MINIT
MESYUARAT
AGUNG
KALI KE - 12
1
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SEKOLAH RENDAH AGAMA BUKIT SENTOSA FASA 1 KALI KE – 12
___________________________________________________________________________
_
Tarikh : 8 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SRABSF1
Kehadiran : 175 Orang
1.0 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Mesyuarat – En Bakari Bin Abu Bakar
❖ Pengerusi memberi salam dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa dan guru-guru yang hadir.
❖ Beliau mengharapkan sumbangan dari ibu bapa dalam mengumpul dana bagi
pembangunan sekolah.
❖ Memastikan murid dalam keadaan selesa dengan prasarana yang baik serta
keadaan kantin dan tandas yang memerlukan pembinaan yang baru.
2. Ucapan Penasihat PIBG – Ustazah Zahriah bt Jajuli.
❖ Memaklumkan mengenai penubuhan SRA Bukit Sentosa Fasa 1. Visi dan Misi
dan Peranan PIBG Serta pencapaian sekolah sepanjang beliau berkhidmat
❖ Beliau memaklumkan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka dibekalkan
BUKU TARBIYAH AMAL. Berpandukan buku tersebut, guru-guru akan
memberi markah dan sijil apabila pelajar di akhir tahun 6.
❖ Mengharapkan Kerjasama daripada pihak ibu bapa amat diperlukan untuk
prasarana dan pembangunan sekolah.
❖ Pendaftaran tahun 1 tahun 2021 sudah dibuka manakala pendaftaran 2020 sudah
ditutup tetapi pihak sekolah masih lagi menerima pendaftaran baru atas syarat-
syarat tertentu.
❖ Pencapaian Kurikulum SRABS FASA 1 mengekalkan kecermelangan kurikulum
dengan skor 4 dalam UPKK Dan KKM
❖ Dalam bidang KO-KURIKULUM pula sekolah mengekalkan kedudukan
JOHAN dalam KAMIL katagori Nasyid peringkat Daerah..
❖ Jadual Peperiksaan KKM Tingkatan 4 akan di laksanakn pada bulan Oktober..
3. Ucapan Perasmi – YB Pn.Mazanah binti Jamali
❖ Beliau mengucapkan terima kasih menjemput beliau hadir ..
❖ Beliau menyatakan pencapaian yang ditunjukkan oleh sekolah ini disebabkan
atas kerjasama kuat yang ditunjukkan oleh PIBG dan guru.
❖ Beliau mengharapkan ahli jawantankuasa yang baru dilantik dapat meningkatkan
prestasi dan dapat menyelesaikan masalah di sekolah.
❖ Sumber kewangan yang dikumpul melalui PIBG adalah bertujuan untuk
menjalankan aktiviti sekolah dan program-program sekolah.
2
❖ Beliau juga menyatakan jika terdapat kemusykilan berkenaan dengan yuran atau
masalah-masalah lain tidak perlu berhubung dengan pihak JAIS akan tetapi boleh
berjumpa dengan pihak sekolah terlebih dahulu untuk menyelesaikan sebarang
masalah.
❖ Beliau mengingatkan aduan yang dibuat terus kepada pihak JAIS boleh
mewujudkan imej buruk kepada sekolah.
❖ Beliau menjelaskan SRABS FASA 1 adalah sekolah bertaraf GRED A yang
mempunyai murid seramai 1400 orang. Walaupun terdapat kekurangan guru
akan tetapi pentadbir akan berusaha agar pelajar dapat belajar dengan lebih
selesa. Dengan harapan PIBG boleh menaja guru-guru tersebut.
❖ Pihak Jabatan juga mengambil kira tentang kesihatan warga sekolah. Ibu bapa
perlumemantau kesihatan anak-anak. Jika tidak sihat maka tidak
perlumenghantar anak ke sekolah .
❖ Oleh yang demikian jabatan mengarahkan sekolah membuat gotong-royong agar
sekolah bebas dari masalah kesihatan ini di bawah pekeliling sekolah.
❖ Anak-anak perlu ada agama kerana kini terlalu ramai yang mempunyai masalah
kecelaruan emosi.Ini juga bertujuan agar anak dapat menyesuaikan diri ketika di
luar. Perkara ini tidak perlu diserahkan 100% kepada guru akan tetapi perlu
bimbingan daripada pihak ibu bapa.
❖ Dimaklumkan kewangan PIBG bermula dari tahun lepas akan DIAUDIT oleh
pihak JAIS.
❖ Beliau memaklumkan PIBG akan membantu pihak sekolah untuk membaik pulih
prasarana dan pembangunan sekolah secepat mungkinakan tetapi jika terdapat
aduan terus kepada pihak JAIS berkenaan perkara tersebut ia akan mengambil
masa yang agak lama untuk dibaik pulih semula.
❖ Sukacita dimaklumkan bahawa SRABS FASA 1 telah dimasukkan ke dalam
RMK12 untuk menambahbaikkan prasarana sekolah.
❖ Beliau merasmikan majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12.
4. Agenda 1 Ucapan alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberi salam dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa dan guru-guru yang hadir.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan .
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke – 11 Sesi 2018/2020
2.1 Setiausaha Pn.Rozeilawati bt Mat Zainuddin telah membentangkan minit
mesyuarat dari halaman 9 hingga 13.
2.2. Butir-butir pengesahan minit adalah seperti berikut :
2.2.1 Disahkan Oleh : Pn.Mahizan Binti Abd Rahman
2.2.1 Disokong Oleh : En Nik Zuha Bin Nik Mat
3.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2018/2020
3.1. Setiausaha Pn.Rozeilawati bt Mat Zainuddin telah membentang laporan aktiviti
tahunan PIBG , di muka surat 16
3
4.0 Pembentangan dan Menerima Laporan Kewangan PIBG SRABSF1 Sesi
2018/2020
4.1 Laporan Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019 dibentangkan oleh
Bendahari PIBG SRABSF1 Pn. Munawwarah bt Zulkifli pada halaman muka
surat 18
4.2 Laporan Kewangan disahkan dan disokong seperti berikut :
4.2.1 Disahkan Oleh : Pn.Norasikin Binti Jaafar
4.2.2 Disokong Oleh : Pn.Zuraidah Bt Ahmad
5.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2018 / 2020
5.1 Pengerusi PIBG mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2018 / 2020.
Beliau mewakili AJK PIBG memohon kemaafan sepanjang mejalankan tugas.
6.0 Lantikan Pengerusi sementara
6.1 Cadangan daripada wakil ibu bapa Adi Rizal bin Basirul agar melantik En. Bakari
bin Abu Bakar sebagai pengerusi sementara , majlis disokong sebulat suara oleh ahli
majlis mesyuarat.
7.0 Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2018 / 2020
7.1 Pelantikan AJK PIBG SRABSF1 bagi sesi 2018 / 2020 berdasarkan pemilihan
sebulat suara:
7.1.1 Pemilihan YDP PIBG
• Syed Zulkafle mencadangkan En Bakari bin Abu Bakar dilantik semula sebagai
YDP PIBG 2018 / 2020.
• Disokong Oleh Ahmad Sharul Sani dan menyokong agar cadangan ditutup.
• Ustaz zabidi menyokong agar cadangan ditutup dan sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.
7.1.2 Pemilihan NYDP PIBG
• Nik Zua Bin Nik Mat mencadangkann Ahmad Rizal Bin Rahim dan disokong
oleh Nik Azruddin Bin Nik Din
• Ahmad Sharul Sane mencadangkan Nik Azruddin Bin Nik Din disokong oleh
Nor Saidah.
• En. Bakari Bin Abu Bakar mencadangkan ustaz Zabidi manakal Ustaz Zabidi
mencadangkan En.Hishamuddin Bin Ahmad
• Berdasarkan dengan undian sebanyak 65 undian,maka En.Ahmad Rizal Bin
Rahim dilantik sebagai NYDP PIBG dan disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat
7.1.3 Pemilihan AJK Ibu Bapa
• En.Hishamuddin Bin Ahmad mencadangkan AJK 2018/2020 dikekalkan.
• Sabariah Bin Ahmad mencdangkan cadangan nama ditutup
• Ustaz Zabidi menyokong cadangan ditutup
• Cik Haslinda Bt Hassan menarik diri dari menjadi AJK PIBG wakil Ibu M
4
• Nor Hashikin Binti Jaafar mencadangkan Jah Awang Kenit dan di sokong oleh
Syed Zulkefle
• Sabariah Binti Ahmad mencadangkan cadangan pemilihan nama AJK ditutup.
7.1.4 Pemilihan AJK PIBG (GURU)
• Guru besar,Pn.Zahriah Binti Jajuli mengumumkan Ahli Jawatankuasa PIBG
dari kalangan guru :
Setiausaha 1 : Pn.Rozeilawati Binti Mat Zainuddin
Setiausaha 2 : Pn.Mardiah Binti Mohd Noor
Bendahari : Pn.Munawwarah Binti Zulkifli
Pemeriksa Kira-Kira 1 : En.Khayrul Azmyr Bin Ariffin
Pemeriksa Kira-Kira 2 : En. Mohd Hadie Bin Zulkaupali
AJK Guru : Pn.Nazuwa Binti Abdullah
: Pn.Haryati Binti Abu Bakar
:Pn.Norhasikin Binti Hassan
:En.Wan Mohd Shamsudin Bin Wan
Luqman
: En.Noor Azmi Bin Hamid
: En.Shahidul Ashraf Bin Mohd Nor
8.0 AJK PIBG 2020-2022
YDP : Tuan Haji Bakari bin Abu Bakar
NYDP : Ahmad Rizal Bin Rahim
Pemeriksa kira-kira : 1. En. Khayrul Azmyr Bin Ariffin
2. En. Mohd Hadie Bin Zulkaupali
AK IBU BAPA
1.En. Nik Azruddin Bin Nik Din
2. En. Megat Syarifuddin Bin Megat Ramli
3. En. Ahmad Syahrul Bin Isha @ Isa
4. En. Adi Rizal Bin Basirun
5. En. Mohd Syukri Bin Abdul Manap
6. Pn. Wan Azita Bt Wan Yahya
7. Pn. Wan Hapisah Bt Wan Mhd Amin
9.0 Membentang dan membahaskan usul 2020
• Ustaz Zabidi meminta guru besar bertanya kepada setiap guru sama ada mereka suka
atau tidak dengan pengasingan kelas
5
✓ Ustazah Zahriah Binti Jajuli memberi jawapan bahawa sebelum ini sekolah
membuat pengasingan kelas . Kini pihak Jabatan Agama Islam tidak
membenarkan pengasingan maka sekolah perlu akur dan mengikut arahan
daripada pihak atasan
• Pn Nurul Aini meminta agar pintu tandas tidak dikunci selepas waktu rehat .
✓ - Usatazah Zahriah Binti Jajuli menerangkan bahawa pintu tandas tidak
dikunci dan meminta perkara tersebut dimaklumkan pada perhimpunan
setiap sesi
• Pn Norsaidah mencadangkan agar kelas 1 Zaid dipecahkan kerana bilangan murid
terlalu ramai.
✓ -Ustazah Nazuwa mmemberi penerangan bahawa arahan daripada Jabatan
Agama Islam Selangor(JAIS) menghadkan 40-45 orang didalam 1 kelas.
✓ YDP PIBG memberitahu bahawa jika terdapat pelajar sebanyak 60 orang
maka kelas dapat diagihkan
• Ustaz Zabidi memberi cadangan agar masalah kekurangan guru yang berhenti dan
bertukar tiada ganti daripada pihak jabatan diselesaikan dengan menambah guru atas
bayaran daripada pihak PIBG
✓ -YDP PIBG memaklumkan bahawa jika pelajar lebih daripada 60 orang
sekolah akan membuka kelas dan guru dari pihak jabatan akan tetapi
berkenaan masalah kekurangan guru PIBG bersedia untuk membayar
untuk menambah guru tersebut.
• En Sofian Bin Mansur mencadangkan agar kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan
membuang pembahagi jalan di tepi sekolah dan Jalan di tar sehingga ke hujung sekolah.
• Sekolah juga perlu membuat dua laluan agar memudahkan pihak van dan bas sekolah
keluar dan masuk ketika mengambil pelajar ketika waktu akhir sekolah.
• Beliau juga menambah bahawa laluan di sebelah masjid Assalam agak berlopak dan
berlecak terutama ketika waktu hujan. Beliau mencadangkan agar jambatan kecil di
masjid Assalam perlu diperbesar
✓ YDP PIBG memaklumkan bahawa jalan dikawasan jenjarum ini
berkongsi dengan penduduk Taman Jenjarum dan perlu berbincang
dahulu dengan ketua penduduk.Beliau juga memberi penerangan bahawa
segala perkara berkenaan jalan raya perlu berkongsi dengan Pihak Majlis
Daerah.
✓ YDP PIBG juga memberitahu sekolah tidak perlu membuat dua laluan
khas keluar dan masuk untuk van dan bas sekolah kerana kenderaan
tersebut tidak terlalu banyak yang boleh menyebabkan kesesakan
lalulintas mereka.
✓ YDP PIBG memberitahu bahawa laluan berlopak di kawasan Masjid
Assalam bukanlah bidang kuasa sekolah dan perlu dibuat permohonan
kepada pihak masjid sendiri.
6
• Ustaz Noor Azmi memaklumkan bahawa pihak sekolah perlu menyediakan papan
tanda ( Dilarang membunyikan hon dikawasan sekolah) agar pihak pengusaha van atau
bas sekolah tidak membunyikan hon semasa berada di dalam kawasan sekolah.
✓ YDP dan ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan penyediaan
papan tanda di larang membunyikan hon.
• Pn.Nur Diyana bt Anuar Liew meminta jasa baik pemantauan guru didalam kelas dan
waktu rehat dalam perkara kehilangan wang ketika waktu persekolahan
✓ Ustazah Nazuwa Binti Abdullah memberi saranan kepada semua guru untuk
memantau kewangan pelajar
• Pn.Nur Aini memberi usul untuk sesi petang mempunyai tahun 2 dan tahun 3
✓ Ustazah Nazuwa Binti Abdullah memaklukan bahawa apabila pelajar masuk
ke tahun 2 secara automatiknya mereka perlu mengikut sesi persekolahan di
sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah SJK.
10.0 Hal-hal lain
• En . Mohd Zabidi mencadangkan pengurusan sekolah membuat pengasingan kelas
mengikut kebolehan dan kemenjadian murid.
• Hal tersebut adalah bertujuan untuk membantu pelajar agar lebih fokus kerana tahap
pencapaian setiap murid adalah berbeza. Pelajar yang lemah akan terus lemah dan
pelajar yang pandai akan terus pandai.
• Hal tersebut juga memberi infak negatif kepada diri pelajar kerana pelajar yang pandai
akan menjadi semakin tidak seronok kerana mengulang pelajaran yang sama. Manakala
pelajar yang lemah akan ketinggalan dalam pelajaran.
• Hal yang demikian juga memberi kesan kepada guru kerana guru sukar untuk fokus
pada pelajar yang pandai dan lemah.
• Jika sekolah tidak dapat membuat pengasingan kelas kepada semua kelas maka boleh
memberi tumpuan terutamanaya kepada pelajar tahap 1 iaitu tahun 1,2 dan 3.
✓ -Ustazah Zahriah Binti Jajuli memaklumkan bahawa pihak Jabatan
Agama Islam (JAIS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak
membenarkan sekolah membuat pengasingan kelas.Oleh hal yang
demikian,pihak sekolah telah membuat inisiatif dengan menambah kelas
pemulihan iqra dan kelas pemulihan jawi pada sesi pagi.
-Kelas bimbingan iqra dan jawi ini adalah bertujuan untuk membantu
pelajar-pelajar yang lemah dalam dua matapelajaran tersebut.
✓ Ustazah Nazuwa Binti Abdullah juga memberitahu walaupun tiada
pengasingan kelas akan tetapi tahap pelajaran murid akan tetap dinilai
melalui buku tarbiyah amal dimana mereka akan dinilai secara
keseluruhannya.
-Pengasingan pelajar tetap dibuat terutama kepada pelajar tahun 5 dan
tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan PSRA dan UPKK selepas
ujian prestasi 1.
7
10.0 Ucapan Penangguhan
• Pengerusi Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dengan
bacaan tasbih kifarah dan surah Al- 'Asr.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh:
……………………………… ( TN HAJI BAKARI BIN ABU BAKAR)
(ROZEILAWATI BT MAT ZANUDDIN) Yang Dipertua,
Setiausaha, PIBG SRA Bukit Sentosa Fasa 1
PIBG SRA Bukit Sentosa Fasa 1
Pencatit minit 1 : PN .SITI NAJIBAH BT AYEOP
Pencatit minit 2 : PN.TG NORMISWATI BT TG ANUAR
8