The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKSAAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahinhalim90, 2021-10-18 23:57:07

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKSAAS

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKSAAS

Keywords: SMKSAAS

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)
KM 22 JALAN CHERAS,
43000 KAJANG ,
SELANGOR.

SEKOLAH: SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG), KAJANG
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-46 TAHUN 2020/2021

Tarikh : 22 Februari 2020 (Sabtu)

Masa : 10.45 pagi

Tempat : Dewan Dato’ Engku Rani SMK SAAS Kajang

Pengerusi : Kapten Masuan bin Ali (TUDM B), PJK

Kehadiran : Ibu Bapa - 145 orang

Guru dan Staf- 137 orang

AGENDA:
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Kapten Masuan bin Ali selaku YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran semua ibu

bapa dan guru, seterusnya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran
ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46.

2.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2019/2020.
2.1 Puan Norazwa binti Mohd Sidek selaku Setiausaha PIBG 2019/2020
membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG dari muka surat 42 hingga 51.

2.2 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2019/2020 telah diterima sebulat suara.
Cadangan: En. Mohd Hafiz bin Kamaruzaman
Sokongan: Pn. Mariam binti Mohd Yusof

3.0 Membentang dan Menerima Laporan Kegiatan Tahunan PIBG bagi tahun 2019/2000.
3.1 Puan Norazwa binti Mohd Sidek selaku Setiausaha PIBG 2019/2020
membentangkan Laporan Kegiatan Tahunan PIBG bagi tahun 2019/2020 dari
muka surat 62 hingga 68.

3.2 Cadangan: En. Mohd Hafiz bin Kamaruzaman
Sokongan: Sebulat suara

4.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG 2019/2020.
4.1 Puan Noor Azlin binti Masuyar selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan PIBG 2019/2020 berakhir pada tahun 31/12/2019 dari muka surat 62
hingga 68 dan mohon diterima untuk pengesahan.

4.2 En. Ahmad Mursyid bin Ahmad mengucapkan tahniah kepada pihak jawatankuasa
PIBG atas semua usaha yang telah terlaksana. Seterusnya beliau memohon
penjelasan tentang sumbangan ibu bapa sebanyak RM69,000.00. Jika setiap
keluarga daripada jumlah pelajar seramai 1803 orang menyumbang sebanyak
RM50.00, berapa peratuskah yang telah memberikan sumbangan. Perkara
tersebut perlu diketahui supaya pihak AJK PIBG yang baharu dapat mengambil
tindakan dengan meningkatkan peratus kutipan.

51

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

4.3. YDP PIBG menjelaskan jumlah yang membayar dianggarkan sebanyak lapan
puluh peratus dan tidak dapat membayar sebanyak dua puluh peratus kerana
masalah ketidakmampuan. Pengetua menerangkan bahawa berdasarkan akta,
bayaran adalah berbentuk sumbangan dan tidak ada paksaan untuk membuat
pembayaran. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang
telah membuat sumbangan PIBG.

4.4 Mesyuarat mencadangkan agar penyata kewangan 2019 /2020 disahkan.
Cadangan: En. Rosfaizi bin Hasan
Sokongan: Pn. Amiyah binti Hafiah dan sebulat suara

54..00 Membentang dan Membahaskan usul

5.1 Usul-usul Ibu bapa
5.1.1 Bidang Kurikulum
5.1.1.1 Pn. Shuhaida binti Sabdin memohon pihak sekolah mengadakan
perjumpaan berkala di antara ibu bapa dan guru kelas supaya
mereka berpeluang mengenali guru kelas dan bukan hanya
bertemu ketika pemberian kad laporan kelas sahaja.

5.1.1.2 Pengetua menjelaskan pihak sekolah sentiasa memberi peluang

kepada ibu bapa untuk berjumpa dengan guru-guru semasa guru

tiada waktu PdPc. Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat
terkini daripada pihak sekolah melalui aplikasi ‘WhatsApp’ kelas

atau tingkatan.

5.1.1.3 Pn. Shuhaida binti Sabdin juga memohon pihak sekolah menjadikan
“Monthly Focused Recognition” sebagai rutin di peringkat sekolah

dan kelas untuk meningkatkan semangat belajar dalam kalangan

murid. Pengiktirafan ini diberikan kepada murid yang menunjukkan

perubahan yang banyak berbanding murid terbaik yang selalunya

diberikan kepada murid yang sama.

5.1.1.4 Pengetua memaklumkan bahawa pengiktirafan yang diberi kepada
murid bukan berdasarkan kepada pencapaian dalam peperiksaan-
peperiksaan utama sahaja, namun sekolah turut mengiktiraf
pencapaian murid dalam peperiksaan dalaman melalui dana
PIBG.

5.1.1.5 Merujuk kepada usul En. Mohd Norisman yang memohon supaya
cuti berganti dimaklumkan lebih awal atau pada awal tahun,
pengetua menjelaskan permohonan cuti berganti tertakluk kepada
pekeliling yang berkaitan. Sekolah akan memohon jika perlu dan
setelah mendapat kelulusan baharulah boleh dimaklumkan
kepada ibu bapa dan murid-murid.

5.1.1.6 Merujuk kepada usul Pn. Siti Sharifah binti Ibrahim tentang masa
pulang untuk sesi petang diawalkan kepada 6.30 petang,
pengetua memaklumkan bahawa waktu pulang tidak boleh
diawalkan kerana jumlah masa untuk setiap mata pelajaran telah
ditetapkan. Waktu tamat persekolahan pada pukul 6.45 petang
sudah termaktub dalam pekeliling yang telah ditetapkan.

52

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

5.1.1.7 Berdasarkan usul daripada En. Mohd Sabri bin Abdul Aziz dan
Pn. Shaherah binti Shahar tentang mengadakan kelas tambahan
untuk pelajar yang lemah subjek PT3 dan perlu diadakan sekerap
mungkin, pengetua menjelaskan program kelas tambahan
sememangnya tertumpu kepada kelas-kelas peperiksaan iaitu
untuk tingkatan 3 dan 5. Selain itu pelbagai program lain juga
dilaksanakan seperti teknik menjawab yang diadakan di dewan
sekolah dan menyediakan modul latihan terancang.

5.1.1.8 Pn.Batriah binti Yusof memohon supaya mengadakan Majlis
Graduasi bagi pelajar Tingkatan 5. Puan Pengetua menjelaskan
kos untuk mengadakan Majlis Graduasi agak tinggi. Oleh kerana
sekolah tidak mahu membebankan ibu bapa yang tidak
berkemampuan, maka lebih menjimatkan jika Majlis Graduasi ini
diadakan di sekolah sahaja.

5.1.2 Bidang Hal Ehwal Murid

5.1.2.1 En. Abdullah bin Abdul Rashid memohon guru kelas mengelolakan
‘whatsapp group’ untuk guru kelas dan ibu bapa. Pengetua
menerangkan ‘whatsapp group’ telah dibuat oleh guru kelas dan

hanya info rasmi sahaja dimasukkan oleh guru kelas.

5.1.2.2 En. Mohd Zulkapli bin Sahar memohon pihak sekolah menyediakan
tempat menunggu yang selamat di luar pagar sekolah ketika murid
pulang dari sekolah. Pengetua menjelaskan pihak sekolah akan
berbincang dengan PIBG tentang hal berkenaan.

5.1.2.3 Bagi menjawab usul daripada En. Aliff Afandy bin Abdullah tentang
tentang lalu lintas dan keluar masuk murid, pengetua menjelaskan
bahawa tugas pengawal adalah untuk menjaga harta benda
sekolah bukan menjaga murid.

5.1.2.4 Berkaitan isu harga makanan di kantin yang mahal diusulkan oleh
En. Mohd Zoulkapli bin Sahar, pengetua menjelaskan akan
mengambil tindakan dan melakukan pemantauan. Seterusnya
pengetua memaklumkan bahawa menu dan harga makanan di
kantin adalah tertakluk kepada persetujuan semasa
menandatangani tender.

5.1.2.5 Masalah yang diusulkan oleh En. Hisham bin Abd. Rahim berkaitan
dengan kunci selak pada pintu tandas lelaki, pengetua menjelaskan
kunci selak telah dibaiki dan kunci tersebut mudah tertanggal.
Manakala berkaitan dengan pam tandas perempuan, pengetua
menjelaskan pihak sekolah telah memperbaiki pam-pam tandas
tersebut.

5.1.2.6 Menjawab usul daripada En. Mahathir bin Mohd Noor, pengetua
memaklumkan jadual waktu makan malam di asrama pada pukul
6.45 petang untuk murid sesi pagi, manakala murid sesi petang
pula, diberi sedikit kelonggaran kerana baru balik dari sekolah.
Jadual ini telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor. Seterusnya pengetua mengalu-alukan penglibatan ibu
bapa untuk bersama-sama memantau anak-anak mereka bagi
mengikuti peraturan di asrama.

53

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

5.15.2.1..72.7 En. Abdul Murshid bin Amad mencadangkan supaya lantikan
pengawas dibuat sebelum cuti akhir tahun untuk memudahkan
penyediaan uniform pengawas. Pengetua menjelaskan murid telah
dimaklumkan sebelum memasuki tahun berikutnya kecuali murid
tingkatan satu yang dilantik selepas pendaftaran sekolah. Murid
tingkatan satu dibenarkan memakai baju uniform biasa
memandangkan baju tersebut baru dibeli.

55..1.22..88 Berkaitan isu pemakaian kasut sukan yang diusulkan oleh Pn.Yesi
Saswira Julita, pengetua menjelaskan pihak sekolah tidak
membenarkan memakai kasut sukan semasa kelas Pendidikan
Jasmani kerana terdapat banyak kes kehilangan kasut
sukan.Tambahan pula terdapat dalam kalangan murid yang tidak
mampu membelinya.

55.1.1..22..99 Menjawab usul En. Abdul Halim bin Din, pengetua menerangkan
perhimpunan rasmi dibuat seminggu sekali iaitu pada hari Isnin dan
hari Rabu pada minggu ketiga manakala perhimpunan harian
dijalankan jam 7.15 pagi untuk murid-murid berzikir dan
menyampaikan maklumat. Perhimpunan murid petang diadakan
bagi memudahkan guru-guru untuk memantau murid daripada
berkeliaran sementara menunggu tamatnya sesi persekolahan
pagi.

55..11..33 Bidang Pembangunan dan Insfrastruktur Sekolah
5.1.3.1 Bagi penggunaan dewan sekolah untuk aktiviti luar seperti yang

diusulkan oleh En. Mohd Sabil bin Abdul Aziz, pengetua
menerangkan orang awam yang hendak menyewa dewan sekolah
bolehlah mengisi borang permohonan di pejabat dan surat akan
dipanjangkan ke PPD. Hasil kutipan sewaan dewan sekolah akan
dimasukkan ke dalam akaun SUWA sekolah.

5.1.3.2 Berkaitan usul daripada En. Ahmad Murshid bin Ahmad supaya
dibina laluan berbumbung dari pintu pagar ke pondok menunggu
bas, YDP PIBG memaklumkan projek tersebut ditangguhkan
kerana akan dilaksanakan bersama-sama pembinaan PAVILION.

5.1.3.3 Pengetua memaklumkan lampu tandas murid lelaki telah dipasang
sebagai respon kepada usul daripada En. Mustafa bin Tomiho. Bagi
penambahan cermin muka di tandas lelaki, pemasangan tersebut
tidak dibuat berikutan murid-murid akan lewat masuk ke kelas.

5.1.3.4 Isu berkaitan penambahbaikan trek larian oleh Pn. Marnis binti
Sulaiman, pengetua memaklumkan pembaikan trek tersebut
memakan belanja yang agak besar iaitu sebanyak RM300,000.
Pengetua telah memaklumkan kepada PPD untuk pelupusan trek
tersebut kerana tidak lagi di bawah seliaan Majlis Sukan Negara.

5.1.3.5 Bagi usul En. AlFarudin bin Jamaludin iaitu menaik taraf padang
sekolah, pengetua memaklumkan bahawa untuk mendapat
padang yang standard perlu membeli pasir dan meratakannya di
seluruh padang.

54

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

5.1.3.6 Pengetua mengalu-alukan penglibatan ibu bapa supaya sama-sama
mencari kontraktor yang boleh memasang telefon awam dalam
kawasan sekolah. Tuan pengetua telah berusaha menghubungi
kontraktor telefon awam yang lama namun tiada jawapan. Ini bagi
menjawab usul daripada En. Yoganathan A/L Ganesan tentang
penyediaan telefon awam untuk para pelajar.

5.1.3.7 Berkaitan cadangan menyediakan pendingin hawa di kelas oleh
Pn. Norhayati binti Mohd Yakob, pengetua menegaskan bilik guru
juga tiada pendingin hawa. Ini disebabkan prosedur pemasangan
pendingin hawa melibatkan pengisian borang permohonan ke
JKR dan pembayaran bil elektrik juga tinggi.

5.1.3.8 Berdasarkan usul mengadakan loceng sekolah oleh En. Halim bin Din,
pengetua memaklumkan bahawa sejak ketiadaan loceng, murid-
murid lebih pandai menepati masa manakala persekitaran sekolah
berada dalam keadaan aman dan damai.

5.1.4. Usul Tambahan
. Usul tambahan PIBG dibentangkan oleh YDP PIBG Kapten Masuan bin Ali.

5.1.4.1 En. Nazri bin Ghazali meminta pihak sekolah memastikan sama ada
pihak sekolah berhak atau tidak dalam urusan parkir di hadapan
sekolah dan sepanjang pagar di hadapan sekolah yang sering
digunakan sebagai tempat parkir oleh pemilik kedai menjual kereta.

5.1.4.2 Tuan Pengetua memaklumkan pihak sekolah telah menghantar surat
kepada Majlis Perbandaran Kajang tentang hal tersebut tetapi tidak
ada maklum balas.

5.1.5 Usul PIBG
5.1.5.1 Pembinaan Pavillion dalam kawasan sekolah diberi fokus dengan

mencari dana melalui projek yang diadakan seperti Fun Run,
Sihatthon dan Jamuan Makan Malam.

5.1.5.2 YDP PIBG dan Penasihat PIBG mengusulkan seperti di muka

surat 79:

(i) Sumbangan tahunan dikekalkan RM 50.00 satu keluarga.

(ii) Bayaran majalah dikekalkan RM 15.00 satu keluarga.

(iii) Kutipan sumbangan PIBG tahun 2020 boleh dikutip bermula

pada hari Pendaftaran Tingkatan 1 berdasarkan nilai

sumbangan 2019. Sekiranya ada perubahan jumlah bayaran

2020, kutipan tambahan akan dilaksanakan.

(iv) Permohonan kelulusan cadangan kutipan Program

Kecemerlangan Akademik (PKA) 2020

Murid Tingkatan 1, 2 dan 4 = RM 50.00 setahun

Murid Tingkatan 3 = RM 50.00 setahun

Murid Tingkatan 5KAA – 5D = RM 150.00 setahun

Murid Tingkatan 5E – 5H = RM 100.00 setahun

Murid Tingkatan 5I = RM 50.00 setahun

Murid Tingkatan 6 = RM 150.00 setahun

Sepanjang

Pengajian

55 ( 1 ½ tahun )

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

(v) Mengadakan projek Fun Run, Sihatthon dan Jamuan Makan
Malam bagi mencari Dana PIBG untuk membina Pavillion
SMK SAAS.

5.1.5.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

5.1.6 Usul Kurikulum
5.1.6.1 Usul kurikulum dibentangkan oleh Puan Kamisah binti Ali seperti di

muka surat 79-80 dan memohon PIBG meluluskan perbelanjaan
aktiviti-aktiviti peningkatan prestasi yang telah dirancang.
Perbelanjaan adalah tertakluk kepada keperluan semasa sewaktu
aktiviti tersebut dilaksanakan. Aktiviti - aktiviti yang dirancang adalah
seperti berikut:
1. Majlis Aku Janji dan Penetapan Target
2. Kelas Pemantapan Akademik
3. Perkampungan Ilmu (Aktiviti dalam cuti sekolah)
4. Seminar Akademik Teras Inspirasi SAAS (SAKTI)
5. Bengkel Teknik Menjawab
6. Program Pecutan Emas
7. Kelas Intervensi
8. Majlis Solat Hajat
9. Seminar Akademik Elektif Inspirasi SAAS
10. Program Nur Kasih Titian Usaha (Program Kualiti Kelas 5 KAA)
11. Program MAGIKA SPM
12. Program GENGGAM A
13. Majlis Graduasi
14. Sentuhan Kalbu (Bimbingan Intensif Teknik Menjawab soalan

terpilih sebelum SPM)
15. Lain-lain Program dan aktiviti Peningkatan Prestasi yang

difikirkan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.

5.1.6.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

5.1.7 Usul Hal Ehwal Murid
5.1.7.1 Usul Hal Ehwal Murid dibentangkan oleh Puan Kamisah binti Ali

seperti di muka surat 80-81 dan memohon supaya PIBG dapat
meluluskan perbelanjaan aktiviti-aktiviti pembentukan sahsiah dan
disiplin murid yang telah dirancang. Perbelanjaan adalah tertakluk
kepada keperluan semasa sewaktu aktiviti tersebut dilaksanakan.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:

1. Pelancaran Program HEM & Watikah Pemimpin Murid
2. Perkhemahan Pengawas
3. Perkhemahan PRS
4. Perkhemahan Kerohanian
5. Perkhemahan Asrama
6. Kursus Ketua dan Penolong Kelas
7. Lawatan ke IPTA/IPTS
8. Pameran Kerjaya
9. Ziarah Cakna
10. Program ‘Sekolah Sayang Kamu’ (Fokus Murid Lewat)
11. Program Permata Wawasan (Fokus Murid Ponteng)
12. Program Sahsiah Terpuji
13. Anugerah Kecemerlangan HEM
14. Program Sekolah Penyayang

56

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

5.1.7.2 15. Program Sekolah Selamat
16. Program PPDA
17. Program Minda Sihat
18. Majlis Restu Ilmu (Alat Tulis) dan Pecutan Akhir
19. Kebenaran PIBG untuk menggunting rambut murid setelah

diberi amaran
20. Pemakaian pakaian berwarna oren dan seluar trek sekolah

semasa waktu PJK diwajibkan
21. Majlis ‘Senior Night’
22. Lain- lain program dan aktiviti HEM yang difikirkan perlu

dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

5.1.8 Usul Kokurikulum
5.1.8.1 Usul Kokurikulum dibentangkan oleh Puan Kamisah binti Ali seperti di
muka surat 81-82 dan memohon supaya PIBG dapat meluluskan
perbelanjaan aktiviti - aktiviti berkaitan program Kokurikulum yang telah
dirancang Perbelanjaan adalah tertakluk kepada keperluan semasa
sewaktu aktiviti tersebut dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang
adalah seperti berikut:
1. Kejohanan Road-Run kali ke-53
2. Kursus Kawad Kaki khusus untuk penasihat
3. Kursus Pengurusan Organisasi Kokurikulum
4. Pertandingan kawad kaki Badan Beruniform
5. Perkhemahan Perdana Tingkatan 1
6. Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-53
7. Karnival Mini Kokurikulum
8. Majlis Apresiasi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2020
9. Perkhemahan Integrasi
10. Program Koku Raya 2020
11. Lain- lain program dan aktiviti Kokurikulum yang difikirkan perlu
dilaksanakan dari semasa ke semasa
5.1.8.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

5.1.9 Usul Pengurusan Tingkatan 6
5.1.9.1 Usul Pengurusan Tingkatan 6 dibentangkan oleh Puan Kamisah binti

Ali seperti di muka surat 82-83 dan memohon supaya PIBG dapat
meluluskan perbelanjaan aktiviti- aktiviti berkaitan program kokurikulum
yang telah dirancang. Perbelanjaan adalah tertakluk kepada keperluan
semasa sewaktu aktiviti tersebut dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang adalah seperti berikut:
1. Majlis Penetapan Target
2. Kelas Pemantapan Akademik
3. Bengkel Teknik Menjawab
4. Program ICU
5. Seminar Pendidikan anjuran Agensi Luar (Peringkat Universiti,

negeri dan kebangsaan)
6. Lain-lain program peningkatan prestasi yang dianjurkan mengikut

keperluan dari semasa ke semasa
7. Memohon agar kutipan serta sumbangan kewangan berkaitan

program yang boleh dikutip daripada ibu bapa pelajar jika diperlukan

57

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

Kokurikulum /HEM :
1. Seminar-seminar/motivasi anjuran agensi-agensi luar
(peringkat universiti, negeri dan kebangsaan)
2. Pembelian buku-buku tambahan bagi subjek tingkatan 6
3. Perkheman Integrasi Badan Beruniform Tingkatan 6
4. Cabaran Interaktif Ranjer Puteri Peringkat Negeri 2020
5. Pesta Buku Kuala Lumpur 2020
6. Program Menanam Pokok Bakau
7. Program Sukarelawan Zoo Negara
8. Kursus UUKA
9. Perkhemahan Perdana BSMM Daerah
10. Kursus PCA Kebangsaan
11. Karnival Kokurikulum Tingkatan 6
12. Karnival Sukan Tingkatan 6 Peringkat Daerah
13. Kursus Profesionalisme Tingkatan 6
14. Kem Kembara Ilmu & Team Building Tingkatan 6 Ke Janda Baik
15. Bengkel Mini Spice Garden
16. Bengkel Gubahan Berasaskan Hidupan Marin
17. Lawatan Penanda Arasan ke KISTARP, Sabak Bernam
18. Lawatan ke Parlimen
19. Khidmat Masyarakat Ranjer Puteri-Kunjungan Kasih
20. Bengkel Landskap Miniature dan Mural
21. “Public-Speaking Competition”
22. Pertandingan memasak berasas ubi
23. Kembara MORFOSINTAK
24. Lain - lain program yang dianjurkan mengikut keperluan dari
semasa ke semasa.

5.1.9.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

5.1.10 Usul Pengurusan Pendidikan Khas

5.1.10.1 Usul Pengurusan Pendidikan Khas dibentangkan oleh Puan

Kamisah binti Ali seperti di muka surat 84 dan memohon supaya

PIBG dapat meluluskan perbelanjaan aktiviti-aktiviti berkaitan

program yang telah dirancang. Perbelanjaan adalah tertakluk

kepada keperluan semasa sewaktu aktiviti tersebut

dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti

berikut:

1. Kelas Al-Quran

2. Lawatan Penanda Aras PPKI-Kelantan

3. Perkhemahan PPKI

4. Terapi Audiovisual

5. Terapi Motor Kasar

6. Program Kemahiran My TVET

7. Program Akademik BM, BI, Matematik

8. Program Keusahawanan PPKI

9. Program Tanaman Fertigasi Cili dan Cendawan

10. Anugerah Kecemerlangan dan Jamuan Akhir tahun PPKI

11. Program Ziarah Aidil Fitri

12. Karnival Sukan Permainan Futsal dan Bola Jaring

13. Hari Keluarga PPKI

14. Lain-lain program yang dianjurkan mengikut keperluan dari

semasa ke semasa.

5.1.10.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

58

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

6.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020
6.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah
memberikan kerjasama dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak
PIBG

6.2 YDP membubarkan AJK bagi sesi 2019/2020. Pihak majlis telah melantik En.
Manaf bin Abdullah sebagai pengerusi sementara.

7.0 Pemilihan sesi 2020/2021
7.1 Mesyuarat melantik dan bersetuju penama berikut dilantik dalam jawatankuasa
setelah undian dilakukan.

Yang Dipertua : Tn. Hj. Helmy bin Arshad, AIS
Tn.Hj. Nurul Fhaizal bin Omar
Naib Yang Dipertua : Cik Norsuzila binti Mansor
Pn. Nor Azizah binti Ibrahim
Setiausaha Kehormat :

Bendahari Kehormat :

Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa) :
1. Pn. Anita binti Abd Rahman
2. Pn. Siti Maryam binti Mohd Yusoff
3. Pn. Siti Zarina binti Ismail
4. Prof. Md Arris bin Abu Yamin
5. En. Amirrul Rashid bin Hj. Ismail
6. En. Basri bin Hashim

Ahli Jawatankuasa (Guru) :
1. Pn. Nurazma binti Abdullah
2. En. Mohamad Tazri bin Mohd.Ali
3. Pn. Che Rosma binti Mohamed
4. Pn. Nur Asyikhin binti Mahamad Zahir
5. Pn. Zainon binti Mohd Ngadzib

Juru Audit Ibu Bapa : En. Mohd Noor bin Pardi
Juru Audit : Pn. Rosnah binti Mohamed

7.2 Senarai jawatankuasa PIBG yang baharu bagi tahun 2020/2021 adalah seperti
berikut:

Yang Dipertua : Tn. Hj. Helmy bin Arshad, AIS

Naib Yang Dipertua : Tn. Hj. Nurul Fhaizal bin Omar

Setiausaha Kehormat : Cik Norsuzila binti Mansor

Bendahari Kehormat : Pn. Nor Azizah binti Ibrahim

Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa) :
1. Pn. Anita binti Abd Rahman
2. Pn. Siti Maryam binti Mohd Yusoff
3. Pn. Siti Zarina binti Ismail
4. Prof. Md Arris bin Abu Yamin
5. En. Amirrul Rashid bin Hj. Ismail
6. En. Basri bin Hashim

59

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-46 2020/2021

Ahli Jawatankuasa (Guru) :
1. Pn. Nurazma binti Abdullah
2. En. Mohamad Tazri bin Mohd.Ali
3. Pn. Che Rosma binti Mohamed
4. Pn. Nur Asyikhin binti Mahamad Zahir
5. Pn. Zainon binti Mohd Ngadzib

Juru audit Ibu Bapa : En. Mohd Noor bin Pardi

Juru Audit : Pn. Rosnah binti Mohamed

8.0 Ucapan penangguhan

8.1 Tn. Hj. Helmy bin Arshad selaku YDP mengucapkan terima kasih kerana
melantik barisan kepimpinan baru dan memberi kepercayaan kepada beliau
untuk menerajui kepimpinan PIBG 2019/2020.

8.2 Beliau berjanji akan memastikan setiap AJK dapat melaksanakan tugas
berdasarkan amanah yang diberi dengan berusaha bersama-sama pihak sekolah
melaksanakan program PIBG.

8.3 Beliau melahirkan rasa keyakinan dengan gandingan pihak PIBG dan pengetua
bahawa beberapa program yang dirancang akan dapat diteruskan.

8.4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 diakhiri dengan surah Al-Asr. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

…………………………………… (TN. HJ. HELMY BIN ARSHAD, AIS)
(NORSUZILA BINTI MANSOR) Yang DiPertua
Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2020/2021
PIBG Sesi 2020/2021 SMK SAAS, Kajang
SMK SAAS, Kajang

60

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Laporan tahunan Aktiviti dan Sumbangan PIBG

Sesi 2020/2021

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG
SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG) KAJANG,
SESI 2020/2021

1. PENDAHULUAN
Laporan ini meliputi aktiviti dan sumbangan PIBG SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integ)
yang bermula pada Mac 2020. AJK PIBG yang dilantik ini telah bekerjasama dengan
pihak sekolah dan memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan segala aktiviti yang
dirancang dalam bidang akademik, sahsiah, kokurikulum dan peningkatan prasarana
sekolah.

2. MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2020/2021
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 telah diadakan pada 22 Febuari 2020 di Dewan Dato’
Engku Abdul Rani, SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integ). Mesyuarat ini dihadiri oleh 145
orang ibu bapa dan 137 orang guru serta staff. Mesyuarat ini telah memilih AJK baharu
yang terdiri daripada:

Penasihat : Pn. Hjh. Kamisah binti Ali
Yang DiPertua
Naib Yang DiPertua : Dato’ Hj. Helmy bin Arshad DSPN, AIS
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat : Tn. Hj. Nurul Fhaizal bin Omar
AJK Ibu Bapa
: Cik Norsuzila binti Mansor
AJK Guru
: Pn. Nor Azizah binti Ibrahim
Juru Audit Ibu Bapa
Juru Audit Guru : En. Basri bin Hashim
Prof. Md Arris bin Abu Yamin
En. Amirrul Rashid bin Hj. Ismail
Pn. Anita binti Abd Rahman
Pn. Siti Zarina binti Ismail
Pn. Siti Maryam binti Mohd Yusoff

: En. Mohamad Tazri bin Mohd Ali
Pn. Nurazma binti Abdullah
Pn. Che Rosma binti Mohamed
Pn. Nor Asyikhin binti Mahamad Zahir
Pn. Zainon binti Mohd Ngadzib

: En. Mohd Noor bin Pardi
: Pn. Rosnah bt. Mohamed

61

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Laporan tahunan Aktiviti dan Sumbangan PIBG

Sesi 2020/2021

3. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA DAN KEHADIRAN AJK PIBG
Sepanjang sesi 2020/2021, AJK PIBG telah bermesyuarat sebanyak 4 kali
sahaja. Ini disebabkan kekangan melaksanakan mesyuarat rentetan
penularan wabak Covid-19. Mesyuarat telah diadakan bagi merangka dan
melaksanakan pelbagai aktiviti dan sumbangan PIBG. Hal ini termasuklah
menimbang dan memutuskan perkara dalam memberi bantuan kepada pihak-
pihak tertentu dalam usaha membiayai pelbagai program yang dianjurkan.

Tarikh dan mesyuarat AJK PIBG yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

3.1 Mesyuarat AJK PIBG Bil.1 2020/2021

Tarikh : 6 Mac 2020

3.2 Mesyuarat AJK PIBG Bil. 2 2020/2021

Tarikh : 18 Jun 2020

3.3 Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 2020/2021

Tarikh : 13 Mac 2021

3.4 Mesyuarat AJK PIBG Bil. 4 2020/2021

Tarikh : 17 September 2021

62

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Laporan tahunan Aktiviti dan Sumbangan PIBG

Sesi 2020/2021

JADUAL KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT AJK
SESI 2020/2021

BIL NAMA JAWATAN 6/3/ 18/6/ 13/3/ 17/9/
2020 2020 2021 2021
1. Pn. Kamisah binti Ali Penasihat
2. Dato’ Hj. Helmy bin Arshad DSPN, AIS YDP / / / /
3. Tn. Hj. Nurul Fhaizal bin Omar NYDP / / / /
4. Cik Norsuzila binti Mansor / / / 0
Setiausaha / / / /
/ / / /
5. Pn. Nor Azizah binti Ibrahim Bendahari / 0 / /
0 0 0 /
6. En. Basri bin Hashim AJK / 0 0 0
7. Prof. Md Arris bin Abu Yamin AJK / / / 0
8. En. Amirrul Rashid bin Hj. Ismail AJK / / / 0
9. Pn. Anita binti Abd Rahman AJK / / / /
/ / / /
10. Pn. Siti Zarina binti Ismail AJK / / / /
/ / / /
11. Pn. Siti Maryam binti Mohd Yusoff AJK 0 0 / /
12. En. Mohamad Tazri bin Mohd Ali AJK / / / /

13. Pn. Nurazma binti Abdullah AJK - - - /

14. Pn. Che Rosma binti Mohamed AJK / - - -

15. Pn. Nor Asyikhin binti Mahamad Zahir AJK
16. Pn. Zainon binti Mohd Ngadzib
17. Pn. Rosnah binti Mohamed AJK

Juru Audit
Dalaman
(Guru)

18. En. Mohd. Noor bin Pardi Juru Audit Luar
(Ibu Bapa)

63

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Laporan tahunan Aktiviti dan Sumbangan PIBG

Sesi 2020/2021

EX-OFFICIO TURUT HADIR

BIL NAMA JAWATAN 6/3/2020 18/6/2020 13/3/2021 17/9/2021

1. Pn. Wardah binti Hamzah PK PEN. / / 0 /

2. Pn. Shuraida binti Muslim PK HEM / / - -

Pn. Norliza binti Zakaria -- / /

En. Abd. Manaf bin Abdullah PK KOKU / / / -
3. Pn. Razalina binti Ab Razak - - - /

4. Pn. Inah bt Mohd. Yousuf PK TK. 6 / / / /

Pn. Wan Rokiah bt. Wan Ibrahim // - -

5. Pn. Zuraidah binti Ismail PK PETANG - - / -

Pn. Rahyu binti Samingon -- - /

6. Pn. Nor Zulia binti Samiran PK PEND. / / / /
KHAS

0 : Tidak hadir bersebab
- : Tidak perlu hadir mesyuarat

4. AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SMK SAAS (INTEG) 2020/2021
Aktiviti dan sumbangan PIBG sesi 2020/2021 meliputi pelbagai bidang.
Mohon rujuk lampiran di muka surat 66-67 L1 hingg L7.

5. PENUTUP

PIBG 2020/2021 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan semua program anjuran PIBG dan sekolah sepanjang tahun
2019/2020. Tanpa pemuafakatan tenaga daripada pelbagai pihak sudah pasti setiap program
yang dijalankan tidak mencapai objektifnya. Diharapkan PIBG akan terus bergerak seiring
dengan pihak sekolah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan
pelajar sekaligus meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid dan sekolah.

Disediakan oleh:

----------------------------------------
NORSUZILA BINTI MANSOR
Setiausaha Kehormat PIBG
SMK SAAS (Integ) Kajang
2020/2021

64

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Laporan Penyata Kewangan PIBG

Sesi 2020/2021

PIBG SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG), 43000 KAJANG, SELANGOR
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
Baki Awal Tahun
Tunai 137,816.59 Program Kecemerlangan Akademik (PKA) (L1) 44,979.42
Bank
59.01
Terdiri daripada:
Sumbangan ADUN 137,757.58 Kokurikulum (L2) 2,600.00
Bonus Bank
PIBG 137,816.59
PKA
Kutipan Aerobikthon Pengurusan PIBG (L3) 5,321.04

10,000.00

1,117.67 Pembangunan (L4) 8,535.00

30,191.02

29,277.30 Dana Sumbangan ADUN & YDP (L5) 28,000.00

67,230.60

137,816.59 Tumpang (L6) 21,845.00

Sumbangan Ibu Bapa (PIBG) Lain-lain (L7) 5,604.65
Program Kecemerlangan Akademik (PKA) 46,150.00
116,885.11
JUMLAH PERBELANJAAN 178,635.77
59,070.00 Baki Akhir :

Sumbangan YDP (Okt 2020) 20,000.00 Tunai 276.00
Bonus Bank (Jan - Dis 2019) Bank 178,359.77
178,635.77
194.29

Wang Tumpang (Y. Selangor, 32,290.00 Terdiri daripada: 2,000.00
Infaq Ramadan, T. Banjir, UBK) Sumbangan YDP 1,254.46
Bonus Bank 54,337.83
PIBG 43,367.88
PKA 67,230.60
Kutipan Aerobikthon 10,445.00
Wang Tumpang 178,635.77

295,520.88 295,520.88

Kami telah menyemak resit-resit, baucer-baucer, buku kira-kira wang tunai dan telah mendapat keterangan
yang diperlukan. Kami berpuas hati dengan rekod yang disimpan dan disediakan. Maka dengan ini kami akui
dan sahkan penyata bagi tempoh 01.01.2020 hingga 31.12.2020 sebagaimana yang tersebut adalah benar dan
memuaskan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh: Disahkan oleh:

............................................ ............................................... ...........................................
Bendahari PIBG 2020 Juru Audit 1 Juru Audit 2
(Nor Azizah binti Ibrahim) (Mohd Noor Bin Pardi) (Rosnah binti Mohamed)

65

L1 : PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (PKA) Mesyuarat Agung

BIL BUTIRAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
1 PKA Tingkatan 1
2 PKA Tingkatan 2 SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)
3 PKA Tingkatan 3
4 PKA Tingkatan 4 PERBELANJAAN (RM)
5 PKA Tingkatan 5 6,436.10
6 PKA Tingkatan 6 7,083.00
7,023.50
JUMLAH (L1) 5,402.59

L2 : KOKURIKULUM 15,814.18
3,220.05
BIL BUTIRAN
1 Minuman Road Run 2020 44,979.42
2 Baik Pulih Bekalan Elektrik Rumah Gamelan
PERBELANJAAN (RM)
1,800.00
800.00

JUMLAH (L2) 2,600.00

L3 : PENGURUSAN PIBG PERBELANJAAN (RM)
395.00
BIL BUTIRAN 50.00
1 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 48.60
2 Caj Bank 7.50
3 Perbelanjaan Pengurusan PIBG - Fotostat 501.10
4 Buku Cek
2,925.00
Mesyuarat Agung PIBG 126.00
1 Jamuan Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 193.84
2 Banner Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 6.00
3 Alas Meja Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 306.40
4 Kertas Untuk Buku Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 682.70
5 Hiasan Pentas Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 580.00
6 Bayaran Percetakan Buku Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020
7 Cenderahati VIP & AJK PIBG 4,819.94

JUMLAH (L3) 5,321.04

66

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

L4 : PEMBANGUNAN PERBELANJAAN (RM)
1,925.00
BIL BUTIRAN 3,450.00
1 Katil besi asrama 1,740.00
2 Ubah suai dan memasang plat besi pintu dewan 1,420.00
3 Pembelian Rostrum dan troli LCD
4 Upah memotong tunggul dan mengganti atap laluan G Menyusur

(JUMLAH L4) 8,535.00

L 5 : PERBELANJAAN DANA SUMBANGAN (TN. HJ. HELMI) PERBELANJAAN (RM)
4,430.00
BIL BUTIRAN
1 Cat Surau 11,500.00
2 Membina Pavillion Kecil 3,250.00
3 Membeli 3 unit komputer 820.00
4 Membeli Bahan Keceriaan Bilik Gerakan 8,000.00
5 Memasang Tingkap Aluminium Bilik Guru
28,000.00
JUMLAH (L5)
PERBELANJAAN (RM)
L6 : WANG TUMPANG BUTIRAN 21,845.00

BIL 21,845.00
1 Infaq Ramadan
PERBELANJAAN (RM)
JUMLAH (L6) 4,819.65
315.00
L7 : LAIN-LAIN 470.00
5,604.65
BIL BUTIRAN
1 Bayaran Unifi
2 Makanan Murid dan Petugas Hari Pendaftaran T1 2020

Majlis Pelancaran Bulan Akademik dan Nilam

JUMLAH (L7)

67

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Usul-usul

Sesi 2020/2021

USUL - USUL MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KALI KE- 47

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG) 2021

A. BIDANG KURIKULUM PENCADANG CATATAN ULASAN

BIL USUL Pn. Tusiah Akan Hadir
Anak: Nuraliah Sofia binti
1 TAJUK: INFO SUBJEK Mohd Noor
1.1 Mohon untuk Subjek (3 Gigih)
Kemahiran dan Teknikal bagi
Murid Tingkatan 4 diperluaskan

2 TAJUK : KELAS PDPR

2.1 Assessment (tidak semua Khairul Hamimah Mohd Tidak Hadir

guru) perlu sesuai dengan masa Jodi

dan tempoh yg diberi (menjawab Anak: Faiz Fitri

online). Contoh soalan kuiz yg (2 fikrah), Irwan nazmi (3

banyak, masa yg diberikan tidak cekal), Nurul Qistina

sepadan dengan bilangan soalan. (5 fikrah)

2.2 Pihak sekolah perlu beri guru-
guru training penggunaan google
meet, slide interaktif, kuiz
interaktif dan lain-lain yang
berkenaan dengan penggunaan
gajet/IT. Ketika PdP, guru perlu on
camera bukan off camera begitu
juga murid-murid.

3 TAJUK: SAHSIAH

3.1 Biasakan budaya memberi Khairul Hamimah Mohd Tidak Hadir

salam murid kepada guru atau Jodi

kepada pelawat atau orang lebih Anak: Faiz Fitri (2 fikrah),

berusia. Irwan nazmi (3 cekal),

Nurul Qistina (5 fikrah)

68

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Usul-usul

Sesi 2020/2021

BIL USUL PENCADANG CATATAN ULASAN
4 TAJUK : WAKTU PULANG Tidak Hadir
Khairul Hamimah Mohd
DIAWALKAN KE 1.00 PTG Jodi
4.1 Waktu persekolahan pagi Anak: Faiz Fitri
diawalkan pulang 30 minit (2 fikrah), Irwan nazmi (3
(dalam jam 1.00pm) bagi cekal), Nurul Qistina
memberi peluang rehat kepada (5 fikrah)
guru-guru, masa peralihan sesi
petang dan ketepuan murid
belajar waktu tengahari yang
sudah tidak fokus kerana faktor
kepenatan dan cuaca

5 TAJUK : PROGRAM SEKOLAH
5.1 Program mentor mentee

Wan Suzana binti Wan Akan Hadir
Mohd Shafie Anak : Akan Hadir
Megat Qaish Iskandar bin
Mohd Fuad (2 Ehsan)

6 TAJUK : SEDIAKAN LOKER
DALAM KELAS
6.1 Menyediakan Loker sekolah 1. Suriyati Binti Othman
buat murid meletakkan barang Anak : Zarifah Umairah bt
Zunaidi (4Amanah)

7 Usul PIBG
1. Mengekalkan sumbangan
PIBG sebanyak RM50 satu
keluarga
2. Membenarkan pihak
sekolah untuk menggunting
rambut murid yang panjang
menggunakan mesin
setelah diberi amaran

69

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Usul-usul PENCADANG CATATAN ULASAN

Sesi 2020/2021

BIL USUL
8 Usul Kurikulum

Pn Wardah binti Hamzah
Penolong Kanan Pentadbiran

1. Memohon kebenaran
untuk mengutip
sumbangan Program
Peningkatan Akademik
(PKA) sebanyak RM30
daripada murid Tingkatan 4
dan 5 2021.

9 Usul Hal Ehwal Murid

Pn Norliza binti Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Memohon supaya pihak PIBG
dapat meluluskan perbelanjaan
aktiviti-aktiviti HEM yang telah
dirancang. Perbelanjaan adalah
tertakluk kepada keperluan
semasa sewaktu aktiviti tersebut
dilaksanakan.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang
adalah seperti berikut:

1. Hari Anugerah Kualiti

2. Program Sekolah
Penyayang

3. Lain-lain program dan
aktiviti di bawah HEM dari
masa ke semasa mengikut
keperluan

70

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

Usul-usul

Sesi 2020/2021

BIL USUL PENCADANG CATATAN ULASAN
10 Usul Kokurikulum

Pn Razalina binti Ab Razak
Penolong Kanan Kokurikulum

Memohon kebenaran PIBG untuk
membuat kutipan daripada
murid-murid yang terlibat dalam
aktiviti kokurikulum.
Antara aktiviti yang terlibat
adalah seperti berikut:

1. Yuran tahunan keahlian
Badan Beruniform

2. Lain-lain program dan
aktiviti kokurikulum yang
perlu dilaksanakan dari
semasa ke semasa

11 Usul Pengurusan Tingkatan
Enam

Pn Inah binti Mohd Yousop
Penolong Kanan Tingkatan Enam

1. Memohon kebenaran
mengutip sumbangan PKA
sebanyak RM150 sepanjang
pengajian di Tingkatan 6

71

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

AHLI JAWATANKUASA PIBG
SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH KAJANG ( INTEG )

SESI 2021/2022

1 YANG DIPERTUA :

2 NAIB YANG DIPERTUA :

3 SETIAUSAHA KEHORMAT :

4 BENDAHARI KEHORMAT :

AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA)

5

6

7

8

9

10

AHLI JAWATANKUASA (GURU)

11

12

13

14

15

PEMERIKSA KIRA-KIRA

16 (Ibu bapa)
(Guru)
17

72

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG)

YBhg. Dato’ Hj. Helmy bin Arshad DSPN, AIS,
Yang DiPertua PIBG SMK Sultan Abdul Aziz Shah (INTEG), Kajang.

Pengetua SMK Sultan Abdul Aziz Shah (INTEG), Kajang.
Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sultan Abdul Aziz Shah (INTEG)

Kajang Sesi 2020/2021
Guru-Guru Penolong Kanan SMK Sultan Abdul Aziz Shah (INTEG)

Kajang
Guru-Guru Kanan Mata pelajaran SMK Sultan Abdul Aziz Shah

(INTEG) Kajang
Guru-Guru Serta Kakitangan SMK Sultan Abdul Aziz Shah (INTEG)

Kajang
Ibu Bapa dan Penjaga Murid-Murid SMK Sultan Abdul Aziz Shah

(INTEG) Kajang

Murid-Murid SMK Sultan Abdul Aziz Shah (INTEG) Kajang
Semua yang Terlibat Secara Langsung atau Tidak dalam

Menjayakan Majlis ini.

73


Click to View FlipBook Version