.Menjadi mukmin yang sejati, lebih sufi dan lebih mendekatkan diri kepada Allah : Untuk menjadi yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah Swt, surah Al-Waqiah juga menjadikan asbab untuk anda berubah. Anda harus mempunyai tekad dan iktikad untuk lebih konsisten. 9. Permudahkan orang sakit atau bersalin : Apabila surah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya. Boleh juga diamalkan dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih cepat dan dipermudahkan.


Click to View FlipBook Version