ASMAWATI MATAWALI BEG SEKOLAHKUHILANG
Di sebuah kampung kecil, hiduplah seorang budak kecil bernama Ali. Ali sangat suka pergi ke sekolah kerana dia suka belajar dan bermain dengan kawan-kawannya.
Suatu pagi, ketika Ali bersiap-siap untuk pergi ke sekolah, dia terkejut! Beg sekolahnya hilang! Dia cari di bawah katil, dalam almari, tapi tak jumpa jugak! "Hilang ke mana beg sekolahku ni?" tanya Ali seraya menggaru kepala.
Ali terus berlari ke dapur. "Mak, ayah, tolong cari beg sekolah aku! Hilang dah ni!" jerit Ali. Mak dan ayah Ali terkejut. Mereka pun membantu mencari beg sekolah Ali. Mereka cari di sana-sini, tapi beg sekolah itu tetap tidak kelihatan.
"Tidak ada dalam tandas juga, " kata Mak sambil menggaru kepala.
Tiba-tiba, kakak Ali, Farah datang. Dia tertawa besar. "Ali, beg sekolahmu di atas pokok belakang rumah! Aku letakkan semalam sebagai gurauan!" kata Farah.
Ali pun segera berlari ke belakang rumah. Betullah, beg sekolahnya tergantung di atas pokok! Dia gelak besar. "Farah, kau memang nakal!" ucap Ali sambil ketawa.
Dengan gembira, Ali membawa beg sekolahnya ke sekolah. Semua orang di kampung pun turut ketawa mendengar cerita lucu ini. Beg sekolah hilang tapi sebenarnya cuma bermainan gurauan.
Biarpun beg sekolah hilang sekejap, Ali tahu yang keluarga dan kawankawannya sentiasa ada untuk membantu!