The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by whhamzah, 2020-11-30 08:35:54

Unit 4 : Interaksi antara haiwan

interaksi antara haiwan

UNIT 4
INTERAKSI ANTARA

HAIWAN

Sains Tahun 6

(A) Interaksi antara Haiwan

1.Interaksi ialah perhubungan aktif yang berlaku dalam intraspesies dan interspesies bagi
memperoleh keperluan asas.

2.Intraspesies ialah interaksi antara spesies yang sama.
3.Interspesies ialah interaksi antara spesies yang berlainan.
4.Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam bentuk kerjasama atau persaingan.
5.Kerjasama ialah interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Contoh kerjasama:

membina sarang (lebah, memerang), mengesan kehadiran pemangsa (Antelop dan babun)
6.Persaingan ialah satu bentuk interaksi yang berlaku apabila haiwan berebut sesama mereka untuk

mendapatkan sumber yang terhad. Contoh persaingan: Mendapatkan makanan (anak-anak ayam,
helang dan ular).

(B) Haiwan Hidup Berkumpulan, Kelebihan
dan Kekurangan

1.Sesetengah haiwan hidup bersama-sama dalam kalangan spesiesnya.

2.Contoh:

1. Lebah
2. Anai-anai
3. Burung bangau
4. Ikan
5. Burung layang-layang
6. Kambing
7. Singa
8. Rusa

3. Kelebihan hidup berkumpulan:

1. Dapat bekerjasama untuk membuat sarang dan mendapatkan makanan.
2. Memastikan keselamatan spesiesnya daripada serangan musuh dan melindungi anak-

anaknya.
3. Mengawal kawasannya daripada dicerobohi musuh.

4. Kekurangan hidup berkumpulan:

1. Mudah dijangkiti wabak penyakit.
2. Haiwan yang lemah dalam kumpulan besar akan mengalami kesukaran melarikan diri

daripada pemangsa.
3. Perlu bersaing untuk mendapatkan makanan dan pasangan.

(C) Haiwan Hidup Bersendirian, Kelebihan dan
Kekurangan

1.Haiwan yang hidup bersendirian ialah haiwan yang hidup tanpa kawanan.

2.Contoh:
1. Burung belatuk
2. Tapir
3. Labah-labah
4. Harimau
5. Ular Sawa
6. Tupai
7. Helang
8. Beruang

3. Kelebihan hidup bersendirian:
1. Mengelakkan persaingan memburu makanan sesama sendiri dan mengatasi masalah sumber
makanan yang terhad.
2. Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan pasangan dan kawasan.

4. Kekurangan hidup bersendirian:
1. Sukar mempertahankan diri daripada musuh.
2. Mengalami masalah kesukaran mencari pasangan ketika musim mengawan.

(D) Faktor Persaingan Haiwan Intra dan
Interspesies

1.Haiwan intraspesies bersaing untuk mendapatkan:
1. Makanan
2. Air
3. Kawasan
4. Pasangan

2.Haiwan inerspesies bersaing untuk mendapatkan:
1. Makanan
2. Air
3. Kawasan

(E) Simbiosis antara Haiwan

1.Maksud simbiosis: Hubungan antara 2 atau lebih haiwan yang saling hidup bersama.
2.Terdapat 3 jenis simbiosis: Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.
3.Mutualisme

1. Maksud: Interaksi yang membawa faedah kepada kedua-dua organisma.
2. Contoh: Buran laut dan umang-umang, buaya dan burung, kerbau dan bangau.
4.Komensalisme
1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang

satu lagi.
2. Contoh: Ikan remora dan jerung, ikan paus dan teritip.
5.Parasitisme
1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja dan satu pihak lagi rugi.
2. Contoh: Cacing pita, kutu sengkenit dan kucing.


Click to View FlipBook Version