The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Kursus integriti dan anti Rasuah (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafiq Irfan, 2023-08-31 04:35:31

KES DR MOHD KHIR TOYO

Kerja Kursus integriti dan anti Rasuah (2)

MPU 2452 INTERGRITI DAN ANTI RASUAH TOPIC PREPARED BY : LECTURER: CIK FARHANIM BT. LEMAN DATE: 31/8/2023


Biodata Dr Mohamad Khir Toyo[Bekas Menteri Besar Selangor] Dr Mohamad Khir dilahirkan di Tali Air 2,Ban 4,Sungai Burung,Tanjung Karang,Selangor.Beliau merupakan anak ke 5 daripada 9 orang adik beradik.Beliau merupakan seorang doktor gigi sebelum menceburi bidang politik.Ayah Khir Toyo,Joyo Erodikromo merupakan seorang migran dari kepulauan jawa,sedangkan emaknya,Siti Aminah Mohd Taib,seorang melayu tempatan dari Selangor.Beliau berkahwin dengan Zahrah Kechik pada 1990 dan bercerai pada 19 september 2022.Dr Mohd Khir berkahwin kali kedua dengan Christine Zanitrah Abdullah pada 2016 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2019.Beliau melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Dato Harun Tanjjung Karang [1982-1984] kemudian sekolah menengah kebangsaan Sg.Besar (tingkatan 6)[selama 6 bulan].Beliau melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi Sains (Universiti Malaya) dan mengambil kursus ijazah Pembedahan Pergigian,Fakulti Pergigian Universiti Malaya (1985- 1989).Dr Mohd Khir memiliki Klinik Pergigian Khir di bandar Kajang,Selangor.Beliau mula memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Datuk Seri Abu Hassan Omar mulai 18 Ogos 2000 sehinggan 13 Mac 2008 selepas Barisan Nasional gagal mempertahankan majoriti 2/3 di Selangor dan beliau digantikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Latar Belakang Kes • Dr Khir Toyo terlibat sewaktu memegang jawatan Menteri Besar Selangor • Terdapat Pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM3.5 juta di Selangor daripada Ditamas Sdn Bhd(Pengerusi-Dato Shamsudin Hayroni) • Ditamas Sdn Bhd membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta


Undang-Undang yang dikenakan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah. Dr Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan hukuman penjara adalah bersesuaian dalam kes berkenaan. Malah panel hakim turut menolak permohonan supaya meringankan bentuk hukuman kepada khidmat masyarakat dan menyifatkan ia adalah tidak memadai. Beliau yang kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan, diarahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang. Pada 22 September lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir berdasarkan beberapa alasan termasuk pertuduhan tidak mempunyai sebarang kecacatan dan beliau adalah menteri besar merupakan seorang penjawat awam ketika kesalahan dilakukan. Bagaimanapun, keputusan berkaitan hukuman ditangguhkan kepada 29 September. Ia selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakilinya membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan, iaitu menjalankan program khidmat masyarakat dengan menawarkan rawatan pergigian percuma kepada golongan miskin. Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu. Rujukan 1. Mohd Khir bin Toyo v Pendakwa Raya (2013) Malayan Law Journal Unreported 2. Hukuman 12 bulan penjum Khir Toyo kekal. (2015, September 29), Berita Harian Online https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2015/09/85241/hukuman 12 bulan-penjara-khirtoyo-kekal 3. Bekas MB Selangor Khir Toyo bebas dengan parol, (2016, Mac 29). Astro Awani https://www.astroawani.com/berita-malaysia bekas-mb-selangor-khir-toyo-bebas-dengan-parol100345


4. Mahkamah Persekutuan kekalkan sabitan salah Khir Toyo (2015, September 22), Berita Harian Online https://www.bharian.com my taxonomy term/11/2015/09/83796/mahkamah persekutuan kekalkan-sabitan-salah-khir-toyo


Click to View FlipBook Version