The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1134 IRISSHA IRDINA BMSJKC TUGASAN 3 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irisshairdina, 2022-04-26 23:09:03

BMMB 1134 IRISSHA IRDINA BMSJKC TUGASAN 3 (1)

BMMB 1134 IRISSHA IRDINA BMSJKC TUGASAN 3 (1)

Tugasan 3

Halangan Komunikasi Dan Isu
Dalam Keterampilan
Berbahasa

Pensyarah: Puan Arbiah binti Maddahiri

BMMB 1134

Definisi Komunikasi

Komunikasi merupakan aktiviti keperluan bagi setiap individu,
kerana ia berlaku setiap hari. Komunikasi adalah proses
berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada
sumberkepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-
duanya. Selain itu, komunikasi juga merupakan sesuatu mesej
daripada penyampai kemudian dipindahkan menerusi alat atau
saluran khas kepada penerima yang kemudiannya memberi
maklum balas terhadap mesej tersebut yang mengembalikan
isyarat dalam bentuk yang sama ada mesej tersebut difahami
atau tidak difahami.

Definisi Keterampilan
Berbahasa

Keterampilan berbahasa adalah kecekapan dan kemahiran
seseorang dalam menggunakan bahasa secara lisan mahupun
tulisan. Di samping itu, seseorang penutur juga haruslah
menguasai bahasa yang dituturkan. Keterampilan berbahasa
merangkumi perlakuan manusia pada setiap hari dan
perlakuan itu membentuk cara pertuturan, penyelidikan dan
penulisan. Dalam konteks ini, terdapat empat aspek dalam
kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

Halangan Komunikasi Dalam
Keterampilan Berbahasa

Keluarga Pendidikan

Mkskaoyametrmabesecunainnabngntypuaiaekknbaadkgahausnaib,rcrakabsiaanerengnabktae-sarcegbrjmaameaariar.emakkraoiiTebnbnmakueaamurnkbbyboaiekaamhraknpakuusagnunirraikkandpsiantaugesagjlniaadd,kaepadanepniksnangaeeagtakbcenk-ailt-laiabhbankahenlaauttaak,unagklni. mkybaoepasaPymeseneganasangiedthdokiaiddaibdrmniaaatikdkiananiaiksvngneyib.dsaaayHuejnhakuabaganuglsnygaaaimanhabnibmyanmgokaeiaeelknnesrgtghemaaiajdnek.slmaanaaokemyn,pmuiainpkbnmeadekenirremnvtkgtiuadaeadatlrnuraubpuhraayhmattiaemannrkesegpaesnkeetngamenbgrdeauaudnilndimnadkaitlpkanakuaipyalmkanaannt

Halangan Komunikasi Dalam
Keterampilan Berbahasa

Perbezaan Budaya Pendidikan

Psmeaatmraegulsbaneraneehsmamtszeuepaabskoutaauenrnttarydudnaambigrnhieuiammdilnaadaembdahynnaaiarayvgnsimieaapgdbiyansluaaaadhb.kanteakogarpmAmskanduteaoainbsamsuiymkuytrana.saafseilnkakkisaagakedttsntioierynMtdaguiakkanrkelauagherttyapasebnkmileaaaberiannbnygdijlsaaaiauvnidnoaikgidglaneurh StAuieibnsnnAnreeddbttdrsariuaakveorktoikoamadamrumslapuDaenenonntngiewygkuyraaannabsts,tekoaiubSilktketu-apdrhtpeoneennkmnjbyegauyeeaapgnadrkanakyakiotientymbnaaasyuoknebaanrybgkmninaakaganagmnlgmsam.eiieremnenBnyekugydraaiakeeai.dalkblaieanaanmrhbgiitkisianatukuknkpeakaesanmrnustaeykaurahakenarkaokatjinaltuane.k,h

Halangan Komunikasi Dalam
Keterampilan Berbahasa

Halangan Semantik

Pendidikan mempengaruhi keterampilan berbahasa
seseorang itu kerana pendidikan yang diberi dan
dipelajari setiap individu adalah berbeza. Ini juga
menjadi faktor seseorang itu gagal berkomunikasi denga
baik. Contohnya, terdapat dua individu yang mengambil
dua bidang yang berbeza dan apabila mereka ingin
berbicang mengenai sesuatu perkara akan menyebabkan
kekeliruan serta kegagalan dalam berkomunikasi.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Penggunaan Bahasa Yang Kasar

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa kasar
didefinisikan sebagai bahasa yang tidak sopan atau tidak manis
dituturkan. Kini, terdapat segelintir remaja yang gemar
menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam perbualan harian
samaada secara lisan mahupun bukan lisan. Hal ini disebabkan,
sikap ibu bapa yang kurang mengambil perhatian terhadap anak-
anak dan tidak menegur mengenai cara percakapan anak-anak
yang mana mengakibatkan mereka tidak tahu cara berkomunikasi
dengan sopan dan betul. Contoh perkataan kurang sopan yang
sering disebut oleh remaja pada era ini adalah perkataan bodoh,
gila dan sebagainya.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Pengaruh Budaya Barat

Umum mengetahui, budaya barat adalah kebudayaan
yang berasal daripada negara barat iaitu Eropah. Kini,
budaya barat menjadi isu kerana masyarakat pada
hari ini lebih selesa ataupun gemar menggunakan
bahasa-bahasa yang dicampur adukkan dengan bahasa
Inggeris. Ini secara langsung menyebabkan
keberkesanan komunikasi yang tidak dapat dijamin
kerana mengalami kebingungan dalam komunikasi.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Kecelaruan Bahasa

IpdsbmsbAbeeeeuaeendbmrnhragabikagkgkigoliusuaaaakamanlinneausacgnanaaenkyiiknleekaakargat,raanaisugunibiranamaaabknd.,heeivaarrMyialstOdaaaaanlubknleuaaaughythmeylsaetratieiseasbetnnareuirghgubd,matuiearlbtaihrmbbauampaoahpmdienlnaaearpkyysklhrieuaaaraicp.kneab. asleKdabnepraeermeHafsurgiaubalkaaamialnilnrrkaana.usysiiyneanbyaji,edaerridnnvakkiidgakoesdiaekcmukdbteauisalktnaeabbeyimrkkoknauaaaaalnaesnsnlgnhiai.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Isu budaya

Perkahwinan antara orang Melayu dengan orang cina ataupun bangsa lain ini
membawa banyak kelebihan kepada masyarakat tersebut kerana ia dapat
mempelajari pengetahuan dalam mengenali banyak bangsa dan budaya selain
daripada bahasa melayu.
Namun, keterampilan berbahasa terutamanya dalam bahasa melayu telah
tercalar apabila penggunaan bahasa ini dicampur adukkan dengan bahasa
lain.
Hal ini disebabkan kerana generasi baru daripada perkahwinan campur
tersebut akan terganggu bahasanya apabila menggunakan dua bahasa yang
berlainan yang menyebabkan berlakunya penggunaan bahasa rojak.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Isu Media Sosial

Isu penggunaan bahasa melayu semakin membimbangkan pada hari ini.
Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu tidak diguna pakai oleh
rakyat kita dengan kaedah yang ditetapkan.
Bahasa melayu dahulu telah ditelan zaman dan generasi akan datang
tidak akan mengetahui bahasa asli dan sebenar yang betul bahasa
melayu.
Isu ini dapat dilihat dengan jelas dalam media sosial seperti
“Facebook”, “Whatsapp”, “Twitter”, “WeChat” dan sebagainya.
Media sosial ditakrifkan sebagai satu penyebaran penggunaan bahasa
yang baik, indah dan persis.
Oleh itu, media sosial menyebabkan kehilangan bahasa Melayu pada
hari ini.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Isu Media Sosial

Bahasa rojak merupakan salah satu isu yang hangat dalam media sosial.
Penggunaan bahasa yang bercampur akibat percantuman bahasa dari
setiap kaum- kaum yang telah melahirkan bahasa rojak. Dengan adanya
bahasa rojak, masyarakat kini memandang remeh dengan penggunaan
bahasa melayu ini kerana ini telah menjadi satu gaya percakapan yang
lebih bersifat Malaysia.
Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kini sering
digunakan semasa berkomunikasi dengan kawan lain dalam media sosial.
Kesannya, remaja kini akan mengalami kekeliruan bahasa yang akan
mempengaruhi generasi masa hadapan.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Isu bahasa

Bahasa melayu terpinggir akibat daripada bahasa rojak yang
sering digunakan.
Buktinya, orang melayu pada masa kini mudah dipengaruhi oleh
bahasa-bahasa asing seperti bahasa cina, bahasa inggeris dan
sebagainya.
Mereka lebih mengagumi bahasa lain khususnya bahasa inggeris
dan beranggapan ia merupakan bahasa yang penting dalam
pertuturan serta melambangkan ketinggian taraf mereka.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Isu bahasa

Dasar kerajaan yang telah menggantikan Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) subjek sains dan matematik dalam bahasa
melayu digantikan dengan bahasa inggeris ini telah
menyebabkan bahasa melayu terpinggir.
Hal ini dianggap kerana tidak setaraf dengan bahasa
antarabangsa jika menggunakan bahasa melayu.
Kesannya, masyarakat memandang buruk dan rendah terhadap
kepentingan bahasa Melayu dalam pendidikan.

Isu Dalam Keterampilan
Berbahasa

Isu bahasa

Media massa menjadi punca yang menjadikan bahasa melayu dipinggirkan
secara berleluasa.
sebagai contoh dapat kita lihat dalam penggunaan bahasa dalam radio,
televisyen atau akhbar, drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan
di kaca televisyen kebanyakannya juga sering menggunakan bahasa
rojak.
Sebilangan orang besar dan juga orang ramai yang diwawancara di
kaca televisyen turut menggunakan bahasa rojak.
Perkara-perkara ini telah menjadi ikutan dan trend yang sering
digunakan oleh masyarakat.
Kesannya, bahasa melayu kurang diminati oleh masyarakat kerana orang
ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi, terdapat banyak
halangan dan isu yang dapat menyebabkan kegagalan dalam
berkomunikasi dan hal ini perlu dibendung sebelum nasi sudah
menjadi bubur iaitu sebelum berlakunya isu-isu yang lebih teruk.
Oleh itu, ibu bapa, pihak sekolah dan masyrakat wajarlah
berganding bahu dan bertanggungjawab memainkan peranan
masing-masing bagi mengatasi halangan dan isu dalam
keterampilan bahasa. Natijahnya, komunikasi yang lebih baik
akan diperoleh sekiranya segala halangan dan isu tersebut
dibendung dengan secepatnya.

Sekian
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version