The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN / SEJARAH / ALATAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kufarid685, 2023-05-09 04:20:31

Bola Baling

PENGENALAN / SEJARAH / ALATAN

Keywords: Bola Baling

FOLIO BOLA BALING SUKAN DAN PERMAINAN NAMA AHLI : AFIQ , FARIS , FAHEEM, FAIZ, AMEER


PENGENALAN Sejarah Bola Baling Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan.


Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah


Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursuskursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.


Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.


PERATURAN PERMAINAN 1. Gelanggang permainan Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol.. 2. Bola Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke bawah. 3. Bilangan pemain Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk. 4. Pakaian Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol mesti memakai warna baju yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemain gelanggang


pasukan lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan. 5. Pengadil Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadilpengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat. 6. Tempoh Permainan Bagi kumpulan lelaki 12 tahun ke atas, 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan), 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa. 7. Permainan Pasif Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif. ‘PASIF’ bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau menjaringkan gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan lawan. 8. Memulakan Permainan Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari


pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah. Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang. 9. Jaringan Gol Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi. 10. Memainkan Bola a. Pemain dibenarkan : Mengambil 3 langkah dengan bola. Memegang bola maksimum 3 saat. Menggelecek. Menjunam untuk mendapatkan bola. b. Pemain tidak dibenarkan : Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola. Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut. 11. Menghadang Pihak Lawan Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas,


memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan. 12. Balingan ke Dalam Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling. 13. Balingan ke dalam di sudut Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling. 14. Balingan Pengadil Ia diberikan apabila : 14.1. Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan. 14.2. Bola direbut oleh kedua-dua pemain. 15. Balingan Percuma


Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali 15.1. Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan. 15.2. Bila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan). 15.3. Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter. 15.4. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.Balingan ini diambil dengan sekurangkurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan. 16. Balingan 7 meter (penalti) Balingan ini diberikan apabila 16.1. Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan. 16.2. Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.


16.3. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut disentuh oleh penjaga gol.Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya. 17. Balingan Gol Balingan ini diberikan apabila 17.1. bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol. 17.2. bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang. 18. Hukuman Susulan Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan : 18.1. Amaran (Kad Kuning) 18.2. 2 minit penggantungan 18.3. Penyingkiran 18.4. Pembatalan


GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN) GELANGGANG Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter


dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm. BOLA Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut : 1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm. 2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm


3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm. Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan. TIANG GOL Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang


serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm. PEMAIN DAN PAKAIAN Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.


Click to View FlipBook Version