The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PUISI TRADISIONAL DAN MANIFESTASI AKAL BUDI: PANTUN NASIHAT BERSATU HATI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhazirahadi, 2023-02-21 01:02:10

PB1_Hazira0089_BMD_Pantun Nasihat Bersatu Hati

PUISI TRADISIONAL DAN MANIFESTASI AKAL BUDI: PANTUN NASIHAT BERSATU HATI

PUISI TRADISIONAL DAN MANIFESTASI AKAL BUDI: PANTUN NASIHAT BERSATU HATI NAMA: NUR HAZIRA BINTI ABDUL HADI PROGRAM: PPISMP AMBILAN: JUN 2022 UNIT: BM D BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 2.0 KONSEP KESUSASTERAAN 2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN 2.2 TAKRIF PANTUN 3.0 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU 3.1 JENIS-JENIS PANTUN 4.O BENTUK PANTUN 5.0 CIRI-CIRI PANTUN 6.0 FUNGSI SASTERA MELAYU 7.0 FUNGSI PANTUN 8.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN 9.0 PENUTUP RUJUKAN ISI KANDUNGAN


PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek BMMB1104 ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Roziah binti Haji Ramli, selaku Pensyarah Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam membantu saya menyempurnakan tugasan ini terutama sekali kepada pensyarah saya Puan Hajah Roziah binti Haji Ramli kerana telah memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Sekian, terima kasih.


PENGENALAN Puisi tradisional merupakan satu elemen yang penting untuk mengungkapkan pemikiran dan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaannya terhasil daripada pengamatan yang cukup tinggi masyarakat dahulu terhadap kejadian alam sekeliling, tingkah laku , norma hidup, adat dan budaya. Oleh itu, puisi tradisional ini dikatakan sebagai cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran masyarakat Melayu dahulu ketika berbahasa.


KONSEP KESUSASTERAAN


2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN Kesusasteraan merupakan satu ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Dari segi umum pula, sastera bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab.


2.1.1 TAKRIF PANTUN Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka


JENIS KESUSASTERAAN MELAYU PROSA TRADISIONAL PROSA MODEN PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN Mitos Legenda Cerita Rakyat 1) SASTERA RAKYAT 2) SASTERA ISTANA Cerpen Novel Drama Sketsa Dialog Pantun Gurindam Syair Seloka Sajak


4) PANTUN MELUAHKAN PERASAAN 5) PANTUN MENYAMPAIKAN HASRAT SENI 6) PANTUN MENYEDAPKAN CAKAP 7) PANTUN MENYAMPAIKAN HASRAT TERSEMBUNYI 8) PANTUN AGAMA 9) PANTUN BUDI 1) PANTUN MENGHIBUR 2) PANTUN NASIHAT 3) PANTUN MENDUGA AKAL 10) PANTUN JENAKA 11) PANTUN PERCINTAAN 12) PANTUN PERPISAHAN JENIS-JENIS PANTUN


3.0 BENTUK PANTUN Terdapat beberapa bilangan baris dalam rangkap iaitu: Pantun dua kerat Pantun empat kerat Pantun enam kerat Pantun lapan kerat Pantun dua belas kerat Pantun berkait Pantun juga bersifat terikat


Berdasarkan bilangan baris dalam rangkap Contohnya, bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua ialah pembayang manakala baris tiga dan empat ialah maksud Bilangan perkataan setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan Bilangan suku kata ialah antara 8 hingga 12 suku kata Rima atau bunyi akhir ialah sejajar CIRI-CIRI PANTUN


Alat Pendidikan Instrumen Perpaduan Dakwah Medium Protes dan Kritik Sosial Hiburan 1. 2. 3. 4. 5. FUNGSI SASTERA MELAYU


ALAT PENDIDIKAN Pelajar atau rakyat Malaysia dapat menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Melalui pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa.


ALAT PENDIDIKAN Sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini bertepatan dengan konsep membina 'modal insan' yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Di peringkat sekolah, Kesusateraan Melayu berperanan sebagai satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Di peringkat pengajian tinggi pula, pelajar didedahkan dengan penulisan ilmiah , rencana dan penulisan kreatif. Pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.


INSTRUMEN PERPADUAN Pengajaran perpaduan nasional dalam Kesusasteraan Melayu menjadi matlamat utama dalam pendidikan. Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk budaya kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai pemangkin bagi menyatupadukan rakyat.


INSTRUMEN PERPADUAN Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memartabat dan memperkasakan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.


INSTRUMEN PERPADUAN Program memperkasakan pengajaran, pembelajaran, kajian, penyelidikan dan aktiviti berkaitan kesusasteraan kebangsaan Malaysia sedang dijalankan melibatkan semkolah, universiti, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta NGO bahasa dan kesusasteraan. Semangat perpaduan yang tersurat dan tersirat dalam karya sastera perlu diamantapkan dan dipupuk melalui minat membaca karya sasterawan kita yang bermutu, di samping kesedaran, kefahaman dan penglibatan semua pihak, terutama pelajar dan belia pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti bahasa dan kesusasteraan kebangsaan Malaysia.


ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN Secara umumnya, sastera dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Melalui cerita rakyat, anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Bagi cerita rakyat pula dirujuk untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Dalam cerita-cerita legenda, terdapat tokoh yang menjadi sanjungan satusatu masyarakat. Melalui gambaran keistimewaan, tokoh dipaparkan mempunyai semangat perjuangan yang gigih, mempunyai kekuatan yang luar biasa, berjasa dan sebagainya. Kesemua ini dapat menanam semangat tidak putus asa dalam kalangan pendengar selain menanamkan semangat cinta akan tanah air yang tidak berbelah bahagi.


Cerita mitos, binatang,lipur lara, legenda dan sebagainya kadangkala terlalu kental berbaur dengan dongeng-dongeng tertentu. Terdapat segala nasihat dan teladan yang terdapat dalam cerita tersebut yang harus diperhatikan. Tukang-tukang cerita bertindak untuk menyeronokkan hati khalayak yang mendengar dan menekankan nasihat. ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Cerita rakyat dapat menentukan arah tindak tanduk masyarakat pada masa itu. Walaupun perkembangan masyarakat dipengaruhi oleh segala macam perubahan namun nilai moral yang terdapat dalam cerita rakyat tetap sesuai dengan anggota masyarakat itu baik dalam era mana sekalipun


Ciri penting yang membentuk pandangan sastera adalah nilai ijabiyah (positif) dan waqi'yyah (realistik), yang mendalami dan menilik sesuatu sebagimana adanya. Menurut Siddiq Fadzil (2012) sastera dalam Islam itu perlu jelas berciri waqi'y (realistik), " dalam erti melihat apa adanya" . Kekuatan prinsip ini yang melahirkan pandangan kosmologinya yang ampuh dan berakar dari kefahaman nilai yang jelas dalam menggerakkan transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dan kesannya dalam membentuk citra dan perubahan yang dinamik. DAKWAH


Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin mendefinisikan dakwah iaitu mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan mencegah mereka dari perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini dan mengamalkan kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah itu sendiri. DAKWAH


MEDIUM PROTES DAN KRITIK SOSIAL Sastera adalah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. • Sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. • karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi perkara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.


HIBURAN Keperluan untuk menghiburkan dan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika.


FUNGSI PANTUN


MENZAHIRKAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH Contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih : Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Berdasarkan pada pantun tersebut, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun.


TUJUAN ADAT ISTIADAT contoh pantun adat Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini. Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang; Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang.


HURAIAN PANTUN Pantun tersebut jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.


Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. MELUAHKAN RASA KASIH SAYANG DAN KERINDUAN


MENYAMPAIKAN MESEJ BERUNSUR KEAGAMAAN Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Redup bulan nampak nak hujan. Pasang pelita sampai berjelaga; Hidup mati di tangan tuhan, Tiada siapa dapat menduga. Contoh pantun:


HURAIAN PANTUN Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petandanya. Contohnya, bulan yang redup menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga bermakna hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga kerana segalanya hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir untuk setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya. Contohnya, bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari boleh mati dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.


MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN Pantun Nasihat (Bersatu Hati)- Tingkatan 3


Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Rangkap pantun ini menerangkan kesepakatan yang perlu ada dalam sesebuah organisasi atau masyarakat untuk meringankan beban sebarang tugas yang sukar supaya menjadi mudah dan ringan apabila dilaksanakan. RANGKAP PERTAMA


Pembayang Gunung Tahan sama didaki menggambarkan Gunung Tahan yang tinggi dan curam serta mencabar tetap didaki bersama walaupun sukar dan besar cabarannya. Pembayang Sungai Pahang sama direnang pula menggambarkan Sungai Pahang tetap diharungi dan direnangi bersama -sama walaupun sungai itu dalam dan luas. Kesimpulannya, akal budi dalam rangkap pantun ini menasihati masyarakat supaya sentiasa bersepakat dan bekerjasama antara satu sama lain untuk melakukan sesuatu tugas yang mencabar agar tugas tersebut menjadi lebih mudah.


Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. Rangkap pantun ini memberi nasihat kepada gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu (gula-gula muslihat lelaki hidung belang, mata keranjang) hanya kerana seronok didampingi, walhal risiko keselamatan diri sangat tinggi (mangsa serangan seksual, pembunuhan). RANGKAP KEDUA


Pembayang melangir keris pusaka hikmat menunjukkan perbuatan membersihkan keris yang merupakan harta yang bernilai , sangat berguna dan diwarisi . Keris yang bernilai ini disamakan dengan anak gadis yang mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi . Pembayang keris sejarah sejak bahari pula menunjukkan keris adalah tinggalan sejarah yang bernilai sejak zaman dahulu. Ketinggian akal budi dalam rangkap pantun ini jelas cara nasihat disampaikan agar anak gadis di luar sana tidak mudah menggadaikan maruah diri mereka sekiranya mereka ingin berada dalam keadaan selamat. Kesimpulannya, pantun ini menasihati anak gadis supaya menjaga maruah diri mereka dan tidak mudah tertipu terhadap godaan.


Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan Rangkap pantun ini memberi nasihat tentang bahaya menurut kehendak (atau hasutan) hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan. Hawa nafsu merujuk kepada keinginan yang tidak terkawal dan menjurus kepada tabiat membazir. Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seseorang itu mungkin terdedah kepada perbuatan yang mengundang padah kepada diri sendiri. RANGKAP KETIGA


Pembayang menanam bunga di dalam pasu dan bunga melati bunga pandan menggambarkan aspek pertuturan dalam manifestasi akal budi pantun ini. Pembayang yang digunakan dapat dilihat melalui sifat kesantunan atau halus budi bahasa agar dapat menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi. Pembayang pantun ini menggunakan bahasa yang berbunga, kiasan, sopan, baik dan beradab untuk memberi nasihat secara baik agar dapat menghormati pendengar ketika mendengar pantun nasihat ini. Secara tidak langsung pendengar dan pembaca akan mengambil iktibar daripada pantun yang dibaca dan didengar. Kesimpulannya, rangkap pantun ini melarang masyarakat supaya tidak mengikut hawa nafsu kerana akan menbawa padah terhadap diri sendiri.


Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa Rangkap pantun ini memberi nasihat kepada lelaki muda (remaja dan muda). Mereka diberi peringatan agar menjaga tutur kata dan ucapan. Percakapan atau pendapat yang dilontarkan boleh jadi disalah erti atau sama sekali tidak disenangi oleh orang lain yang mengundang perbalahan yang dahsyat. RANGKAP KEEMPAT


Pembayang nyiur muda dibuat pengat dan mari dimakan di bulan puasa menggambarkan aspek gaya hidup masyarakat Melayu dalam manifestasi akal budi dalam pantun ini. Dalam konteks gaya hidup ini, akal budi dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama serta kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamatan nilai-nilai murni. Pembayang rangkap pantun ini menggambarkan agama serta kepercayaan orang Melayu kerana berpuasa di bulan ramadhan. Maksud pantun ini ialah menasihati para pemuda atau belia supaya menjaga percakapan mereka agar tidak membawa padah terhadap diri sendiri. Kesimpulannya, rangkap pantun ini menggunakan aspek gaya hidup masyarakat Melayu untuk memberi nasihat kepada para pemuda agar menjaga tutur bicara mereka.


Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat Rangkap pantun ini memberi nasihat supaya seseorang itu hendaklah berguru, iaitu mendapat bimbingan (dan ijazah) daripada guru-guru yang dalam ilmunya dan tajam pemikirannya bagi memperoleh ilmu dan mengukuhkan kefahaman tentang banyak perkara. Dalam kata lain, bagi mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang benar dan berguna, seseorang itu hendaklah melalui proses pengajian yang diiktiraf. Belajar bersendirian (tanpa guru) mengundang kesesatan (ditipu oleh syaitan laknatullah). RANGKAP KELIMA


Pembayang orang berkhelah di Tanjung Rhu dan sambil memanggang si ikan sepat menunjukkan aspek perlakuan dalam manifestasi akal budi dalam pantun ini. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik. Pembayang pantun ini menggambarkan aspek perlakuan kerana perbuatan berkhelah di Tanjung Rhu dan memanggang si ikan sepat. Maksud pantun ini ialah menasihati masyarakat supaya mencari guru untuk menuntut ilmu agar memperoleh ilmu tentang banyak perkara. Kesimpulannya, rangkap pantun ini menggunakan aspek perlakuan dalam masyarakat Melayu untuk memberi nasihat kepada masyarakat agar menuntut ilmu dengan guru bagi menambahkan ilmu pengetahuan.


Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. Pantun ini memberi nasihat apabila kita berkenalan dan menjadi lebih mesra tidaklah menjadi masalah. Syaratnya perkenalan itu mestilah berlandaskan tatasusila, iaitu adab dan etika yang luhur. Perkenalan yang ikhlas bermakna bahawa segala batasan dan tegahan tidak dilanggari. RANGKAP KEENAM


Pembayang rendang sungguh pohon ara dan tumbuh di tepi telaga menggambarkan aspek pemikiran dalam manifestasi akal budi dalam pantun ini. Pemikiran ini ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami sesuatu dengan meneroka pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dilalui. Alam pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal fikiran, akal budi, alam ilmu yang diperlihatkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan. Pembayang pantun ini menggambarkan aspek pemikiran masyarakat kerana menggunakan perkataan berunsurkan alam seperti pohon ara. Maksud pantun ini ialah memberi nasihat kepada masyarakat supaya menjaga tatasusila dan batas pergaulan ketika berkawan. Kesimpulannya, pantun ini menggunakan aspek pemikiran masyarakat Melayu untuk memberi nasihat kepada masyarakat supaya menjaga tatasusila serta batas pergaulan ketika berkawan.


PENUTUP Kesimpulannya, akal budi memberi maksud yang tersirat serta tersurat supaya pembaca memahami dan mencari maksud yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya sastera. Kita hendaklah menghargai dan menghayati karya sastera yang ada supaya tidak ditelan zaman dan berkekalan hingga generasi akan datang.


Azman Rahmat et al. (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan Melayu.Pustaka AlEhsan. Fatin. (2022). Manifestasi akal budi dalam pantun. https://anyflip.com/znonx/jktz/basic Mohd Khairi Ariffin. (2010). Fungsi pantun dalam masyarakat Melayu. http://retibasa.blogspot.com/2010/09/fungsi-pantun-dalam-masyarakat-melayu.html Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. RUJUKAN


TERIMA KASIH SEMOGA BERMANFAAT


Click to View FlipBook Version