PERATURAN / SYARAT
مسابقة الحوار
PERTANDINGAN HIWAR
2.1 Definisi
2.1.1 Hiwar ialah perbualan di antara tiga peserta secara seimbang dari
segi soal jawab, isi dan masa tentang sesuatu topik. Ia berbeza
dengan lakonan atau drama dan forum.
Hiwar
Pergerakan sederhana dan tidak melampau
Mempunyai satu babak sahaja
Mempunyai banyak dialog (aksi hanya sekadar menghidupkan
dialog)
Melibatkan tiga watak sahaja
Kurang menggunakan alat sokongan (hanya untuk menghidupkan
hiwar)
2.2 Peraturan Pertandingan Hiwar
2.2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 1 & 2 ( tahun
1 –tahun 6). Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1
pasukan.
2.2.2 Bilangan peserta dalam satu pasukan adalah tiga orang, terdiri
daripada murid lelaki sahaja atau perempuan sahaja (campuran
tidak dibenarkan)
2.2.3 Pertandingan hiwar akan dilaksanakan dalam 1 pusingan.
i. Setiap pasukan bebas memilih tajuk yang sesuai
berdasarkan tema-tema berikut :
َخ ْي ُر النا ِس أَ ْن َف ُع ُه ْم لِلنا ِس
ii. Setiap pasukan diberikan masa 8 minit sahaja. Loceng
pertama akan dibunyikan sekali pada minit keenam
dan loceng kedua sebanyak dua kali akan dibunyikan
pada minit kelapan menandakan waktu telah tamat.
iii. Masa dikira apabila loceng permulaan dibunyikan
setelah peserta berada di atas pentas.
iv. Markah isi tidak akan diberikan kepada peserta setelah
loceng penamat dibunyikan.
v. Markah persembahan akan dipotong jika persembahan
kurang dari 6 minit atau melebihi 9 minit.
vi. Tiga salinan skrip hiwar yang akan dipersembahkan
hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan
semasa pendaftaran. Salinan skrip hendaklah ditaip
dengan menggunakan font Arabic Traditional (18/
langkauan 1.5). Kegagalan menyerahkan skrip akan
dipotong 5 markah daripada markah isi .
vii. Nama penuh dan ic peserta hendaklah dihantar kepada
urusetia KAMIL selewat-lewatnya 12 JUN 2019 sebelum
jam 5.00 patang. Kegagalan menghantar nama akan
terbatal penyertaan.
viii. Sertakan nama kumpulan
2.3 Kategori Pemenang
1 Johan, naib johan, dan tempat ketiga
2 Johan adalah kumpulan yang memperolehi markah purata tertinggi.
i. Kritikan terhadap isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama,
bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang
adalah dilarang.
ii. Peserta hendaklah menggunakan bahasa arab fushah dengan
terang dan nyata. Penggunaan bahasa arab a’mmiah ) (عاميةatau
darijah )(دارجةtidak dibenarkan.
3 Penghakiman
Hiwar akan diadili dari aspek :
a) Mesej Pengutaraan mesej yang tepat (mengandungi
30 markah fakta-fakta, data-data, nas-nas dan contoh-contoh
yang bersesuaian).
Kesesuaian mesej dengan tajuk
Susunan isi yang berurutan
Mengandungi empat isi dan huraian
Markah bonus akan diberi kepada pasukan yang
memenuhi kesemua kriteria di atas.
b) Bahasa Bahasa yang jelas dan mudah difahami.
30 markah Tatabahasa (nahu & saraf) yang tepat.
Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dengan
isi perbualan.
c) Gaya Kelancaran
Persembahan Kesesuaian nada
40 markah Sebutan yang fasih
Gaya yang menarik