SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
TAMAN PUTRI KULAI ,KULAI
DISEDIAKAN OLEH:
CHEA XIN TONG
TINGKATAN:
2 SAPPHIRE
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
24/12/2022
m/s 1
Isi Kandungan
BIL KANDUNGAN MUKASURAT
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan 4
3. Jadual Kerja 5-6
4. Objektif Kajian 7
KAJIAN KES 8-9
11-12
5. Kaedah Kajian 13-14
6. Kawasan Kajian
7. Hasil Kajian
i.Menjelaskan definisi dan konsep Teknologi Hijau
ii. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh produk Teknologi Hijau yang
terdapat di Taman Putri Kulai , Kulai
iii. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
iv. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian
v. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh 15
dibuat bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai 16
8. Rumusan 17-21
9. Rujukan
10. Lampiran
m/s 2
1.0 Penghargaan
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2
yang bertajuk Penggunaan Teknologi Hijau di sekitar kawasan kajian.Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya,iaitu Cikgu
Hanifah binti Jamaluddin atas segala bimbingan ,tunjuk ajar,teguran dan nasihat yang amat
berguna. Ini telah memberikan banyak bantuan kepada saya dan kawan-kawan sekelas
untuk menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu
Encik Chea Phoay Seng dan Puan Chong Hui Fen yang telah memberi sokongan moral dan
dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk membantu saya
mengumpulkan maklumat-maklumat tentang amalan penggunaan teknologi hijau di
kawasan kajian yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya kerana
telah memberi saya banyak pendapat dan idea.
Sekian,terima kasih.
m/s 3
2.0 Pendahuluan
Saya,Chea Xin Tong merupakan pelajar tingkatan 2 di SMK Sultan Ismail Johor Bahru.Saya
telah diberi tajuk Penggunaan Teknologi Hijau kerana tajuk ini memudahkan saya untuk
membuat pemerhatian dan tinjauan serta merujuk daripada laman sesawang dan juga
buku-buku yang berkaitan.
Kawasan kajian ialah di Taman Putri Kulai, Kulai, Johor kerana ianya merupakan kawasan
tempat tinggal saya. Saya menggunakan empat kaedah iaitu kaedah pemerhatian, temu
bual, soal selidik dan rujukan untuk menyiapkan kerja lapangan saya.
m/s 4
3. Jadual Kerja
Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini:
Bil. Tarikh Perkara
1. 5/12/2022 i. Menerima taklimat dan tugasan kerja lapangan Geografi daripada guru
mata pelajaran iaitu Cikgu Hanifah binti Jamaluddin.
ii.Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan.
2. 6/12/2022 Pemilihan tajuk kerja lapangan- Penggunaan Teknologi Hijau
i. Merangka perancangan dan jadual kerja mengenai aktiviti yang
hendak dilakukan.
ii. ii. Membuat catatan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan
dengan betul.
3. 8/12/2022 i. Mencari maklumat berkenaan penggunaan teknologi hijau dalam
akhbar,buku-buku rujukan Geografi dan buku teks.
ii. Melayari Internet untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
4. 11/12/2022 i. Berjumpa dengan Encik Wong dan bertemu bual untuk tanya
penggunaan teknologi hijau di rumahnya.
ii. Menyenaraikan maklumat yang diperolehi semasa bertemu bual.
5. 14/12/2022 Pergi ke tempat kajian
i. Membuat pemerhatian ke atas kawasan kajian.
6. 15/12/2022 Merekodkan kajian
i. Menyenaraikan maklumat yang diperolehi semasa membuat
pemerhatian di kawasan kajian.
7. 16/12/2022 i. Menulis pendahuluan dan penghargaan.
8. 17/12/2022 Membuat soal selidik
i. Merekabentuk soal selidik menggunakan aplikasi “Google Form”
Memberikan soalan selidik kepada penduduk kawasan kajian.
9. 21/12/2022 Mengumpum dan membuat penulisan berdasarkan kepada semua
jawapan daripada soalan selidik.
i. Membuat analisa daripada data yang diperolehi daripada “google
form”yang telah diberikan kepada penduduk kawasan kajian.
m/s 5
ii. Menghasilkan bahan grafik yang sesuai samada graf/carta
berdasarkan data yang diperolehi.
iii. Menulis hasil kajian yang diperolehi.
10. 24/12/2022 Menghantar kerja lapangan kepada cikgu
m/s 6
4.Objektif Kajian
Di akhir kajian ini, saya akan dapat:
1) Menjelaskan definisi dan konsep Teknologi Hijau
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh produk Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Putri
Kulai, Kulai
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan
seharian
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
m/s 7
5.0 Kaedah Kajian
Penggunaan kaedah yang bersesuaian dapat membantu saya memperoleh maklumat
dengan lebih mudah dan tepat. Antara kaedah kajian yang saya gunakan adalah:
5.1 Pemerhatian
Berikut adalah gambar rajah di sekitar Taman Putri Kulai , iaitu kawasan kajia saya.
5.2 Temu Bual
Berikut adalah dialog antara saya dengan jiran saya, iaitu Encik Wong Sim Yee.
Saya: Hai! Selamat pagi Encik Wong.
Encik Wong: Selamat pagi Xin Tong.
Saya: Encik, kebelakangan ini saya sedang membuat kajian tentang penggunaan teknologi
hijau dalam kalangan penduduk kita. Jika encik sudi, bolehkah saya menemu ramah Encik
tentang penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan harian Encik?
Encik Wong: Tentulah boleh! Marilah duduk di sini.
Saya: Terima Kasih Encik Wong!
Saya: Untuk pengetahuan, teknologi hijau ni penting dalam kehidupan harian kita. Bolehkah
encik terangkan bagaimanakah encik mempraktikkan amalan teknologi hijau dalam
kehidupan harian?
Encik Wong: Pertamanya, kadangkala saya akan memandu kereta hibrid saya untuk pergi ke
pejabat saya. Bukan sahaja kereta hibrid, saya juga sentiasa menaiki bas elektrik untuk ke
mana-mana sahaja.
Encik Wong: Amalan-amalan ni bukan sahaja dapat mengatasi masalah kemusnahan alam
sekitar, tetapi juga dapat meningkatkan tahap kehidupan dan memelihara ekosistem.
Saya: Telitinya terangan Encik! Bagaimana pula dengan produk-produk teknologi hijau yang
digunakan oleh encik di rumah?
Encik Wong: Rumah saya telah dipasang dengan panel solar kerana ia bantu banyak dalam
menjimatkan elektrik. Apabila saya membeli makanan di luar, saya juga akan menyediakan
bekas makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang mesra alam.
m/s 8
Saya: Oh rupa-rupanya! Encik Wong memang seorang yang mementingkan alam sekitar.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa Encik.
Encik Wong: Sama-sama. Saya berharap agar penduduk Taman Putri Kulai 5 mempraktikkan
amalan teknologi hijau juga!
5.3 Soal selidik
Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat dengan mengedarkan borang
menggunakan “google form” kepada 15 penduduk Taman Putri Kulai. Saya terlebih dahulu
menyediakan borang yang mengadungi maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.
5.4 Rujukan
▪ Buku teks Geografi tingkatan 2
▪ Internet
https://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau
https://www.slideshare.net/VaayuPuttran/teknologi-hijau-16461087
m/s 9
Kajian Kes
Taman Putri Kulai, Kulai, Johor
m/s 10
6.0 Kawasan Kajian
Kawasan Taman Putri Kulai terletak di bahagian tengah Kulai. Kawasan ini berada sejauh
35km dari Johor Bahru, ibu negeri Johor dan dan sejauh 7 km dari Skudai. Tempat-tempat
lain yang berhampiran dengan Bandar Kulai ialah Sengkang, Sedenak, Saleng, Selong dan
Senai.
Pandang darat fizikal kawasan ini termasuklah kawasan bukit dan tasik. Tasik Biru yang
terletak di Bukit Gemilang telah menjadi salah satu tempat rekreasi yang terkenal bagi
penduduk tempatan. Pandang darat budaya di kawasan ini pula termasuklah kilang, sekolah,
taman permainan dan sebagainya. Sebagai contoh, pelbagai jenis sekolah seperti SMK
Taman Putri Kulai, SK Taman Kota Kulai telah memberikan peluang kepada kanak-kanak
yang tinggal di sekelilingnya untuk menerima Pendidikan. Lingkungan kawasan kajian saya
adalah lebih kurang 5 kilometer persegi. Jumlah penduduk Taman Putri Kulai ialah 5900
orang pada tahun 2010.
m/s 11
Peta 1: Peta Daerah Johor
Peta 2: Peta Lokasi Kawasan Kajian
m/s 12
6.1 Dapatan Kajian
6.2 Definisi dan konsep Teknologi Hijau
6.2.1 Wikipedia
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada
aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah
teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
6.2.2 Buku Teks
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi. Aplikasi teknologi hijau selaras dengan
konsep pembangunan lestari.
6.3 Jenis dan Contoh Produk Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Putri Kulai, Kulai
1. Panel Solar
• Seperti yang didapati, kebanyakan penduduk Taman Putri Kulai telah memasang
panel solar di rumah masing-masing. Hal ini kerana tenaga solar merupakan tenaga
yang boleh diperbaharui dan boleh dihasilkan selagi mana wujudnya matahari.
Selain itu, malalui penggunaan panel solar, mereka juga dapat mengurangkan bil
elektrik. Ini disebabkan oleh tenaga solar mampu memberikan keperluan yang sama
seperti mana yang dimahukan dengan menggunakan tenaga elektrik
2. Beg Plastik Biodegradasi
• Dalam kajian, didapati satu per empat penduduk Taman Putri Kulai sentiasa
menggunakan beg plastic biodegradasi semasa membeli-belah. Mereka
menggunakannya kerana dapat meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Beg
plastik ini dapat diuraikan dan mereput jika terdedah kepada cahaya dan udara. Ia
juga boleh diuraikan oleh bakteria semula jadi, yang sekali lagi akan memberi
manfaat kepada alam sekitar.
3. Penggunaan kenderaan elektrik
• Segelintir penduduk Taman Putri Kulai mempunyai kereta hibrid. Penggunaan kereta
hibrid amat digalakkan kerana kenderaan ini berkesan menjimatkan bahan api dan
m/s 13
pada masa yang sama, ia hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Brek dalam
kereta hibrid juga dikonfigurasikan untuk menangkap tenaga yang dibebaskan dan
menggunakan ia untuk mengecas bateri dalam kereta hibrid.
6.4 Kepentingan-kepentingan Teknologi Hijau
➢ Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui
➢ Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup
➢ Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi
➢ Meningkatkan kualiti hidup
6.5 Punca amalan teknologi hijau dan cara mengatasinya
1) Tidak mempunyai kesedaran untuk melindungi alam sekitar
• Pihak berkuasa boleh banyak menganjurkan kempen yang berkaitan dengan alam
sekitar supaya semua ahli masyarakat dapat mementingkan alam sekitar.
2) Kemudahan yang tidak sempurna
• Pihak kerajaan perlulah menambah kemudahan teknologi hijau di negara kita seperti
stesen pengecas kereta elektrik dan bas elektrik. Apabila kemudahan tersebut
menjadi umum, maka penggunaan teknologi hijau akan meningkat.
3) Keinginan untuk menjimatkan kos produk
• Kilang perlu mementingkan kualiti produk teknologi hijau yang dihasilkan supaya
dapat mencapai kehendak dan diterima oleh masyarakat. Contohnya, beg plastik
biodegradasi.
4) Undang-undang yang tidak ketat
• Pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang berkonsepkan teknologi
hijau. Contohnya, meluaskan edaran poster dan papan tanda amaran larangan
merokok.
m/s 14
7.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya mendapati beberapa
produk teknologi hijau yang digunakan di kawasan Taman Putri Kulai, Kulai, Johor.
Contohnya, kereta hibrid, panel solar dan sebagainya. Saya juga memahami dengan lebih
mendalam tentang kepentingan teknologi hijau dan bagaimana untuk mengamalkannya.
Antara kepentingannya termasuklah meningkatkan kualiti hidup, mengurangkan kos
operasi, melindungi sumber semula jadi dan sebagainya. Contoh amalan berkonsepkan
teknologi hijau pula merangkumi, tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang tidak
digunakan, menutup pili air dengan betul dan lain-lain.
Penggunaan teknologi hijau boleh mendorong masyarakat mempraktikkan tenaga lestari
dan cara hidup yang lebih baik. Oleh itu, kita mestilah mengurus sumber semula jadi dengan
baik.
m/s 15
8.0 Rujukan
8.1 Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
https://iluminasi.com/bm/10-kelebihan-dan-keburukan-tenaga-solar.html
8.2 Buku Teks
Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Pengarang & Penerbit: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
ISBN: 978-967-0463-47-6
FT282001
m/s 16
LAMPIRAN A
Gambar Penggunaan Teknologi Hijau di Kawasan Kajian
Stesen pengecas kereta elektrik/kereta hibrid di kawasan kajian
Peti sejuk yang mempunyai penjimatan tenaga 5 bintang
m/s 17
LAMPIRAN B
BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
https://forms.gle/vutvucikUT6Y2jm17
m/s 18
Analisa yang diperoleh daripada soal selidik( Google Form )
Yang diberikan kepada 16 responden
m/s 19
Pada pendapat anda, mengapakah penggunaan teknologi hijau penting?
• penggunaan teknologi hijau penting kerana dapat meningkatkan kualiti udara dan
dapat mengurangkan pencemaran bunyi.
• Penggunaan teknologi hijau penting sebab dapat meningkatkan produktiviti dan
kepuasan pekerja.
• penggunaan teknologi hijau kerana dapat meningkatkan kualiti udara dan air serta
dapat mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.
• penggunaan teknologi hijau penting dapat meningkatkan kualiti udara dan air
• Pada pendapat saya, penggunaan teknologi hijau penting kerana boleh
mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
• Hal ini kerana teknologi hijau boleh meningkatkan keselesaan dan kesihatan
masyarakat.
• penggunaan teknologi hijau pengting kerana dapat meningkatan kemudahan
infrastruktur tempatan.
• Penggunaan teknologi hijau penting kerana boleh meningkatkan nilai aset dan
keuntungan.
• Hal ini kerana boleh meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita
hasilkan.
• Penggunaan teknologi hijau dapat meneroka peluang mengeksport produk hijau
yang telah kita hasilkan.
• Kerana dapat menjamin kualiti hidup dan pengekalan sumber yang berterusan
• Dapat meningkatkan nilai aset dan keuntungan serta mengurangkan peningkatan
suhu.
• penggunaan teknologi hijau penting kerana boleh meningkatkan kualiti hidup.
• penggunaan teknologi hijau boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar di bumi.
• Pada pendapat saya, penggunaan teknologi hijau penting unutk meningkatkan dan
melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup.
m/s 20
m/s 21