GERAKAN SYIAH MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM MPU23012 - PENGAJIAN ISLAM muftiwp.gov.my E-FOLIO | 2024 DPR2B SESI II : 2023/24
'KITA PERLU BANTU PULIH AKIDAH MEREKA' ISI KANDUNGAN GERAKAN SYIAH MENGENAI AKIDAH ISLAM DI MALAYSIA BOLEH BERBEZA-BEZA BERGANTUNG KEPADA PERSPEKTIF INDIVIDU ATAU KUMPULAN 06-07 09 08 10 KEYAKINAN SYIAH YANG BISA DIANGGAP SEBAGAI ANCAMAN TERHADAP AKIDAH UMAT ISLAM PELIHARA AKIDAH DARIPADA FAHAMAN SYIAH YANG TERPESONG 01 02 03 04 PENGENALAN PERANAN PENULIS KAWAL DIRI DARIPADA TERPENGARUH DAKWAH SYIAH 05 6 RESOLUSI KEKANG GERAKAN SYIAH DI MALAYSIA PRAKATA 11 SEJARAH SYIAH DI MALAYSIA 12 RUJUKAN SYIAH TIDAK BOLEH DISEBARKAN WALAUPUN SECARA TERTUTUP : HARUSSANI 13
E-folio yang disediakan ini adalah untuk membantu umat islam dalam mencegah kegiatan ajaran syiah. Gerakan syiah ini mampu memecahbelahkan umat islam kerana ajarannya yang memesongkan akidah umat islam. Pada era globalisasi ini, gerakan syiah disebarkan dengan mudah terutama sekali dari media sosial dan internet. E-folio ini juga merupakan salah satu cara bagi mengukuhkan ajaran Islam yang benar bagi menghapuskan ajaran syiah yang terus merosakkan akidah umat islam hari demi hari terutamanya dalam kalangan remaja oleh itu e-folio atau nama sebenarnya eletronik folio mudah disebarkan dikalangan remaja yang sering menggunakan internet dan media sosial. E-folio ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi maklumat dan isi-isi berkaitan syiah supaya umat islam dapat membezakan ajaran islam dan ajaran syiah malah, e-folio ini juga dapat menghuraikan kepada masyarakat bukan islam berkenaan perbezaan agama islam dengan agama yang lain. Jika gerakan syiah tidak dicegah dari pada masa kini bagaimana kita sebagai umat islam hendak menjaga dan membangunkan perkembangan agama islam di masa hadapan? Inilah tujuan penyedian e-folio ini. Walaupun sedikit sahaja yang dapat dirungkaikan di dalam e-folio ini namun di sinilah permulaan untuk kita lebih medalami islam dan menjaga diri daripada terlibat dalam kegiatan ajaran syiah. Bak kata pepatah sedikitsedikit, lama-lama menjadi bukit. PENGENALAN 01
Dengan rendah hati, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli pasukan yang telah menyumbang dalam penciptaan e-folio ini. Kerjasama dan kerjasama erat antara kami telah menghasilkan karya yang kami banggakan. E-folio ini adalah hasil usaha bersama kami untuk merekod dan merenung perjalanan pembelajaran dan pencapaian kami sebagai satu pasukan. Setiap ahli pasukan telah membuat sumbangan yang berharga, baik dalam menyediakan kandungan dan dalam mengembangkan idea kreatif. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu puan jariah binti abdullah yang telah memberikan tunjuk ajar sepanjang proses penghasilan e-folio ini. Tidak lupa juga kami merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberikan sokongan moral dan motivasi dalam setiap langkah kami. Semangat dan dorongan mereka adalah pendorong utama dalam perjalanan kami untuk mencapai matlamat kami. Kami berharap agar e-folio ini dapat menjadi sumber inspirasi dan rujukan kepada pembaca yang ingin meluaskan ilmu dan meningkatkan kemahiran. Semoga karya ini dapat memberi manfaat sebenar kepada sesiapa yang mengaksesnya. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian dalam menghasilkan e-folio ini. Semoga kerja keras dan dedikasi kami tercermin dalam kerja ini. 02 PRAKATA
Syasya Nurqamarina Bt Shamsul Bahari (06DPR23F1010) -Editor -Penulis Nur Nabilah Husna Bt Norhisham (06DPR23F1099) -Grafik -Penulis Nur Aleeya Natasha Bt Asrul Effandi (06DPR23F1034) -Grafik -Penulis Nur Alya Nadhirah Bt Mohd Fauzi (06DPR23F1052) -Editor -Penulis 03 PERANAN PENULIS:
DISEDIAKAN OLEH:NUR NABILAH HUSNA 04 KAWAL DIRI DARIPADA TERPENGARUH DAKWAH SYIAH SETIAP INDIVIDU PERLU MENYEKAT DIRI SENDIRI DARIPADA TERPENGARUH DENGAN PENYEBARAN AJARAN SYIAH. TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATUK ASYRAF WAJDI DUSUKI BERKATA WALAUPUN FATWA PENGHARAMAN SUDAH DIKELUARKAN, PENYEBARANNYA SUKAR DISEKAT KERANA KETERBUKAAN DI INTERNET. "PEMANTAUAN SERTA PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN BERKENAAN TERHADAP BAHAN BACAAN BERUNSUR SYIAH JUGA TIDAK PERNAH BERKURANGAN. "KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) SENTIASA MENGAWAL KEMASUKAN BUKU-BUKU YANG BOLEH MEMESONGKAN WALAUPUN MENDAPAT KRITIKAN DENGAN ALASAN MELANGGAR DASAR HAK ASASI. "KITA PERLU BERPEGANG KEPADA PERLEMBAGAAN. AGENDA MENANGANI PENYEBARAN AJARAN SESAT INI SUDAH LAMA KITA LAKSANAKAN. "AGENDA MENANGANI AJARAN SYIAH JUGA TIDAK BOLEH DILETAKKAN KEPADA BAHU KERAJAAN SEMATA-MATA," KATANYA PADA SIDANG MEDIA SELEPAS MERASMIKAN 'SEMINAR ANTARABANGSA GERAKAN SYIAH DAN KESANNYA TERHADAP DUNIA ISLAM 2016 (SGS16) DI SINI, HARI INI. IA DIANJURKAN JAWATANKUASA ULAMA, PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM), JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) DAN GABUNGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (ACCIN). DALAM PADA ITU, DR ASYRAF BERKATA, KERAJAAN TIDAK AKAN MENYEKAT KEMASUKAN PELAJAR YANG DIDAPATI MENGAMALKAN SYIAH SELAGI TIDAK TERDAPAT UNSUR PENYEBARAN AJARAN ITU. FAHAMAN SYIAH DIHARAMKAN KERANA AJARANNYA MENYELEWENG, MENYIMPANG DARIPADA AJARAN ISLAM YANG SEBENAR SERTA BOLEH MENIMBULKAN BAHAYA DAN PERPECAHAN KEPADA UMAT ISLAM. TERDAPAT 22 ELEMEN YANG DIKENAL PASTI TERKANDUNG DALAM FAHAMAN SYIAH DAN TELAH DIWARTAKAN MENYELEWENG OLEH JAWATANKUASA BERKENAAN. ANTARANYA, MEMPERCAYAI KEMUNCULAN MUHAMMAD BIN HASSAN ALAKSARI SEBAGAI IMAM MAHDI BERSAMA KUMPULAN ORANG YANG TELAH MATI UNTUK MEMBERI KEADILAN; MEMPERCAYAI HANYA SAIDINA ALI SAHAJA YANG MENGHIMPUN AL-QURAN DENGAN SEMPURNA DAN MENYAMAKAN TARAF SAIDINA ALI DENGAN ALLAH. KITA PERLU BERPEGANG KEPADA PERLEMBAGAAN. AGENDA MENANGANI PENYEBARAN AJARAN SESAT INI SUDAH LAMA KITA LAKSANAKAN. "AGENDA MENANGANI AJARAN SYIAH JUGA TIDAK BOLEH DILETAKKAN KEPADA BAHU KERAJAAN SEMATA-MATA," KATANYA PADA SIDANG MEDIA SELEPAS MERASMIKAN 'SEMINAR ANTARABANGSA GERAKAN SYIAH DAN KESANNYA TERHADAP DUNIA ISLAM 2016 (SGS16) DI SINI, HARI INI. ‘ASYRAF WAJDI: WALAUPUN FATWA PENGHARAMAN SUDAH DIKELUARKAN, PENYEBARANNYA SUKAR DISEKAT KERANA KETERBUKAAN DI INTERNET.’
6 RESOLUSI KEKANG GERAKAN SYIAH DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: NUR NABILAH HUSNA PUTRAJAYA: UMAT ISLAM DI MALAYSIA PERLU BERSATU PADU DALAM MENDEPANI ANCAMAN AQIDAH YANG MELANDA DUNIA ISLAM. ATASE AGAMA KEDUTAAN ARAB SAUDI DI KUALA LUMPUR, SYEIKH ABDURRAHMAN IBRAHIM AL - RUBAI’IN, BERKATA ANTARA CABARAN DIHADAPI UMAT ISLAM HARI INI IALAH PERPECAHAN YANG DIBAWA OLEH AJARAN SYIAH. “PERBEZAAN ANTARA AHLI SUNNAH DENGAN SYIAH BUKAN MEMBABITKAN SOAL FIQIYYAH SEMATA-MATA, TETAPI JUGA ANTARA HAQ DENGAN YANG BATIL,” KATANYA PADA MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN ILMU SUNNAH PERINGKAT KEBANGSAAN DI SINI, HARI INI. KONVENSYEN ANJURAN PERTUBUHAN ILMUAN MALAYSIA (ILMU) DENGAN KERJASAMA PIHAK MUSTASYAR AL-ISLAMI ARAB SAUDI ITU DISERTAI KIRAKIRA 200 PESERTA DARI SELURUH NEGARA. SYEIKH ABDURRAHMAN BERKATA, ULAMA TERDAHULU TELAH MELAKUKAN USAHA TAQRIB (MENDEKATI) KELOMPOK BERKENAAN, NAMUN IA USAHA YANG SIA-SIA EKORAN TIDAK WUJUD SEBARANG TITIK PERTEMUAN ANTARA SUNNAH DAN SYIAH. PENYATUAN SYIAH DENGAN SUNNAH TIDAK AKAN TERCAPAI EKORAN SIKAP SYIAH ITU SENDIRI YANG TIDAK MENGIKTIRAF AL-QURAN YANG BERADA DI SISI AHLI SUNNAH. SEMENTARA ITU, KONVENSYEN BERKENAAN MENGGARISKAN ENAM RESOLUSI BAGI MENGEKANG GERAKAN AJARAN SYIAH DI MALAYSIA. SETIAUSAHA AGUNG ILMU, AHMAD FAZRIN YAHAYA, KETIKA MEMBACAKAN RESOLUSI ITU BERKATA, PERTAMA PIHAKNYA MEMPERSEMBAHKAN HARAPAN TINGGI KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA UNTUK MENGAMBIL SEGALA LANGKAH SEWAJARNYA DALAM MELIPATGANDAKAN USAHA MENGEKANG GERAKAN TERBABIT. K-ISDC 2019 TURUT MENGGESA JABATAN AGAMA NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SECARA UMUMNYA AGAR MENYEBAR LUAS KEMPEN MENERUSI PELBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN BERHUBUNG KESESATAN DAN BAHAYA AJARAN SYIAH. “DI SAMPING ITU, KAMI MENYERU KERAJAAN AGAR MENYEKAT SEBARANG RUANG MEDIA KEPADA MANA-MANA KUMPULAN SYIAH ATAU PEMBELANYA MENZAHIRKAN PEMIKIRAN ATAU TUNTUTAN MEREKA. “MEREALISASIKAN HASRAT ITU JUGA, K-ISDC 2019 MENCADANGKAN PENGANJURAN SEGERA SATU PERSIDANGAN ULAMA’ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH PERINGKAT ANTARABANGSA DI BAWAH PAYUNG PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC) BAGI MEMBINCANGKAN TAJUK-TAJUK UTAMA BERKAITAN BAHAYA AJARAN SYIAH DENGAN MALAYSIA DICADANGKAN SEBAGAI NEGARA PENGANJUR. “JUGA MENYERU KERAJAAN AGAR TERUS BERSAMA DENGAN NEGARANEGARA ISLAM UNTUK MEMPERKUKUHKAN KESATUAN UMAT ISLAM DI BAWAH PAYUNG OIC DIKETUAI OLEH ARAB SAUDI, SERTA BERWASPADA DARI BEKERJASAMA DENGAN PIHAK YANG MEMPUNYAI AGENDA UNTUK MEMPORAK-PERANDAKAN KESATUAN INI,” KATANYA. AHMAD FAZRIN BERKATA, KONVENSYEN TURUT MENGAJAK MASYARAKAT ISLAM UNTUK BERSAMA-SAMA BERUSAHA MENOLAK AJARAN SYIAH DENGAN MENAMBAH ILMU DAN MAKLUMAT BERKAITAN MENERUSI PENGAJIAN ILMU YANG BERTERUSAN. 05
'KITA PERLU BANTU PULIH AKIDAH MEREKA' Syiah adalah satu ajaran menyeleweng daripada Islam dan perkara itu sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sejak 1996. Bagaimanapun, ajaran berkenaan dikesan masih berkembang sehingga kini termasuk wujud usaha kumpulan tertentu yang menerima dana daripada luar negara bertujuan untuk mengembangkannya di negara ini. Kewujudan kira-kira 40 hauzah iaitu pusat ibadat untuk ajaran Syiah seluruh negara menggambarkan bahawa gerakan itu bukan saja tidak menghormati keputusan MFK malah, wujud kebimbangan berlaku ketidakstabilan keselamatan. Untuk menjelaskan perkara itu wartawan, Muhammad Saufi Hassan menemu bual Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Datuk Zakaria Stapa. Zakaria yang berpengalaman lebih 15 tahun sebagai Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan giat mengkaji berkaitan gerakan Syiah termasuk ancaman gerakan lain terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Malaysia. Secara asasnya sejak bila perkembangan Syiah berlaku di negara ini? Perkara ini sudah berlaku sejak berdekad yang lalu atau secara tepatnya selepas Revolusi Iran pada penghujung 1970-an yang menyingkirkan golongan diraja negara itu dikenali dengan nama Shah of Iran. Ketika itu, masyarakat umum di negara ini masih kurang arif berkaitan Syiah dan hanya beranggapan bahawa ia adalah salah satu daripada mazhab yang wujud seperti Maliki, Hanafi, Hanbali dan Syafie. Kejayaan gerakan terbabit sedikit sebanyak mendapat tempat di hati pemimpin politik tanah air dan wujud pandangan bahawa untuk mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia, perlu mengikut contoh Iran. Asbab daripada itu, maka sedikit demi sedikit doktrin atau fahaman itu mulai masuk kerana kekaguman kita terhadap kejayaan Iran tanpa disedari bahawa aliran fahaman mereka sangat tidak bersesuaian untuk diamalkan. Tambahan pula, aliran berkenaan begitu bertentangan dengan ASWJ yang diguna pakai oleh kebanyakan negara Islam lain. Hasil daripada revolusi itu juga, ramai rakyat kita yang bertindak menghantar anak untuk menyambung pengajian dalam bidang keagamaan di Qoms, Iran. Boleh Prof jelaskan bilakah Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) bertindak untuk memutuskan ajaran ini sebagai sesat? Selepas kembalinya pelajar kita yang belajar di Iran, mereka membawa doktrin Syiah dan aliran itu didapati semakin berkembang sehingga memaksa MFK untuk bersidang sekitar Mei 1996 untuk membincangkan perkara itu. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 membincangkan Syiah di Malaysia dan keputusannya adalah semua mazhab dalam aliran Syiah adalah bersifat sesat serta dilarang untuk diamalkan. Sebelum itu, pada 1984, keputusan muzakarah hanya menetapkan dua aliran mazhab Syiah saja dibenarkan iaitu Zaidiyah dan Jaafariah namun selepas keputusan terbaru MFK itu, semua aliran ajaran itu didapati menyeleweng. Keputusan itu juga menetapkan bahawa umat Islam di negara ini hendaklah mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak. DISEDIAKAN OLEH: NUR ALEEYA NATASHA 06
Boleh Prof jelaskan sejauh mana pertentangan akidah Syiah dan ASWJ? Perbezaan ini boleh dikesan dengan ketara sama ada daripada aspek akidah, akhlak atau syariah sekalipun. Jika kita melihat kepada aspek akidah, mereka golongan Syiah memegang mempercayai Imamah (Imam mereka) termasuk dalam rukun Islam, manakala kita tidak ada perkara sebegitu. Syiah juga beranggapan bahawa ilmu Allah itu berubah mengikut suasana atau peristiwa yang berlaku terhadap manusia sedangkan secara mutlaknya, ilmu Allah itu bersifat Qodim (sedia ada) dan perkara itu tidak dipertikaikan. Seterusnya, mereka mengamalkan taqiyyah (menyembunyikan iman) dan bermuka-muka. Jika mereka bergaul dalam komuniti ASWJ, mereka seperti pengikut Islam sebenar namun hakikat sebenarnya adalah mereka dengan sengaja tidak mahu mendedahkan akidah serta pegangan mereka. Berdasarkan pandangan kumpulan Syiah yang radikal, mereka beranggapan bahawa Saidina Ali itu tarafnya sama seperti Allah dan kumpulan ajaran ini mengkafirkan hampir semua sahabat termasuk Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Muawiyah Abu Sufyan. Daripada aspek syariah pula, mereka menolak ijmak ulama iaitu keputusan yang dibuat oleh ulama, menolak Qiyas (menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran atau Hadis atau ijmak ulama) dan mengamalkan nikah Muta’ah. Nikah Muta’ah ini secara mudah boleh kita anggap sebagai nikah kontrak untuk suatu jangka masa sedangkan perkara ini sangat dilarang dalam Islam. Syiah juga tidak mengamalkan solat lima kali sehari semalam sebaliknya hanya tiga kali saja yang dijamakkan untuk setiap waktu seperti solat Zuhur dan Asar dijamakkan pada solat Zuhur, solat Maghrib dan Isyak dijamakkan dalam solat Maghrib dan Subuh. Kita sebagai ASWJ, jamak hanya dibolehkan ketika kita bermusafir saja sedangkan Syiah untuk semua keadaan. Mereka juga tidak memakan sembelihan orang ASWJ kerana beranggapan bahawa darah orang selain daripada pengikut mereka adalah halal dan kita dianggap kafir. Mengapakah Syiah begitu membenci sahabat dan mengkafirkan mereka? Golongan Syiah ini beranggapan bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW, Saidina Ali adalah paling layak sedangkan dalam beberapa keadaan Abu Bakar dipilih menjadi pemimpin pertama selepas ketiadaan baginda nabi. Untuk itu, mereka beranggapan semua sahabat ini berkomplot untuk meminggirkan Saidina Ali sedangkan faktanya tidak begitu dan pengikut Syiah ini berlebihan dalam hal berkenaan. Bagi memahami lebih jelas, pendekatan mereka untuk mengkafirkan sahabat adalah untuk memusnahkan sumber kedua berhukum dalam Islam iaitu hadis. Kebanyakan periwayat hadis adalah dalam kalangan sahabat kerana mereka mendengar sabda nabi, mereka melihat perbuatan nabi dan tingkah laku baginda. Apabila mereka mengkafirkan sahabat, secara halusnya, mereka mahu menolak sumber kedua berhukum dalam Islam. Ada cadangan bahawa perlu diwujudkan garis panduan untuk mengasingkan hukuman antara penganut ajaran Syiah dan penyebar. Apakah pendirian Prof dalam hal ini? Pertama, perlu kita tahu bahawa perundangan berasaskan kepada Perlembagaan. Dalam Perlembagaan kita menyatakan bahawa agama Persekutuan adalah Islam dan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam boleh menganut sebarang agama lain asalkan tidak menyebarkan dakyah itu. Perlu difahami bahawa peruntukan ini terpakai untuk golongan bukan Islam. Ia tidak terpakai untuk Syiah kerana Syiah adalah satu aliran yang sesat dalam Islam, tetapi tidak pula mereka menjadi kafir. Ini yang membezakan peruntukan undang-undang itu. Untuk agama lain, ya betul, mereka boleh menganut, tetapi tidak menyebarkannya. Tetapi untuk Syiah tidak begitu, kerana kita hanya memperincikan bahawa mereka sesat dan dalam golongan yang menyeleweng saja. Perkara ini sangat berbeza. Oleh itu, penganut Syiah perlu bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenarnya. Cadangan untuk mewujudkan garis panduan itu adalah tidak praktikal secara keseluruhannya. Syiah ini bukan kafir, mereka masih dianggap Islam namun terpinggir dalam golongan sesat dan menyeleweng. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk memulihkan akidah mereka. DISEDIAKAN OLEH: NUR ALEEYA NATASHA 07
Perbezaan Perayaan dan Amalan Agama: Terdapat perbezaan dalam amalan dan perayaan agama antara masyarakat Syiah dan Sunni. Sebagai contoh, perayaan seperti Asyura mempunyai makna yang berbeza dalam keduadua tradisi. Hadis dan Sejarah: Terdapat perbezaan tafsiran hadis dan sejarah awal Islam antara kedua-dua mazhab. Sebahagian ulama dan ulama Sunni mendakwa beberapa hadis dan riwayat sejarah yang diakui oleh Syiah bercanggah dengan riwayat yang diterima oleh majoriti Muslim Sunni. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa tidak semua Syiah atau Sunni memegang pandangan ekstrem seperti itu, dan ramai yang berusaha untuk menggalakkan dialog, toleransi, dan kerjasama antara mazhab. Adalah penting untuk memahami perbezaan ini dengan hati yang terbuka dan mencari pemahaman yang lebih baik tentang persamaan dan perbezaan antara kedua-dua sekolah. KEYAKINAN SYIAH YANG BISA DIANGGAP SEBAGAI ANCAMAN TERHADAP AKIDAH UMAT ISLAM 08 Perbincangan tentang ancaman gerakan Syiah terhadap akidah Islam adalah topik yang sering menimbulkan perdebatan di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diperhatikan bahawa tidak semua Syiah berpegang kepada pandangan atau amalan yang sama, seperti dalam setiap mazhab atau mazhab agama. Sebilangan orang percaya bahawa terdapat beberapa aspek fahaman Syiah yang boleh dianggap sebagai ancaman kepada akidah Islam. Sebahagian daripada ini termasuk: Konsep Imamah: Konsep ini menekankan kepentingan Imamah (kepimpinan rohani) yang diwarisi daripada Nabi Muhammad. Sesetengah kumpulan Syiah percaya bahawa hanya imam dari keturunan Ali bin Abi Talib yang mempunyai kuasa rohani yang sah, manakala majoriti Muslim Sunni tidak mengiktiraf kuasa ini. Takfir: Beberapa kumpulan Syiah telah dituduh melakukan takfir (melakukan kekufuran) terhadap orang yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka. Ini boleh menjadi ancaman serius kepada perpaduan Ummah Islam, kerana sikap seperti ini boleh mencetuskan konflik antara mazhab. DISEDIAKAN OLEH: SYASYA NURQAMARINA
GERAKAN SYIAH MENGENAI AKIDAH ISLAM DI MALAYSIA BOLEH BERBEZA-BEZA BERGANTUNG KEPADA PERSPEKTIF INDIVIDU ATAU KUMPULAN Pendapat tentang gerakan Syiah mengenai akidah Islam di Malaysia boleh berbeza-beza bergantung kepada perspektif individu atau kumpulan tertentu. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa pandangan umum yang boleh dihadapi: Kebimbangan tentang Perpecahan: Mungkin ada yang bimbang tentang potensi perpecahan dalam masyarakat Islam Malaysia kerana perbezaan fahaman antara Sunni dan Syiah. Mereka mungkin melihat gerakan Syiah sebagai ancaman kepada perpaduan umat Islam dan kestabilan sosial. Kepentingan Dialog dan Pemahaman: Sesetengah mungkin percaya bahawa penting untuk menggalakkan dialog antara sekolah dan meningkatkan persefahaman antara Sunni dan Syiah. Ini boleh mewujudkan peluang untuk membina toleransi dan kerjasama antara masyarakat, serta mengurangkan ketegangan antara mazhab. Perlindungan Identiti Sunni: Sesetengah individu atau organisasi mungkin melihat gerakan Syiah sebagai ancaman kepada identiti Sunni di Malaysia. Mereka mungkin berusaha untuk melindungi ajaran dan amalan Sunni daripada pengaruh atau penyebaran doktrin Syiah di negara ini. Keperluan Pendidikan dan Kaunseling: Terdapat juga pandangan yang menyatakan perlunya pendidikan dan kaunseling yang lebih baik tentang perbezaan antara mazhab Syiah dan Sunni. Ini dapat membantu orang ramai memahami persamaan dan perbezaan antara kedua-dua mazhab, serta menghargai kepelbagaian dalam kepercayaan agama. Konteks Politik dan Sosial: Sesetengah penganalisis mungkin melihat gerakan Syiah di Malaysia dalam konteks politik dan sosial yang lebih luas, termasuk hubungan dengan negara lain di rantau ini. Mereka mungkin memberi perhatian kepada bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi dinamik antara sekolah di Malaysia. Penting untuk memahami bahawa pandangan tentang gerakan Syiah di Malaysia boleh berbeza-beza dan kompleks, dan selalunya bergantung kepada latar belakang, kepercayaan dan pengalaman individu atau kumpulan tertentu. Kesedaran tentang kepelbagaian pandangan ini penting untuk menggalakkan dialog yang membina dan persefahaman yang lebih baik antara semua pihak yang terlibat. DISEDIAKAN OLEH: SYASYA NURQAMARINA 09
PELIHARA AKIDAH DARIPADA FAHAMAN SYIAH YANG TERPESONG SYIAH dalam bahasa Arab bermaksud pengikut. Apabila disebut syiah pada hari ini, mereka ialah golongan yang mengagung-agungkan Saidina Ali RA dan menganggap beliaulah pengganti Rasulullah SAW sebagai khalifah. Saidina Abu Bakar dianggap sebagai perampas dan pengkhianat terhadap wasiat Rasulullah SAW. Para sarjana berbeza pendapat tentang asal usul kemunculan syiah. Sebahagian menisbahkan syiah kepada Abdullah bin Saba’ yang muncul pada zaman Saidina Usman bin Affan RA, manakala sebahagian menganggap syiah muncul akibat pergolakan politik semasa zaman Saidina Ali bin Abu Talib RA, menyebabkan mereka berbeza pendapat tentang persoalan menentukan hukum terhadap golongan berkenaan. Ajaran syiah juga berubah daripada satu bentuk kepercayaan kepada kepercayaan yang pelbagai dan nama-nama yang berbeza antara satu firqah (pecahan) kepada firqah. An Naubakhti, seorang sarjana syiah, dalam kitabnya Firaq As-Syiah menyenaraikan lebih kurang 300 firqah syiah. Para sarjana Islam mencari titik persamaan yang ada pada semua pecahan syiah untuk menentukan hukum dan persepsi terhadap mereka. Oleh sebab itu, kebanyakan ulama menggelarkan mereka sebagai ar-Rafidhah atau arRawafid dan tidak menyebutkan mereka sebagai syiah. Ar-Rafidhah atau ar-Rawafid merupakan golongan yang menolak para sahabat terutamanya Abu Bakar dan Umar RA serta seluruh para sahabat. HUKUM : Mana-mana golongan syiah yang muncul sekiranya mempunyai ciri-ciri dan sifat yang sama, maka hukumnya adalah sama. Sebagai contoh Imam al-Bukhari, melalui karyanya Khalqu Af’al al Ibad, mengharamkan solat di belakang golongan ar-Rafidhah, berkahwin dengan mereka, memberi salam dan memakan sembelihan mereka. Ahmad bin Yunus, seorang ulama besar Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang digelar oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai Syeikhul Islam berkata: "Sekiranya seorang Yahudi menyembelih seekor kambing dan seorang Rafidi (orang yang menolak dan mengkafirkan sahabat) menyembelih seekor kambing, nescaya aku akan makan kambing yang disembelih oleh orang Yahudi dan aku tidak akan makan sembelihan Rafidi itu kerana dia telah murtad daripada Islam." Begitulah juga halnya dengan Imam Malik, Imam Ahmad, Imam al-Ghazali dan lain-lain yang menghukum syiah berdasarkan sifat ar-Rafd (penolakan terhadap sahabat). DISEDIAKAN OLEH: NUR ALYA NADHIRAH 10
SYIAH TIDAK BOLEH DISEBARKAN WALAUPUN SECARA TERTUTUP : HARUSSANI SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong tindakan pihak berkuasa menyerbu dan menahan pengikut fahaman Syiah. Beliau berkata, ajaran Syiah tidak boleh disebar dan diamalkan di Malaysia walaupun diadakan secara tertutup. “Semua agama yang ada dalam dunia ini tidak pernah mengaku dia sesat, walaupun dia sesat. Saya nasihat jangan kita cari benda yang sudah dihukum ribuan tahun salah, tiba-tiba kita nak terima (Syiah), kenapa? “Sebab sekarang kita berada dalam keadaan yang cukup selamat, kenapa nak tukar fahaman (di Malaysia), isu ini timbul sebab ada orang kita mudah terpengaruh dan ada sifat ingin menunjuk,” katanya memetik laporan portal berita FMT. Menurut Harussani, fahaman Syiah jelas menyimpang daripada fahaman Sunnah yang diamalkan majoriti rakyat Malaysia. “Kita Malaysia tidak iktiraf langsung fahaman lain seperti ajaran Syiah, kita tidak benarkan masyarakat kita amalkan ajaran Syiah atau Syiah dikembangkan di negara ini,” katanya. Mengulas dakwaan pengikut Syiah bahawa mereka tidak sesat dan menyeleweng, Harussani berkata tidak ada mana-mana pengikut agama di dunia ini yang akan mengaku mereka salah. Pendirian Harussani senada Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang menegaskan Syiah tidak sepatutnya diberi hak untuk disebarkan di Malaysia kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 memutuskan sebarang ajaran mengenai agama Islam selain ajaran Sunnah adalah bercanggah dengan hukum syarak. Rahman turut menyeru pihak berkuasa melakukan pemantauan secara bersungguh dalam membanteras penyebaran Syiah di Malaysia kerana isu sama berulang menjelang Hari Asyura setiap tahun. “Ajaran Syiah boleh pecah-belahkan masyarakat Islam di Malaysia jika ia tidak dikawal secara bersungguh, sepatutnya mereka tidak diberi hak di Malaysia kerana kita berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Shafie. “Sedangkan mazhab lain kita tidak benarkan di Malaysia inikan pula ajaran Syiah. Fahaman ini mengelirukan jika diamal di Malaysia,” katanya sambil memaklumkan fahaman itu mungkin lebih sesuai diamalkan di negara yang majoriti mengamalkan ajarannya. Rahman berkata, selain ajaran Syiah, fahaman lain juga tidak sesuai diamalkan Malaysia termasuk Wahabi dan Qadiani kerana dibimbangi akan memecah-belahkan umat. “Macam Wahabi ia Islam tapi ia boleh memecahbelahkan masyarakat dan dari segi akidah ada benda yang Wahabi bercanggah dengan ahli Sunnah,” katanya. Terdahulu, Mufti Pulau Pinang berkata pengikut ajaran Syiah sepatutnya diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan mereka selagi mereka tidak menyebarkan kepada umat Islam lain yang berpegang kepada aliran Sunnah. “Kalau penganut semua agama selain Islam dibenarkan mengamalkan agama masing-masing di tempat-tempat tertutup, kenapa pula pengikut Syiah perlu dilarang? Kita mesti konsisten dan tidak memilih sesuka hati saja,” katanya kepada FMT. Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid juga menyokong tindakan penguatkuasaan oleh JAIS yang menyerbu dan menahan beberapa pengikut ajaran Syiah menerusi operasi dilaksanakan baru-baru ini. Beliau berkata, JAIS telah diberi mandat oleh Ketua Agama Negeri Selangor supaya mengambil tindakan secara berhikmah terhadap mana-mana ajaran yang berkembang secara menyeleweng dan sesat di negeri ini. Beliau berkata, pihaknya juga percaya JAIS dan pasukan yang telah dilatih mengambil tindakan tersebut sebaik mungkin tanpa menganiayai mana-mana pihak. "Maksud secara hikmah di sini ertinya tindakan itu bersalurkan kepada justifikasi dan bukti-bukti yang boleh menyebabkan mereka ini diambil tindakan dan ia bukannya secara melulu. "Tindakan JAIS ini adalah bermatlamat untuk memberikan pengajaran kepada pihak-pihak yang melanggar undang-undang yang ditetapkan menerusi Enakmen Undang-Undang Islam Negeri Selangor," katanya kepada Sinar Harian. Sebelum ini, JAIS melakukan serbuan ke atas markas Syiah di sekitar Gombak selepas mendapat aduan orang awam berhubung aktiviti yang dilakukan oleh pengikut ajaran itu. Susulan itu, sebuah portal melaporkan kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata pengikut ajaran Syiah sepatutnya diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan mereka selagi pihak berkenaan tidak menyebarkan ajaran itu kepada umat Islam lain yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mengulas lanjut, Tamyes berkata, ajaran tersebut sememangnya menyalahi peraturan ditetapkan dalam enakmen terlibat. "Kita selaku umat Islam di Selangor berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, akidah kita pula Mazhab Asy'ariyah Maturidiyah, syariah kita berpegang kepada mazhab muktabar iaitu mazhab Shafie, mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Hambali. "Kemudian dari segi tasawuf atau akhlak kita pula adalah daripada pandangan Imam Al Ghazali. Itu semua sudah jelas," katanya. DISEDIAKAN OLEH: NUR ALYA NADHIRAH 11
Perkembangan Moden: Pada abad ke-20, khususnya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, Syiah terus berkembang dalam konteks sosial dan politik negara. Gerakan Islam yang muncul di Malaysia baik Sunni mahupun Syiah memainkan peranan penting dalam menentukan naratif agama di negara ini. SEJARAH SYIAH DI MALAYSIA Penyebaran Awal: Syiah mula mendapat pengikut di Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka, dan pengaruh mereka terus berkembang sepanjang sejarah negara. Pada abad ke-17, kedatangan pedagang Parsi yang membawa ajaran Syiah membantu mengukuhkan kehadiran agama ini di Malaysia. Pengaruh Kesultanan Aceh: Kesultanan Aceh iaitu Syiah mempunyai pengaruh yang ketara di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Hubungan antara Kesultanan Aceh dengan kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung turut mempercepatkan penyebaran ajaran Syiah di Malaysia Kehadiran Kontemporari: Walaupun minoriti, masyarakat Syiah masih wujud di Malaysia dan memainkan peranan dalam kehidupan keagamaan dan sosial negara. Walau bagaimanapun, mereka kadangkala menghadapi tekanan daripada pihak berkuasa agama yang kebanyakannya Sunni, terutamanya dalam konteks perundangan dan amalan agama di Malaysia. Infografik 12
Rujukan 13 https://www.mais.gov.my/wpcontent/uploads/2019/07/ADAKAHAKU-MENGENALIMU-SYIAH.pdf https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2018/12/399890/kita-perlubantu-pulih-akidah-mereka-metrotv https://www.sinarharian.com.my/article/51443/sinar-islam/peliharaakidah-daripada-fahaman-syiah-yang-terpesong https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/644173/6- resolusi-kekang-gerakan-syiah-di-malaysia
e-folio Pengajian Islam