MAKTAB RENDAH SAINS MARA
SERTING
MESYUARAT PELAKSANA MRSM SERTING 2019
CADANGAN PERLAKSANAAN SAMBUTAN BULAN MERDEKA DAN HARI
MALAYSIA 2019
1. TUJUAN
Sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan sambutan
umum Negara yang dilaksanakan sehingga ke peringkat sekolah. Ianya
sebagai satu pendekatan patriotik kepada bangsa Malaysia khususnya
pelajar MRSM Serting.
2. LATAR BELAKANG
Sambutan merdeka dan hari Malaysia ini dianjurkan dengan matlamat
agar semua warga maktab menyedari betapa penting perpaduan
kearah mempertahankan kemerdekaan yang sedia ada.Usaha tokoh
yang terdahulu bukanlah hikayat semata mata, bahkan ianya
merupakan realiti yang perlu ditatap hingga hujung nyawa. Memelihara
kemerdekaan adalah usaha yang jauh lebih penting bagi menjamin
keamanan dan keharmonian Negara. Program sebegini merupakan
kesinambungan daripada usaha para pejuang, pemimpin dan ulama lalu
dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Air. Justeru Sambutan Bulan
Merdeka dan Hari Malaysia dianjurkan agar dapat memberi manfaat
kepada semua warga maktab
3. OBJEKTIF (Termasuk implikasi kewangan dan implikasi undang-
undang; jika ada)
3.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim dia antara semua
warga kerja MRSM termasuk guru-guru, pelajar dan staf
pentadbiran
3.2 Memupuk semangat patriotik dan berkumpulan kepada
semua warga maktab
3.3 Mencungkil bakat pelajar melalui pertandingan-
pertandingan yang akan diadakan.
4. CADANGAN PERLAKSANAAN
4.1 Cadangan tarikh Sambutan bulan kemerdekaan dan Hari
Malaysia ialah pada 1 Ogos – 16 September 2019. Bertempat
di sekitar MRSM Serting. Sasaran pelajar ialah pelajar-
pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.
4.2 Tema bagi Sambutan bulan kemerdekaan dan Hari
Malaysia 2019 ialah
‘’selaras dengan tema negara”.
5. JUSTIFIKASI CADANGAN
5.1 Permohonan peruntukan ini adalah untuk menampung
keperluan dan menyediakan hadiah bagi beberapa
kategori pertandingan yang dianjurkan sepanjang Bulan
kemerdekaan dan hari Malaysia tahun 2019 dijalankan.
6. IMPLIKASI KEWANGAN
(rujuk lampiran)
7. PENUTUP
Pihak jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan dan HAri
Malaysia berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan
permohonan ini memandangkan Sambutan bulan kemerdekaan
ini dan hari malaysia merupakan satu platform di mana dapat
melatih para pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
maktab, mengasah minat dan bakat, di samping menguji
ketahanan mental dan fizikal pelajar. Paling penting adalah
semangat patriotik dapat diterapkan dalam setiap diri warga
maktab.Segala bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan
akan dapat membantu jawatankuasa melaksanakan program
yang telah diaturkan.
Disediakan oleh:
.................................................
(En Ahmad Zakuan Ariff bin Ab Rahman)
Penyelaras
Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
MRSM Serting
Disokong oleh: Diluluskan oleh:
…………………………………………….. ………………………………………
(En Md Ali bin Ismail) (Hj Abu Bakar bin Ab. Wahab)
Timbalan Pengetua Pengetua
Pembangunan Pelajar MRSM Serting
MRSM Serting
CADANGAN TENTATIF SAMBUTAN KEMERDEKAAN & HARI
MALAYSIA
TARIKH : 13 SEPTEMBER 2019 ( JUMAAT )
8am : Semua guru dan pengurusan mengambil tempat
Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Sembilan
10am Bacaan Doa ( pelajar )
Gimik kemerdekaan
Perarakan masuk kawad merdeka ( badan uniform )
Ucapan TPPP & perasmian pembukaan
Persembahan Kelab Seni Warisan
Lagu jalur gemilang
Sesi fotografi
: Rehat ( minum pagi )
10.45am : Ucapan aluan pengacara majlis
Motivasi merdeka “ merdeka kah aku “
11.45am
11.55am Ustaz Ismail PPD Jempol Jelebu
12.15pm : pengumuman dan hadiah selfie patriotik terbaik
12.45pm
12.50pm : Pengumuman video patriotik terbaik
1pm : Kuiz kemerdekaan guru dan kakitangan
: Video khas mantan BWP
: Ucapan perasmian penutup oleh pengetua
: Perarakan keluar bersama lagu jalur gemilang
Tema Pakaian : akan di maklumkan
PROGRAM SEPANJANG BULAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA
PROGRAM TEMPAT TARIKH CATATAN
Kibaran Jalur Gemilang Sekitar maktab 1 ogos – 16 Sept 2019
Motivasi Merdeka Dewan 19 ogos 2019 Ust Ismail Hussein
gemilang Ajk kemerdekaan
Pameran merdeka Foyer pejabat 1 ogos – 16 Sept BWP update
Tahukah anda Maktab Siaran semasa rehat
Pertemuan homeroom Setiap kelas 1 fakta. ( BWP )
Homeroom ku Merdeka Sekitar maktab Fotografi paling kreatif