The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK TAMAN RIA JAYA, 2021-09-25 22:15:07

ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2020

ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2020

Sekapur Sireh

PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah dan izinNya , Majlis Apresiasi
Kecemerlangan SPM Tahun 2020 Dan Penetapan ETR SPM 2021 dapat diadakan sepertimana yang
dirancangkan .Majlis yang diadakan ini diharapkan boleh menjadi pemangkin untuk menggalakkan
bekas murid sekolah ini agar terus berusaha dengan lebih gigih bagi menempa kecemerlangan dan
seterusnya menjadi generasi berilmu sebagaimana yang dihasratkan. Majlis ini juga digabungkan
dengan majlis penetapan ETR SPM 2021 untuk membentangkan target sekolah dalam setiap mata
pelajaran SPM 2021. Penganjuran Majlis Penetapan ETR SPM 2021 difikirkan sangat relevan kerana
dapat menyebarluas tentang target sekolah dalam SPM 2021 supaya semua warga SMK Taman Nusa
Damai dan ibu bapa murid SPM 2021 mengambil maklum dan memandang usaha sekolah untuk
mengekalkan kecemerlangan sekolah.

Selaku pengetua di sekolah ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah kepada semua murid yang diraikan pada pagi ini yang merupakan kumpulan ke-10 yang telah
meneruskan kecemerlangan yang dilakarkan oleh kumpulan perintis pada tahun 2011.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga
STAND terutamanya guru-guru kerana gigih mencari alternatif untuk melaksanakan pdpr yang
berkesan memandangkan calon SPM 2020 ini merupakan calon SPM yang diuji dengan Pandemik
Covid yang melanda dunia. Sebenarnya anak-anak ini merupakan generasi yang bertuah kerana
sepanjang pembelajaran mereka secara atas talian, mereka menjadi lebih mahir dalam bidang teknologi
dan maklumat dan mereka juga turut didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran guru yang
sememangnya berlainan berbanding pembelajaran secara bersemuka. Walaupun kemunculan virus
Covid di Malaysia semakin membimbangkan, namun semangat mereka untuk terus belajar sangatlah
berbaloi dengan hasil yang telah diperoleh.

Saya menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi agar pelajar cemerlang yang diraikan pada hari
ini akan terus mencipta kecemerlangan dan kegemilangan serta mempastikan wujudnya rantaian
kesinambungan yang seterusnya meletakkan nama SMK Taman Nusa Damai ke puncak
kegemilangan. Saya yakin para pelajar yang bertuah ini telah menjadikan segala rintangan,
kekurangan dan masalah yang telah ditempuh oleh generasi sebelum ini sebagai cabaran,
inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam bidang akademik dan pembinaan jati diri serta
pemupukan sahsiah yang terpuji. Kejayaan pelajar dalam peperiksaan SPM merupakan lambang kejayaan
dan kecemerlangan berterusan SMK Taman Nusa Damai.

.
Akhir kata, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua Ahli jawatankuasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Dan Penetapan ETR SPM 2021 yang telah berungkus
lumus untuk mempastikan perjalanan majlis pada pagi ini berjalan dengan jayanya.

Terima Kasih juga kepada Tuan HJ Kuswandi Bin Tayen , Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang Johor

En Ridzwan Bin Kamarudin , YDP PIBG SMK Taman Nusa Damai yang sudi bersama-sama kita hari ini.
Sesungguhnya kehadiran tuan dan puan memberi makna kepada majlis kita pada hari ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang telah hadir dalam
menjayakan program pada hari ini. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua pelajar cemerlang yang telah
mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan SPM 2020 yang lalu.

Sekian wabilahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warahmatulliwabaraktuh.

CIKGU WARDA BINTI ISMAIL
PENGETUA SMK TAMAN NUSA DAMAI
26/SEPTEMBER/2021

Seulas Pinang

Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera

Pertama sekali, mewakili pihak ibu bapa dan komuniti, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada anak-anak SPM 2020 yang diraikan pada hari ini atas kejayaan cemerlang yang dilakarkan.
Walaupun anak-anak ini diuji dengan cabaran penularan Covid 19 pada tahun lepas dan belajar secara
pdpr, namun usaha mereka tetap membuahkan hasil yang membanggakan. Sememangnya tiada yang
mustahil sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Saya juga yakin kejayaan yang telah
mereka capai ini juga berpunca dari kegigihan guru-guru serta sokongan padu dari ibu bapa dalam
menyediakan persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak ini.

Saya amat berbesar hati atas inisiatif pihak sekolah mengadakan dua majlis pada hari ini iaitu
majlis meraikan kejayaan anak-anak SPM 2020, mengiktiraf hasil usaha cemerlang guru-guru
matapelajaran yang mencapai peningkatan Gred purata Matapelajaran dalam SPM 2020 dan
membariskan guru-guru penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Kementerian Pendidikan
Malaysia serta melaksanakan agenda utama akademik iaitu melancarkan penetapan ETR SPM 2021.

Sememangnya, kekangan sesi bersemuka akibat penularan COVID 19, bukan penghalang
untuk sekolah ini meneruskan tradisi mengapresiasi setiap kecemerlangan yang diraih. Saya sangat
berharap, dengan kehadiran ibu bapa dan anak-anak STAND dari semua tingkatan menonton majlis ini
secara langsung di Youtube Channel STAND Together dapat membuka mata dan minda kita semua
untuk memberi sokongan pada setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah, sebagaimana kami
barisan AJK PIBG sentiasa menjadi perantara yang menyokong setiap perancangan sekolah tidak kita
dari segi tenaga, kewangan atau sokongan moral.

Oleh itu ibu bapa sekalian, saya menyeru anda semua untuk bersama-sama dengan guru-
guru menyokong semua program sekolah yang telah dijalankan dan dirancang kerana semuanya demi
anak-anak kita. Di kesempatan ini juga saya ingin meminta kerjasama daripada para ibubapa agar
sentiasa peka dengan persekitaran pembelajaran anak-anak di rumah kerana sesi PDPR yang
berlangsung sekarang masih akan diteruskan. Usahakan lah mencipta ruang belajar yang selesa
untuk anak-anak agar mereka lebih fokus dengan pembelajaran mereka serta sentiasalah memberi
anak-anak kita kata-kata semangat agar mereka sentiasa berjiwa kental untuk mencipta kejayaan
yang diimpikan.

Bagi mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan mudah, pastinya memerlukan
pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa tidak boleh bergantung harap kepada
pihak sekolah semata-mata, malahan perlu juga menyumbangkan tenaga dan sumbangan kewangan
dan sokongan moral demi perkembangan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat
direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang telah hadir dalam
menjayakan program pada hari ini terutamanya tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang yang akan
merasmikan majlis kita pada hari ini. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua murid cemerlang yang telah
mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan SPM 2020 yang lalu.

Sekian wabilahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warahmatulliwabaraktuh.

EN RIDZWAN BIN KAMARUDIN

YDP PIBG SESI 2021/2022

26/SEPTEMBER/2021

Ucapan Perasmi

TUAN HAJI KUSWANDI BIN TAYEN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah atas limpah kurnia Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
dapat saya berada bersama-sama seluruh warga SMK Taman Nusa Damai atau STAND untuk
menyempurnakan perasmian Majlis Apresiasi Kecemerlangan yang bertujuan meraikan insan-insan
yang telah berusaha gigih dan berjaya mencapai kecemerlangan yang membanggakan dalam
peperiksaan SPM 2020 sekolah ini.

Tahniah kepada pihak pengurusan kerana dapat mengembleng tenaga guru dan murid untuk sama-
sama menjayakan majlis ini walaupun secara atas talian, tetapi kemeriahannya masih boleh dirasai
melalui penglibatan seluruh warga STAND bersama-sama para ibu bapa yang hadir bersama secara
atas talian pada waktu ini.

Pertama sekali saya ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak
yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2020. Pencapaian cemerlang anda telah
mengekalkan STAND mencapai peratus Layak Mendapat Sijil 100 peratus.

Penurunan GPS sebanyak 0.17 bukan lah satu penurunan yang besar jika dibandingkan
dengan cabaran menyediakan kamu untuk terus cemerlang sebagai calon SPM era pandemik COVID
19. Daripada yang mendapat 9A, 8A hingga lah ke 7A, anda semua adalah murid yang hebat. Ranjau
pandemik COVIC19 tidak menjadi penghalang untuk anda melakar kecemerlangan. Lebih manis lagi
apabila pengetua telah mengumumkan peratus anak-anak STAND yang telah berjaya memasuki Institut
Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang. Ini membuktikan bahawa sekolah ini telah berjaya melahirkan
kemenjadian murid yang amat membanggakan .

Sesungguhnya kejayaan anda sudah tentu tidak berlaku dengan sendirinya. Di sebalik
kejayaan yang anda kecapi itu terlakar usaha murni guru-guru tanpa mengenal penat lelah. Tanpa
perancangan dan pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan berterusan ke atas program-
program intervensi yang dijalankan tidak mungkin kejayaan akan dapat dicapai. Maka memang
sewajarnya pihak sekolah meraikan guru-guru yang telah berjaya meningkatkan pencapaian mata
pelajaran masing-masing dalam keputusan SPM 2020 yang lalu. Hasil usaha kerja sepasukan guru-
guru membuktikan kesungguhan guru-guru di STAND memastikan visi dan misi sekolah sentiasa
dihayati dan direalisasikan.

Usaha pihak pengurusan sekolah meraikan juga guru-guru yang mendapat Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang dari Kementerian Pendidikan Malaysia dalam majlis ini merupakan satu
langkah mengiktiraf prestasi cemerlang guru-guru. Saya yakin dengan anugerah yang diterima, guru-
guru akan sentiasa bermotivasi tinggi untuk terus memartabatkan profession keguruan ini.

Cabaran melaksanakan PdPR dalam tempoh pandemik COVID 19 dapat ditangani dengan
sabar dan tabah. Saya yakin, guru-guru di STAND sentiasa berusaha mencari pendekatan digital
terbaik bagi menarik minat murid untuk istiqamah menyertai PdPR. Kesemua ini adalah normal baru
yang seharusnya telah menjadi kebiasaan guru-guru setelah hampir dua tahun kita mengharungi
cabaran pendidikan era Pandemik.

Tahniah juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sekolah yang diterajui oleh En Ridzwan
bin Kamarudin kerana sentiasa memberikan sokongan terhadap apa sahaja program-program sekolah.
Saya sangat teruja dengan komitmen ibu bapa di STAND yang sentiasa memberi sokongan kepada
pihak sekolah. Saya berharap, dalam persiapan pembukaan sekolah secara berperingkat yang akan
berlaku sekiranya negeri Johor melepasi fasa 3, maka para ibu bapa haruslah memastikan anak-anak
yang sepatutnya menerima vaksin telah diurus dengan baik. Pematuhan kepada SOP yang ketat
haruslah dipastikan. Semoga anak-anak calon SPM 2021 sentiasa sihat dan bermotivasi tinggi untuk
menghadapi peperiksaan mereka pada bulan Februari dan Mac 2022. Saya dimaklumkan dalam majlis
ini juga YDP PIBG akan mengesahkan penetapan ETR SPM 2021 yang disasarkan oleh pihak sekolah.
Saya berharap, ibu bapa akan menyokong segala perancangan program kecemerlangan sekolah yang
akan dilaksanakan dan sekiranya pihak sekolah memerlukan sokongan kewangan dari pihak ibu bapa
melalui sumbangan PIBG, maka berilah sokongan tuan puan agar secara kolektifnya, kejayaan yang
dikecapi merupakan kejayaan hasil kerjasama semua pihak.

Kepada anak-anak yang diraikan kejayaannya pada majlis ini, tahniah saya ucapkan.
Teruskan kecemerlangan anda di IPT yang anda telah berada. Kepada guru-guru STAND, tahniah
atas budaya kerja yang cemerlang di sekolah ini. Tidak ketinggalan, kepada barisan kepimpinan
sekolah ini yang diterajui oleh Puan Warda binti Ismail, tahniah atas kepimpinan yang mantap dan
sederap bersama warganya dalam melestarikan kecemerlangan yang telah dilakar. Semoga majlis
hari ini menjadi satu lagi khazanah sejarah sekolah yang akan dirujuk oleh warganya pada masa
akan datang. Pihak PPD PG akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan untuk memastikan
STAND akan terus melakar kecemerlangan yang membantu pencapaian cemerlang daerah Pasir
Gudang.

Untuk itu akhir kalam, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahaim, saya merasmikan Majlis
Apresiasi Kecemerlangan dan Penetapan ETR SPM 2021 SMK Taman Nusa Damai dengan
rasminya.

TUAN HAJI KUSWANDI BIN TAYEN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

26/SEPTEMBER/2021

MISI DAN VISI SMK TAMAN NUSA DAMAI

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

ENROLMEN GURU SMK TAMAN NUSA DAMAI

SESI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

PAGI 11 44 55

PETANG 9 35 44

JUMLAH 20 79 99

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN
AKADEMIK SPM 2020

KATEGORI MURID

MENOTHAN A/L MOKANASANTAR
5 BAIDURI 7[A+] 3[A]

MUHAMMAD AZRI SHAH BIN AZIAN
5 BAIDURI 6[A+] 3[A]

MUHAMMAD NABIL IMAN BIN ABD LATIF
5 BERLIAN 6[A+] 2[A] 1[A-]

NOR ELLISA FARHANA BT ABDUL MANAP
5 BAIDURI 4[A+] 5[A]

NUR ZARIFAH BT ZAINAL FUADI
5 BAIDURI4[A+] 2[A] 3[A-]

MUHAMMAD AFIQ ANAQI BIN BAHARUDIN
5 BERLIAN 3[A+] 5[A] 1[A-]

ALIA NASUHA BT ISMAI
5 INTAN 2[A+] 4[A] 2[A-]

NUR AFIQAH AZHANI BT MOHD RAZALI
5 INTAN 1[A+] 4[A] 3[A-]

NURUL HANI WARDINA BT HAIRUL
5 INTAN 3[A+] 5[A]

NURUL SYAMIMI BT YUSAINI
5 INTAN 3[A+]2[A]3[A-]

SITI NUR KHALIDAH BT MD KHIDZIR
5 INTAN 2[A+]5[A]1[A-]

UMAIRAH BT AZMAN
5 INTAN 1[A+]5[A]2[A-]

MUHAMMAD SYAHMI RUSYAIDI BIN SHAMSUDDIN
5 NILAM 1[A+]3[A]3[A-]

NURUL ARINA BINTI ABD RAHMAN
5 FIRUZ 7[A+] 1[B+]

TAN WEI JIE
5 BAIDURI7[A+] 1[A] 1[B+]

MUHAMMAD AFIF BIN MOHD AZMI
5 BAIDURI 6[A+] 2[A] 1[B]

MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN SOBRI
5 BAIDURI 5[A+] 3[A] 1[B+]

MUHAMMAD HARRAZ BIN MOHAZAM
5 INTAN 5[A+] 2[A] 1[B]

EVA NURFAZUREEN BINTI MAKTAR
5 BAIDURI 6[A+] 1[A] 1[A-] 1[B]

NISA NABILAH BINTI MOHD ASRIN
5 BAIDURI 5[A+] 2[A] 1[A-] 1[B+]

NURUL AYU HIDAYAH BINTI ZARMADI
5 BAIDURI 4[A+] 4[A] 1[B+]

SITI NURAISYAH BINTI IBRAHIM
5 FIRUZ 5[A+] 1[A] 1[A-] 1[B]

NUR SARAH SUFIAH BINTI TARMIZI
5 FIRUZ 4[A+] 3[A] 1[B]

PUTERI ZULAIKHA BINTI SHUKRI
5 FIRUZ 4[A+] 2[A] 1[A-] 1[B+]

NURUL NAJWA HANI BINTI MOHD FAEZY
5 BAIDURI 3[A+] 4[A] 1[A-] 1[B+]

MUHD DARFA BIN TENGKU JAJANG SAGITA
5 BERLIAN 3[A+]4[A]1[A-]1[B+]

MOHAMAD AKMAL BIN MOHD ASHARI
5 BAIDURI 2[A+] 6[A] 1[B+]

ADRIANA NURIN DANIA BINTI ISHAM
5 FIRUZ 2[A+] 5[A] 1[B+]

INTAN MAZURAH BINTI RAMLI
5 INTAN 1[A+] 6[A] 1[B+]

NURAKMA AISYAH BINTI MOHD MURAD
5 INTAN 1[A+] 5[A] 1[A-] 1[B+]

NUR SYAFIQAH BINTI HIFZUL HAKIM
5 JED 1[A+] 5[A] 1[A-] 1[B+]

ADRIANA SOFEA BINTI MOHD KHAIRUL NIZAM
5 BAIDURI 2[A+] 3[A] 3[A-] 1[B+]

ERYNNADIYAH NURAISYAH ASHARUDIN
5 FIRUZ 2[A+] 5[A] 1[C]

MUHD AMIRUL HISHAM BIN MAZELAN
5 KRISTAL 2[A+] 5[A] 1[C]

MUHD ARIF RAHMATULLAH BIN RIDZWAN
5 JED 1[A+] 4[A] 2[A-] 1[B+]

ZARIF AIMAN BIN ZAIWANADI
5 INTAN 7[A] 1[B]

MUHAMMAD NAZMI IZZUDDIN BIN NAZARI
5 INTAN 6[A] 1[A-] 1[B+]


Click to View FlipBook Version