The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sains Tahun 6 Pengenalan kepada Mikrorganisma

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by whhamzah, 2021-02-23 08:16:29

Pengenalan kepada Mikroorganisma

Sains Tahun 6 Pengenalan kepada Mikrorganisma

Keywords: Mikroorganisma

Sains Tahun 6

bersama Cikgu Wan Hassanol

Pengenalan kepada
Mikroorganisma

Objektif
Pembelajaran

1.Menyatakan 3 daripada 5 jenis
Mikroorganisma beserta dengan contoh

2.Menyatakan 5 faktor pertumbuhan
mikroorganisma

Apakah Maksud
Mikroorganisma??

Mikro:
Sangat halus,tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
Organisma:
Hidupan

MikroOrganisma:
Hidupan yang sangat halus dan
tidak dapat dilihat dengan mata
kasar

Alatan yang Mikroskop
digunakan untuk
melihat
Mikroorganisma:

Kanta Pembesar

Mikroorganisma
wujud di
persekitaran kita

Jenis dan contoh

Mikroorganisma

1. Fungi
2. Protozoa
3. Alga
4. Bakteria
5. Virus

1.Fungi Mukor
Kulat
1.Fungi ialah kumpulan organisma yang menghasilkan spora
yang mendapatkan makanan daripada bahan organik
2. Contoh fungi adalah Yis, Kulat, Mukor dan Penecellium

Yis

Penecillium

2.Protozoa Paramecium

1.Hidup di habitat berair

2. Organisma ringkas yang hanya mempunyai 1 sel sahaja

3. Terdiri daripada 2 jenis :
a. Bentuk boleh berubah : Amoeba
b. Bentuk kekal : Paramecium

Amoeba

Protozoa A makan Protozoa B

Chlorella 3.Alga
Rumpai Laut
1.Mempunyai sifat tumbuhan
2. Boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis
3. Contoh Alga ialah Rumpai laut, Chlorella, Spirulina dan Spyrogyra

SSppiriruulilninaa

Spyrogyra

4.Bakteria

1.Wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna

2. Boleh didapati di dalam pelbagai persekitaran

Streptococcus 3. Contoh Bakteria ialah Streptococcus, e.Coli, Campylobacter dan

Salmonella Campylobacter

E.Coli Salmonella

5.Virus Virus HIV

1.Mikroorganisma yang paling seni dan kecil

2. Hanya dapat dilihat di bawah mikroskop elektron

3. Contoh Virus ialah Virus HIV, Virus Influenza, Virus Hepatitis B
dan Virus bacteriophages.

Virus Virus Virus
Bakteriophages Hepatitis B Influenza

Pertumbuhan
Mikroorganisma

Makanan akan rosak sekiranya dibiarkan terlalu lama
Makanan akan bertumbuh pada makanan yang terdedah
terlalu lama
Faktor-faktor ini membolehkan mikroorganisma
mendapat keperluannya untuk bertumbuh pada makanan

5 faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan mikroorganisma

Udara Air Nutrien
Keasidan Suhu

Udara

Mikroorganisma hidup di dalam udara lembap

Mikroorganisma tidak aktif sekiranya tiada udara

Terdapat mikroorganisma jenis bakteria yang akan
menghasilkan spora dalam keadaan udara kering dan
akan bercambah bila keadaan udara sesuai

Air

Mikroorganisma memerlukan air untuk bertumbuh dan
membiak

Mikroorganisma memerlukan air untuk mendapatkan
makanan dan untuk menyingkirkan bahan kumuh

Nutrien

Makanan merupakan keperluan penting bagi SEMUA
benda hidup termasuk mikroorganisma

Mikroorganisma memerlukan protein, karbohidrat,
vitamin dam mineral untuk bertumbuh

Keasidan

Keadaan keasidan makanan sangat penting untuk
pertumbuhan mikroorganisma

Keadaan keasidan yang neutral sesuai bagi pertumbuhan
bagi kebanyakan mikroorganisma

Kadar keasidan yang terlalu rendah(berasid) dan terlalu
tinggi(beralkali) menyebabkan pertumbuhan
mikroorganisma perlahan.

Suhu

Suhu yang sesuai ataupun suhu optimum pertumbuhan
adalah berbeza-beza mengikut spesis mikroorganisma

Kebanyakan suhu optimum bagi pertumbuhan
mikroorganisma (kadar pertumbuhan mikroorganisma
paling cepat) adalah antara julat 20 hingga 50 darjah
selsius.

Suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk
mikroorganisma tidak bertumbuh atau mati


Click to View FlipBook Version