The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh pelajar semester akhir Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak UCMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI AMALIN PUTRI, 2022-08-03 01:04:11

MODUL ANAK PINTAR (KEMAHIRAN KOMUNIKASI)

Disediakan oleh pelajar semester akhir Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak UCMI

Modul Anak
Pintar

Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran
komunikasi kanak-kanak berumur 1 sehingga

6 tahun.

Disediakan oleh :

1 MUHAMMAD ALIFF FITRI BIN ZAIRUL ANNUAR
(ECE09200046)

2 SITI AMALIN PUTRI BINTI MOHD IZAMUDDIN
(ECE09200038)

3 NURUL HIDAYAH BINTI AZMAN
(ECE09200032)

4 NUR SYAMIMI FAGHIRA BINTI MOHD YASIM
(ECE09200021)

5 MD. ZURIN ZURAIMY AZIZY BIN PHILLIP
(ECE09200006)

Disediakan untuk : PUAN SITI SYAZWANI BINTI ZULKUPLE

Isi Kandungan

Prakata Pengenalan Panduan Modul

Modul ini dihasilkan ● Pengenalan Menerangkan cara
untuk membantu ● Penghargaan untuk menggunakan

kanak-kanak di luar modul
sana

Senarai Aktiviti 1 : Aktiviti 2 :
Aktiviti
Role That Dice Animals Spin

Aktiviti 3 : Aktiviti 4:
Cari dan Memancing
Padan Huruf Vokal

Aktiviti 5: Aktiviti 6:
Pancing Roda Suku Kata
Huruf

Prakata

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya kami dapat
menyiapkan modul komunikasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Modul

ini dihasilkan adalah untuk meningkatkan lagi perkembangan
komunikasi kanak-kanak di luar sana.

Tanpa sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak, modul ini
sememangnya tidak akan dapat disiapkan mengikut ketetapannya.
Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang

terlibat dalam merancang serta melaksanakan modul ini.
Di harap terbitnya modul ini, segala urusan penyimpanan, semakan,

maklumat dan rujukan pada masa akan datang dapat dilakukan
dengan lebih baik lagi

Pengenalan

Modul ini merupakan modul berdasarkan tunjang komunikasi dan
perkembangan bahasa,komunikasi dan literasi.Selain itu,tunjang
komunikasi bagi KSPK dibahagikan kepada beberapa kategori seperti

kemahiran mendengar dan bertutur,kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kemahiran ini adalah penting bagi

memperkembangkan komunikasi lisan dan asas literasi kanak-kanak.
Modul Anak Pintar ini dihasilkan untuk pendidik sebagai rujukan untuk

mengajar kanak-kanak tentang kemahiran komunikasi.

Panduan Modul

Senarai Aktiviti Bahan-bahan Langkah-
langkah
Pilih jenis aktiviti Senarai bahan
yang mahu yang digunakan Langkah-langkah
untuk membuat untuk menjalankan
dilakukan mengikut
tahap umur kanak- bahan bantu aktiviti tersebut.
kanak (1-6 Tahun). mengajar.

Senarai Aktiviti

1. Roll That 2. Animals 3. Cari dan
Dice Spin Padan

Untuk kanak-kanak Untuk kanak-kanak Untuk kanak-kanak
berumur 1 tahun berumur 2 tahun berumur 3 tahun

4.Memancing 5. Pancing Huruf 6. Roda Suku
Huruf Vokal Kata
Untuk kanak-kanak
Untuk kanak-kanak berumur 5 tahun Untuk kanak-kanak
berumur 4 tahun berumur 6 tahun

1 TAHUN

Aktiviti 1
Roll That Dice

Tajuk : Roll That Dice
Umur :1 tahun
Fokus bidang pembelajaran : Perkembangan

Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Domain perkembangan bersepadu :

Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

OBJEKTIF AKTIVITI

Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat :

1. Membezakan bunyi haiwan dengan tepat
2. Mempertingkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak dalam melakukan bunyi

haiwan dengan cekap
3. Meningkatkan daya ingatan kanak-kanak terhadap bunyi haiwan dengan baik

BAHAN-BAHAN

Nama bahan bantu mengajar : Role
That Dice

1) Kotak
2) Kertas warna
3) Kad imbasan
4) Gam
5) Gunting

LANGKAH-LANGKAH
AKTIVITI

Set induksi :

Pendidik masuk ke kelas dan memberikan salam kepada kanak-kanak serta membacakan doa

sebelum belajar

Langkah 1:

Pendidik memberikan pendedahan tentang bunyi haiwan dan rupa haiwan kepada kanak-kanak

Langkah 2 :

Pendidik mengeluarkan bbm "roll that dadu" dan mengajar kepada kanak-kanak

Langkah 3 :

Pendidik membaling dadu itu dan meminta kanak-kanak membunyikan haiwan yang terpilih

2 TAHUN

Aktiviti 2
Animals Spin

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun

Tajuk : Animals Spin
Umur : 2 tahun
Fokus bidang pembelajaran : Perkembangan Bahasa,

Komunikasi dan Literasi Awal

Domain perkembangan bersepadu : Perkembangan

Fizikal dan Psikomotor

OBJEKTIF AKTIVITI

Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat :

1. Mengenal bunyi haiwan (singa, kucing dan ayam) dengan betul
dan jelas.

2. Membezakan bunyi haiwan (singa, kucing dan ayam) dengan
betul dan tepat.

BAHAN-BAHAN

Nama bahan bantu mengajar :
Animals Spin

1) Kotak
2) Kertas warna
3) Gam
4) Gunting
5) Mounting board
6) Gam tembak

LANGKAH-LANGKAH
AKTIVITI

Set induksi :
Pendidik masuk ke kelas dan memberikan salam kepada kanak-kanak serta membacakan doa
sebelum belajar.
Langkah 1:
Pendidik menerangkan tentang haiwan dan contoh bunyi setiap haiwan.
Pendidik menunjukkan bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak.
Langkah 2 :
Pendidik menerangkan cara penggunaan bahan bantu mengajar (animal spin).
Pendidik menjalankan aktiviti (animal spin) bersama kanak-kanak.
Langkah 3 :
Pendidik menjalankan sesi bercerita secara ringkas menggunakan haiwan-haiwan yang ada di
bahan bantu mengajar (animal spin)

3 TAHUN

Aktiviti 3
Cari dan Padan

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun

Tajuk : Cari dan Padan
Umur : 3 Tahun
Fokus bidang pembelajaran : Perkembangan

Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Domain perkembangan bersepadu : Perkembangan

fizikal dan Psikomotor (kemahiran motor halus)

OBJEKTIF AKTIVITI

Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat :

1. Mengenalpasti bentuk huruf menggunakan kad imbasan dengan baik dan tepat.
2. Membezakan bentuk huruf menggunakan bahan bantu mengajar dengan baik

dan tepat.
3. Memadankan huruf kecil dan huruf besar menggunakan bahan bantu mengajar

dengan tepat.

BAHAN-BAHAN

Nama bahan bantu mengajar : Cari
dan padan

1) Kotak kasut
2) Kertas warna
3) Gam uhu
4) Mounting board
5) Batang aiskrim
6) Chopstik
7) Penutup botol

LANGKAH-LANGKAH
AKTIVITI

Set induksi :
Pendidik memberi salam dan membaca doa sebelum memulakan aktiviti pembelajaran.
Pendidik menyuruh kanak-kanak menyanyikan lagu didi and friend yang bertajuk “ABC”.
Langkah 1:
Pendidik menunjukkan kad imbasan ( ABC ) kepada kanak-kanak.
Langkah 2 :
Pendidik menerangkan perbezaan bentuk huruf kepada kanak-kanak melalui kad imbasan.
Langkah 3 :
Pendidik menerangkan cara penggunaan dan menjalankan aktiviti tersebut bersama kanak-
kanak.

4 TAHUN

Aktiviti 4

Memancing Huruf Vokal

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun

Tajuk : Memancing Huruf Vokal
Umur : 4 Tahun
Fokus bidang pembelajaran : Tunjang

komunikasi

Domain perkembangan bersepadu :

Perkembangan fizikal dan kognitif

OBJEKTIF AKTIVITI

Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat :

1. Mengenalpasti huruf vokal (a,i,u) menggunakan bahan bantu mengajar kad
imbasan dengan betul.

2. Membezakan bunyi huruf vokal (a,i,u) dengan betul,jelas dan tepat.
3. Menyebut perkataan (a,i,u) yang mempunyai awalan huruf yang sama dengan

betul.

BAHAN-BAHAN

Nama bahan bantu mengajar :
Memancing huruf vokal

1) Gam tembak
2) Mounting board
3) Batang aiskrim
4) Kad imbasan
5) Benang kambing
6) Klip kertas
7) Gunting
8) Magnet

LANGKAH-LANGKAH
AKTIVITI

Set induksi :
Pendidik membuka lagu huruf vokal(a,i,u) untuk kanak-kanak.
Pendidik meminta kanak-kanak untuk menyanyi bersama-sama.
Langkah 1 :
Pendidik menerangkan tentang huruf vocal (a,i,u) melalui kad imbasan.
Langkah 2 :
Pendidik menerangkan perbezaan bunyi huruf vocal.
Langkah 3 :
Pendidik menunjukkan bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak
Pendidik menerangkan penggunaan bahan bantu mengajar.
Pendidik menilai perkembangan kanak-kanak semasa aktiviti dijalankan

5 TAHUN

Aktiviti 5
Pancing Huruf

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun

Tajuk : Pancing huruf besar dan kecil
Umur : 5 Tahun
Fokus bidang pembelajaran : Tunjang Komunikasi
Domain perkembangan bersepadu : Perkembangan

Kognitif dan Fizikal

OBJEKTIF AKTIVITI

Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat :

1. Mengenali huruf besar dan kecil (a,b,c,d,e) dengan
menggunakan pancing huruf dengan betul dan tepat.

2. Membezakan huruf besar dan kecil dengan betul dan tepat.

BAHAN-BAHAN

Nama bahan bantu mengajar :
Pancing Huruf

1)Card board
2) kotak
3)Kertas A4 dan berwarna
4)Gam
5)Gunting
6)Double tape
7)Magnet

LANGKAH-LANGKAH
AKTIVITI

SET INDUKSI:
1. Pendidik menayangkan lagu didi and friend yang bertajuk ABC.
2. Menyanyi bersama-sama.
3. Pendidik Tanya kepada kanak-kanak huruf yang mereka kenal.
LANGKAH 1:
1. Kanak-kanak mendengar arahan pendidik.
2. Pendidik akan menerangkan huruf mempunyai dua jenis

iaitu huruf besar dan kecil.
LANGKAH 2:
1. Pendidik mengajar mengenal huruf abjad.
2. Pendidik mengenalkan huruf besar dan kecil.

LANGKAH-LANGKAH
AKTIVITI

LANGKAH 3:

1. Murid menulis huruf besar dan kecil.
2. Murid memancing huruf dan asingkan huruf sama ada huruf besar atau kecil.
3. Pendidik menilai perkembangan kanak-kanak semasa aktiviti dijalankan

6 TAHUN

Aktiviti 6
Roda Suku Kata

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 tahun

Tajuk : Roda Suku Kata
Umur : 6 Tahun
Fokus bidang pembelajaran : Tunjang komunikasi
Domain perkembangan bersepadu : Perkembangan

fizikal (moto halus)

OBJEKTIF AKTIVITI

Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat :

1. Membezakan bunyi suku kata terhadap setiap huruf dengan
huruf dengan vokal.

2. Mengenalpasti akan perbezaan bunyi setiap suku kata.

BAHAN-BAHAN

Nama bahan bantu mengajar :
Roda Suka Kata

1)Kadbod
2)Batang Aiskrim
3) Gam Pistol
4) Kotak
5) Paku Tekan
6) Kertas Warna
7)Pemadam
8) Manila Kad
9) Gambar
10) Bletack

LANGKAH-LANGKAH

AKTIVITI

SET INDUKSI
- Pendidik membuka lagu “Didi And Friends Lagu ABC”
- Pendidik menyanyikan lagu tersebut bersama-sama kanak-kanak.
LANGKAH 1
- Pendidik menerangkan tentang suku kata kepada kanak-kanak.
- Pendidik menunjukkan cara penggunaan setiap suku kata.
LANGKAH 2
- Pendidik menunjukkan BBM “Roda Suku Kata” kepada kanak-kanak dan menunjukkan cara

penggunaan BBM tersebut.
- Pendidik mendedahkan perbezaan bunyi apabila huruf konsonan bertemu dengan huruf vocal

iaitu “AEIOU”
LANGKAH 3
- Pendidik menunjuk BBM “Jom Mengeja” kepada kanak-kanak dan menunjukkan cara

penggunaan BBM kepada kanak-kanak.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Anak Pintar
ini dapat memberikan manfaat kepada para guru atau
pendidik dalam menyediakan bahan pendidikan kepada
kanak-kanak.Pada masa yang sama, kami mengharapkan
agar modul ini juga dapat membantu kanak-kanak dalam
perkembangan komunikasi seperti kemahiran mendengar,
kemahiran pra-penulisan, kemahiran membaca dan lain-lain.


Click to View FlipBook Version