The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nitanorazrina wan ismail, 2022-03-13 03:13:13

MINIT AJK 2-2021

MINIT AJK 2-2021

MESYUARAT JAWATANKUASA BIL 1/2022

Tarikh :14 Mac 2022 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Tempat :Atas Talian

Agenda:-

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan Setiausaha
5. Laporan Kewangan
6. Mesyuarat Agung Negeri Pahang kali ke 69
7. Hal-Hal lain
8. Penangguhan Mesyuarat

1

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali 2- 2021
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)

Negeri Pahang

Tarikh : 09 September 2021
Masa : 03.00 petang
Tempat : Secara Maya

Kehadiran Ahli Jawatankuasa:

1. Datin Ong Cheng Imm - Setiausaha Kehormat
2. Puan Hajah Rohany Binti Saat - Bendahari Kehormat
3. Dato’ Hajah Hamimah Binti A. Karim - Penasihat /Ahli Jawatankuasa
4. Dato’ Khatijah Binti Mohd Said - Ahli Jawatankuasa
5. Puan Hajah Noriah Binti Mohd Noor - Ahli Jawatankuasa
6. Puan Shahima Akmisah Binti Abd Aziz - Ahli Jawatankuasa
7. Puan Sherifah Nor Hana Binti Syed Osman Hamid - Ahli Jawatankuasa
8. YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Binti Ku Lah - Ahli Jawatankuasa
9. Dato’ Sabariah Binti Saidan - Pengerusi PPPD Bera
10. Puan Hajah Wan Zainura Binti Wan Badri - Pengerusi PPPD Bentong
11. Puan Zaiton Binti Abdul Aziz - Pengerusi PPPD Cameron Highlands
12. YM Tengku Hajah Asidah Binti Tengku Kadir - Pengerusi PPPD Kuantan
13. Puan Wan Norizan Binti Haji Wan Badaruzzaman - Pengerusi PPPD Lipis
14. Datin Sri Dato’ Hajah Fatimah Binti Kassim - Pengerusi PPPD Maran
15. Datin Sri Hajah Rozidah Binti Abdul Karim - Pengerusi PPPD Rompin
16. Datin Sri Hajah Ilyana Binti Haron - Pengerusi PPPD Jerantut
17. Puan Hajah Zariah Binti Yaakub - Pengerusi PPPD Temerloh
18. Dato’ Hajah Melati Binti Ali - Pengerusi PPPD Pekan
19. Puan Maisarah Binti Wahab - Pengerusi PPPD Raub
20. Datin Sri Tan Puay Ling - Pemeriksa Kira-Kira
21. Datin Pathmathevy A/P Mylvaganam - Pemeriksa Kira-Kira

Tidak Hadir Dengan Maaf

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia - Tuanku Pengerusi
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
- Timbalan Pengerusi
2. Yang Hormat Mulia Cik Puan Panglima - Ahli Jawatankuasa
Puteri Suraiya Afzan Binti Dato’ Indera
Haji Mohamed Moiz

3. Datin Sri Dato’ Indera Jamaliah Binti Zainal Abidin

2

1. UCAPAN ALUAN

Setiausaha Kehormat, memulakan mesyuarat pada jam 3.07 petang ini dengan mengucapkan
selamat petang kepada semua yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa ini adalah mesyuarat
terakhir sebelum Mesyuarat Agung kita pada 10 Oktober nanti dan juga akan diadakan secara
maya. Sepatutnya Yang Hormat Mulia Cik Puan Panglima Puteri Suraiya bersama kita tetapi beliau
tidak dapat turut serta. Oleh yang demikian Setiausaha mencadangkan YH Dato’ Hajah Hamimah
Binti A. Karim untuk mempengerusikan mesyuarat petang ini.

Dato’ Hajah Hamimah mengucapkan salam kepada semua dan juga mengucapkan terima kasih
kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk mempengerusikan mesyuarat ini. Terlebih
dahulu beliau menyampaikan salam dari Tuanku Pengerusi yang kini berada di London.

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI 1-2021.

Dato’ Hajah Hamimah Binti A. Karim berkata Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 2 ini ada lah sebelum
Mesyuarat Agung yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Beliau meminta semua merujuk
kepada Agenda dan Minit Mesyuarat yang lalu yang telah diedarkan kepada semua.

Beliau membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan bertanya jika ada pembetulan yang perlu
dibuat. Jika tiada pembetulan beliau minta untuk disahkan. Dato’ Hajah Melati Binti Ali
mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan dan di sokong oleh YM Tengku Hajah
Asidah Binti Tengku Kadir.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Dato’ Hajah Hamimah Binti A.Karim memberitahu bahawa pada mesyuarat yang lepas kita ada
membincangkan mengenai program “Urban Farming”yang mana masih belum terlaksana lagi.

3.2 Dato’ Hajah Hamimah Binti A. Karim juga memaklumkan bahawa ACWW “Triennial World
Conference” yang ke 30 akan diadakan pada bulan Mei 2023. Banyak permasalahan dan
perkara yang belum dibereskan lagi akibat dari wabak Covid-19 yang melanda dunia hari ini.
Beliau mengharap semuga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

4. LAPORAN SETIAUSAHA

Setiausaha Kehormat melapurkan seperti berikut:-

4.1 Beliau memaparkan laporan setiausaha untuk makluman semua. Beliau memberitahu
bahawa sepatutnya Mesyuarat Agung Negeri Pahang diadakan di Daerah Rompin sepertimana
yang telah dicadangkan. Tetapi akibat wabak covid-19 Tuanku Pengerusi telah perkenan
supaya Mesyuarat dijalankan secara atas talian pada 10hb Oktober nanti.

4.2 Beliau memberitahu bahawa sumbangan banjir dari Yayasan Al-Sultan Abdullah telah
diagihkan ke Daerah-Daerah yang terkesan dan juga telah diberikan kepada mangsa-mangsa
yang terlibat dengan banjir.

3

4.3 Beliau juga memberitahu bahawa WI Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pembangunan
Wanita telah menjalankan Program Jahitan dan Kraftangan pada bulan Mac hingga April yang
lalu dengan jayanya.

4.4 Pada bulan Ramadhan WI Negeri Pahang bersama Daerah Pekan, Daerah Maran dan Daerah
Kuantan bekerjasama dengan Kuantan Pickers telah menyediakan makanan untuk berbuka
puasa kepada penduduk sekitar Bandar Kuantan sempena Hari ACWW. Makanan diedarkan
di Jalan Besar Kuantan. Di harap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Kalau
di izinkan tahun depan kita buat program mengacau bubur lambuk sempena Hari ACWW
“Women Walk the World”.

4.5 Program ‘Food Bank’ antara kerjasama dengan Friends of Asia Pacific WAGGGS – Pahang
menyalurkan sumbangan keperluan makanan asas kepada mereka yang terkesan dengan
wabak Covid-19 disekitar Kuantan dan Pekan. Beliau difahamkan Daerah- Daerah juga
menjalankan program memberi sumbangan dan agihan makanan di daerah masing-masing.

5. LAPORAN KEWANGAN

Bendahari Kehormat, Puan Hajah Rohany Binti Saat mengucapkan salam dan selamat sejahtera
kepada semua dan mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Hajah Hamimah Binti A. Karim. Beliau
mohon pada semua untuk rujuk kepada laporan yang disediakan.

Beliau menjelaskan bahawa setakat 31hb Ogos 2021, baki Akaun Bank 1 (PENGURUSAN) CIMB
berjumlah RM117,210.07 dan ini termasuk Duit sumbangan ‘Food Bank’ berjumlah RM67,809.00.
Manakala simpanan tetap berjumlah RM134,891.87. Dato’ Hajah Melati Binti Ali mencadangkan
agar laporan kewangan diterima dan disokong sebulat suara oleh semua.

6. MESYUARAT AGUNG NEGERI

Dato’ Hajah Hamimah Binti A. Karim memaklumkan Tuanku Pengerusi telah titah perkenan
bahawa Mesyuarat Agung Negeri akan diadakan pada 10hb Oktober 2021. Mesyuarat kali ini
adalah secara maya dan akan dihadiri oleh Perwakilan, Pemerhati dan Ahli Jawatankuasa Negeri
sahaja. Oleh kerana pada tahun ini adalah tahun pemilihan undian juga akan dibuat secara atas
talian. Pihak Jawatankuasa Negeri akan membuat segala persiapan dan tatacara pengundian.
Semua akan dimaklumkan kemudian. Kemungkinan pengundian akan dibuat terlebih dahulu
sebelum hari Mesyuarat Agung. Pengira Undi bebas dan berkecuali akan dilantik bagi memantau
perjalanan pengundian nanti.

Dato’ Hajah Hamimah Binti A. Karim memberitahu kepada Setiausaha Kehormat supaya Notis
Mesyuarat boleh dikeluarkan. Dato’ Hajah Hamimah Binti A. Karim juga memberitahu bahawa ini
adalah kali pertama kita akan adakan Mesyuarat secara atas talian dan beliau akan memohon
pertolongan dari TS Puan Natalya Rudina Binti Shamsuar untuk membantu kita secara teknikal.
Satu bengkel juga akan diadakan pada 24hb September sebelum hari mesyuarat agung. “Dry Run”
akan diadakan pada 2hb Oktober bagi memastikan kelancaran Mesyuarat Agung nanti.

Setiausaha memaklumkan bahawa 18 orang ahli yang akan bertanding Jawatan Ahli Jawatankuasa
Negeri dan meminta semua calon yang bertanding untuk menghantar gambar kepada pihak Negeri
Pahang. Dato’ Hajah Hamimah menjelaskan bahawa Tuanku Pengerusi berkenan mengekalkan
Datin Ong Cheng Imm sebagai Setiausaha Kehormat, Puan Hajah Rohany Binti Saat sebagai
Bendahari Kehormat serta Datin Sri Tan Puay Ling dan Datin Pathmathevy sebagai Pemeriksa
Kira-Kira. Semua Ahli Jawatankuasa akur akan perlantikan ini. Oleh itu kita hanya akan memilih
5 orang Ahli Jawatankuasa sahaja dan 3 orang lagi akan di lantik oleh Tuanku Pengerusi.

4

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Dato’ Hajah Hamimah Binti A Karim memberitahu bahawa kita boleh memohon Bantuan
Kewangan dari Jabatan Pembangunan Wanita untuk menjalankan program kemahiran dan
Kesejahteraan keluarga. Kita juga boleh berkolaborasi dengan Madam Fully untuk sertai Tunku
Azizah Handmade Market bagi memasarkan produk-produk ahli. Selain itu program masakan
“Healthy Cooking” juga boleh dijalankan secara atas talian.

Beliau juga menyarankan diadakan program psikologi dan kesihatan mental kepada para
remaja dan ahli-ahli dimana pada musim ini ramai yang terkesan akibat pandemik. Dato’ Hajah
Hamimah meluahkan cadangan ini untuk difikirkan bersama.

7.2 Puan Hajah Wan Zainura Binti Wan Badri, Pengerusi Daerah Bentong memberitahu bahawa
kita juga boleh bertanya dengan pihak MITI dan berbincang bagaimana cara untuk
memasarkan produk-produk keluaran ahli.

7.3. Puan Hajah Zariah Binti Yaakub, Pengerusi Daerah Temerloh mengucapkan salam dan
selamat sejahtera kepada semua. Beliau akur dan bersetuju dengan apa jua keputusan
mesyuarat hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Hajah Melati Binti Ali atas sumbangan
50 buah Bakul Makanan yang diserahkan kepada asnaf. Daerah Temerloh tetap menjalankan
aktivi seperti biasa iaitu Program Bacaan Yasin, Tadarus Al-Quran, Ceramah dan lain-lain
lagi.

7.4 Datin Sri Hajah Rozidah Binti Abd Karim, Pengerusi Daerah Rompin memberitahu bahawa
beliau bersetuju dengan segala apa yang telah diperbincangkan tadi.

7.5 Dato’ Hajah Melati Binti Ali , Pengerusi Daerah Pekan mengucapkan salam dan selamat
sejahtera kepada semua dan selamat menjalankan tugas Jawatankuasa yang terlibat. Beliau
iringi doa semuga segala apa yang rancang dapat dilaksanakan. Daerah Pekan akan sentiasa
bekerjasama dengan WI Negeri Pahang.

7.6 Datin Sri Dato’ Hajah Fatimah Binti Kassim mengucapkan tahniah kepada Dato’ Hajah
Hamimah Binti A Karim dan memberitahu bahawa WI Maran sentiasa menyokong program
yang dijalankan. Daerah Maran juga bekerjasama dengan NGO-NGO lain dalam
mengagihkan bakul makanan serta membantu dan menghantar sukarelawan ke Pusat-Pusat
Pemberian Vaksin.

7.7 Puan Wan Norizan Binti Haji Wan Badaruzzaman selaku Pengerusi Daerah Lipis memberitahu
bahawa Daerah Lipis sedang menjalankan Projek “Ubi Kayu Frozen” tetapi masih belum
dipasarkan lagi. Selain itu Daerah Lipis menganjurkan aktiviti ‘Trash to Cash” bagi mengumpul
barang-barang terpakai untuk dijual kepada pihak SWCorp.

5

7.8 YM Tengku Hajah Asidah Binti Tengku Kadir, Pengerusi Daerah Kuantan mengucapkan
tahniah kepada Dato’ Hajah Hamimah Binti A Karim yang mempengerusi mesyuarat pada
petang ini. Walaupun mesyuarat ini dialam maya dan tidak bersemuka namun kemesraan
dapat dirasakan. Daerah Kuantan juga memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa covid
dan ibu tunggal. Pada bulan Ramadhan yang lalu, aktiviti mengacau bubur lambuk juga
diadakan. Daerah Kuantan menyambut Hari Kemerdekaan dengan aktiviti berjalan kaki di tepi
pantai laut.

7.9 Datin Sri Hajah Ilyana Binti Haron, Pengerusi Daerah Jerantut mengucapkan terima kasih
kepada semua dan juga tahniah kepada Dato’ Hajah Hamimah yang mempengerusikan
mesyuarat pada petang ini.

Beliau merasa amat gembira dapat berjumpa walaupun dialam maya dan semuga segala
perancangan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Daerah Jerantut akan menyokong WI
Negeri Pahang dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

7.10 Puan Zaiton Binti Abdul Aziz, Pengerusi Daerah Cameron Highlands mengucapkan terima
kasih dapat bersama dialam maya ini. Beliau memberitahu bahawa Daerah Cameron
Highlands juga menjalankan aktiviti biasa seperti bermain bola jaring, Tadarus dan Khatam
Al-Quran, mengacau Bubur Asyura dan berbagai lagi.

Daerah Cameron Highlands juga menghantar Sukarelawan ke 12 buah Pusat Pemberian
Vaksin di Perkampung Orang Asli untuk membantu memberi penerangan dan mendaftarkan
mereka. Beliau juga memaklumkan bahawa mereka bekerjasama dengan Ahli Parlimen
Cameron Highlands bagi mengedarkan Bakul Makanan ke Perkampungan Orang Asli.
Semasa Hari Kemerdekaan mereka mengadakan pertandingan video sempena
kemerdekaan dan juga pertandingan melukis.

7.11 Dato’ Khatijah Binti Mohd Said mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada semua.
Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat secara maya adalah bagus tetapi terdapat beberapa
kelemahan saperti tidak dapat “signal” jika berada jauh di ceruk kampung. Beliau mengharap
masaalah ini dapat diatasi sebelum kita bermesyuarat agung nanti.

7.12 Puan Sherifah Nor Hana Binti Syed Osman Hamid mengucapkan syabas kerana berjaya
mengadakan mesyuarat pada petang ini dengan jayanya. Beliau bersetuju dengan
perancangan program yang akan dijalankan seperti “Mental Health” dan lain-lain.

7.13 Datin Sri Tan Puay Ling memohon maaf terlewat daftar masuk ke mesyuarat kerana hal
yang tidak dapat dielakkan. Beliau mengucapkan selamat petang kepada semua. Beliau juga
merafak sembah kepada Tuanku Pengerusi yang melantik semula beliau sebagai
Pemeriksa Kira-Kira.

7.14 Datin Pathmathevy A/P Mylvaganam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia dan
menyarankan kepada semua agar sentiasa “Stay Healthy”. Beliau juga berterima kasih
diatas perlantikan semula sebagai Pemeriksa Kira-Kira.

6

7.15 Dato’ Hajah Hamimah Binti A Karim memberi cadangan ingin mengeluarkan buku resepi
masakan sempena 70 tahun WI Negeri Pahang. Beliau memberitahu bahawa kita pernah
keluarkan Buku Masakan Remaja dan Simfoni Anai-Anai. Sesiapa yang ingin berkongsi
resepi, petua atau kata-kata motivasi amatlah dialukan. Kita akan kumpulkan bahan-bahan
yang diterima dan diharap buku resepi masakan kali ini dapat direalisasikan .

8. PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi Mesyuarat Dato’ Hajah Hamimah Binti A. Karim mengucapkan tahniah kepada
semua kerana dapat bertemu dialam maya untuk bermesyuarat. Beliau mengatakan bahawa
inilah norma baru yang perlu kita tempuhi pada masa akan datang. Oleh kerana tiada lagi hal
yang perlu dibincangkan, beliau menangguhkan mesyuarat ke satu masa yang lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.11 petang.

7


Click to View FlipBook Version