Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 1 MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 TAHUN 2024/ 2025 SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG AING Tarikh : 21 Mac 2024/ Selasa Masa : 2:30 – 4:30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), SK. Abang Aing Kaedah : Bersemuka Kehadiran: 50 orang 1. BOHAN BIN SAHAR (GB) 19. MAZENAH MOHAMAD WAHID 37. FAIZAH BINTI DRANI 2. MOHD NURMISUARI QAZREEN BIN SHAMSUDDIN (PK1) 20.MUHAMMAD IMANUDDIN BIN KAMALUDDIN 38.PRURIN ANAK ROBERT IPIQUE 3. . KAMSUL BIN MOHAMED PON (PKKO) 21.ABANG ROSNI BIN ABANG MOSLINI 39. LOTIFAH BINTI ADENAN 4. SITI TAURAH BINTI MUSTAPHA(PKPK) 22. KAMISIAH BINTI BUJANG 40. HAIRYATY BT. ALON 5. ROSTY BINTI BUJANG 23. MODIA DING 41. DAYANG SAODAH BINTI ABANG MANTARIL 6.CHRISTINE POWER AK. NYELANG 24. BAHRUDDIN BIN JAIR 42. NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD YUSOB 7.RABIAH BINTI OMAR 25.NIXON IDAL ANAK FRANCIS 43. NUR FARHANA BINTI ABDULLAH 8.DAYANG ROHAYA BINTI ABANG BOHARI 26.MOHAMMAD JURJI ABDULLAH 44. SALMAH BINTI SAHARI 9.AZALINA BINTI ADENAN 27.DYG IDA NERINA BINTI ABG NORIN 45. SALMAH BT ABDULLAH 10.KALIMAH BINTI AMIT 28.JULIA BINTI MOHAMAD HASHIM 46. RACHEL ICA STEPHEN 11.SHARIFAH ZELEHA BINTI WAN AMAN 29.SYAHRUL BARIYAH BINTI ANJI 47. ZARIANA BINTI KEDRI 12.MONICA ADELINE ANAK NOYET 30. FAIZAH BINTI DRANI 48. KAZERI BIN JAMERI 13.JOHRA BINTI SIMAWI 31. NORIA BINTI BUJANG 49. SHARIFAH JAMA’AIAH BINTI WAN ZAIN 14.ZALEKHA BINTI ELIE 32. NUR LINA KHALIDA BINTI MD SHARIFF 50. NURUL QASDINA BINTI IDRIS 15.MAS FAIRIZIANA BINTI MAS ROSLI 33.NORIHAH BINTI MUSTAPHA 16. OTHMAN BIN SAHMAD 34.ZULAIKHA FARHANA BINTI ZAINAL ABIDIN 17. KARIM BIN TAWI 35. IRMA BT CHULA 18. TAN AH CHING 36.SARAH GOMES Tidak Hadir Bersebab: 3 orang 1. RAFEAH BINTI AHMAD 2. JAIDAH BINTI LEH 3. NAFIUDDIN NAIM BIN MAZUBIR
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 2 Agenda : 1.0 Kata Aluan Pengerusi (Guru Besar) 2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat JKKS Bil.4 Sesi 2023/2024 3.0 Perkara- perkara berbangkit 4.0 Pelaporan / Pembentangan Isu 4.1 Jawatankuasa Kurikulum dan Takwim Kurikulum 4.2 Pengurusan RPH, RPT dan DSKP 4.3 Pengurusan Jadual Waktu dan MMI 4.4 Pengurusan Program Minggu Pertama Persekolahan 2024/2025 4.5 Pengurusan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2024/2025 4.6 Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah : Penjaminan Kualiti 4.7 Pengurusan Panitia 4.8 Pengurusan DLP 4.9 Pengurusan HIP 4.10 Pengurusan Sumber Teknologi Pendidikan 4.11 Pengurusan Pemulihan Khas 4.12 Pengurusan Prasekolah 4.13 Pengurusan Kewangan Kurikulum 5.0 Hal-Hal Lain 6.0 Penutup dan Penangguhan Mesyuarat
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 3 1.0 Kata Aluan Pengerusi (Guru Besar) 1.1 Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bilangan 1 Sesi Tahun 2024/2025. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat perlu diadakan secara bersemuka kerana sudah tiada halangan lagi untuk mengadakannya secara bersemuka seperti waktu PKP yang lepas memandangkan ada banyak perkara yang perlu disampaikan oleh pihak SLT kepada guru melalui mesyuarat. Beliau turut memaklumkan kepada semua guru bahawa unit yang besar seperti unit kurikulum perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Makluman : Semua guru 1.2 Hala Tuju Pengurusan Kurikulum Sekolah Pengerusi telah memaklumkan perkara berkaitan dengan Hala Tuju Sekolah khasnya di dalam bidang kurikulum. 1.2.1 Beliau mengingatkan semua guru agar sentiasa ambil tahu, faham serta peka dengan Hala Tuju Pengurusan Kurikulum Sekolah seperti Visi , Misi , Matlamat ,Nilai Bersama dan Enam Aspirasi Murid. Tindakan : Semua guru Semua perkara ini sudah dikongsikan kepada semua guru di dalam group Whatsapp sebelum ini.
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 4 1.2.2 Beliau turut memaklumkan kepada semua guru bahawa unit yang besar seperti unit kurikulum perlu mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya 4 kali setahun. Makluman : Semua guru 1) 1.3 Pengurusan Panitia 1.3.1 Pengerusi memaklumkan beberapa perkara berkaitan dengan pengurusan panitia untuk sesi tahun 2024/2025. i. Semua panitia wajib menyediakan Buku Pengurusan Panitia sebelum 30 April 2024. Buku Pengurusan Panitia merupakan salah satu hala tuju perlaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. ii. Penambahbaikan pengurusan mesyuarat panitia seperti berikut: ❖ Mesyuarat perlu dirancang oleh setiap panitia mengikut takwim persekolahan 2024/2025. ❖ Memo / surat panggil mesyuarat perlu dikeluarkan oleh Ketua Panitia dan perlu ada nombor surat rasmi. ❖ Minit mesyuarat perlu disediakan oleh setiausaha setiap panitia dalam tempoh 2 minggu selepas perjumpaan mesyuarat diadakan oleh panitia.Satu Salinan minit mesyuarat panitia perlu dihantar kepada Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin untuk semakan. ❖ Semua bahagian tindakan yang dinyatakan dalam minit mesyaurat hendaklah diambil dalam tempoh yang ditetapkan atau sebelum mesyuarat seterusnya. Tindakan : Ketua Panitia
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 5 1.4 Pengurusan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Guru 1.4.1 Semua guru wajib menyediakan RPH mengikut subjek yang diajar pada setiap hari persekolahan. 100% guru perlu menyediakan RPT dan RPH berdasarkan DSKP terkini . 1.4.2 Penulisan RPH perlu diselaraskan mengikut panitia. Satu salinan contoh RPH perlu dilampirkan dalam fail panitia masing-masing. 1.4.3 RPH perlu dihantar ikut Kumpulan RPH yang telah ditetapkan kepada SLT mengikut Jadual Semakan RPH 2024/2025 . 1.4.4 Kaedah penyeliaan / penyemakan RPH 2024/2025 : i. 5 Kumpulan (jadual Kumpulan RPH sudah dimaklum kepada guru dalam group whatsapp rasmi sekolah) ii. Hantar mengikut jadual kepada SLT. iii. Letak RPH di ruangan yang disediakan mengikut Kumpulan. iv. RPH perlu dihantar pada hari Jumaat atau selewatnya pagi hari Isnin minggu berikutnya v. SLT akan merekodkan semakan RPH ke dalam Google Form. Guru boleh menyemak status semakan RPH setiap minggu melalui Data Studio yang disediakan. 1.4.5 Sekiranya guru tidak hadir ke sekolah atas justifikasi Cuti Sakit/ Cuti Rehat Khas/ Bengkel/ Mesyuarat/ Kursus di luar Kawasan sekolah, maka guru perlu lampirkan sekali satu salinan dokumen sokongan di dalam fail RPH yang dihantar kepada SLT. Dokumen sokongan tersebut adalah sebagai evidens dan untuk rujukan pihak SLT yang menyemak RPH. Tindakan : Semua Guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 6 1.5 Transformasi pengajaran dan pembelajaran 1.5.1 Pengerusi memaklumkan yang sekolah Sk Abang Aing adalah sekolah transformasi TS25 Kohort 4, oleh itu semua guru perlu menyediakan RPH dan menjalankan PdPc bercirikan TS25. Makluman : Semua guru 1.5.2 Ada 3 perkara utama yang wajib ada dalam penulisan RPH TS25 iaitu: ❖ Permulaan / Set Induksi ❖ Perkembangan PdPc ❖ Penutup Selain itu, guru perlu juga menyediakan Objektif Pembelajaran (OPEM) dan Kriteria Kejayaan (KK) . Ianya juga perlu ditulis di papan putih sebelum PdP dimulakan dan perlu diterangkan kepada murid. Makluman: Semua guru 1.5.3 Refleksi adalah perkara wajib yang perlu diberi perhatian oleh guru. Refleksi perlu ditulis oleh guru sendiri dengan mengambil kira perkara berikut: ✓ Kenalpasti isu/masalah ✓ Kenalpasti sumber masalah ✓ Kenalpasti kekuatan ✓ pengajaran yang diperoleh ✓ Langkah yang boleh diambil. Makluman: Semua guru 1.5.3 Kelas perlu disediakan mengikut suasana pembelajaran Abad Ke-21. Tindakan : Guru Kelas
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 7 1.6 Pengurusan Prestasi Murid – Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/ Program Pembangunan Bakat Murid / PKHM/ Pemulihan 1.6.1 Pengerusi menegaskan kepada semua guru agar fokus kepada pencapaian prestasi akademik murid bagi Tahun 2024/2025 dengan meningkatkan prestasi PBD, UPSA dan UASA sekurang-kurangnya 5% dari Sesi Akademik Tahun 2023-2024. Makluman : Semua guru 1.6.2 Bagi meningkatkan lagi kecemerlangan murid dalam bidang akademik, program yang sebelum ini iaitu Program Hasil Kerja Rumah Cemerlang akan ditambahbaik. 1.6.3 Cadangan perlaksanaan Program Hasil Kerja Rumah Cemerlang adalah seperti berikut : ❖ 4 Subjek utama yang terlibat– BM/BI/SN/MT ❖ Hanya melibatkan murid Tahun 3 – 6 ❖ Tempoh perlaksanaan bermula April – Disember 2024 ❖ Penyelaras PKHM 2024/2025 kekal– Pn. Julia bt Mohamad Hashim ❖ Penyelaras peringkat panitia perlu ada. ❖ Kaedah pemilihan murid masih kekal. ❖ Salinan hasil kerja murid akan dipamerkan di Bilik TS25. ❖ Merupakan agenda tetap dalam perjumpaan Ilmiah Panitia Tindakan : Penyelaras PKHM / KetuaPanitia BM/BI/Mate/Sains 1.6.4 Fokus Program Hasil Kerja Rumah Cemerlang adalah seperti berikut : i. 100% murid melaksanakan tugasan. ii. Peningkatan kualiti tugasan secara individua tau kumpulan. iii. Isu pelaksanaan program (sekiranya ada) iv. Surat penghargaan dan Amaran akan dikeluarkan pada setiap bulan v. Inisiatif tambahan – Kualiti kekemasan tulisan dan kerja murid. Tindakan : Penyelaras PKHM
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 8 1.6.5 Selain itu, Program Pembangunan Bakat Murid turut dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini. Makluman: Ketua Panitia BM/ MATE/ PAI 1.6.6 Program Pemulihan murid akan diperkasakan mulai tahun ini dan bukan hanya melibatkan guru pemulihan khas tetapi juga guru aliran perdana. Makluman: Semua guru 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1 /2024 2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Sharifah Zeleha Bt Wan Aman 2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hairyaty Binti Alon Makluman : Semua guru 3.0 Perkara- perkara berbangkit 3.1 Pengerusi telah memaklumkan perkara mengenai tatacara penggunaan akaun delima guru dan murid : i. Semua guru perlu login masuk ke akaun delima masing-masing dan memaksimumkan penggunaan akaun delima untuk kegunaan PdPc. Tindakan : Semua guru ii. Pembelajaran murid seperti latihan / kerja rumah boleh menggunakan aplikasi yang ada dalam akaun delima. Ini adalah untuk menggalakkan murid untuk menggunakan akaun delima yang dibekalkan oleh KPM. Makluman : Semua guru iii. Penggunaan akaun delima perlu dimaksimumkan di peringkat sekolah memandangkan hala tuju pendidikan di negara sekarang menuju ke arah pendigitalan. Makluman : Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 9 3.2 Pengerusi memaklumkan setiap panitia untuk meyimpan satu salinan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1 Tahun 2024/2025 di dalam fail panitia masingmasing. Oleh itu, beliau memohon untuk penyediaan minit dalam kadar yang segera untuk diedarkan kepada semua Ketua Panitia sebagai persediaan agenda untuk mesyuarat di peringkat panitia masing-masing. Makluman : Setiausaha Kurikulum 4.0 Pelaporan / Pembentangan Isu 4.1Jawatankuasa Kurikulum dan Takwim Kurikulum 2024/2025 4.1.1 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin telah membentangkan Jawatankuasa Kurikulum dan Takwim Kurikulum bagi Tahun 2024/2025. Makluman : Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 10 4.1.2 Beliau memaklumkan bahawa JK Kurikulum dan Takwim Kurikulum 2024 / 2025 akan dikongsikan kepada semua guru di dalam Whatsapp rasmi sekolah. Makluman : Semua guru 4.1.3 Selain itu, beliau juga telah memaklumkan bahawa Guru Perpustakaan & Media yang baru ialah Cikgu Rachel Ica Anak Stephen. Makluman : Semua guru 4.2 Pengurusan RPH, RPT dan DSKP Pengerusi memaklumkan perkara yang penting berkaitan dengan pengurusan RPH, RPT dan juga DSKP matapelajaran: i. Oleh kerana Fail Rekod Mengajar adalah dokumen penting untuk laporan penilaian prestasi guru, maka dengan itu guru perlu melengkapkan semua maklumat yang terkandung dalam buku rancangan mengajar seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan, Takwim Persekolahan, Jadual Waktu dan senarai nama murid yang diajar ikut kelas dan subjek. Makluman : Semua guru ii. Guru hendaklah menggunakan DSKP KSSR Semakan 2017 dan diperolehi dari Bahagian Pendidikan Kurikulum. Sementara itu, RPT hendaklah dihasilkan oleg guru sendiri melalui rujukan DSKP KSSR Semakan 2017 dan mengambil kira PKJR dan Pendidikan Sivik. Makluman : Semua guru iii. Penyediaan Fail Rancangan Mengajar guru hendaklah mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 KPM dan menepati saranan Jemaah Nazir. Makluman : Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 11 iv. RPH hendaklah dihantar pada setiap hari jumaat kepada SLT mengikut jadual dan perlu dikepilkan bersama dengan Rekod Penyeliaan RPH. Tindakan : Semua guru v. RPT/DSKP hendaklah dihantar selewat-lewatnya sebelum 2 April 2024 Untuk disemak dan disahkan Pihak SLT mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tindakan : Semua guru vi. Ketua panitia hendaklah menghantar borang pemantauan semakan RPT/DSKP selewat-lewat 2 April 2024. Tindakan : Ketua Panitia matapelajaran vii. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang berkaitan. Makluman : Semua guru viii. Semua Bahan Kurikulum seperti rekod penyeliaan RPH, Jadual Semakan RPH dan sebagainya telah dikongsikan kepada semua guru melalui link Google Drive dalam Whatapps rasmi sekolah. Makluman : Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 12 4.3 Pengurusan Jadual Waktu dan MMI Pengerusi juga telah memaklumkan beberapa perkara berkaitan Jadual Waktu dan MMI untuk sesi Tahun 2024/2025 seperti berikut: i. Jumlah waktu mengikut jam kredit minimum setahun dengan pelaksanaan Kurikulum KSSR semakan 2017 ii. Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dengan mengambilkira cadangan setiap panitia dan keutamaan kepada guru yang mempunyai opsyen dan kepakaran guru serta lain-lain perkara. iii. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan . iv. MMI:Guru terlibat KK/Sukan/bengkel/taklimat/cuti rehat khas yang telah mendapat kelulusan guru besar hendaklah menyediakan bahan teach in untuk kegunaan guru teach in agar memastikan PdPc yang bermakna. Manakala, guru yang mengambil Cuti Sakit/Kecemasan tidak perlu menyediakan bahan teach in. v. Aktiviti selain PdPc pada waktu rasmi sekolah hendaklah dielakkan bagi memastikan PdPc yang bermakna dan melindungi masa Instruksional (MMI). Makluman : Semua guru 4.4 Pengurusan Program Minggu Pertama Persekolahan 2024/2025 Pengerusi turut memaklumkan bahawa Program Minggu Pertama Persekolahan bagi tahun 2024/2025 telah selesai dan berjaya dilaksanakan. Oleh itu, beliau mengucapkan jutaan terima-kasih kepada semua guru yang terlibat. Makluman : Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 13 4.5 Pengurusan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2024/2025 Pengerusi memaklumkan yang pengurusan Transisi Tahun 1 Sesi 2024/2025 telah selesai dilaksanakan mengikut pelan tindakan sekolah. Beliau mengucapkan terima-kasih kepada semua guru khasnya guru Tahun 1 yang terlibats secara langsung dengan program transisi tersebut. Makluman : Semua guru 4.6 Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah : Penjaminan Kualiti i. Guru digalakkan untuk menyimpan dan merujuk Buku Panduan Perlaksanaan PBD Edisi 2 (2019) samada dalam bentuk salinan keras atau salinan lembut seperti yang telah dikongsikan di dalam group Whtasapp rasmi sekolah sebelum ini. Makluman : Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 14 ii. Guru turut digalakkan untuk menyimpan dan sentiasa merujuk Senarai Semak Penjaminan Kualiti PBD mengikut keperluan masing-masing. Makluman : Semua guru iii. Fokus utama senarai semak Penjaminan Kualiti PBD : ✓ Lampiran A -Pentadbir ✓ Lampiran B – Ketua Panitia ✓ Lampiran C – Guru Matapelajaran Makluman : Semua guru iv. Beliau menegaskan setiap guru matapelajaran perlu ada Rekod Transit bagi setiap matapelajaran yang diajar dan ianya perlu disemak oleh Ketua Panitia terlebih dahulu. Makluman : Semua guru Tindakan : Ketua Panitia v. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa analisis PBD & UASA untuk setiap matapelajaran akan dikongsikan dalam group Whatsapp rasmi sekolah. Makluman : Semua guru 4.7 Pengurusan Panitia i. Ketua Panitia dimohon untuk meujuk SPI Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2023:Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah KPM. Makluman : Ketua Panitia ii. Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Walaubagaimanapun, perjumpaan melibatkan kumpulan kecil boleh diadakan dari semasa ke semasa. Makluman : Ketua Panitia iii. Memo / Surat Panggilan Mesyuarat perlu dikongsikan kepada semua ahli panitia selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh bermesyuarat.
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 15 Format notis mesyuarat ada : ✓ Tarikh mesyuarat diadakan ✓ Masa ✓ Tempat ✓ Agenda ✓ Pengerusi mesyuarat Makluman : Ketua Panitia iv. Pengendalian mesyuarat perlu dikendalikan oleh Ketua Panitia matapelajaran dan perlu dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang SLT. Untuk tujuan itu, Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen memaklumkan bahawa beliau akan membuat penetapan nama SLT yang akan hadir untuk 5 buah panitia utama iaitu Panitia BM , Panitia BI, Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia Pendidikan Islam. Manakala, untuk panitia lain akan digabungkan hari bermesyuarat pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh beliau kelak. Makluman : Ketua Panitia v. Beliau menegaskan bahawa setiap mesyuarat panitia perlu memasukkan 6 agenda utama iaitu: ❖ Ucapan Pengerusi ❖ Pembentangan mesyuarat yang lepas ❖ Perkara berbangkit ❖ Pelaporan/ Pembentangan Isu ❖ Hal-hal lain ❖ Penutupan dan Penangguhan Mesyuarat Makluman : Ketua Panitia vi. Tindakan susul perlu dilaksanakan dan selesai sebelum mesyuarat yang seterusnya . Makluman : Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 16 vii. Setiap panitia perlu menyediakan satu salinan Buku Pengurusan Panitia dan ianya perlu dihantar kepada beliau selewatnya pada 30 April 2024. Tindakan : Ketua Panitia viii. Format Buku Pengurusan Panitia adalah seperti berikut: 1. Muka depan 2. Isi kandungan 3. Kata aluan Guru Besar 4. Kata aluan Ketua Panitia 5. Instrumen SK@S:Panitia 6. Visi, Misi dan slogan panitia 7. Jawatankuasa panitia/Peranan/Tanggungjawab 8. Maklumat Guru mata pelajaran 9. Rekod PBD tahun 2024. 10.Sasaran PBD/PLaN (TOV/ETR) setiap kelas dan rumusan mengikut Tahun 11.Perancangan pelaksanaan PBD 12.Takwim panitia/perancangan Panitia 13.Pengurusan Program Kecemerlangan Hasil Kerja Murid (PKHKM) Makluman : Ketua Panitia ix. Manakala, untuk kulit muka depan, setiap panitia menggunakan format yang sama dan menggunakan cover warna putih sahaja untuk keseragaman. Beliau turut memaklumkan setiap salinan buku yang sudah siap boleh dihantar ke pejabat untuk dibinding dengan cover plastik yang telah ditetapkan. Makluman : Ketua Panitia
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 17 x. Contoh cover muka depan Buku Pengurusan Panitia adalah seperti dibawah ini : xi. Ketua Panitia perlu melantik Penyelaras HIP, Penyelaras KBAT dan juga Penyelaras Pemulihan dalam panitia masing-masing. Makluman : Ketua Panitia xii. Mesyuarat panitia untuk kali yang pertama perlu mengikut borang yang akan dikongsikan oleh beliau kelak. Makluman : Ketua Panitia xiii. Contoh borang mesyuarat tersebut adalah seperti di bawah ini: Makluman : Ketua Panitia/ Setiausaha
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 18 4.8Pengurusan DLP ❖ Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen memaklumkan bahawa semua guru DLP perlu cakna dengan maklumat berkaitan aktiviti DLP Sarawak yang akan dikeluarkan oleh pihak JPN Sarawak. ❖ Berikut adalah Pelan Perancangan Pelaksanaan Aktiviti DLP Sarawak untuk tahun 2024. ❖ Beliau turut memaklumkan perkara berkaitan dengan bahan pembelajaran DLP yang boleh didapati di pautan yang disediakan oleh pihak JPNS iaitu https://tinyurl.com/tehmfbkx Makluman : Penyelaras DLP / Guru DLP ❖ Bahan TGB dan SAB tersebut disediakan oleh pihak JPNS dengan kerjasama MEITD dan Sparks Education PLT untuk matapelajaran Sains dan Matematik dalam bentuk salinan lembut. Makluman : Semua Guru DLP ❖ Beliau memohon semua guru DLP untuk ambil cakna dan boleh muat turun bahan tersebut dari pautan yang diberikan untuk kegunaan PdPc. Tindakan : Penyelaras DLP / Guru DLP
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 19 4.9Pengurusan HIP 4.9.1 Aktiviti Tahunan Highly Immersive Programme (H.I.P) hendaklah diperkasa untuk Tahun 2024/2025. Makluman : Semua guru 4.9.2 Pengerusi memaklumkan perkara berkaitan garis masa perlaksanaan HIP dan memohon guru penyelaras HIP sekolah iaitu Cikgu Monica Adeline dan dibantu oleh Cikgu Rachel Ica untuk bersedia dengan perlaksanaan program HIP di sekolah dengan mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Tindakan : Cikgu Monica Adeline & Cikgu Rachel Ica 4.9.3 Garis masa perlaksanaan HIP boleh dirujuk di rajah bawah: 4.9.4 Perancangan Aktiviti perlu lebih sistematik dan hendaklah disediakan dan dilaksanakan ikut perancangan yang telah dibuat. Tindakan :Penyelaras Hip ✓ Student Participation In Class Contoh: ▪ Program Nilam ▪ Pemerkasaan Papan Kenyataan ▪ Hasil Kerja Murid Bahasa Inggeris ✓ Student Participation Out Of Class Contoh: ▪ Story Telling, ▪ Public Speaking, ▪ Poem Recitation,
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 20 ▪ Scrabble, ▪ Mini Dokumentary, ▪ Dare To Spell, ▪ Pupils Conducting Assembly In English ▪ Singing Competition, ▪ Speaker Corner ▪ Choral Speaking ▪ Bulan Stem ✓ Student Participation Extra Class Contoh: ▪ Program Kerja Rumah Cemerlang ✓ Student Participation Outreach Contoh: ▪ Meitd:Program Pembangunan Bakat Murid:Literasi Bahasa Inggeris Makluman : Penyelaras HIP 4.9.5 Selain itu, beliau memaklumkan mengenai program baru yang melibatkan matapelajaran Bahasa Inggeris iaitu Remedial Instruction/ Pemulihan Bahasa Inggeris dan hanya melibatkan murid Tahun 4 dan seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Tahun 4. Makluman : Guru BI Tahun 4 4.9.6 Perlaksanaan Remedial Instruction / Pemulihan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan di sekolah mengikut garis masa yang sudah ditetapkan seperti di bawah ini:
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 21 4.9.7 Beliau turut memaklumkan bahawa SK Abang Aing antara 15 buah sekolah yang terlibat dengan program Remedial Instruction / Pemulihan Bahasa Inggeris di peringkat daerah Sri Aman. Guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras program ini adalah Cikgu Rachel Ica Stephen. Makluman: Cikgu Rachel Ica Stephen 4.10 Pengurusan Sumber Teknologi Pendidikan 4.10.1 Pengerusi memaklumkan perkara berkaitan dengan pengurusan sumber teknologi Pendidikan seperti berikut : i. Analisis NILAM 2023 yang dicatat untuk SK Abang Aing adalah: ✓ Purata bacaan adalah 145 ✓ Jumlah murid terlibat NILAM 481 ✓ Jumlah keseluruhan bacaan bahan digital adalah 11803 ✓ Jumlah bacaan buku BM 480, bacaan BI 481 ✓ Hanya bacaan buku BM sahaja seorang murid tidak mencapai KPI Makluman : Semua guru ii. Satu aplikasi telah dibina untuk melaporkan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh GPM/NILAM dan juga Guru ICT. Makluman : GPM/NILAM/GICT iii. Aplikasi ini dinamakan Sistem Pelaporan Program dan Aktiviti (PROTi) dibawah USTP dan dashboard sistem ini juga boleh diakses oleh Guru Besar melalui pautan https://bit.ly/PROTiUSTP Makluman : GB/GPM/NILAM/GICT
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 22 iv. KPI untuk NILAM 2024 adalah : ✓ Semua murid menyertai NILAM dan mencapai bacaan 3 buah buku BM dan 3 buah buku BI. ✓ Mencapai bacaan purata sekolah 55 Tindakan : Cikgu Rachel Ica (GPM) dan guru NILAM v. KPI untuk Guru ICT bagi pengintegrasian teknologi pendidikan untuk tahun 2024 adalah : ✓ Menghantar penyertaan sekurang-kurangnya 2 buah pertandingan digital Tindakan : Cikgu Christine Power (Guru Penyelaras Bestari) 4.11 Pengurusan Pemulihan Khas 4.11.1 Pengerusi memaklumkan perkara berkaitan dengan pengurusan pemulihan khas di peringkat sekolah seperti berikut: i. Guru Pemulihan perlu membuat ketetapan KPI yang hendak dicapai. Program dan intervensi yang bersesuaian perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan murid menguasai kemahiran 3M khususnya murid Tahap 1. ii. Pengurusan Sistem Fail juga hendaklah dititikberatkan mengikut ketetapan sedia ada. iii. Pencapaian Pengurusan Kelas Pemulihan :5 Bintang(cemerlang) harus dikekalkan untuk sesi tahun 2024/2025. Tindakan : Cikgu Abang Rosni (Guru Pemulihan)
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 23 4.11.2 Garis masa perlaksanaan program pemulihan khas boleh dirujuk seperti gambarajah dibawah ini : Makluman : Cikgu Abang Rosni (Guru Pemulihan) 4.12 Pengurusan Prasekolah 4.12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Guru Prasekolah perlu membuat laporan dalam bentuk One Page Report (OPR) bagi setiap aktiviti prasekolah yang melibatkan murid seperti dibawah : ❖ Pelan Anti Rasuah Kebangsaan ❖ Penggunaan Bahan National Geographic ❖ Program / Aktiviti Prasekolah Makluman: Guru Prasekolah Tekun/ Usaha/Pra PPKI 4.13 Pengurusan Kewangan Kurikulum 4.13.1 Pengerusi turut memaklumkan beberapa perkara penting berkaitan dengan pengurusan kewangan kurikulum yang perlu diambil cakna oleh semua Ketua Panitia matapelajaran. Perkara tersebut adalah seperti berikut: i. Semua perbelanjaan yang dirancang perlu diluluskan dalam mesyuarat panitia. ii. Rekod pembelian dan dokumen pembelian perlu difailkan untuk tindakan semakan. iii. Rekod keluar / masuk bahan direkodkan ke Kad Petak. iv. Pembelian hendaklah mengutamakan keperluan PdPC dan Program peningkatan akademik murid seperti Aktiviti Bulan Panitia.
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 24 v. Peruntukkan yang akan diterima hendaklah dibelanja secara berhemah dan mengikut tatacara serta SOP kewangan yang betul: SPI Kewangan Bil 1 tahun 2021 vi. Kertas kerja dan Nota minta hendaklah dibuat dengan lengkap dan betul. vii. Pesanan dan Pembeliaan mestilah merujuk kepada Guru Besar viii. Perbelanjaan dan pembeliaan tanpa kebenaran tidak akan dibayar oleh pihak sekolah. Tindakan : Semua Ketua Panitia 4.13.2 Penyata Kewangan PCG 2024 bertarikh 31 Mac 2024 akan dikongsikan di dalam group rasmi Whatsapp Ketua Panitia sebagai rujukan untuk membuat perancangan pembelian /aktiviti panitia . Makluman : Semua Ketua Panitia 5.0 Hal-Hal Lain 5.1 Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen memaklumkan bahawa Sk Abang Aing masih menjadi Sekolah Cemerlang KBAT di dalam daerah Sri Aman. Oleh itu , pihak sekolah masih menjadi mentor KBAT kepada sekolah lain dan perlu sentiasa bersedia menerima rombongan penandarasan dari sekolah lain. Makluman :Semua guru 5.2 Penarafan KBAT dalam PdP akan dilaksanakan semasa Pencerapan PdPc Fasa 2:Borang SKPMg2 dan Instrumen Pembudayaan KBAT dalam PdP (Guru/Murid) akan digunakan:Bulan Oktober Makluman :Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 25 5.3 Guru menambahbaik amalan KBAT di dalam kelas dengan merujuk Instrumen Penarafan KBAT sebagai panduan. Antara Intervensi KBAT yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: ❖ Pelaksanaan Bengkel Pembugaran Kbat(Sekolah/Panitia) ❖ Program Bimbingan Dan Pementoran ❖ Pemerkasaan Pdpc Pak-21 ❖ Pencerapan/Learning Walk ❖ Pemerkasaan Instrumen Pentaksiran Oleh Setiap Panitia, Contoh: Program Kecemerlangan Hasil Kerja Murid (PKHM) ❖ Pelaksanaan Program Berunsur Kbat Dalam Aktiviti Bulan Panitia Contoh: Pertandingan Kuiz Stem Rekacipta Buku Skrap dan sebagainya. Makluman :Semua guru 5.4 Beliau juga mengingatkan semua guru untuk melengkapkan hari berkursus dan jam kredit dalam SPLKPM untuk tahun 2024. Tindakan :Semua guru 5.5Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Nurmisuari Qazreen turut memaklumkan perkara berkaitan takwim serta agihan perlaksanaan PBPP Tahun 2024. Guru boleh merujuk berkaitan perkara ini di dalam pautan Google Drive Bahan Kurikulum yang sudah dikongsikan oleh beliau di dalam group Whatsapp rasmi sekolah. Makluman :Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 26 5.6Guru Besar, En. Bohan Bin Sahar mencadangkan bahawa murid yang terlibat dengan Program Pemulihan Bahasa Inggeris / Remedial Instruction bukan sahaja terdiri daripada murid yang dalam kategori TP1 dan TP2 , tetapi juga termasuk murid yang mencapai TP3 dalam Bahasa Inggeris. Perlaksanaan ini adalah untuk peringkat sekolah SK Abang Aing bagi membantu murid yang masih lemah. Tindakan : Cikgu Rachel Ica 5.7Cikgu Bahruddin Bin Jair memaklumkan perkara berkaitan dengan pendaftaran guru menggunakan ID delima masing-masing di dalam portal Maxis e-Class. Beliau memohon semua guru untuk berbuat demikian dalam kadar yang segera bagi membolehkan guru mengkases bahan pembelajaran dalam bentuk digital. Tindakan : Semua guru 5.8Manakala, untuk murid Tahun 6 pula, sesi pendaftaran akan dilaksanakan pada hari Rabu, 27.3.2024 di Makmal Komputer dan dibantu oleh Guru Penyelaras Bestari, Cikgu Christine Power. Makluman: Semua guru
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 27 6.0 Penutup 6.1 Penolong Kanan Kurikulum , En. Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, barisan Penolong Kanan,dan semua guru di atas kehadiran dalam Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 sesi tahun 2024 /2025. 6.2 Beliau berharap semua guru dan panitia cakna dan mengambil tindakan segera tentang perkara dan isu yang telah dibentang semasa mesyuarat tadi. 6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:30 petang. Makluman : Semua guru Disediakan oleh: ---------------------------------------- (Christine Power Ak. Nyelang) Setiausaha Kurikulum SK Abang Aing Disemak oleh: (Mohd Nurmisuari Qazreen Bin Shamsuddin) Penolong Kanan Kurikulum SK Abang Aing Disahkan oleh: (Bohan Bin Sahar) Guru Besar SK Abang Aing