The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kitmikael77, 2021-10-12 05:44:20

essay cc1714 Muhammad Nazrin Azman

essay cc1714 Muhammad Nazrin Azman

Kaedah Pemasaran Viral Melalui Aplikasi Facebook : Implikasi dalam Pasaran Industri
Kreatif Malaysia.

Oleh : Muhammad Nazrin Azman

Pengenalan

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai kaedah pemasaran viral melalui aplikasi

facebook dan implikasinya dalam pasaran kreatif di Malaysia yang secara umumnya amat

mempengaruhi permintaan pasaran industri. Kaedah pemasaran viral melalui facebook telah

banyak digunakan dalam sektor perniagaan lain seperti kecantikan, kesihatan, perubatan,

pendidikan dan pelbagai lagi. Namun kaedah ini kurang digunakan dalam pasaran industri kreatif

di Malaysia. Startegi dan kaedah pemasaran dalam pasaran industri kreatif di Malaysia semakin

kurang pengaruhnya dalam masyarakat. Hal ini kerana, banyak karya seperti produk dan

perkhidmatan yang dikeluarkan kurang mendapat permintaan dan hanya organisasi yang

mempunyai duta atau produk dan perkhidmatan yang terkenal sahaja yang dikenali oleh

kebanyakan golongan masyarakat yang selalunya masih kekal dalam pasaran sehingga sekarang.

Misalnya dari sudut pasaran filem, musik dan produk seni yang lain akan kurang mendapat

sokongan jika tiada kaedah yang betul yang digunakan untuk mengenalkan produk atau

perkhidmatan kepada masyarakat. Namun hal ini mungkin kerana, kaedah pemasaran viral ini

mempunyai impak yang besar kepada produk atau perkhidmatan yang dipasarkan. Kaedah ini amat

dipengaruhi oleh masyarakat dan duta yang digunakan pihak syarikat bagi menyampaikan

maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam pasaran industri di

Malaysia. Selain itu, kaedah dan teknik haruslah bersesuaian dengan startegi bagi mencapai

objektif yang telah disasarkan.

1

Latar Belakang Kajian

Pemasaran melalui media sosial adalah tidak asing lagi dalam budaya perniagaan di dunia. Hal ini
boleh dilihat dengan majoriti syarikat sama ada berstatus besar atau kecil yang masing masing
mengunakan media sosial sebagai medium pemasaran utama. Perkara ini dapat dilihat dalam data
statistik yang dikeluarkan oleh Hootsuite and We Are Social iaitu sebuah platform pengumpulan
data pengguna media sosial telah menunjukan bahawa 53% penduduk dunia adalah pengguna aktif
media sosial dan serama 118 juta adalah pengguna aplikasi facebook. Oleh itu, aplikasi facebook
telah banyak digunakan sebagai salah satu platform pemasaran oleh semua syarikat di dunia.
Menurut French (2010), mengakui bahawa disiplin pemasaran media sosial berasal dari dua
gerakan berbeza iaitu ilmu pemasaran dan ilmu sosial. Hal ini turut disokong oleh Kotler (1971),
istilah pemasaran media sosial adalah sebagai rujukan kepada penerapan pemasaran sebagai
penyelesaian untuk masalah sosial, kesihatan dan perniagaan serta membantu dalam pelbagai
aspek kehidupan manusia. Peluang itu digunakan oleh pelbagai pihak berikutan bilangan pengguna
aplikasi facebook semakin bertambah setiap hari dan hal itu turut mempengaruhi perubahan
kaedah pemasaran dan pasaran dalam pelbagai industri.

Di Malaysia, pemasaran melalui facebook juga turut digunakan dalam semua industri. Hal
ini dapat dilihat dari pelbagai sektor perniagaan seperti pendidikan, perubatan, peruncitan, Hiburan
dan lain lagi. Menurut Samsudin, (2010). pemasaran Facebook mempunyai radius sosial yang
berpotensi tular luar biasa bagi menghasilkan keuntungan dalam pasaran menerusi interaksi
internet yang terjadi antara organisasi tersebut dengan pengguna. Oleh itu, pemasaran viral
melalui applikasi facebook merupakan kaedah yang bersesuaian untuk mengembangkan lagi
potensi pasaran industri kreatif negara. Jika dilihat dari pandangan Subramani dan Rajagopalan
(2003), menyatakan bahawa strategi pemasaran viral melalui media sosial yang digunakan oleh

2

organisasi akan mampu merangsang penggunaan percubaan, dan penggunaan sebenar produk dan
perkhidmatan yang dikeluarkan. hal ini disokong oleh Goel & Devi (2014), yang turut juga
berpendapat bahawa kesan strategi pemasaran viral, akan membuatkan berlakunya seperti
peningkatan kepada jenama, kesedaran, keputusan pembelian, penjualan, dan kredibiliti dari
pengguna terhadap organisasi. Aplikasi facebook juga berkembang dengan cepat dalam semua
golongan masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur, kaum atau agama. Kesan media facebook
juga dilihat amat kuat dalam budaya di Malaysia sehingga jika dilihat dari satu sudut yang lain,
facebook seperti sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Disebabkan itu, peluang ini
digunakan oleh pelbagai pihak hingga telah mewujukan kaedah pemasaran viral. Pemasaran viral
ini telah berkembang sebagai hasil dari kemajuan teknologi mengikut peredaran zaman dan boleh
dianggap sebagai kaedah penting komunikasi masyarakat kepada permintaan dalam pasaran dalam
industri. Menurut dari Anderson (1998), memberi contoh perubahan kepada pasaran moden,
Peningkatan tekanan untuk menggunakan sumber daya dengan lebih efisien, dan tuntutan untuk
mendapatkan semula pulangan perbelanjaan pemasaran dan promosi, ditambah dengan pelanggan
yang lebih berpendidikan dan cerdas.

Kaedah pemasaran viral ini banyak dilakukan oleh sesetengah pihak bagi menaikan
permintaan pasaran terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Aplikasi facebook
menjadi sumber terpantas bagi membuat penyebaran dan perkongsian maklumat yang ingin di
viralkan. Hal ini kerana, dengan pengguna aktif yang ramai dalam aplikasi facebook maklumat
yang ingin disebarkan dan dikongsikan dapat disebarkan dengan mudah dan hanya memerlukan
telefon dan internet. Menurut dari Blake Rohrbacher (2002), pengembangan baru operasi
pembangunan dari kekuatan pemasaran viral telah diusulkan sebagai alat untuk merancang strategi
untuk membuktikan bahwa pesan dan maklumat yang dikongsikan di jaringan sosial menjadi viral

3

karena tujuan, manfaat atau nilai dari maklumat viral sesuatu produk atau perkhidmatan. Hal ini
turut disokong oleh Gil-Or (2010), rangkaian sosial pada amnya seperti facebook, adalah
merupakan sebagai rangkaian terbesar, khususnya, menjadi platform yang sangat menarik bagi
banyak syarikat untuk melakukan startegi pemasaran viral terhadap produk atau perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh mereka. Penggunaan pemasaran viral dan media elektronik dari mulut ke
mulut adalah kekuatan utama rangkaian sosial sebagai anggota saling berhubung dengan cara yang
meningkatkan kepercayaan terhadap mesej yang dikongsikan kepada masyarakat sama ada
berkaitan produk atau perkhidmatan.

Penyataan Masalah
Industri kreatif di Malaysia masih lagi mengalami permasalah dalam idang pengiklanan dan
pemasaran yang berjalan seiring dengan teknologi pada era pasca moden sekarang. Misalanya jika
dilihat dari kenyataan dalam Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) Kemajuan teknologi
memainkan peranan penting dalam memajukan industri kreatif, namun di negara ini
perkembangan teknologi tidak dapat digunakan sepenuhnya berikutan kekurangan pengetahuan
dan kemahiran. Aplikasi teknologi dalam industri kreatif berada di tahap minimum berbanding
dengan keupayaannya yang begitu besar yang memerlukan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi.
Hal ini juga berkaitan dengan majoriti daripada organisasi dalam industri kreatif Malaysia masih
lagi terikut dengan budaya pemasaran tradisional yang semakin kurang effektif terhadapa
perkembangan teknologi sekarang. Oleh itu menyebakan Negara kita kekurangan kepakaran
terhadap bidang pengiklanan dan pemasaran yang berasakan kepada teknologi terkini.

4

Jika dilihat dari kenyataan Ahmad (2007) bagaimanapun, ia menganggap pengkarya atau
organisasi dalam industri kreatif negara Malaysia masih gagal secara keseluruh kerana tidak dapat
mengimbangkan proses pengeluaran (kos pembuatan ), pengedaran (iklan) dan pameran
(kelestarian produk di pasaran). Dia juga berpendapat bahawa kaedah penjualan tiket yang tidak
efisien di pasaran industri tempatan boleh terjadi sedemikian kerana kebanyakan pengkarya atau
organisasi masih memilih media berbayar tradisional untuk mengiklankan produk mereka. Hal Ini
disokong oleh Rosnan, Ismail & Daud (2010) yang mendapati kesukaran untuk meningkatkan
penjualan tiket di Malaysia adalah kerana banyak pembuat filem masih menggunakan media
pengiklanan konvensional untuk mempromosikan filem di pasaran domestik kecil Malaysia

Namun jika dilihat kenyataan dari Walker (2011) mencadangkan agar melupakan
pemasaran viral melalui elektronik, dan membiar teknik tradisional menjadikan produk itu viral
sendiri. Syarikat-syarikat tidak boleh meluangkan masa untuk membuat video dengan perkara
yang bodoh dan berharap satu hari nanti video akan menjadi sensasi pemasaran viral seterusnya .
Hal ini kerana banyak syarikat dalam industri belum menyedari kepentingan kaedah pemasaran
viral dalam membantu mereka bagi memperkenalkan dan menjual produk mereka dalam pasaran
dengan lebih mudah dan pantas berbanding dengan kaedah lama terutama dalam pasaran industri
kreatif. Menurut kenyataan Huberman (2002), menyatakan sentimen yang tidak sesuai digunakan
pemasaran viral boleh menjadi kontraproduktif kerana dapat mewujudkan sikap tidak baik
terhadap produk. Oleh itu, ini masalah memerlukan perhatian lebih dan kesannya perlu difahami
dengan jelas oleh pengurus syarikat pemasaran,pemilik syarikat, dan semua pemegang
kepentingan syarikat. Namun kaedah ini juga mempunyai pelbagai implikasi baik dalam
mempengaruhi pasaran dalam industri kreatif di Malaysia. Dari aspek pengaruh pasaran melalui
pemasaran viral, kaedah ini akan memberikan impak yang besar terhadap penerima maklumat

5

yang disampaikan. Hal ini amat penting kerana tujuan maklumat yang dihantar adalah bagi
menarik minat masyarakat untuk menerima produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan.oleh itu,
kesan dari penyalahgunaan kaedah ini akan memberikan impak terhadap keputusan masyarakat .
Oleh itu, terdapat beberapa implikasi yang akan terjadi jika pemasaran viral ini tidak mencapai
sasaran dengan maklumat yang betul terutama dalam pasaran industri kreatif

Berdasarkan penerangan dan pendapat dari Pownall (2011), sebilangan besar pembuat
keputusan perniagaan merasakan sekarang lebih banyak lagi sukar untuk menguruskan aliran dan
reputasi berita terutamanya platform Internet, media sosial, dan keperluan untuk bertindak balas
sangat cepat adalah cabaran utama dan sekali gus menyukarkan kaedah pemasaran yang
digunakan. Namun kaedah ini dikatakan tidak bersesuaian kerana kaedah pemasaran viral ini
memerlukan pembincangan dan keputusan yang pantas untuk memastikan mendapat hasil seperti
yang diinginkan. Hal ini penting kerana kesan pemasaran viral ini mampu untuk membuatkan
sebuah syarikat memperoleh hasil yang buruk terutama dalam pasaran industri kreatif.

Objektif Kajian
Hasil dari penyataan masalah tersebut maka terhasillah objektif umum kajian ini adalah umum
mengetahui kesan teknik pemasaran viral melalui facebook dalam pasaran industri kreatif di
Malaysia dan manakala objektif khusus kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti kepentingan kaedah pemasaran viral melalui facebook dalam membantu
pasaran industri kreatif Malaysia

ii. Menilai jenis kaedah pemasaran viral melalui facebook yang boleh digunakan bagi
membantu pasaran industri kreatif Malaysia

6

iii. Menganalisis jenis permasalahan yang berlaku dalam kaedah pemasaran viral melalui
facebook dalam pasaran industri kreatif Malaysia

Persoalan Kajian
Berdasarkan Objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif
yang bertepatan dengan tajuk kajian ini beberapa persoalan dikenalpasti iaitu:

i. Apakah tahap kepentingan kaedah pemasaran viral melalui facebook dalam membantu
pasaran industri kreatif Malaysia

ii. Bagaimanakah jenis kaedah pemasaran viral melalui facebook yang boleh digunakan bagi
membantu pasaran industri kreatif Malaysia

iii. Apakah jenis permasalahan yang berlaku dalam kaedah pemasaran viral melalui facebook
dalam pasaran industri kreatif Malaysia

Tinjauan Literatur
Dalam tinjauan literatur ini, penulis akan memfokuskan kepada kaedah pemasaran viral melalui
platform media sosial iaitu applikasi facebook.. Perkembangan pesat platform media sosial kini
telah melahirkan banyak kaedah dan startegi pemasaran baru terutamanya adalah pemasaran viral.
Kebanyakan organisasi besar di dunia telah menjadikan platform media sosial iaitu applikasi
facebook sebagai plaform yang efisien dalam membuat hebahan promosi dan pemasaran terhadap
produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh mereka. Hal ini kerana, strategi pemasaran viral
mula menarik perhatian dunia dengan kesannya yang luar biasa yang boleh membuatkan sesebuah
produk atau perkhidmatan yang dipasarkan mudah. Jika dilihat dari pandangan Ghany (2016),
platform media sosial adalah tempat dalam rangkaian mudah alih seperti telefon atau komputer

7

yang memudahkan pencari perkhidmatan atau barang ke pengedar atau penjual dikenali dan
senang untuk didapati dalam pasaran. Menurut dari padangan itu, ianya jelas menunjukan bahawa
kepentingan platform media sosial seperti facebook kini amat penting terutama dalam memainkan
peranan bagi membantu pemasaran produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan. Terdapat
beberapa perkara yang boleh difokuskan dalam pemasaran virat memlalui platform facebook.
antaranya adalah seperti rangkaian sosial, blog mikro, Blogging (Menggunakan Laman Web
Penerbitan), perkongsian foto, perkongsian video, sumber orang ramai, alat untuk menguruskan
pelbagai platform media sosial.

Selain itu, pemasaran viral dalam konteks persaingan dengan kaedah tradisional, Menurut
Persatuan Digital Malaysia (MDA), pendapatan iklan digital di Malaysia dijangka meningkat dan
mencecah RM2.09 bilion pada tahun 2020, berbanding dengan pendapatan semasa sebanyak
RM1.37 bilion pada tahun 2016 (MDA, 2016). Walaupun penurunan akan berlaku secara bertahap
pada tahun-tahun mendatang yang diramalkan, saluran pengiklanan tradisional masih menjadi
media yang dominan dalam jumlah perbelanjaan iklan di negara ini, yang umumnya dianggarkan
adalah sekitar 70% . Hal ini menunjukan , banyak organisasi mula sedar akan situasi dimana
kaedah teknik pemasaran secara tradisional seperti akhbar, telefisyen dan radio kini kurang
keberkesanannya berbanding kaedah pemasaran moden. Hal ini disokong oleh Mazzarol (2012),
pada zaman ini, kajian menunjukkan bahawa populariti strategi pemasaran tradisional akan terus
mengalami penurunan terhadap permintaaannya selama bertahun-tahun, hal ini kerana,ketika
kadar penggunaan internet meningkat dandan kewujudan platform sosial lain menyebabkan
kredibiliti pesan pemasaran tradisional diragukan. Berdasarkan kajian sebelumnya yang dilakukan
oleh Wiedemann (2007), kira-kira 70% pakar pemasaran bersetuju bahawa pemasaran viral
bergerak adalah penting kepada setiap organisasi kepada masa kini berbanding kaedah tradisional.

8

Jika dilihat juga dalam konteks pemasaran viral dalam industri kreatif, boleh dikatakan
banyak organisasi dalam bidang kreatif kini mengunakan ia sebagai salah satu teknik pemasaran
yang terbaik bagi membolehkan merekan mendapatkan pengguna yang ramai untuk menyokong
dan membeli produk keluaran mereka. Sebagai contohnya adalah seperti filem dari Bollywood
iaitu Batman: The Dark Knight yang berjaya menguasai kaedah pemasaran viral dalam proses
penjualan filem mereka sehingga mencetuskan feneomena kepada dunia. Ia turut merangkul
beberapa penghargaan kerana kaedah teknik pemasaran yang dijalankan oleh mereka. Sebagai
contoh lain adalah karya animasi anime jepun One Piece yang kini turut mencipta fenoemena
dalam kalangan peminat anime dunia dengan kaedah pemasaran viral yang dijalankan oleh
mereka. Oleh itu, boleh dilihat keberkesanan pemasaran viral yang dilakukan diluar negara adalah
amat efisien sekali dalam bidang industri kreatif. Namun jika dilihat di Malaysia kaedah ini dilihat
kurang penggunaanya berikutan kerana tiada organisasi yang mahir terhadap kaedah ini. Hal ini
boleh dilihat melalui kenyataan yang Malaysian Advertisers Association (2016), yang menyatakan
bahawa kekurangan bakat pemasaran digital dan pengetahuan terhadap kaedah pemasaran viral
adalah antara cabaran yang dihadapi oleh pengurus pemasaran dan firma iklan di Malaysia. Hal
ini disokong melalui pendapat Dempsey (2010), iaitu cara bagi pengurus pemasaran dan firma
periklanan memanfaatkan kekuatan pemasaran viral facebook, dalah sangat penting untuk mereka
mengenal pasti mekanisme dan faktor yang mempengaruhi keberkesanan pemasaran viral tersebut,
kerana tingkah laku menyebarkan pesanan pemasaran di kalangan pengguna. Oleh itu dapat dilihat
bahawa pemasaran memainkan peranan yang penting terutama Ketika zaman pasca moden
sekarang. Oleh itu permintaan dalam industri kreatif juga akan berubah dengan seiring dengan
perkembangan teknologi terkini. Syarikat atau organisasi dalam pasaran industri kreatif harus

9

mendalami dan memahami kehendak teknik pemasaran terkini untuk memastikan produk yang
ingin dikeluarkan merek sampai kepada pengguna.

Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting kerana ianya dilakukan untuk menganilisis kepentingan kaedah
pemasaran viral melalui aplikasi facebook terhadap pasaran dalam industri kreatif di Malaysia.
Selain itu, kajian ini akan berfokuskan kepada tiga objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu untuk
mengkaji tentang sejauhmana kepentingan pemasaran viral melalui facebook dalam membantu
menaikan kembali pasaran industri kreatif negara

Selain daripada itu, Penyelidikan ini amat diharapkan supaya dapat membantu
kebanyakan syarikat dan organisasi industri kreatif di Malaysia supaya dapat melakukan
perubahan terhadap kaedah pemasaran yang sering diguna pakai kearah startegi pemasaran yang
lebih efisien dan berkualiti seperti kaedah pemasaran viral melalui facebook. Hal ini sedikit
sebanyak akan memberikan pengalaman dan peluang kepada mereka bagi mengubah konsep
penerimaan dan kehendak pengguna dalam pasaran terhadap setiap produk atau perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh setiap organisai. Penulis juga berharap kajian ini dapat digunakan oleh
semua syarikat dan organisasi industri kreatif di Malaysia sebagai sumber rujukan dan panduan
dalam menghasilkan pelbagai lagi kajian yang berfokuskan startegi pemasaran dalam membantu
pasaran industri kreatif di Malaysia.

Akhir sekali, Penyelidikan ini amat diharapkan supaya dapat membantu dan menjadi
panduan asas serta membekalkan pelbagai maklumat tentang tahap kepentingan pemasaran viral
melalui facebook dan sekaligus membantu menaikan kembali bidang industri kreatif negara

10

seiring dengan negara luar dan seterusnya dapat membantu penulis-penulis yang lain untuk
meneruskan lebih banyak kajian berkaitan kepentingan pemasaran viral melalui facebook.

Konsep Kajian
Kaedah Pemasaran Viral melalui Facebook
Secara umumnya istilah pemasaran Viral menurut The Economic Times (2017) adalah organisasi
yang merupakan penanggung risiko, penyelaras atau perancang dan pemimpin, yang akan
memulakan teknik memasarkan produk atau perkhidmatan iaitu melibatkan pengguna untuk
membantu dalam menyebarkan mesej pengiklan ke laman web lain atau pengguna membuat
senario yang boleh menyebabkan pertumbuhan penyebaran informasi menjadi berlipat ganda .

Kaedah pemasaran viral melalui platform facebook melalui adalah merupakan sebuah
teknik pemasaran yang akan memfokuskan kepada pengguna untuk mendorong ia bagi
menyampaikan dan berkongsi memaluli platform media sosial tersebut berkaitan sesuatu kepada
pengguna lainnya. Menurut De Bruyn & Lilien, (2008) Konsep pemasaran viral akan
menunjukkan bahawa organisasi perancang akan dapat terus menggunakan kekuatan rangkaian
interpersonal anatara penguna dan penguna lain untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan
yang disediakan atau yang dikeluarkan oleh mereka. Teknik ini akan terus berjalan sehingga ianya
akan menciptakan sesuatu fenoemena dan mempengaruhi pengguna lain melalui kaedah
pemasaran tersebut. Hal ini turut disokong oleh Namun, Klopper (2002), iaitu ia menunjukkan
bahawa konsep pemasaran viral membolehkan pengguna menyebarkan maklumat dalam talian
atau melalui media digital lain sehingga ianya betul betul tersebar sehingga ke peringkat global.
Dengan erti kata lain pemasaran viral boleh diibaratkan seperti sebuah virus iaitu teknik
pemasaran yang akan memafaatkan pengguna lain untuk cepat menghebahkan sesuatu perkara

11

kepada pengguna lain sehingga ianya boleh mencapai ke angka jutaan orang. Teknik ini juga
boleh difahami dengan istilah lain seperti dengan istilah creating a buzz, leveraging the media,
atau network marketing

Strategi pemasaran viral melalui platform facebook mampu memberikan sejumlah besar
penerima dan meningkatkan kesan strategi pemasaran dengan kos relatif yang amat rendah
rendah. Menurut dari Richardson dan Domingos (2002), menunjukkan bahawa prestasi unggul
pemasaran viral berbanding pemasaran konvensional dari segi keuntungan yang diperoleh dan
keberkesanan kos adalah dua fokus utama ketika kumpulan pengurusan membuat keputusan
dalam kempen pemasaran yang akan dilakukan. Dengan melibatkan pengguna untuk
mempromosikan produk, pemasaran viral akan memanfaatkan jaringan diantara pengguna untuk
melaksanakan proses pengiklanan atas nama organisasi tersebut. .

Skop dan Limitasi Kajian
Perbincangan kepentingan kajian ini akan berfokuskan kepada pengunaan startegi pemasaran viral
melalui facebook. Oleh itu, kajian akan lebih tertumpu kepada para pengguna applikasi aktif
facebook, Walau bagaimanapun, penyelidikan adalah terhad untuk dan penulis hanya hanya
memfokuskan data pengguna applikasi facebook dikawasan sekitar Shah Alam, Selangor dan
berfokuskan kepada pengguna yang berumur 18 hingga 35 tahun.

Selain itu, juga temu bual akan dibuat oleh penulis kepada beberapa individu
berpengaruh dalam pemasaran viral melalui facebook untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian
mengenai kajian ini dan membantu penulis bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan tinjauan
terhadap kajian ini dan sekali gus menyempurnakan hasil kajian dan juga dapatan kajian.

12

Metodologi Kajian
Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik yang digunakan oleh penulis yang membuat
kajian untuk mereka membentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan
bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Kaedah metodologi yang digunakan bagi meneruskan
kajian dan yang bersesuaian dengan persoalan dan objektif kajian adalah kaedah kualitatif iaitu
menerusi kaedah temu bual, kajian kes dan kaedah pengumpulan data. Kaedah ini akan
berfokuskan kepada beberapa individu yang dipilih berdasarkan pengaruhnya di media sosial
facebook, dan juga organisasi pengeluar produk atau perkhidmatan dalam pasaran industri kreatif
yang menggunakan startegi pemasaran viral.

Selain itu, kajian ini juga menggunakan jenis kaedah temu bual separa berstruktur iaitu
berkaitan aspek yang akan dikaji mengenai kepentingan kaedah pemasaran viral melalui facebook
didalam industri kreatif negara. mendapatkan data yang kukuh berkaitan dengan pengguna aktif
facebook di Malaysia dan akan berfokuskan kepada pengguna dikawasan Shah Alam, Selangor
yang berusia 18 sehingga 35 tahun. Sebagai contoh adalah data-data dari kajian lepas atau kajian
yang terdahulu dikumpul untuk tujuan kajian. kajian lepas berkaitan dengan kaedah teknik
pemasaran viral melalui facebook dan akan dikaitkan bersama kepentingan terhadap pasaran
industri kreatif di Malaysia. Kajian-kajian tersebut haruslah sesuai diguna dan releven bagi
menjawab persoalan kajian atau dikembangkan kepada maklumat yang baru untuk kajian pada
masa kini

13

Kesimpulan
Kemajuan teknologi pada masa kini telah mewujudkan banyak peluang kepada bidang industri
kreatif dalam pelbagai aspek terutamanya bidang pengiklanan dan pemasaran. Selaras dengan itu
kaedah turut sebanyak telah menyebabkan berlaku penurunan permintaan terhadap pengiklanan
dan pemasaran secara tradisional. Hal ini kerana purata penduduk Malaysia kini telah beralih
kepada teknologi secara atas talian dengan kewujudan pelabagi platform seperti media sosial.
Selain itu juga boleh dikatakan kesemua golongan umur masyrakat kini mempunyai telefon bimbit
sendiri dan mempunyai akses kepada pelbagai plaform. Hampir keseluruhannya juga mempunya
applikasi facebook dan itu seharusnya digunakan dengan baik oleh organisasi dalam bidang
industri kreatif uintuk menaikan tahap kaedah pengiklanan dan pemasaran mereka kearah yang
lebih berkualiti dan efisien.

Hal ini kerana kaedah pemasaran yang semakin tular yang banyak digunakan adalah
kaedah pemasaran viral. Dengan penguasaan teknik dan kaedah ini akan menjadikan sesebuah
produk dalam industri kreatif boleh menjadi terkenal sehingga ke peringkat global. Selain itu, ia
akan turut membantu pertumbuhan pasaran industri kreatif di Malaysia untuk bersaing dan setaraf
dengan negara lain. Pembangunan kaedah pemasaran ini haruslahh diberikan tumpuan bagi
melahirkan ramai individu yang berkemahiran dan pakar dalam bidang pemasaran viral dan
kaedah pemasaran yang lain.

14

Rujukan

Ahmad, M.S. (2000), ‘‘Malaysia’’, in Lacaba, J.F. (Ed.), The Films of ASEAN, ASEAN
Committee on Culture and Information, Quezon City.

Bakar, M. S. A., & Bidin, R. (2014). “Technology Acceptance and Purchase Intention towards
Movie Mobile Advertising among Youth in Malaysia”. Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 130, pp558-567.

De Bruyn, A, & Lilien, G. L. (2008). A multi-stage model of word-of-mouth influence through
viral marketing. International Journal of Research in Marketing, 25(3), pp12-13.

Digital Media Across Asia, “Malaysia Internet Penetration: Malaysian Internet Users in
Urban/Rural Area,” (2012. August 2).
http://comm215.wetpaint.com/page/Malaysia+Internet+Penetration.

Gao, Sultan, F., & Rohm, A. J. (2010). Factors influencing Chinese youth consumers’
acceptance of mobile marketing. Journal of Consumer Marketing, 27(7), pp574-583.

Goodman, L. A. (1960). “On the Exact Variance of Products”. Journal of the American
Statistical Association, pp.708-713.

Klopper, H. B. (2002). Viral marketing: A powerful, but dangerous marketing tool. South
African Journal of Information Management, 4(2), pp24-23.

Lawrence, M. (2014). The Impact Of Viral Marketing On Corporate Brand Reputation
[PhD]. ResearchGate.

Jurvetson, S. (2000). “What exactly is Viral Marketing”? Red Herring, pp110-111.
MAA. (2016). “Slightly Better Adex seen in H2”. (2016. June 4).

http://www.malaysiaadvertisers.com.my/slightly-better-adex-seen-in-h2/.

15

MDA. (2016). “2016 Malaysian Digital Landscape”. Paper presented at the Digital
Integration & Business Transformation Asia Conference, Kuala Lumpur. August
2016

Samsudin, N. A. (2010). Rahsia pemasaran facebook (4th ed.). Seri Kembangan, Selangor:
Scharl, A, Dickenger, A. and Murphy, J (2005), “Diffusion and Success Factors of Mobile

Marketing”. Electronic Commerce Research and Applications, Vol. 4, pp159-173.
Subramani, M. R., & Rajagopalan, B. (2003). “Knowledge-Sharing and Influence in Online

Social Networks via Viral Marketing”. Communiation of the ACM, 46(12), pp300-307.
Whitler, K. A. (2014). “Why Word Of Mouth Marketing is the Most Important Social Media”.

(2020. July 17). Forbes. http://www.forbes.com/sites/kimberlywhitler/2014/07/17/why-
word-of-mouth-marketing-is-the-most-important-social-media/#31b06b2e7a77.
Wilson, R. F. (2012). “The Six Simple Principles of Viral Marketing”. (2020. July 17).
http://webmarketingtoday.com/articles/viral-principles/.
The Economic Times. (2017). “Definition of Viral Marketing, Marketing Category”.
(2017. July 26). http://economictimes.indiatimes.com /definition/viral-marketing

16


Click to View FlipBook Version