0
1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG 2-3 2 UCAPAN GURU BESAR 4-6 3 TENTATIF PROGRAM 7 4 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 8 5 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG KALI KE -31 9-13 6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 14-28 7 LAPORAN KEWANGAN 2022/2023 29 - 37 8 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 38 - 40 9 LAPORAN PENCAPAIAN SKTC 2022/2023 41-43 10 USUL IBU BAPA/PENJAGA 44-47 11 PERMOHONAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN OLEH PIHAK SEKOLAH 48 12 KELULUSAN UNTUK MEMUNGUT WANG DARIPADA IBUBAPA 49 13 KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 50 14 LAMPIRAN/GLOSARI 51-55
2 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU MD. NAWAWI BIN JUNOH YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023/2024 SK TAMAN CUEPACS Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya dapat kita sama – sama berkumpul pada pagi yang mulia ini sempena Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-32 bagi Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs. Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan AJK PIBG kerana dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang Berusaha Tuan Syed Norzalman Bin Syed Yusof, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Hulu Langat ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTC kali ke32 bagi merasmikan mesyuarat kita pada pagi ini. Tidak lupa juga kepada barisan pentadbir sekolah yang diketuai oleh Encik Abdul Yazid bin Abdul Mutalip, Guru Besar SKTC, AJK PIBG, guru-guru serta ibu-bapa yang sudi hadir pada pagi ini. Seperti yang kita sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Tuan- tuan dan puan- puan, bagi menjayakan agenda pendidikan negara, peranan ibu bapa adalah sangat penting. Malah, ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan dan kokurikulum anak-anak baik di rumah mahupun di sekolah. Justeru, saya juga ingin mengajak ibu bapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat. Ibu bapa boleh memberikan sumbangan secara
3 langsung kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini, Persatuan Ibu bapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam menggalakkan ibu bapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan dan kesukanan. Sepanjang tahun 2023 dan 2024, barisan jawatankuasa telah bersama-sama pihak sekolah melaksanakan tanggungjawab atas kepercayaan yang diberi dalam pelbagai bentuk. Perbincangan melalui mesyuarat turut dilaksanakan bagi memastikan anak-anak di sekolah ini mendapat manfaat yang sewajarnya. Perkara yang dilakukan ini sebagai tanda sokongan bagi membantu usaha pihak sekolah mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang dalam aspek akademik, sahsiah diri dan kokurikulum. Semua murid juga mendapat layanan yang sama rata dan adil, yang susah sama-sama kita usahakan untuk meringankan beban, yang sedikit sama sedikit, yang banyak sama-sama kita kongsikan. Apa yang penting, anak-anak dapat belajar dalam keadaan selesa dan tidak terpinggir. Saya percaya di bawah kepimpinan Guru Besar , guru-guru dan barisan AJK PIBG yang berdedikasi, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang berbanding tahuntahun sebelumnya. Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan/puan yang sudi bersama-sama pada hari ini. Syabas, kerana tuan/puan prihatin dan memberi komitmen yang tinggi untuk anak – anak tuan/puan. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata saya. Wabillahi taufiq walhidayah Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.
4 SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG ABDUL YAZID BIN ABDUL MUTALIP GURU BESAR SK TAMAN CUEPACS Assalamualaikum wbth, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam anak yang baik lagi cerdik dan salam Hulu Langat sejahtera Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, di Arya Legasi SK Taman Cuepacs sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 sesi 2024/2025. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kehadiran Yang Berusaha Tn. Syed Norzalman bin Syed Yusof, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Hulu Langat kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SKTC kali ke-32 seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini sebentar nanti. Tidak lupa kepada ibu-bapa mahu pun waris murid SKTC kerana sudi hadir pada pagi ini. Ibu-bapa yang hadir pada pagi ini sebenarnya adalah ibu-bapa yang hebat dan cemerlang kerana mengambil berat akan hal persekolahan anak-anak mereka. Tahniah dan syabas saya ucapkan kerana melalui perjumpaan sebegini kita dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Di sini saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan guru-guru serta staf sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini pada hari ini. Terima kasih tidak terhingga daripada saya. Tuan-tuan dan puan-puan seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac tetapi akibat kekangan masa disebabkan sesi persekolahan yang baru bermula dan cuti hari raya maka pihak sekolah telah memohon kepada JPN Selangor untuk melaksanakan MAT ke-32 pada hari ini. Alhamdulillah pihak sekolah telah mendapat kelulusan daripada JPN bertarikh 24.4.2024.
5 Alhamdulillah pada hari ini kita dapat melaksanakan mesyuarat untuk memilih dan melantik AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2024/2025 di samping bertukar pendapat berkaitan usul-usul yang dibawa oleh tuan-puan untuk dibincangkan pada hari ini demi kemajuan anak-anak tuan puan di SK Taman Cuepacs. Saya juga ingin menyeru agar ketika pemilihan AJK nanti pilihlah calon-calon AJK yang dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membantu pihak sekolah dan bukan hanya atas nama sebagai AJK sahaja. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.Nawawi bin Junoh YDP PIBG yang akan melepaskan jawatan beliau kerana anaknya sudah tiada lagi di sekolah ini. Sepanjang kebersamaan dalam PIBG beliau banyak membantu pihak sekolah dari segi keperluan kebajikan dan naik taraf insfrastruktur sekolah seperti yang ada pada hari ini. En.Nawawi bin Junoh dan AJK yang banyak membantu pihak sekolah sepanjang 2022-2024 ke arah menjadikan SK Taman Cuepacs sebuah sekolah yang ceria, bahagia dan kondusif untuk warganya. Terlalu banyak sokongan padu yang diberikan oleh YDP kepada sekolah ini. Tidak ketinggalan kepada semua AJK yang bersama-sama membantu. Begitu juga kepada semua ibu bapa yang sering hadir waktu gotong-royong dalam memastikan sekolah ini sentiasa ceria, kondusif dan selamat untuk anak-anak tuan/puan. Benarlah kata-kata PIBG dan sekolah berpisah tiada kerana hubungan yang akrab dalam memastikan kebajikan anak-anak didik SKTC terpelihara. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru dan tidak lupa kepada PIBG yang sentiasa menyokong usaha-usaha peningkatan akademik sekolah tanpa jemu termasuk dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum sama ada di aliran perdana mahu pun pendidikan khas tidak lupa anak-anak kita yang berada di prasekolah . Tidak lupa juga kepada pembantu pengurusan murid yang turut membantu guru-guru ke arah kemenjadian murid yang diharapkan. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih besar pada tahun ini dan akan datang. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak datanglah berbincang dengan penuh hemah dan bijaksana bersama pihak pentadbiran sekolah. Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG sebagai orang tengah dalam membantu sebarang isu yang timbul adalah amat diharapkan.
6 Tuan-tuan dan puan-puan, pihak sekolah sentiasa menitikberatkan kemenjadian murid melalui sekolah berkualiti di samping peranan penting yang perlu dimainkan oleh PIBG dan komuniti setempat dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prasarana sekolah yang kondusif dan seterusnya membantu ke arah kemenjadian murid yang diharapkan. Kemenjadian murid dalam setiap bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum akan membawa impak besar menjadikan sesebuah sekolah itu berkualiti. Justeru itu, pada hari ini pihak sekolah menjemput Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid yang akan dapat memberi input berkaitan kemenjadian murid dalam aspek sahsiah, disiplin mahu pun kokurikulum kepada kita semua. Justeru itu, saya amat mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan dalam membantu sekolah dalam apa jua kepakaran agar SKTC dapat melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Kita di SKTC mempunyai seorang pemain hoki yang menjadi rebutan pasukan hoki negeri dan bapa beliau telah menzahirkan kerelaan untuk membimbing pasukan olahraga sekolah dan penubuhan pasukan hoki sebagai persediaan kejohanan 2025. Bapa murid ini ialah ketua jurulatih bagi pasukan PDRM.Terima kasih saya ucapkan kerana SKTC sentiasa mendapat bantuan kejurulatihan daripada pihak luar termasuk bola tampar yang mendapat latihan daripada jurulatih pasukan FRU.SKTC sentiasa mendapat kedudukan dalam kejohanan catur di samping pasukan gimrama yang mula ditubuhkan pada 2022. Tuan-tuan dan puan-puan, sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Syed Norzalman bin Syed Yusof Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah PPD Hulu Langat kerana sudi hadir pada pagi ini bagi merasmikan MAT SKTC kali ke-32 dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG 2024/2025 yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-32 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur dan mandat yang diberikan kepada jawatankuasa baharu dapat merencana program dalam membantu pihak sekolah mempertingkat potensi diri anak-anak SK Taman Cuepacs. Sekian, terima kasih..
7 TENTATIF MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-32 8.30 PAGI : PENDAFTARAN 9.00 PAGI : PERASMIAN : UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS : LAGU NEGARAKU : LAGU NEGERI SELANGOR : BACAAN DOA : UCAPAN ALUAN GURU BESAR SK TAMAN CUEPACS : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG : UCAPAN PERASMIAN OLEH : SYED NORZALMAN BIN SYED YUSOF TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT : PENYAMPAIAN CENDERAMATA : TAYANGAN VIDEO : PERSEMBAHAN TARIAN 9.30 PAGI : JAMUAN / REHAT 9.50 PAGI : MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-31 : PERBINCANGAN PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DALAM MINIT MESYUARAT AGUNG KE-31 : PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2023/2024 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN : PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2023/2024 : PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2024/2025 : PERBAHASAN USUL YANG DITERIMA : UCAPAN PENANGGUHAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2024/2025 12.00 TENGAH HARI : BERSURAI
8 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK TAMAN CUEPACS SESI 2023/2024 Encik Md Nawawi Bin Junoh Yang Dipertua Encik Mokhtar Bin Hamat Naib Yang Dipertua Encik Muhammad Aimullah Bin Mohd Khairi Setiausaha Kehormat Encik Muhammad Baihaki Bin Shafai Bendahari Kehormat Puan Sheshil Kaur AJK Ibu Bapa Puan Siti Mariam Binti Aliyas AJK Ibu Bapa Encik Mohd Rostam@ Riaudin Bin Yasin AJK Ibu Bapa Encik Tuan Man Bin Tuan Mat AJK Ibu Bapa Puan Nor Suhada Binti Ismail AJK Ibu Bapa Puan Noor Shahida Binti Abu Osman AJK Guru Puan Nur Nadia Binti Sofian AJK Guru Puan Wan Nur Izatie Binti Wan Zaharudin AJK Guru Encik Mohd Faiz Bin Mohd Shahidin AJK Guru Puan Rosmani Binti Ismail AJK Guru Encik Mohd Sukri Bin Yusoff AJK Guru Puan Nur Asfaziana Binti Laksamana Juruaudit Encik Abdul Hamid Bin Md Yusof Juruaudit
9 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-32/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CUEPACS Tarikh : 11 Mei 2024 ( Sabtu ). Penasihat : Encik Abdul Yazid bin Abdul Mutalip (Guru Besar SK Taman Cuepacs) Pengerusi : Encik Md Nawawi bin Junoh (Yang diPertua PIBG SK Taman Cuepacs) Timbalan Pengerusi: Encik Mokhtar bin Hamat (Naib Yang diPertua PIBG SK Taman Cuepacs) Naib Pengerusi 1 : Puan Magdalina binti Chuaidi (GPK Pentadbiran SK Taman Cuepacs) Naib Pengerusi 2 : Puan Rohana binti Abu Hassan (GPK HEM SK Taman Cuepacs) Naib Pengerusi 3 : Encik Abdul Manab bin Alwi (GPK Kokurikulum) Naib Pengerusi 4 : Puan Azizah binti Abdullah (GPK Pendidikan Khas) Setiausaha : Encik Muhamad Aimullah Bin Mohd Khairi (Setiausaha Kehormat PIBG) Bendahari : Encik Muhammad Baihaki bin Shafai (Bendahari Kehormat PIBG)
10 BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. Pendaftaran Rosmani binti Ismail (K) Siti Dayana binti Mohd Tap Rozana binti Yusof Siti Norbaizurah binti Mohd Noor Noorulasikin binti Mohd Bakri Cik Jamilah binti Khamis Nor Ashikin binti Nasrudin Jayalily a/p Daniel Paul Raj Fatin Nadiah binti Shafaruddin - Menyediakan borang kedatangan guru/ibubapa/penjaga. - Memaparkan QR Code buku program di meja pendaftaran. 2. Pengacara Majlis Mohd Ilman Hazim bin Mohd Rafi Siti Raihanah binti Rosli - Menyediakan teks pengacaraan. - Mengacarakan majlis dari awal hinggaberakhir. 3. Buku Program Nur Asfaziana binti Laksamana(K) Mazlina binti Rahmat Jeeva Jothi a/p Jayathevan Nur Suhadah binti Mohamad - Menyediakan buku program - Mengagihkan buku program - Menjana QR code buku program untuk diimbas oleh ibu bapa/penjaga 4. Pencatat Minit Azura binti Awang (K) Nik Farah ‘Aqilah binti Nik Mahadi Nik Nur Hanis binti Nik Mohd Fauzi Siti Khatijah Binti A Azman - Mencatat butir ucapan perasmi. - Mencatat minit mesyuarat agung. - Menyerahkan catatan mesyuarat kepadaSetiausaha PIBG. 5. Publisiti Nurul Fatinah binti Halideh (K) Amiruddin bin Mohamad -Menempah kain rentang. -Menggantung kain rentang seminggu sebelum majlis berlangsung dan digantungdi tempat strategik. - Menurunkan kain rentang selepas program.
11 6. Persiapan dewan dan pentas Nooraini binti Othman (K) Mohamad Yusof bin Kadir Raja Masauddin bin Raja Yusoff Tengku Nor Adina binti Tengku Mohamed Salim Noriha binti Muhammmad Suriani binti Mohamed Siti Hajar Binti Khairudin - Memastikan kerusi mencukupi untuk VIPdan ibubapa/penjaga. - Menyediakan tempat/meja untuk pengacara majlis, hadiah dan mesyuarat agung. - Menghias pentas dengan hiasan yangbersesuaian. - Memasang backdrop sebelum majlis bermula. 7. Sijil Hadiah / Cenderahati Perasmi Nor Nadia binti Sofian (K) Masliza binti Ngadinan Faridah binti Mohd Jaafar Roslah binti Mohd Salleh Iffa Najwa binti Ibrahim - Mengumpul maklumat penerima hadiah. - Menyusun penerima hadiah mengikutsusunan di dalam buku program. 8. Protokol dan sambutan Aida binti Mustapha (K) Nor Aiza binti Mohd Yusof Che Hasnah binti Che Rus Fatimahtuzahrah binti Zambri Revathi A/P Munusamy @ Bernard - Menyediakan buku program untuk VIP. - Menyediakan teks ucapan kepada YDPPIBG - Memastikan susun atur dewan mengikutprotokol. - Menyediakan buku lawatan VIP. 9. Bacaan Doa Ustaz Mohd Faiz bin Mohd Shahidin -Menyediakan teks bacaan doa. -Mengetuai bacaan doa semasa majlis. 10. Parkir Ibu Bapa/ Penjaga Mohd Sukri bin Yusoff (K) Muhamad Naim bin Mohamad Sahal Muhammad Azizi bin Shafie - Menjaga lalu lintas dan menunjuk arahparkir. 11. Mengira Undi Halimahtun Saadiah binti MohdYusop (K) Indra Ghandi a/p Vellasamy Wan Nor Azlin binti Wan Daud Zunadia binti Zulkifli Nur Syafiqah Binti Mohd Yusri - Mengira undi semasa pemilihan AJK ibu bapa
12 12. PA sistem Muhammad Amin bin Hassan (K) Bokhori Muhamad Firdaus Bin Kamaruddin - Menyediakan dan memastikan PA sistemberfungsi dengan baik. -Mengawal selia peralatan sepanjang majlisberjalan. 13. Jemputan Muhamad Aimullah Bin Mohd Khairi - Membuat surat jemputan kepada perasmidan ibu bapa. 14. Jamuan ibu bapa Nor Atika binti Mumfit (K) Wan Nur Izatie binti Wan Zaharudin Zarina binti Sanusi Hapisah binti A Hamid Lilisuriati binti Ismail Anjalai a/p Nagaraju Fatin Izwanie binti Yaakob Nurhidayah Binti Kamaruddin - Membuat tempahan makanan mengikutbilangan ibu bapa yang hadir. - Mengedarkan makanan kepada ibu bapa/penjaga dan guru. 15. Jamuan VIP Noor Shahida binti Abu Osman (K) Balkis binti Ibrahim Shahida binti Mohd Saad Siti Haminah binti Che Ngah Nor Sabarina binti Sauid - Membuat tempahan makanan untuk tetamu VIP, pentadbir dan AJK PIBG. - Menyediakan tempat jamuan tetamu khas. 16 Susunan Dewan (Sebelum) Sulaiman bin Ab Wahab (K) Muhammad Imran bin Parwazalam Seetha a/p M Rajah Usha Devi a/p Permal Nadiah binti Mohd Zukeri - Menyusun atur kerusi , meja dan peralatandi dewan sebelum majlis. 17 Susunan Dewan (Selepas) Borhanudin Bin Abdul Hamid (K) Mohd Rafizan bin Fauzi (K) Ng Xin Yi Syuhada binti Abdul Aziz Saraswathi a/p Letchumanan - Menyusun atur kerusi , meja dan peralatandi dewan selepas majlis.
13 18 Penyambut Tetamu VIP Guru Besar dan guru-guru penolong kanan. AJK PIBG Ibu Bapa - Mengalu-alukan kedatangan perasmi danibu bapa. 19 Dokumentasi / Fotografi Athif Irfan bin Zul-Karnain (K) Hilda ‘Ain binti Hassan Muhammad Baihaki Bin Shafai - Membuat dokumentasi majlis. - Mengambil gambar sepanjang majlis.
14 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-31 SK TAMAN CUEPACS SESI 2023/2024 Tarikh : 10.06.2023 (Sabtu) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Arya Legasi, SK Taman Cuepacs Perasmi : Tuan Zulhilmi bin Yusof Pengerusi : Encik Md Nawawi Bin Junoh Pencatat : Puan Azura binti Awang : Cik Nur Suhadah binti Mohamad : Puan Nik Farah ‘Aqilah binti Nik Mahadi : Cik Nik Nur Hanis binti Nik Mohd Fauzi AGENDA MESYUARAT AGENDA 1.0 : UCAPAN GURU BESAR SK TAMAN CUEPACS : ENCIK ABDUL YAZID BIN ABDUL MUTALIP 1.1 Mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat berkumpul pada pagi yang mulia ini sempena Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31 Sesi 2023/2024 bagi Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs. 1.2 Merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kehadiran Tuan Zulhilmi bin Yusof, Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah PPD Hulu Langat kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTC untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan sekalung penghargaan buat YDP PIBG ,ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru kerana dapat merancang, mengelola dan melaksanakan mesyuarat kali ini. Tindakan : Untuk makluman
15 1.3 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat agung mesti diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun tetapi agak berbeza sejak tahun tahun 2021 akibat pandemik Covid-19 mesyuarat Agung PIBG dibenarkan diadakan sebelum 31 Oktober secara atas talian. Pada tahun lepas 2022 dan tahun ini mesyuarat agung PIBG mesti dilaksanakan sebelum 30 Jun memandangkan takwim persekolahan telah berubah kerana sesi persekolahan tahun 2023 bermula pada 20 Mac 2023. Tindakan : Untuk makluman 1.4 Menyatakan bahawa suasana yang kondusif perlu diwujudkan untuk pembelajaran bermakna. Oleh itu, sebanyak RM1450 telah diperuntukkan untuk membeli kerusi dan meja murid. Pihak sekolah telah menerima 35 buah meja dan 39 buah kerusi plastik daripada sumbangan YDP PIBG SJK (C) Batu 9, Cheras. Tindakan : Untuk makluman 1.5 Memaklumkan bahawa sekolah kita mempunyai 30 buah kelas perdana., 7 buah kelas PPKI dan 2 buah kelas pra sekolah. Sebanyak 24 masalah pintu kelas telah dibaiki dan dibekalkan dengan pintu baharu. Hampir keseluruhan pintu telah dibaiki. Suasana waktu malam bercahaya dan kelas-kelas dipasang lampu bagi mengelakkan kelawar membuang najis di dalam kelas. Tindakan : Untuk makluman 1.6 Memaklumkan bahawa Majlis Permuafakatan Ibu Bapa PPKI bersama pihak sekolah telah diadakan. Usaha-usaha membeli 2 buah ‘Smart TV’ untuk pembelajaran murid PPKI telah berjaya dilaksanakan. Tindakan : Untuk makluman 1.7 Beliau turut mengucapkan syabas dan terima kasih kepada PIBG atas usaha menaik taraf gelanggang, kolam ikan, dan menebang pokok yang sekaligus dapat mengatasi masalah kelawar. Tindakan : Untuk makluman
16 AGENDA 2.0 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG : ENCIK MD. NAWAWI BIN JUNOH 2.1 Mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dapat berkumpul pada pagi yang mulia ini sempena Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31 bagi Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs sesi 2023/2024. 2.2 Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Zulhilmi bin Yusof, Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah PPD Hulu Langat kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran semua pentadbir sekolah, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31. Tindakan : Untuk makluman 2.3 Menyatakan bahawa mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan, kewangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang 2022/2023 dan memilih serta melantik Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 yang baharu. Tindakan : Untuk makluman 2.4 Berharap perjumpaan ini membolehkan kedua-dua pihak berbincang, memberi pandangan dan idea serta mencari kata sepakat untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah dari segi akademik dan kokurikulum, mahu pun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan prasarana sekolah bagi mewujudkan zon selesa dan kondusif dalam kalangan anak-anak SK Taman Cuepacs. Tindakan : Untuk makluman 2.5 Menyatakan bahawa permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan disiplin anak-anak di sekolah selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat (School home community partnership). Tindakan : Untuk makluman 2.6 Menyatakan rasa bangga atas kesungguhan dan kejayaan sekolah menempa nama dalam pelbagai program dan pertandingan sepanjang sesi 2022/2023 sama ada di
17 peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Antaranya, gimrama, catur, olahraga dan Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS). Tindakan : Untuk makluman 2.7 Beliau turut menyatakan bahawa pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teliti akan dapat dijayakan sekiranya PIBG mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan beberapa program dan aktiviti sekolah ini adalah sebahagian besarnya daripada hasil sumbangan para ibu bapa bagi tabungan PIBG sebanyak RM70.00 setahun bagi setiap satu keluarga. Beliau memohon kepada para ibu bapa agar tidak mengambil mudah atau sambil lewa dalam membuat sumbangan supaya tabungan PIBG semakin bertambah untuk sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan murid-murid SKTC. Tindakan : Untuk makluman 2.8 Beliau menyeru kepada semua yang hadir hari ini agar memberi sepenuh jiwa dan raga sama-sama berusaha menggembleng tenaga dengan Jawatankuasa PIBG baharu yang akan dilantik bagi Sesi 2023/2024 untuk mengumpul dana demi impian semua dalam membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah Hulu Langat ini khususnya. Oleh itu, segala peluang yang boleh menambahkan dana PIBG ini harus dicari dan ditambah dengan inisiatif dan kerja sama pucuk pimpinan dan semua semua ahli PIBG. Tindakan : Untuk makluman 2.9 Meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan murid-murid. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. Tindakan : Untuk makluman AGENDA 3.0 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30
18 3.1 Puan Fatin Izwanie binti Yaakob selaku Setiausaha Kehormat PIBG SK Taman Cuepacs membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-30 bagi sesi 2022/2023. • Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Rostam bin Yassin • Disokong disahkan oleh : Encik Abdul Halim bin Saad Tindakan : Untuk makluman AGENDA 4.0 : PEMBENTANGAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN 4.1 Encik Muhammad Baihaki bin Shafai selaku Bendahari Kehormat PIBG SK Taman Cuepacs membentangkan penyata Kewangan PIBG berakhir 26 Mei 2023. • Dicadang untuk disahkan oleh: Puan Lidawati binti Daud • Disokong disahkan oleh : Encik Mohd Farid bin Hisyamudin Tindakan : Untuk makluman AGENDA 5.0 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5.1 Tiada perkara berbangkit.
19 AGENDA 6.0 : PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 6.1 Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dibubarkan oleh Encik Md Nawawi Bin Junoh selaku YDP sesi 2022/2023. 6.2 Berikut ialah senarai lengkap Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 yang telah dipilih: Yang Dipertua PIBG : Encik Md Nawawi Bin Junoh Naib Yang Dipertua PIBG : Encik Mokhtar bin Hamat Setiausaha : Encik Muhammad Aimullah bin Mohd Khairi Bendahari : Encik Muhammad Baihaki Bin Shafai AJK Ibu Bapa : 1. Puan Sheshil Kaur 2. Puan Siti Mariam Binti Aliyas 3. Encik Mohd Rostam@ Riaudin Bin Yasin 4. Encik Tuan Man Bin Tuan Mat 5. Nor Suhada Bt Ismail AJK Guru : 1. Puan Noor Shahida Binti Abu Osman 2. Puan Nur Nadia Binti Sofian 3. Puan Wan Nur Izatie Binti Wan Zaharudin 4. Encik Mohd Faiz Bin Mohd Shahidin 5. Puan Rosmani Binti Ismail 6. Encik Mohd Sukri Bin Yusoff Pemeriksa Kira-kira : 1. Encik Abdul Hamid Bin Md Yusof : 2. Puan Nur Asfaziana Binti Laksamana 6.3 Penandatangan cek akaun PIBG mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang ahli seperti berikut :
20 6.3.1 YDP dan Setiausaha; atau 6.3.2 YDP dan Bendahari; atau 6.3.3 Setiausaha dan Bendahari Tindakan : Untuk makluman AGENDA 7.0: PEMBENTANGAN USUL 7.1 Berikut ialah usul ibu bapa dan ulasan yang diberikan :- Bil. USUL PENCADANG ULASAN 1. Harga makanan di kantin sekolah agak mahal mohon pihak pengurusan sekolah memantau dan juga menurunkan harga makanan. Pihak kantin sekolah juga ada mengeluarkan kata-kata dengan nada yang tinggi kepada murid-murid. Azril Rashidi bin Abdul Rahiman Pihak sekolah telah berjumpa dan berbincang bersama pengusaha kantin berkenaan isu/aduan yang pihak sekolah terima dari murid-murid dan ibu bapa. Pengusaha kantin akan tamat kontrak pada November 2023. Keputusan untuk mendapat tender baharu/dilanjutkan akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa kantin. (Respon GB) 2. Harga makanan di kantin sekolah perlu disemak semula. Md Shazili bin Nasir 3. 1. Tidak menjual makanan yang diproses (sosej ,nugget ,air berkarbonat & lain2) di kantin sekolah. 2. Menyediakan & menjual makanan yang lebih mesra kanak-kanak (kurang pedas). Nur Fatihah binti Ahamad Kharudin 4. 1.Semak semula kuantiti makanan yang dijual di kantin serta harga. Harga tidak sepadan dengan kuantiti. 2.Waktu rehat murid dianjakkan lebihan masa supaya murid sempat untuk membeli di kantin ketika waktu rehat. Muhamad Fikrie bin Bamir
21 5. 1. Diharap pihak kantin dapat menyediakan makanan berkhasiat dengan ‘portion’ bersesuaian untuk murid 7-9 tahun dan 10-12 tahun. 2. Mohon pantau barangan jualan di koperasi sekolah – tidak menjual mainan. Anis Aqilah binti Zainal Abidin 6. Ruangan kerusi dan meja di kantin sekolah perlu ditambah bagi memudahkan pelajar untuk makan dan tidak makan merata tempat. Mohd Faizal bin Hassan 7. ‘Junk food’ luar sekolah tidak diberi kebenaran untuk dijual kepada murid. Nurulhidayu binti Mat Isa Pihak sekolah dan PIBG telah membuat aduan berkenaan isu ini kepada pihak MPKJ kerana kawasan penjualan di luar sekolah bukan di bawah kuasa pentadbiran sekolah. Para penjual juga adalah dalam kalangan ibu bapa murid juga. (Respon YDP dan GB) 8. Kurangkan penjualan makanan ringan di luar kawasan sekolah. Wan Noor Ashikin binti W Ab Aziz 9. Tempat perhimpunan yang berbumbung dan bersimen untuk keselesaan muridmurid dan semua orang. Siti Norhamizah binti Juaat Pihak sekolah dan PIBG telah menghantar kertas kerja memohon peruntukan sebanyak RM400,000 daripada YB Sany namun pihak YB hanya memberi sebanyak RM5000. Pihak sekolah akan membuat kertas kerja baharu untuk memohon peruntukan daripada KPM bagi merealisasikan projek membina dewan berbumbung SKTC.
22 (Respon GB) 10. Tetapkan laluan khas untuk ibu bapa menurunkan anak ke sekolah di samping petak parkir yang telah disediakan. Zuljalal Ikram bin Kamarulzzaman Kawasan luar pagar belakang adalah tanah swasta. Kawasan sekolah terhad di lereng bukit pagar belakang sahaja. Pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk membina sebarang kemudahan/prasarana di kawasan tersebut. Diharapkan ibu bapa dapat membuat pusingan U secepat mungkin di pintu belakang selepas menghantar anak bagi mengelakkan kesesakan di bahagian pintu belakang. (Respon YDP dan GB) 11. Cadangkan tempat untuk murid berteduh di pintu pagar belakang dibesarkan lagi kerana masih ramai murid berdiri menunggu ibu bapa ditempat terdedah dengan panas terik/hujan. Mohd Ridzuan bin Ibrahim 12. Buat garisan di laluan jalan raya untuk masuk ke tempat parkir sekolah untuk memudahkan ibu bapa menghantar anak- anak ke sekolah (pintu belakang). Lijawati binti Daud 13. Naik taraf tandas dan perabot asas untuk keselesaan murid Abdul Azim bin Adnan Murid-murid membuang sampah ke dalam lubang tandas sehingga menyebabkannya tersumbat. Murid sentiasa pijak kepala paip sehingga patah setiap minggu. Pihak sekolah telah menggantikan kepala paip tembaga. (Respon GB) 14. 1. Menyediakan tandas cangkung berdekatan kelas Tahun 1. 2. Menyediakan kotak letak buku teks murid di kelas. Muhammad Haziq bin Mohd Salman Akan dilihat kesesuaian murid yang memerlukan tandas ini dengan PK HEM. (Respon GB)
23 15. Minta anak-anak tidak perlu bawa buku yang banyak ke sekolah. Kerana beg jadi berat, anak-anak tidak larat nak bawa. Rostam@Riaudin bin Yasin Jadual waktu anjal telah disediakan bermula tahun lepas (tidak terlalu banyak subjek dalam 1 hari). Murid boleh tinggal buku di dalam meja memandangkan SKTC adalah sekolah 1 sesi sahaja. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak membawa buku mengikut jadual. (Respon GB) 16. Kekalkan warna ‘name tag’ murid mengikut tahun. Contohnya Tahun 1 warna kuning. Dikekalkan sehingga murid tersebut Tahun 6. Tujuan keseragaman warna ‘name tag’ dapat mengetahui murid berada di tahun berapa. Tajul Ariff bin Endut PK Pentadbiran telah menyeragamkan warna hitam putih untuk ‘nametag’ murid tahun ini. Perkara ini akan dibincangkan kemudian bersama PK Pentadbiran untuk ditambahbaik. Ibu bapa berkemungkinan perlu mengeluarkan sedikit kos untuk membeli ‘nametag’ baharu. (Respon GB) 17. Transformasi pendidikan digital - wujudkan ‘smart TV’ bagi pengajaran dan pembelajaran G.Logeshwarri Kelas PPKI telah mempunyai 2 buah ‘Smart TV’. Kelas ini selamat kerana dilengkapi dengan ‘grill’ dan berkunci. Perbincangan bersama AJK PIBG akan diadakan untuk merealisasikan perkara ini. (Respon GB) 18. Mengadakan Bahasa Tamil sebagai kelas tambahan K.Rajagopal Pihak sekolah telah membuat permohonan dengan JPN
24 tentang perkara ini. Namun tiada sambutan dari kalangan ibu bapa (syaratnya mesti lebih daripada 25 orang ibu bapa bersetuju). Jika kelas diadakan selepas waktu sekolah, guru tersebut perlu dibayar elaun dan urusan pengangkutan pulang muridmurid perlu diuruskan oleh ibu bapa sendiri. (Respon GB) 19. Sediakan khidmat ‘guard’ untuk jaga murid melintas jalan depan sekolah kerana kenderaan yang lalu sangat membahayakan. Shahrul Hafizi Kawasan tugasan/jagaan pengawal keselamatan terhad kepada dalam kawasan sekolah sahaja. Menjaga lalu lintas di luar kawasan sekolah bukan tugas hakiki pengawal keselamatan. PIBG akan melihat kewangan tabung PIBG sekiranya hendak membayar upah pengawal keselamatan untuk menjaga lalu lintas. YDP juga telah berbincang dengan pihak MPKJ untuk membuat dan meratakan laluan pejalan kaki untuk keselamatan muridmurid. (Respon GB dan YDP) 20. Letakkan banner " DILARANG MEROKOK" di tempat mengambil murid di pintu belakang. Fatimah Zahrah binti Jaffar Tempat mengambil murid di pintu belakang bukan di bawah kuasa pentadbiran pihak sekolah. Waris yang
25 hendak merokok perlu memberi kerjasama dengan merokok jauh daripada kawasan pagar sekolah. (Respon YDP) 21. 1. CCTV di kawasan pondok pengawal untuk pantau keselamatan murid. 2. Cadangan aktiviti untuk murid moral semasa waktu bahasa Arab dan Tasmik. Kumaran A/L Vellucutty - Tender syarikat keselamatan yang sekarang tidak membekalkan CCTV. CCTV yang sedia ada kebanyakan tidak berfungsi. Pihak sekolah akan berbincang dengan AJK PIBG untuk memasang CCTV di pondok pengawal keselamatan hadapan. - Majoriti ibu bapa murid moral di SKTC tidak bersetuju anak-anak mengikuti kelas Bahasa Arab. Jadual waktu guru yang sedia ada sudah padat. Guru moral juga sudah mempunyai banyak masa mengajar dalam seminggu dan sukar bagi pihak sekolah untuk menyediakan guru bagi mengatasi perkara ini. (Respon GB) Tindakan : Pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah
26 7.2 Berikut ialah usul daripada sekolah kepada PIBG : 7.2.1 Kelulusan untuk memungut wang daripada ibu bapa: BIL. PERKARA SASARAN JUMLAH 1. Hari Graduasi Tahun 6 dan PPKI Semua murid Tahun 6 dan PPKI yang terlibat RM20 2. Jamuan kelas Semua murid RM10 3. Perkhemahan tahunan Murid yang terlibat RM150 4. Sukan (Duit Bas) Murid yang terlibat RM10 5. Lawatan Sambil Belajar Murid yang terlibat RM50 – RM120 6. Aktiviti sukan permainan Tahun 6 Semua murid Tahun 6 RM15 Tindakan : Untuk makluman 7.2.2 Permohonan daripada pihak sekolah kepada PIBG : BIL. UNIT URUSAN AMAUN JUMLAH 1. Kurikulum Hari Anugerah Kecemerlangan RM5500.00 RM7500.00 Program Tahun 6 (Motivasi dan Kecemerlangan) RM1000.00 Hari Guru RM1000.00
27 2. HEM Hari Kanak-kanak RM3600.00 RM7600.00 Gotong-royong Perdana RM3000.00 Prasarana Sekolah (kipas,lampu,dll) RM500.00 Hari Anugerah HEM RM500.00 3. Kokurikulum Sukan Tahunan RM5000.00 RM9000.00 Merentas Desa RM500.00 Hari Anugerah Kokurikulum RM500.00 Gimrama (Pasukan sekolah dan pengelola daerah) RM3000.00 4. Pendidikan Khas Hari Anugerah Kecemerlangan RM500.00 RM2100.00 Jamuan Hari Jadi RM800.00 Projek Keceriaan PPKI RM500.00 Panel Pagar BRC RM300.00 JUMLAH RM26200.00 7.2.3Kesemua usul dan permohonan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ibu bapa yang hadir. Tindakan : Untuk makluman
28 AGENDA 8.0 : HAL-HAL LAIN 8.1 Encik Mohd Shahril meminta kelonggaran membawa naik kenderaan ke dalam kawasan sekolah kepada ibu bapa yang ingin membawa pulang anak yang sakit. Isteri beliau yang membawa anak kecil dihalang oleh pengawal keselamatan untuk membawa naik kenderaan ke dalam kawasan sekolah bagi mengambil anak beliau yang sakit. • Pihak sekolah telah membuat aduan kepada syarikat pengawal keselamatan berkenaan kegagalan pengawal keselamatan untuk akur dengan pihak sekolah. Pihak sekolah akan memantau dan cuba mengatasi isu ini. Tindakan : Pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah 8.2 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM 70.00 bagi setiap keluarga. Tindakan : Untuk makluman AGENDA 9.0 : UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP PIBG menyeru semua ibu bapa agar dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah dan PIBG agar segala urusan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Tindakan : Untuk makluman 9.2 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Cuepacs kali ke-31 ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari. Tindakan : Untuk makluman Disediakan oleh, ( MUHAMAD AIMULLAH BIN MOHD KHAIRI ) Setiausaha Kehormat PIBG, SK Taman Cuepacs
LAPORAN KEWSK TAMANTARIKH PENDAPATAN RM TARIKH 01 MEI 2022 HING31.05.2023 Baki akhir 23833.26 01 JUN 2022 HING30.06.2023 Sumbangan Ibu Bapa 1398.00 30.06.2023 Infaq Jumaat 1107.00 08.06.2023 15.06.2023 15.06.2023 20.06.2023
29 WANGAN AKAUN PIBG N CUEPACS 2023/24 PERBELANJAAN RM GGA 31 MEI 2023 GGA 30 JUN 2023 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Persiapan Mesyuarat Agung PIBG SESI 2023/24 no cek 920081 1700.00 Sumbangan kepada adik Tesharn (1 Cerdik) - Patah tangan 100.00 Sumbangan kepada adik Muhammad Farhan (Pra Sekolah) - Melecur 100.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 1.Pembelian air mineral Acara Merentas Desa Peringkat sekolah (RM 500.00) 2.Pembelian barang untuk membuat tempat menunggu murid (RM 1000.00) no cek 920082 1500.00
27.06.2023 01 JULAI 2023 HING30.07.2023 Sumbangan Ibu Bapa 1202.00 06.07.2023 30.07.2023 Infaq Jumaat 1277.00 11.07.2023 17.07.2023 27.07.2023 01 OGOS 2023 HING31.08.2023 Sumbangan Ibu Bapa 2200.00 25.08.2022 31.08.2023 Infaq Jumaat 1007.00 01 SEPTEMBER 2023 HING01.09.2023 Sumbangan dan Geran Bendahari Negeri Selangor 5000.00 11.09.2023 25.09.2023
30 Sumbangan kepada adik Kavivarma (5 Bijak) - Kematian Ayah 100.00 GGA 31 JULAI 2023 Pembelian Jersi Pasukan bola tampar sekolah 675.00 Pembelian peralatan dan kelengkapan kecemasan Pasukan bola sepak sekolah 185.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Sumbangan kepada Pasukan Bola Jaring Sekolah no cek 920083 665.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Sumbangan kepada Pasukan Gimrama Sekolah no cek 920084 3000.00 GGA 31 OGOS 2023 Sumbangan Kematian ayah murid yang bernama Aina Marisa (4 Pintar) 100.00 GGA 30 SEPTEMBER 2023 Program Gotong Royong Sekolah 2023 1000.00 Duit Tumpang Pasukan Gimrama Sekolah 750.00
13.09.2023 Sumbangan dari En. Gan Hock Siong * Akaun Tumpang (Untuk Pasukan Gimrama Sekolah) 750.00 26.09.2023 31.09.2023 Sumbangan Ibu Bapa 2634.00 26.09.2023 31.09.2023 Infaq Jumaat 991.00 27.09.2023 01 OKTOBER 2023 HING16.10.2023 Sumbangan SANI Terminal SDN.BHD untuk Hari Sukan Sekolah *(Akuan Tumpang) 500.00 25.10.2023 Sumbangan Kelab Karate untuk Hari Sukan Sekolah *(Akuan Tumpang) 150.00 05.10.2023 Baki pembelian barangan membaiki bumbung 164.00 04.10.2023 25.10.2023 Sumbangan SUKE untuk Hari Sukan Sekolah *(Akuan Tumpang) 1000.00 31.10.2023 Sumbangan Luar untuk Hari Kanakkanak Peringkat Sekolah (Akuan Tumpang) 1620.00 31.10.2023 Sumbangan Ibu Bapa 4988.00 13.10.2023 31.10.2023 Infaq Jumaat 801.00
31 Pembelian alatan tandas Hari Gotong Royong 67.60 Pembelian peralatan Hari Gotong Royong 300.00 Baiki bumbung pejalan kaki sekolah 1800.00 GGA 31 OKTOBER 2023 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Membeli peralatan membaiki bumbung serta membeli 3 bilah kipas untuk kelas 4 Bijak (RM 1300.00) dan Sumbangan Hari Deepavali kepada murid India (RM 500.00) no cek 920086 1800.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Membeli besi dan upah pemasangan salur gajah no cek 920088 1500.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50
13.10.2023 01 NOVEMBER 2023 HING30.11.2022 Sumbangan Luar untuk Hari Kanakkanak Peringkat Sekolah *(Akuan Tumpang) 3095.00 30.11.2023 Sumbangan Ibu Bapa 1245.00 30.11.2023 Infaq Jumaat 452.00 01.11.2023 15.11.2023 17.11.2023 20.11.2023
32 Akaun Tumpang Hari Sukan Sekolah 2023 no cek 920090 1650.00 GGA 30 NOVEMBER 2023 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Beli pasir no cek 920091 1100.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Membeli meja makan untuk murid di kantin no cek 920092 5270.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Membeli tambahan meja makan untuk murid di kantin no cek 920093 1280.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 1. Sumbangan Hari Kanak- kanak (RM 3480.00) 2.Sumbangan Luar Hari Kanak- kanak *Akaun Tumpang (RM 3095) no cek 920094 6575.00
01 DISEMBER 2023 HING01.12.2023 Sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Program Gotong-Royong Madani 10000.00 31.12.2023 Sumbangan Ibu Bapa 1240.00 31.12.2023 Infaq Jumaat 626.00 01.12.2023 12.12.2023 15.12.2023 01 JANUARI 2024 HING31.01.2024 Infaq Jumaat 1141.00
33 GGA 31 DISEMBER 2023 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 1.Sumbangan untuk sukan sekolah (RM 5000.00) 2.Membeli alatan Sukan Sekolah (RM 1370.00) 3.Membeli mesin pemotong pokok (RM 1500.00) no cek 920095 7870.00 Bayaran Servis Aircond Pusat Sumber Sekolah (3 unit) 540.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Bayaran membaiki bumbung kantin sekolah no cek 920096 1200.00 GGA 31 JANUARI 2024 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50
31.01.2024 Sumbangan Ibu Bapa 350.00 03.01.2024 05.01.2024 10.01.2024 12.01.2024 01 FEBRUARI 2024 HING02.02.2024 29.02.2024 Infaq Jumaat 140.00 29.02.2024 Sumbangan Ibu Bapa 2200.00 28.02.2024
34 Majlis Hari Aprisiasi 2023 no cek 920097 5500.00 Sumbungan adik Haziq Irtisyam (6 Dedikasi) yang kematian ayah 100.00 1.Cenderahati kepada Pengawas,PSS, PRS, Pengawas Surau dan Pengawas Ppki (RM 650.00) 2. Graduasi dan aktiviti Tahun 6 (RM 1000.00) 3. Pembelian Pasir (RM 1500.00) 4. Pembelian Khemah RM160x12 unit (RM 1900.00) no cek 920098 5050.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 AJK pentas sekolah 700.00 GGA 29 FEBRUARI 2024 1.Pembelian Pasir dan simen (RM 1500.00) 2. Jaring (RM 500.00) 3. Baik pulih stor sukan (RM 1700.00) 4. Pembelian Lampu solar RM200x4 unit (RM 800.00) no cek 920099 4560.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 Baik pulih longkang dan pembinaan pagar no cek 920100 6000.00
01 MAC 2024 HING18.03.2024 29.03.2024 Sumbangan Perodua Saless SDN BHD *(Akuan Tumpang) 2000.00 31.03.2024 Infaq Jumaat 570.00 31.03.2024 Sumbangan Ibu Bapa 13201.00 01 APRIL 2024 HING02.04.2024 Sumbangan Yayasan Buruj *(Akuan Tumpang) 4000.00 03.04.2024 30.04.2024 Infaq Jumaat 268.00 30.04.2024 Sumbangan Ibu Bapa 3380.00 30.04.2024 Sumbangan luar 96.45 JUMLAH KESELURUHAN 94626.71
35 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 GGA 31 MAC 2024 1.Baik pulih longkang (RM 3000.00) 2.Tabahan projek bangku murid di pondok jaga (RM 404.00) no cek 920101 3404.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 GGA 30 APRIL 2024 1.Akaun Tumpang Pendidikan Islam (RM 4000.00) 2.Sumbangan duit raya kpada semua murid RM 3.00 x 1253 orang murid (RM 3759.00) no cek 920102 7759.00 Caj bank 2.00 Caj bank 0.50 JUMLAH KESELURUHAN 73948.10 BAKI DI BANK 20678.61
Disediakan oleh, ...................................................... (MUHAMMAD BAIHAKI BIN SHAFAI) (ABDBendahari PIBG , SK Taman Cuepacs. PI....... (NUR AGU*CEK BATAL 1. 920085 2. 920087 3. 920089
36 Diaudit oleh, Disahkan oleh, .................................................... UL HAMID BIN MD YUSOF) (MD NAWAWI BIN JUNOH) Juru Audit 1, YDP PIBG BG SK Taman Cuepacs. SK Taman Cuepacs Diaudit oleh, ............................................. ASFAZIANA BINTI LAKSAMANA) Juru Audit 2 , URU SK Taman Cuepacs.
37
38 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 BIL. PROGRAM / AKTIVITI 1. Penyelenggaraan Prasarana Sekolah : 1. Kerjasama pihak PIBG sekolah dengan PPDHL membaiki bumbung Blok C yang hampir jatuh 2. Membaiki perabung kantin yang rosak akibat hujan lebat . 3. Baik pulih dan menggantikan gentian kayu dan bumbung di susur gajah perjalanan murid. 4. Pemasangan besi penghalang susur gajah. 5. Pendawaian baharu di laluan pejalan kaki pintu belakang 6. Penggantian pintu kelas daif 7.Selenggara bangunan blok C (Zink bocor) disebabkan angin yang kuat. 8. Baikpulih longkang berhampiran kantin sekolah 9. Pembinaan tempat duduk murid di kawasan pondok kawasan keselamatan. 10. Membakar sarang tebuan oleh pihak bomba dalam kawasan sekolah. 11. Pembelian pasir untuk diturap di padang. 12. Pembelian 8 buah kipas untuk menggantikan kipas syiling yang rosak dan berbunyi. 13. Pembelian 4 lampu solar untuk kemudahan murid yang datang awal sekolah. 14. Pembelian tilam di bilik sakit sekolah 15. Balikpulih penutup bumbung pondok bacaan di tepi taman PPKI 16. Pembinaan besi penghadang di sekitar padang sekolah.
39 17.Membaiki bumbung blok C yang tercabut dan berlubang. 18. Pembelian khemah untuk kegunaan pelajar di luar dewan. 2. Mini gotong-royong - Kerja-kerja menebang tiga batang pokok di padang sekolah dan menebas serta meracun semak samun di pintu belakang berjaya dilaksanakan dengan bantuan AJK PIBG dan guru-guru. - Inisiatif seorang anggota FRU yang memotong rumput di pintu pagar belakang. 3. Gotong-royong Madani - Kerja-kerja gotong-royong dilaksanakan dengan kerjasama guru-guru, AKP, AJK PIBG, komuniti setempat PGA serta ibu bapa. 4. Pembelian jersey - Pembelian jersey untuk murid-murid yang mewakili sekolah di pertandingan bola jaring dan bola tampar. 5. Temasya Sukan Tahunan SK Taman Cuepacs kali ke-29. 6. Hari Kanak-kanak 7. Majlis Hari Graduasi Tahun 6, Pra dan PPKI 8. Hari Apresiasi 9. Pembelian set kerusi dan meja makan murid di kantin 10. Membawa kerusi plastik dan meja murid dari SJK (C) Batu 9 dengan bantuan anggota FRU. 11. Penyerahan duit raya kepada semua murid SKTC dan pembelian baju raya untuk murid asnaf. 12. Kutipan infaq mingguan (Tabung Sumbangan Hari Jumaat). 13. Sumbangan kepada murid yang kematian ibu/bapa.
40 14. Sumbangan kepada murid yang mengalami kecelakaan dan kemalangan. 15. Sumbangan duit raya kepada semua murid. 16. Sumbangan duit raya kepada murid India yang merayakan deepavali.