The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sempena Hari MARA ke-55

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashabulmukminin, 2021-03-31 03:14:06

BukuProgram_w_Aturcara

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sempena Hari MARA ke-55

Keywords: hariMARA,khatamQuran,hariMARA55,khatamperdana

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA SEMPENA SAMBUTAN HARI MARA KE-55
2 APRIL 2021 | 19 SYAABAN 1442H (JUMAAT)
HOTEL PREMIERA, KUALA LUMPUR

9.00 Pagi Ketibaan Tetamu Jemputan
9.15 Pagi Ketibaan Dif-dif Kehormat
9.30 Pagi Ketibaan
YB Dato’ Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
11.30 Pagi Pengerusi MARA
Nyanyian Lagu Negaraku dan Amanah Rakyat
Bacaan Doa
Majlis Khatam Al-Quran Perdana
Tayangan Montaj
Ucapan
YB Dato’ Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
Pengerusi MARA
Penyerahan Al-Quran Wakaf oleh Wakil UNITEN dan TNB
Jamuan dan Bersurai

PROGRAM ULUL ALBAB

“ULUL ALBAB TERAS KETAMADUNAN UMMAH”

PROGRAM ULUL ALBAB

Merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains
Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.

Bermatlamatkan untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan
sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan
berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Cetusan idea mantan Pengerusi MARA sendiri iaitu YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam
usaha untuk mentransformasi sistem pendidikan khususnya MARA.

Senarai MRSM Ulul Albab TAHUN PENUBUHAN
NAMA MRSM

KOTA PUTRA 2009
GEMENCHEH 2010
KEPALA BATAS 2011
SUNGAI BESAR 2015
SEMPORNA 2017
BAGAN DATUK 2021
BERA 2021

DEFINISI ULUL ALBAB

Satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh tentang al-Quran, Ilmu pengetahuan yang
luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Allah melalui mata hati dan akal
yang tajam serta mengambil iktibar darinya.

Perkataan ”Ulul Albab” disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran al-Karim sebanyak 16 kali.

OBJEKTIF

Melahirkan generasi teknokrat dan profesional Sains Huffaz yag berilmu, beriman,
bertaqwa dan berakhlak mulia.

Melahirkan pelajar yang berlatarbelakangkan Sains dan Tahfiz al-Quran yang dapat

memenuhi syarat untuk mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan teknikal

di mana-mana universiti yang tersohor diseluruh dunia. .

Mempunyai nilai teras ”SIKAP” dan inovatif.

Menguasai teknologi terkini dan pelbagai bahasa utama dunia dan dapat berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.

VISI

Melahirkan generasi Ulul Albab yang memahami sains, falsafah dan teknologi bercirikan
quranik, ensiklopedik dan ijtihadik yang berteraskan al-Quran bagi menghadapi cabaran
globalisasi dan mencapai kegemilangan ketamaddunan ummah.

MISI

Mentarbiah pelajar untuk melahirkan modal insan yang beriman,bertaqwa, berilmu,
berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama,
bangsa dan negara melalui pembudayaan al-Quran.

CIRI-CIRI ULUL ALBAB

Pelajar keluaran Ulul Albab akan mempunyai tiga ciri utama iaitu:

QURANIK

Menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa lima tahun serta memahaminya berdasarkan
konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFAS) dan 41 hadis hafazan.

ENSIKLOPEDIK

Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai
pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing. Matlamat ini dapat dicapai melalui program seperti
berikut:

Mengadakan kelas Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.

Menyediakan kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.

Memberikan kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1),
Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran Berfikir (KKB).

IJTIHADIK

Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian permasalahan ummah,
memaksimumkan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
Hasrat ini dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti berikut:

Mewujudkan kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.

Aktiviti kokurikulum bagi memantapkan sahsiah, perkembangan minda dan fizikal
para pelajar.

Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri
dalam bidang keusahawanan

Ciri-ciri generasi MRSM Ulul Albab yang diharapkan adalah seperti berikut:
U : USWAH HASANAH

Menjadi contoh tauladan yang baik
L : LILLAH

Ikhlas dan bertepatan dengan syarak (Ibadah)
U : UKHUWAH ISLAMIAH

Persaudaraan Islam
L : LUBBULKHULUQ

Berperibadi mulia dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW
A : AMAL

Beramal soleh dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari
L : LIL QIADAH

Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang unggul
B : BIL HIKMAH

Mampu menyelesaikan masalah ummah dan mendepani cabaran global
A : AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Bersegera melakukan kebaikan dan mencegah serta benci dengan
kemungkaran
B : BURHAN
Bertindak berdasarkan dalil/fakta dan keyakinan yang benar

DATA HUFFAZ

PERKARA BILANGAN

JUMLAH HUFFAZ YANG TELAH DILAHIRKAN 2470
1932
JUMLAH HUFFAZ YANG TELAH MENAMATKAN
PENGAJIAN DI MRSM ULUL ALBAB 523

JUMLAH HUFFAZ YANG MASIH BELAJAR DI 295
MRSM ULUL ALBAB 55

SASARAN HUFFAZ BAGI TAHUN 2021

BILANGAN HUFFAZ DARIPADA 1 JANUARI – 28
FEBRUARI 2021








Click to View FlipBook Version