The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zhienn2612, 2024-03-20 23:54:13

Minit Mesyuarat Kurikulum SKAA Kali-4 Sesi Tahun 2023/2024

Minit Mesyuarat JKKS Bil.4 Thn 2023_2024(9.1.2024)

Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 1 MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 4 TAHUN 2023/ 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG AING Tarikh : 9 Januari 2024/ Selasa Masa : 3:00 – 5:00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), SK. Abang Aing Kaedah : Bersemuka Kehadiran: 53 orang 1. BOHAN BIN SAHAR (GB) 19. MAZENAH MOHAMAD WAHID 37.JAIDAH BINTI LEH 2. MOHD NURMISUARI QAZREEN BIN SHAMSUDDIN (PK1) 20.MUHAMMAD IMANUDDIN BIN KAMALUDDIN 38.PRURIN ANAK ROBERT IPIQUE 3. . KAMSUL BIN MOHAMED PON (PKKO) 21.ABANG ROSNI BIN ABANG MOSLINI 39. LOTIFAH BINTI ADENAN 4. SITI TAURAH BINTI MUSTAPHA(PKPK) 22. KAMISIAH BINTI BUJANG 40. NAFIUDDIN NAIM BIN MAZUBIR 5. ROSTY BINTI BUJANG (HADIR SECARA MAYA GM) 23. MODIA DING 41. DAYANG SAODAH BINTI ABANG MANTARIL 6.CHRISTINE POWER AK. NYELANG 24. BAHRUDDIN BIN JAIR 42. NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD YUSOB 7.RABIAH BINTI OMAR 25.NIXON IDAL ANAK FRANCIS 43. NUR FARHANA BINTI ABDULLAH 8.DAYANG ROHAYA BINTI ABANG BOHARI 26.MOHAMMAD JURJI ABDULLAH 44. SALMAH BINTI SAHARI 9.AZALINA BINTI ADENAN 27.DYG IDA NERINA BINTI ABG NORIN 45. SALMAH BT ABDULLAH 10.KALIMAH BINTI AMIT 28.JULIA BINTI MOHAMAD HASHIM 46. RACHEL ICA STEPHEN 11.SHARIFAH ZELEHA BINTI WAN AMAN 29.SYAHRUL BARIYAH BINTI ANJI 47. ZARIANA BINTI KEDRI 12.MONICA ADELINE ANAK NOYET 30.RAFEAH BINTI AHMAD 48. KAZERI BIN JAMERI 13.JOHRA BINTI SIMAWI 31. NORIA BINTI BUJANG 49. SHARIFAH JAMA’AIAH BINTI WAN ZAIN 14.ZALEKHA BINTI ELIE 32. NUR LINA KHALIDA BINTI MD SHARIFF 50. NURUL QASDINA BINTI IDRIS 15.MAS FAIRIZIANA BINTI MAS ROSLI 33.NORIHAH BINTI MUSTAPHA 51. HAIRYATY BT. ALON 16. OTHMAN BIN SAHMAD 34.ZULAIKHA FARHANA BINTI ZAINAL ABIDIN 52. YUNUS BIN PAWI 17. KARIM BIN TAWI 35. IRMA BT CHULA 53. FAIZAH BINTI DRANI 18. TAN AH CHING 36.SARAH GOMES Tidak Hadir Bersebab: 1 orang 1. SABANG BIN ABDUL RANI


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 2 Agenda : 1.0 Kata Aluan Pengerusi (Guru Besar) 2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat JKKS Bil.3 Sesi 2023/2024 3.0 Perkara- perkara berbangkit 4.0 Pengurusan RPH 5.0 Pengurusan PBD dan Penjaminan Kualiti 6.0 Pentaksiran SEGAK / BMI 5-9T 7.0 Pengurusan Sumber Teknologi 8.0 Pengurusan SKPM SK@S 9.0 Pengurusan DLP 10.0 Pengurusan Prasekolah 11.0 Pengurusan Pemulihan Khas 12.0 Pengurusan PPKI 13.0 Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang (MAPC) 14.0 Hal-hal lain 15.0 Rumusan dan Penangguhan Mesyuarat


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 3 1.0 Kata Aluan Pengerusi (Guru Besar) 1.1 Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bilangan 4 Sesi 2023/ 2024. Beliau memaklumkan bahawa pada sesi mesyuarat kali ini dijalankan secara hybrid iaitu bersemuka dan secara maya melalui Google Meet dengan Penolong Kanan HEM iaitu Ustazah Rosty Binti Bujang yang masih berada dalam tempoh Cuti Sakit beliau. Makluman : Semua guru 1.2 Perancangan Aktiviti Bulan Januari sehingga Februari tahun 2024. Pengerusi telah memaklumkan perkara berkaitan aktiviti /program sekolah yang telah dirancang dan akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Januari sehingga Februari 2024. 1.2.1 Beliau mengingatkan semua guru agar sentiasa peka dengan perancangan takwim yang telah dirancang oleh pihak sekolah agar semua aktiviti/ program yang telah dirancang dapat dilaksanakan mengikut ketetapan. 1.2.2 Takwim Sekolah bagi bulan Januari sehingga Februari tahun 2024 adalah seperti berikut:


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 4 1.3 Rekod Kehadiran Murid 1.3.1 Pengerusi memohon semua guru kelas / guru pendamping untuk ambil perhatian tentang perkara berkaitan dengan perekodan kehadiran murid sepanjang hari persekolahan. 1.3.2 Beliau menegaskan bahawa kehadiran murid perlu sentiasa direkodkan ikut masa yang ditetapkan. 1.3.3 Data kehadiran murid yang direkodkan di dalam sistem APDM perlu tepat mengikut bilangan murid yang hadir di dalam kelas pada hari tersebut. Tindakan : Guru Kelas & Guru Pendamping 1.4 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 1.4.1 Semua guru wajib menyediakan RPH mengikut subjek yang diajar pada setiap hari persekolahan. 1.4.2 RPH perlu dihantar kepada SLT mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pentadbir, selewatnya pada pagi hari Isnin yang berikutnya. 1.4.3 Hasil dapatan laporan penghantaran RPH sebelum ini telah didapati beberapa orang guru tidak menghantar RPH mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu pada 15.12 2023 dan 5.1.2024. Tindakan : Semua Guru 1.5 E-Operasi 1.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Sejarah Perkhidmatan di dalam EOperasi perlu dikemaskini mengikut surat penempatan guru terkini. 1.5.2 Semua guru perlu mengambil tindakan yang segera berkaitan dengan pengemaskinan Sejarah Perkhidmatan di dalam E-Operasi masingmasing dan ianya perlu dikemaskini selewatnya minggu ini. Tindakan : Semua guru 1.6 Rekod Kehadiran Ke Sekolah 1.6.1 Semua guru wajib merekodkan kehadiran masing-masing dengan menggunakan mesin perakam fingerprint di sekolah . 1.6.2 Guru wajib thumbprint kehadiran di awal pagi dan semasa balik tengahari selepas tamat persekolahan pada hari tersebut. Tindakan : Semua guru


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 5 1.7 Penggunaan Pakaian Rasmi 1.7.1 Pengerusi menegaskan bahawa semua guru perlu mematuhi SPI pemakaian pakaian rasmi ke sekolah setiap hari persekolahan bagi menjaga imej keguruan. Makluman: Semua guru 1.8 Refleksi Sesi Persekolahan 2023 – 2024 1.8.1 Pengurusan sekolah i) Buku Pengurusan Panitia Pengerusi memaklumkan bahawa Buku Pengurusan akan diteruskan di semua peringkat dengan menambahbaik beberapa aspek seperti: ❖ Pihak pengurusan tidak menetapkan muka depan Buku Pengurusan dan memberi kebebasan kepada panitia dan unit untuk menentukan muka depan yang bersesuaian. ❖ Kandungan buku juga diberi kebebasan kepada panitia. Walaubagaimanapun, kandungan di dalam Buku Pengurusan mestilah mengambarkan perancangan dan sasaran setiap aktiviti panitia ❖ Buku Pengurusan Panitia perlu dihantar dan disemak oleh GPK1 sebelum dicetak dan dijadikan panduan pengurusan setiap panitia ❖ Pendigitalan dalam pengurusan dimana semua buku hendaklah diterbitkan dalam 2 versi iaitu Hardcopy dan Softcopy (Anyflip) Tindakan : Semua Ketua Panitia ii) Perjumpaan Mingguan SLT dan Ilmiah Panitia Beliau turut memaklumkan bahawa perjumpaan mingguan SLT dan Ilmiah untuk 5 buah Panitia Teras iaitu Panitia BM, Panitia BI, Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia PAI akan diteruskan dan dimantapkan lagi pada sesi 2024/2025.


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 6 Antara penambahbaikan yang akan dibuat ialah seperti berikut: ❖ Borang laporan perjumpaan panitia disediakan mengikut format yang ditetapkan untuk 5 buah panitia teras. ❖ Borang laporan tersebut perlu dilengkapkan oleh panitia dan diserahkan kepada Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin selepas perjumpaan mingguan. Tindakan : Ketua Panitia BM/BI/MATE/SAINS, PAI iii) Pengurusan fail pejabat dan panitia. Sistem pengurusan fail untuk pejabat dan panitia turut akan ditambahbaik pada sesi tahun 2024/2025. ❖ Sistem Fail Panitia akan diselaraskan untuk semua panitia. ❖ Pengerusi memaklumkan perbelanjaan PCG panitia telah mencapai prestasi 84% dan telah melepasi KPI 75% perbelanjaan yang disasarkan di dalam BKU pada bulan Oktober 2023 dan beliau berharap pada akhir persekolahan 2023 akan mencapai 100% perbelanjaan PCG. Makluman : Ketua Panitia ❖ Hasil dapatan semakan Fail Panitia yang lepas adalah seperti berikut : Makluman : Ketua Panitia


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 7 ❖ Pentadbiran sekolah perlu menetapkan garis panduan kepada panitia dalam urusan pengurusan fail. Tindakan : GPK1 ❖ Pemantauan pengurusan panitia perlu dilaksanakan secara berkala. Tindakan : GB/ GPK1 ❖ Semua guru perlu menghayati dan melaksanakan kandungan “SPI Bilangan 2 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah KPM” Makluman: Semua guru subjek ❖ Penyediaan fail yang wajib, penggunaan fail putih dan fail berkulit keras perlu diselaraskan di antara semua panitia. Perbincangan semua KP dan GPK1 diadakan bagi menyelaras semua fail-fail berkenaan. Tindakan : GPK1 dan Ketua Panitia ❖ Semua rekod perbelanjaan panitia perlu diuruskan secara terurus mengambil kira perkara berikut; i. Punca kuasa perbelanjaan (Minit Mesyuarat panitia) ii. Rekod keluar masuk keperluan panitia. (Kad Petak) iii. Senarai aset di bawah kawalan panitia. iv. Semua rekod perbelanjaan. Tindakan : Semua Ketua Panitia iv) Rekod Kehadiran Staf Semua guru dan staf wajib merekodkan kehadiran mereka pada setiap hari bekerja dengan menggunakan fingerprint di mesin perakam fingerprint pada awal pagi dan sebelum balik dari sekolah. Tindakan : Semua guru & staf


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 8 v) Semakan RPH Guru Pengerusi memaklumkan bahawa kaedah perlaksanaan semakan RPH guru masih sama dengan sebelum ini : ❖ Fail RPH perlu dihantar bersama dengan Rekod Penyeliaan RPH pada setiap minggu kepada SLT mengikut jadual penyemakan RPH selewat-lewatnya pagi hari Isnin yang berikutnya. ❖ Sekiranya ada guru yang tidak menghantar RPH tanpa ada sebab yang munasabah pada minggu tersebut, beliau perlu membuat penjelasan kepada Guru Besar atau GPK 1. Tindakan : Semua guru vi) Pengurusan Badan Pengawas, Ketua @ Pen Ketua Kelas, AJK Kokurikulum Bagi memantapkan lagi pengurusan badan pengawas. Ketua Kelas/ Penolong Ketua Kelas dan AJK Kokurikulum, beberapa aspek perlu ditambahbaik seperti berikut: i. Peranan murid-murid perlu dipertingkatkan. ii. Kursus atau bengkel yang berkaitan perlu dilaksanakan di awal tahun. iii. Watikah perlantikan pengawas / Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas/ AJK Kokurikulum perlu dibuat secara tersusun. iv. Promosikan barisan hadapan murid dengan : ❖ Banner carta Organisasi pengawas, Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas dan JK Kokurikulum. ❖ Bunting untuk jawatan utama pengawas Tindakan : Guru Pengawas / Guru Kelas / Penyelaras Kokurikulum


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 9 vii) Pembudayaan TS25 dan KBAT dalam PdPc ❖ Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kelas yang masih menyimpan mini whiteboard di kelas untuk menyerahkan semula kepada Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin. Tindakan : Semua guru kelas ❖ Bagi menyokong pendigitalan PdPc setiap panitia, setiap guru perlu merancang sekurang-kurangnya 1 bulan sekali PdPc yang menggunakan aplikasi digital samada penggunaan smart TV, LCD, Online dan Latihan kerja rumah menggunakan Wordwall, quizizz dan akaun delima murid-murid. Tindakan : Semua guru matapelajaran 1.8.2 Cadangan Tempahan Buku Kerja Panitia Tempahan Buku Kerja Panitia boleh dilakukan sebelum sesi persekolahan 2023/2024 tamat. Walaubagaimanapun, panitia perlu membuat perbincangan sesame ahli panitia bagi membuat keputusan untuk menempah buku kerja tersebut. Tindakan : Semua Ketua Panitia Harga Buku Kerja Panitia adalah seperti jadual dibawah : Makluman : Semua guru / Ketua Panitia


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 10 1.9 Laporan Tabung Kebajikan Staf Pengerusi membentangkan laporan tabung Kebajikan staf : ❖ Jumlah yuran yang belum dibayar setakat Disember 2023 adalah berjumlah RM 670. ❖ Pengerusi memohon 5 orang guru yang belum menjelaskan baki yuran Tabung Kebajikan Staf untuk menjelaskan amaun tersebut kepada Cikgu Mazenah Bt. Wahid (Pengerusi Tabung Kebajikan Staf) dalam kadar yang segera pada minggu ini. Tindakan : 5 orang guru 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.3 /2023 2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En. Abg. Rosni Bin Abg. Moslini 2.2 Disokong untuk pengesahan oleh En.Yunus Bin Pawi Makluman : Semua guru 3.0 Perkara- perkara berbangkit -Tiada4.0 Pengurusan RPH 4.1 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin telah mengingatkan kepada semua guru tentang perkara berkaitan dengan RPH. ❖ Memandangkan Fail Rekod Mengajar adalah dokumen penting untuk laporan penilaian prestasi guru-guru, maka semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang terkandung dalam Buku Rancangan Mengajar seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan, Takwim Persekolahan, Jadual Waktu dan juga Senarai Nama Murid. Tindakan : Semua guru matapelajaran ❖ Fail Rancangan Mengajar hendaklah disediakan dengan mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 KPM dan saranan Jemaah Nazir. Makluman : Semua guru matapelajaran


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 11 ❖ Penulisan RPH hendaklah mengambil kira elemen PJKR dan Pendidikan Sivik bagi subjek berkaitan. Makluman : Semua guru matapelajaran ❖ Penulisan refleksi oleh guru perlu ditulis menggunakan tulisan tangan setiap kali setelah PdP berakhir dan sebelum menghantar RPH untuk disemak. Tindakan : Semua guru matapelajaran ❖ Semua guru perlu menghantar Fail RPH pada setiap hari jumaat kepada SLT mengikut jadual dan perlu dikepilkan bersama dengan Rekod Penyeliaan RPH. Tindakan : Semua guru matapelajaran 5.0 Pengurusan PBD dan Penjaminan Kualiti 5.1 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin turut memaklumkan perkara berkaitan dengan pengurusan PBD bagi Sesi Akhir Akademik 2023 /2024. i. Semua guru perlu merujuk pada Pelan Tindakan Pengurusan PBD Sesi 2023/2024 yang telah dikongsikan oleh beliau dalam group rasmi Whatsapp sekolah. Makluman : Semua guru ii. Ujian Akhir Sesi Akademik(UASA) bagi Tahap 2 adalah melibatkan semua subjek dan akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Makluman : Semua guru Tahap 2 iii. Pengawas ujian adalah mengikut Jadual Waktu Sekolah dan Jadual Persendirian guru masing-masing.Beliau mengingatkan semua guru untuk masuk ke kelas mengikut Jadual Waktu Sekolah. Makluman : Semua guru


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 12 iv. Beliau menegaskan bahawa guru perlu memberi penerangan yang jelas berkaitan kertas yang diambil kepada murid sebelum ujian bermula. Guru yang mengawas hendaklah memastikan murid melakukan ujian dengan bersungguh-sungguh dan tidak melakukan perkara lain. Tindakan : Semua guru v. Pentaksiran Sumatif Tahap 1 melibatkan semua subjek dan akan dilaksanakan pada 08.01.2024 sehingga 19.01.2024 mengikut keluwesan dan waktu guru subjek masing-masing. Tindakan : Guru matapelajaran Tahap 1 vi. Pautan pengisian markah akan dikongsikan kelak untuk kegunaan guru matapelajaran mengisi markah ujian murid. Data pengisian adalah penting untuk MAPC dan Majlis Pelaporan PBD Fasa 2 Tindakan : Guru matapelajaran vii. Semua guru subjek boleh melengkapisi TP PBD dan Markah UASA (Tahap 2) bermula 08.01.2024 sehingga 19.01.2024 di dalam Sistem Moeis. Tindakan : Guru matapelajaran viii. Penjaminan Kualiti UASA 2023/2024 hendaklah dilaksanakan oleh 5 buah panitia iaitu Panitia BM,BI,Sains,Matematik dan Sejarah Tindakan : Ketua Panitia BM/BI/Mate/BI/Sejarah ix. Majlis Pelaporan PBD bersama waris murid akan diadakan pada hari Khamis iaitu 08.02.2024 Makluman : Semua guru x. Semua guru kelas memastikan semua guru subjek melengkapisi data PBD subjek kelas masing-masing Makluman : Guru Kelas


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 13 xi. Pelaporan hendaklah disediakan oleh Guru Kelas dan ditandangani oleh SLT sebelum sesi Majlis Pelaporan PBD. ✓ TAHUN 1 dan 2 :GPK HEM/GPK PPKI ✓ TAHUN 3 dan 4 :GPK KK ✓ TAHUN 5 DAN 6: GPK1/GB Tindakan : Guru Kelas / Guru Pendamping 6.0 Pengurusan Pentaksiran SEGAK/BMI 5-9T 6.1 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin turut memaklumkan perkara berkaitan dengan pengurusan pentaksiran SEGAK /BMI 5-9T. i. Beliau memaklumkan bahawa Pentaksiran SEGAK dan BMI 5-9T telah dilaksanakan oleh guru matapelajaran PJPK. Makluman : Semua guru ii. Semua guru PJPK Perdana/PPKI dan Guru Prasekolah akan melengkapisi ke dalam borang yang disediakan untuk kedua-dua fasa. Tindakan : Semua guru matapelajaran PJPK iii. Guru PJPK akan mengisi data fasa 1 dan fasa 2 bagi BMI 5-9T dan SEGAK ke dalam sistem MOEIS. Tarikh akhir pengisian adalah pada 29.01.2024 Tindakan : Semua guru matapelajaran PJPK 7.0 Pengurusan Sumber Teknologi Pendidikan 7.1 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin turut memaklumkan perkara berkaitan dengan pengurusan sumber teknologi pendidikan: i. Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Saftuyah binti Wasli di atas komitmen dan dedikasi sepanjang perkhidmatan beliau di SKAA khususnya dalam menerajui Pusat Sumber Sekolah. Makluman : Semua guru


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 14 ii. Beliau memaklumkan bahawa Cikgu Rachel Ica akan menjadi Penyelaras PSS yang baharu. Proses transisi dan serahan tugas berlangsung secara berkala sehingga penghujung sesi persekolahan 2023/2024. Tindakan : Cikgu Rachel Ica iii. NILAM masih dilaksanakan dan kutipan Fasa 2 akan dihantar sebelum 3 Mac 2024. Tindakan : Guru BM/ Cikgu Rachel Ica iv. Bakul buku sudah diedarkan untuk memudahkan guru mengumpul data NILAM. Makluman : Semua guru BM / BI v. Ada arahan terbaru dari pihak JPN kepada PPD untuk diajukan kepada semua guru di seluruh negeri Sarawak untuk aktifkan fungsi Two Step Verification dalam akaun delima masing-masing utk tujuan faktor keselamatan ID DELIMA Dan perlu diaktifkan selewatnya minggu ini. Makluman : Semua guru vi. Mohon semua rakan2 guru SK ABANG AING untuk aktifkan Two- Steps Verification dalam akaun delima masing2 selewatnya hari ini supaya tidak berlaku isu login nanti. Tindakan : Semua guru 7.2 NILAM : FASA 1 7.2.1 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin turut memaklumkan perkara berkaitan dengan perlaksanaan program NILAM di SK Abang Aing Beliau memaklumkan hasil dapatan laporan NILAM bagi FASA 1 seperti berikut : ❖ Jumlah murid keseluruhan NILAM: 486 ❖ Purata Bacaan :105 ❖ Bil Murid Baca Buku BM>3:482 ❖ Bil Murid Baca Buku BI>3 483


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 15 ❖ Bil Buku BM Dibaca:12246 ❖ Bil Buku BI Dibaca:18067 ❖ Bil Buku Lain-Lain Bahasa:153 Makluman : Guru NILAM/ Semua guru BM/ BI 7.2.2 Beliau berharap agar pencapaian murid dalam program NILAM akan lebih meningkat dari tahun yang sebelumnya. Tindakan : Guru NILAM 8.0 Pengurusan SKPM sekolah atau SK@S i. Semua Guru / AKP perlu merujuk Jawatankuasa dan Senarai PPS serta Pelan Tindakan Pelaksanaan SK@S yang sudah dikongsikan dalam group rasmi whatapss sekolah. Makluman : Semua guru ii. Semua PPS hendaklah berbincang dengan unit dan jawatankuasa masing-masing untuk evidens bersesuaian dengan setiap aspek dan tums. Evidens yang ditulis hendaklah wujud dan dapat ditunjukkan apabila diminta. Makluman : Semua guru / JK Kurikulum/ JK HEM/ JK Ko-Kurikulum iii. Penulisan evidens mestilah jelas dan betul : seperti- ❖ Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKKS) Bil 1/2023 ❖ Buku Pengurusan Panitia Sejarah Sesi 2023 ❖ Jadual Pencerapan Fasa 2 Sesi 2023 Tindakan : Semua Ketua Panitia Beliau memohon semua guru untuk mematuhi garis masa yang telah ditetapkan dalam Pelan Tindakan SK@S 2023/2024 bagi memastikan pengurusan yang sistematik dan terancang. Makluman : Semua guru iv. PPS hantar borang SK@S yang telah dilengkapisi selewat-lewatnya 12.01.2024 Tindakan : Semua Ketua Panitia


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 16 9.0 Pengurusan DLP 9.1 Guru DLP hendaklah memaksimumkan bahan bantu belajar yang diberikan oleh pihak JPNS,MEITD dan agensi luar seperti buku/laman Web Natgeo,Teacher Guide Book(TGB) dan Student Activity Book (SAB) serta mana-mana sumber yang boleh meningkatkan pencapaian murid DLP. Makluman: Guru DLP Tahap 1 & Tahap 2 9.2 Pihak pentadbir sekolah dimohon untuk memantau dan memastikan bahan sokongan dan pelengkap DLP seperti Bahan National Geographic (PNG), Buku Panduan Guru (TGB) dan Buku Aktiviti Murid (SAB) dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru DLP di sekolah. Tindakan : Pentadbir sekolah 9.3 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin turut memaklumkan perkara berkaitan Senarai Semak Kendiri Guru dan Senarai Semak Kendiri Murid DLP seperti berikut : Tatacara Senarai Semak Guru: ✓ Guru yang mengajar matapelajaran Sains dan Matematik di kelas melaksana DLP ✓ Disemak secara berkala oleh Ketua Panitia Sains/ Matematik / BI untuk intervensi seterusnya. ✓ Guru digalakkan untuk sentiasa berusaha supaya peningkatan penguasaan berbahasa Inggeris tercapai. ✓ Guru boleh menambah aktiviti yang berjaya dilaksana bagi meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris semasa PdP. ✓ Cadangan aktiviti sebagai panduan kepada guru untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan murid. Makluman : Semua guru DLP 10.0 Pengurusan Prasekolah 10.1 Penggunaan Buku National Geographic di peringkat Prasekolah amatlah digalakkan dan penggunaannya perlu direkodkan sekiranya digunakan di dalam PdP. Tindakan : Guru Prasekolah


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 17 10.2 Buku National Geographic merupakan bahan sokongan HIP dan DLP dan penggunaanya di dalam PdP Kurikulum Prasekolah adalah penting bagi menyokong pembelajaran awal murid Prasekolah. Makluman : Guru Prasekolah 10.3 Guru Prasekolah diingatkan untuk melengkapkan pelaporan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan Perekodan 2 dan Kesediaan Murid Ke Tahun Satu (KMTS) sebelum berakhir sesi persekolahan 2023/2024. Tindakan : Guru Prasekolah 11.0 Pengurusan Pemulihan Khas 11.1 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Abang Rosni selaku Guru Pemulihan Khas kerana Sk Abang Aing telah berjaya mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada pihak PPD Sri Aman. Makluman : Semua guru 11.2 Cadangan penambahbaikan yang boleh dijalankan oleh guru pemulihan adalah seperti berikut : ❖ Murid pemulihan khas perlu menjalani aktiviti pemulihan semasa PdP kelas perdana bagi matapelajaran BM dan Matematik. ❖ Bagi murid TP1-TP2 Kelas Tahun 2-3 perlu menjalanai PdP Pembelajaran Terbeza (MoLIB) ❖ Guru Pemulihan Khas digalakkan untuk menggunakan BBB/BBM yang lebih efektif dalam PdP. ❖ Guru Pemulihan Khas digalakkan hanya mengajar matapelajaran BM dan Matematik dalam kelas perdana Makluman: Cikgu Abang Rosni


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 18 12.0 Pengurusan PPKI 12.1 Laporan data PPI bagi PPKI Sk Abang Aing telah mencapai 86.05% bagi data setakat 30 November 2023. Makluman : Guru PPKI 12.2 Peralatan dan bahan sokongan pembelajaran Pendidikan Khas perlu dilaporkan di dalam EMIS. Tindakan : PK PPKI 13.0 Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang (MAPC) 13.1 Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang (MAPC) akan diadakan pada 31.01.2024 iaitu hari Rabu di BME Hotel. Makluman : Semua guru 13.1.1 Perancangan, Anggaran perbelanjaan dan agihan tugas adalah seperti dalam Kertas Kerja MAPC yang dikongsikan di dalam group rasmi Whatsapp sekolah. Semua guru diminta untuk merujuk jawatankuasa masing-masing di dalam kertas kerja tersebut bagi melancarkan tugas masing-masing. Tindakan : Semua guru 13.1.2 Pakaian rasmi yang dicadangkan untuk guru pakai semasa Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang (MAPC) adalah baju kerja yang formal serta memakai blazer. Makluman : Semua guru 14.0 Hal-Hal Lain 14.1 Data E-tasmik (Disember) hendaklah dilengkapisi mengikut garis masa ditetapkan oleh pihak PPDSA. Makluman : Semua guru PAI 14.2 Data Eoperasi hendaklah disemak dan dikemaskini oleh semua Guru/AKP selewat-lewat 23.01.2024. Sila semak bahagian sejarah perkhidmatan kerana banyak guru belum kemaskini.Jika ada mana-mana maklumat yang tidak dapat dikemaskini oleh guru, Tindakan : Semua guru


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 19 14.3 Panitia hendaklah mencadangkan guru subjek mengikut kelas dan hantar kepada GPK Pentadbiran selewat-lewat 29.01.2024 untuk dipertimbangkan oleh JKKS. Tindakan : Semua Ketua Panitia 14.4 KBAT:Papan putih mini sila kumpul dan serahkan kepada GPK Pentadbiran selewat-lewat 26.01.2024 untuk tindaksusul seterusnya Tindakan : Guru Kelas/ Guru Pendamping 14.5 Cikgu Nur Farhana telah membentangkan Kertas Kerja Majlis Jamuan Apresiasi SK Abang Aing Tahun 2023/2024. Jamuan Apresiasi SK Abang Aing akana diadakan di Tandang Sari pada Tarikh 24 Januari 2024. Tema baju untuk semua guru dan staf pada majlis tersebut adalah tema hitam putih. Makluman : Semua guru 14.6 Penolong Kanan HEM, Ustazah Rosty Binti Bujang memaklumkan bahawa program RMT untuk 245 orang murid masih diteruskan lagi, oleh itu beliau memohon guru yang terlibat untuk meneruskan dengan rutin tersebut. Tindakan : Penyelaras RMT/ Guru RMT 14.7 Ustazah Rosty Binti Bujang turut memaklumkan bahawa pihak PPD Sri Aman akan datang memantau RMT sekolah dan prasekolah pada 18 Januari 2024. Makluman : Semua guru 14.8 Bagi sesi pemulangan buku teks murid, beliau memohon kerjasama daripada semua guru kelas untuk membuat catatan. Tindakan : Guru Kelas/ Guru Pendamping 14.9 Selain itu, beliau turut mengingatkan semua guru kelas Tahun 6 untuk melengkapkan Fail Murid Tahun 6 sebelum fail tersebut diserah kepada murid untuk kegunaan murid semasa mendaftar di sekolah menegah kelak. Tindakan : Guru Kelas Tahun 6


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2023 20 15.0 Penutup 15.1 Penolong Kanan Kurikulum , En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, barisan Penolong Kanan,dan semua guru di atas kehadiran dalam Mesyuarat Kurikulum Bil. 4 sesi tahun 2023 /2024. 15.2 Beliau berharap semua guru dan panitia cakna dan mengambil tindakan segera tentang perkara dan isu yang telah dibentang semasa mesyuarat tadi. 15.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:00 petang. Makluman : Semua guru Disediakan oleh: ---------------------------------------- (Christine Power Ak. Nyelang) Setiausaha Kurikulum SK Abang Aing Disemak oleh: (Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin) Penolong Kanan Kurikulum SK Abang Aing Disahkan oleh: (Bohan Bin Sahar) Guru Besar SK Abang Aing


Click to View FlipBook Version