JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL TUGASAN 2 PROJEK INOVASI (INDIVIDU) SEMESTER: 1 TAHUN: 4 KOD KURSUS PIMK 3152 KURSUS INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Nama Pelajar NURUL NAJIHAH BINTI ZULKIFLI Angka Giliran 2020172340153 No. Kad Pengenalan 010428-03-0470 Kumpulan/ Unit PT4S1-11 Nama Pensyarah DR NIK ASILAH BINTI NIK ALI Tarikh Hantar 02/10/2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR Markah
INOVASI 2023 PROJEK IPGKIK DISEDIAKAN OLEH: NURUL NAJIHAH BINTI ZULKIFLI PT4S1-11 SMART RUKUN IMAN
IPGKIK ISI KANDUNGAN 01. NAMA PRODUK INOVASI DIGITAL 02. RASIONAL PROJEK INOVASI DIGITAL 03. STRATEGI PENYELESAIAN 04. PENGGUNAAN 05. IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN pelajar
01. NAMA PRODUK INOVASI DIGITAL Sistem pendidikan negara semakin menekankan kepada pelbagai kemahiran dalam kurikulum agar murid-murid ini bersiap siaga untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam era teknologi ini, pembelajaran yang bersandarkan internet adalah salah satu aspek yang turut dipraktikkan dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi ini memberi anjakan baru dalam teknik pedagogi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada pelajar. Oleh itu, guru hendaklah bersedia untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nur Aisyah Kamaluddin dan Hazrati Husnin (2022), penggunaan TMK dapat memberi impak yang positif dalam hubungan guru bersama murid, murid dan murid serta murid dan pembelajaran. Penggunaan teknologi bersama dengan kualiti kandungan yang bagus, pedagogi dan reka bentuk pengajaran yang menarik dan baik dapat mempertingkatkan proses PdP di dalam pendidikan serta memberi impak yang baik kepada sistem pendidikan mengikut era teknologi terkini. Oleh hal yang demikian, sebuah inovasi digital yang menggunakan kemudahan TMK dalam dunia pendidikan dicipta bagi mendukung kenyataan di atas. Produk inovasi digital ini diberi nama sebagai “Smart Rukun Iman”. _Sinopsis Projek Inovasi Digital_
01. NAMA PRODUK INOVASI DIGITAL Inovasi ini adalah berbentuk laman sesawang yang dibangunkan menggunakan aplikasi “about me”. Dalam “Smart Rukun Iman” ini telah terkandung nota berkaitan rukun Iman, nyanyian lagu rukun Iman dan kuiz interaktif. Nama inovasi ini mempunyai maksud yang tersendiri iaitu perkataan “Smart” dipetik daripada Bahasa Inggeris yang bermaksud bijak. Ini adalah sebagai perangsang kepada murid untuk menguasai rukun Iman dengan baik dan tepat. Perkataan “Rukun Iman” pula adalah merujuk kepada pembelajaran rukun Iman menerusi inovasi ini. Inovasi ini sangat membantu kepada guru dan murid serta ibu bapa untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran kerana penggunaanya yang fleksibel sama ada di sekolah mahupun di rumah selepas waktu persekolahan. Inovasi ini juga diambil kira sebagai bahan bantu mengajar (BBM) sebagai kaedah alternatif yang digunakan oleh guru dalam proses PdP. Penggunaan bahan pembelajaran digital ini juga perlu diambil perhatian dalam mewujudkan pembelajaran yang menarik kepada murid. Hal ini selaras dengan kenyataan Nurfarizah Mohd Bakhir & Mohd Zazril Ikhmal Zamri (2016) bahawa penggunaan BBM dalam proses PdP bukan hanya tertumpu kepada BBM yang bersifat maujud mahupun konkrit sahaja malahan penggunaan TMK turut berfungsi sebagai media pengajaran yang menyediakan pembelajaran secara interaktif kepada murid. _Sinopsis Projek Inovasi Digital_
IPGKIK Berdasakan pengalaman praktikum fasa 1 yang lalu, terdapat satu isu utama yang telah dikenalpasti dalam bidang akidah khususnya. iaitu murid sukar untuk mengingat fakta mengikut susunan yang betul. Keadaan ini sering berlaku apabila guru meminta untuk menyebut semula rukun iman mengikut urutan yang betul. Guru mendapati murid mampu menyebut rukun iman tetapi tidak mengikut urutan yang betul. Murid sering tertukar antara rukun iman kedua, ketiga dan keempat khususnya. Murid tidak dapat mengenalpasti urutan rukun iman yang betul. Oleh hal yang demikian, sebuah idea telah tercetus untuk membina sebuah inovasi digital yang mengandungi nota dalam bentuk “flip card” digital, video nyanyian bersama animasi dan disertakan juga kuiz interkatif bagi menguji kefahaman murid selepas membaca nota dan mengikuti nyanyian lagu. Inovasi ini juga dihasilkan bagi memudahkan murid untuk menghafal rukun iman dengan cara yang berbeza selain penggunaan buku teks serta mewujudkan suasana PdP yang ceria dan menarik minat murid dan merangsang murid untuk kekal aktif di dalam kelas. Hal ini kerana, guru juga mendapati murid menunjukkan riak wajah bosan apabila guru mengajar dengan menggunakan bantuan buku teks sahaja. Menerapkan kaedah didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Memudahkan murid mengingat dan menghafal rukun iman menerusi nota ringkas dan dalam bentuk nyanyian. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan ahli keluarga dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. OBJEKTIF ISU UTAMA 02. RASIONAL PROJEK INOVASI DIGITAL
IPGKIK PENYELESAIAN 03. STRATEGI Murid tidak dapat menyebut rukun Iman mengikut urutan yang betul ISU MENGAPA Murid tidak didedahkan dengan teknik hafalan yang menarik KAEDAH Menghasilkan 1 inovasi Smart Rukun Iman Memudahkan murid untuk mengakses nota, nyanyian lagu dan kuiz interaktif dalam satu platform sahaja. Hal ini demikian kerana, inovasi Smart Rukun Iman yang dicipta adalah berbentuk dalam laman sesawang yang terkandung di dalamnya “flip card” sebagai nota pengajaran, nyanyian lagu dan kuiz interaktif. Inovasi yang dicipta adalah memfokuskan kepada video nyanyian yang boleh digunakan untuk menghafal rukun Iman dengan mudah JUSTIFIKASI Murid dapat belajar dan menghafal rukun Iman dengan kaedah yang menarik KESAN Carta Alir strategi penyelesaian masalah menggunakan inovasi Smart Rukun Iman
IPGKIK INOVASI SMART RUKUN IMAN YANG DIBINA
IPGKIK SCAN QR DI BAWAH UNTUK MENGAKSES INOVASI SMART RUKUN IMAN
IPGKIK Inovasi Smart Rukun Iman merupakan sebuah projek yang diadaptasi daripada salah seorang siswa guru di IPG lain yang dikembangkan untuk kegunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang dihadapi telah mewujudkan satu projek adaptasi inovasi Smart Rukun Iman kerana guru mendapati murid menghadapi masalah dalam menyenaraikan rukun Iman mengikut urutan yang betul. Malah, kaedah untuk menghafal menggunakan bantuan buku teks yang sering digunakan oleh guru tidak memfokuskan pembelajaran interaktif di dalam PdP. Di samping itu, penerangan guru menggunakan buku teks dalam PdP menyebabkan murid rasa bosan kerana paparannya kurang menarik kepada murid. Ini kerana, dalam buku teks tiada ilustrasi gambar yang bergerak. INOVASI SMART RUKUN IMAN
IPGKIK Adaptasi Inovasi Smart Rukun Iman daripada video inovasi di YouTube milik NoorFisyah binti Sabudin
IPGKIK 04. PENGGUNAAN Penggunaan asas utama inovasi ini adalah digital dengan menggunakan laman sesawang yang dicipta menggunakan aplikasi “about me” bertujuan kepelbagaian aktiviti PdP yang ditempatkan di dalam satu plartform yang mudah untuk diakses oleh guru, murid mahupun ibu bapa di rumah. Oleh hal yang demikian, Smart Rukun Iman dicipta bagi memudahkan murid untuk belajar di sekolah dengan bantuan guru dan mengulang kaji di rumah bersama ibu bapa mahupun keluarga. Fokus utama inovasi ini adalah video nyanyian lagu beserta animasi bertujuan untuk memudahkan murid menghafal rukun Iman menggunakan lagu yang telah diolah dan disesuaikan dengan tajuk. Kajian Siti Zaleha Za’ba @ Jaba (2018) menyatakan bahawa gabungan kaedah nyanyian dan pergerakan serta penggunaan video dapat membantu murid dalam mengingat rukun wuduk dan sunat wuduk dengan betul. Hal ini membuktikan bahawa kaedah nyanyian sesuai digunakan kepada murid untuk menghafal fakta-fakta dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti rukun Iman. Penggunaan projek dalam pengalaman pembelajaran bermakna
IPGKIK Satu platform yang digunakan untuk menempatkan semua bahan seperti nota, pautan video lagu, kuiz interaktif dapat menjimatkan masa murid untuk mengakses bagi mendapatkan semua bahan tersebut berbanding meletakkannya secara berasingan. Contonhnya, murid perlu muat turun nota terlebih dahulu untuk membaca nota dan perlu beralih pula untuk muat turun video lagu pula untuk melihat lirik dan nyanyian. Oleh itu, dengan adanya inovasi Smart Rukun Iman ini dapat membantu murid menguasai rukun Iman dengan cara yang mudah dan cepat. Menurut Norfiza Apfandi et al. (2021) menyatakan bahawa medium secara dalam talian yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran merupakan satu medium yang efektif dan praktikal untuk dilaksanakan. Malah, hasil kajiannya membuktikan pelajar terutama golongan kanak-kanak menyukai kelainan yang terdapat dalam kaedah pembelajaran baharu atau pembelajaran secara dalam talian sejajar dengan jiwa mereka yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Jelaslah di sini bahawa medium pembelajaran secara atas talian dapat meningkatkan nilai ekuiri kanak-kanak untuk mencuba dan meneroka sesuatu perkara yang baharu dalam PdP di samping mendorong ke arah pembelajaran bermakna dengan menggunakan pembelajaran digital ini. Secara tidak langsung PdP dijalankan dengan berteraskan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna seperti berikut;
IPGKIK Citizenship (Kewarganegaraan) Character (Sahsiah) Collaboration (Kolaborasi) Communication (Komuniksasi) Creativity (Kreativiti) Critical Thinking (Pemikiran Kritis) Melatih murid dengan sifat-sifat kesabaran, kegigihan serta keupayaan belajar cara belajar semasa menggunakan Smart Rukun Iman. Oleh itu, dapat memupuk nilai tanggungjawab dalam menyiapkan tugasan dalam kuiz interaktif bagi menilai tahap pemahaman mereka walau tanpa bantuan guru Melatih murid untuk bersikap berdaya saing dan kerja berpasukan kerana murid juga diberi pilihan untuk menggunakan inovasi ini secara berpasukan semasa PdP mahupun individu apabila berada di rumah masingmasing. Ini membuktikan bahawa murid boleh saling menyumbangkan idea semasa menjawab soalan kuiz khususnya. Menggalakkan murid memanfaatkan kemudahan teknologi seperti belajar menggunakan bahan pembelajaran digital . Hal ini kerana, manfaat digital ini penting dalam mengatasi Industri Revolusi (IR4.0) Wujudnya komunikasi murid dengan guru dan murid dengan murid. Komunikasi ini penting bagi murid lemah kerana mereka amat memerlukan bantuan rakan yang lain untuk meenguasai bahan pembelajaran digital ini khususnya. Murid dapat menzahirkan kreativiti mereka seperti menggunakan isyarat jari bagi menunjukkan nombor bagi setiap rukun iman. Sebagai contoh, menunjukkan keduduakan jari “peace” bagi rukun iman kedua sambil menyanyi lagu rukun iman. Murid bebas untuk melakukan apa-apa pergerakan sambil mendegar lagu berkaitan rukun iman. Murid dapat mengetahui pengetahuan yang bermakna mengenai bahan pembelajaran digital ini yang jarang sekali digunakan di sekolah kerana guru-guru lebih gemar menggunakan buku teks atau bahan BBM maujud.
IPGKIK 04. PENGGUNAAN Kaedah untuk mempromosi produk inovasi digital Komersialan produk ini disebar luaskan dengan menyertai pertandingan inovasi di peringkat IPG. Dari segi sebarannya pula menggunakaan QR Scan supaya orang ramai mudah untuk mengakses masuk ke laman sesawang yang telah dibina sebagai platform utama bagi inovasi ini. Oleh itu, orang ramai dapat diberikan gambaran yang jelas tentang penggunaan inovasi ini. Selain itu, pendaftaran dalam MyIPO juga dijadikan sebagai satu medium untuk mengkomersialkan inovasi yang dibina ini. Inovasi Smart Rukun Iman ini juga boleh sebarkan ke guru-guru Pendidikan Islam di sekolah rendah melalui latihan dalam perkhidmatan di sekolah secara langsung mahupun rakaman di YouTube.
IPGKIK 04. PENGGUNAAN Promosi penggunaan SCAN QR UNTUK MANUAL PENGGUNAAN INOVASI
IPGKIK VIDEO TESTIMONI SCAN QR UNTUK BAHAGIAN INI MEMERLUKAN BUKTI YANG PERLU DISERTAKAN. CONTOH: REFKEKSI PELAJAR, JURNAL PEMBELAJARAN, BUKU LOG, TEMU BUAL, KAJI SELIDIK TESTIMONI DAN SEBAGAIANYA. BERIKUT MERUPAKAN BUKTI YANG DIKEMUKAKAN DBAGI INOVASI INI.
IMPAK UTAMA KE ATAS PENGALAMAN PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN PELAJAR. Impak penggunaan Inovasi Smart Rukun Iman dalam PdP adalah sebagai media interaktif yang membantu murid untuk mengingat Rukun Iman dengan cara yang mudah dan menarik. Menurut Siti Zaharah Mosid et al. (2018), menyatakan bahawa multimedia interaktif berperanan sebagai alat untuk mengukuhkan dan meningkatkan keupayaan pelajar dalam usaha memahami dan mengingati pelajaran. Murid bukan sahaja didedahkan dengan PdP yang menyeronokkan malah murid memperoleh kaedah baharu untuk mengingat Rukun Iman iaitu penerapan melalui nyanyian. Masa pembelajaran murid tidak hanya terhad di sekolah malah dimana-mana sahaja keberadaan. Hal ini demikian kerana, apabila di rumah, murid boleh mendapatkan bantuan ibu bapa atau keluarga yang lain untuk mengakses laman sesawang yang dibina bagi inovasi ini. Oleh itu, murid tidak perlu lagi membawa buku teks untuk mengulang kaji pelajaran kerana adanya inovasi yang dicipta yang telah diletakkan semua bahan pembelajaran di dalamnya yang tersusun rapi. 04. IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN PELAJAR
04. IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN PELAJAR MAKLUM BALAS HASIL DARI PROMOSI PRODUK INOVASI DIGITAL Murid teruja untuk menggunakan inovasi yang dihasilkan. Uji lari bagi inovasi ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, Melaka. Hasil promosi inovasi digital ini kepada siswa guru yang berpraktikum di sekolah tersebut telah mendapat maklum balas yang amat baik. Hal ini demikian kerana, beliau turut menghadapi masalah yang sama ketika mengajar pelajarnya untuk mengingat rukun Iman mengikut urutan yang betul. Beliau mendapati murid boleh menjawab soalan kuiz interaktif yang disediakan setelah mengikuti pembelajaran menggunakan inovasi Smart Rukun Iman ini kerana ditambah dengan elemen lagu dan pembelajaran menyeronokkkan kepada murid. Beliau berpendapat inovasi yang dibina ini dapat membantu guru Pendidikan Islam dari banyak aspek seperti menjimatkan masa untuk menyediakan bahan PdP serta memudahkan guru untuk mengakses bahan secara atas talian sahaja dan tidak memberikan bebanan kepada guru untuk membawa bahan-bahan PdP yang banyak ke dalam kelas.
SEJAUH MANA PROJEK INI TELAH MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR DARI ASPEK KEMAHIRAN IR4.0? Perubahan dunia pendidikan kini, menuntut guru-guru untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan teknologi maklumat dalam era digital telah memberi impak besar kepada sistem PdP semasa, sebagaimana dalam peralihan pendekatan dalam PdP, iaitu daripada pendekatan berpusatkan guru kepada pendekatan berpusatkan murid (Latjuba Sofyana dan Abdul Rozaq, 2019). Perubahan dalam dunia pendidikan ini juga dipengaruhi oleh Perkembangan Revolusi Industri 4.0.Penggunaan Inovasi Smart Rukun Iman telah membuka ruang dan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat melalui dua elemen iaitu pembelajaran kendiri dan pembelajaran berpusatkan bahan. Di samping itu, inovasi ini lebih berpusatkan murid kerana murid boleh meneroka sendiri bahan dalam inovasi ini dan masa pembelajaran adalah lebih fleksibel. Hal ini kerana, pemilihan proses PdP bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi konteks strategi PdP perlu sesuai dengan keperluan tuntutan revolusi industri 4.0 kini. 04. IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN PELAJAR
04. IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN PELAJAR SEJAUH MANA PROJEK INI MEMBERI KESAN KEPADA PERUBAHAN SIKAP DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN SOSIAL PELAJAR. Tranformasi pembelajaran masa kini menuntut guru-guru mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid agar dapat memberi ruang kepada murid-murid meneroka ilmu dan menggilap potensi mereka. Pembelajaran berpusatkan murid dalam pengajaran akidah khususnya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keberkesanan PdP kerana guru Pendidikan Islam kurang jelas dalam penyampaian ilmu mereka, pembelajaran berpusatkan murid masih belum merangsang minda murid, kurang berpusatkan murid, bersifat tradisional, kurang mengaitkan dengan realiti kehidupan dan murid kurang memahami kemahiran berfikir secara analitikal dalam subjek Akidah. Oleh itu, Inovasi Smart Rukun Iman yang memfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid dengan bantuan bahan PdP yang telah disediakan oleh guru. Hal ini kerana, Inovasi Smart Rukun Iman dibina bagi membantu murid untuk belajar secara kendiri tanpa ada batasan waktu. Keadaan ini akan melatih sikap gigih dalam diri murid untuk menuntut ilmu. Malah, dari aspek kemahiran sosial murid pula ditingkatkan apabila murid menggunakan inovasi ini disekolah bersama rakan mahupun di rumah bersama adik-beradik yang lain.
IPGKIK VIDEO REFLEKSI PELAJAR SCAN QR UNTUK UJIAN/ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN PELAJAR/ PROTOTAIP/ PENERBITAN DARIPADA PELAJAR, REFLEKSI PELAJAR, KISAH KEJAYAAN PELAJAR, BAHAGIAN INI MEMERLUKAN BUKTI YANG PERLU DISERTAKAN. CONTOH: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN/UJIAN/PRA DAN PASCA
IPGKIK RUJUKAN