PENGUKUHAN LALUAN PENDIDIKAN AGAMA
❑Kementerian akan memperluas penawaran STAM di sekolah agama yang lain
seperti SMKA dan memasarkan STAM sebagai tanda aras untuk Pendidikan
agama Islam lanjutan di seluruh Asia Tenggara.
❑Kementerian akan meneruskan proses untuk meningkatkan piawaian sekolah
agama swasta dengan menawarkan bantuan dalam bentuk pembiayaan,
kurikuum,latihan,dan personel.
MEMPERLUAS LALUAN PENDIDIKAN
AGAMA
Kementerian akan meningkatkan bilangan penawaran tempat bagi
murid di sekolah agama. Sebagai contoh meningkatkan bilangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan menggalakkan lebih
banyak sekolah Pendidikan agama berdaftar menjadi SABK.
Bagi sekolah agama swasta yang memilih untuk tidak menggunakan
kurikulum kebangsaan atau mendapatkan status SABK Kerajaan akan
memperkukuh dan memperluas peranan Lembaga Penasihat dan
Penyelarasan Pendidikan Agama Islam(LEPAI), yang melaporkan
kegiatannya kepada Majlis Raja-raja, dengan menyediakan sumber
dan menjadi badan induk yang menyelaraskan kepentingan sekolah
tersebut.
PENELITIAN TERHADAP SEKOLAH
AMANAH
Menjelang tahun 2020, sebanyak 90 buah sekolah amanah akan beroperasi di
seluruh negara.peluasan ini melibatkan banyak kumpulan penaja seperti Yayasan
AMIR, pihak swasta, pertubuhan komuniti dan badan alumni serta melibatkan
pelabgai jenis sekolah.
Jaringan sekolah amanah melibatkan sekolah berprestasi rendah(iaitu dalam band 6
atau 7, atau sekolah yang menunjukkan prestasi merosot dalam pencapaian murid)
sekolah untuk kumpulan murid berkeperluan khusus, seperti komuniti orang asli,
Penan, dan masyarakat peribumi lain , murid bekeperluan khas, dan sekolah
pedalaman serta sekolah kurang murid.