NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD
ZAWAWI
TAJUK EMAJALAH: KEMPEN BUDI BAHASA AMALAN KITA
NAMA AHLI KUMPULAN
1. MUHAMMAD THAQIF BIN NASIR (F1008)
2. SHAIKH MUHAMMAD KHAIRULLAH BIN SHAIKH ABDUL
KARIM YAMANI (F1087)
3. MOHAMMAD DANISH BIN JALIL (F1075)
4. WAN AHMAD DANIAL BIN WAN AZLAN (F1081)
ISI KANDUNGAN
• -PENGHARGAAN
• -PENGENALAN
• - DEFINISI DAN PENGERTIAN BUDI BAHASA
• -PENTINGNYA BERBUDI BAHASA
• - LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN
BERBUDI BAHASA
• - KEBAIKAN AMALAN BERBUDI BAHASA
• - KESAN BURUK TIDAK MENGAMALKAN BUDI
BAHASA
• LAMPIRAN
• -KESIMPULAN
PENGHARGAAN
Segala puji bagi ALLAH yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha
Pengasih.Tuhan yang menguasai Hari Pembalasan
kepadaMulah kami memohon pertolongan.Tunjukkanlah
kami ke jalan yang lurus,iaitu jalan-jalan orang yang
engkau beri nikmat kepada mereka,bukan jalan-jalan orang
yang engkau murkai dan bukan pula jalan-jalan orang yang
sesat.Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga
kami menyiapkan tugas berkumpulan yang diamanahkan
kepada kami.Tugasan yang diberikan oleh Encik Zaidi.
PENGENALAN
Amalan berbudi bahasa sudah sinonim dengan kehidupan masyarakat negara ini sejak zamanberzaman. Amalan ini bukan
sahaja dapat mengukuhkan hubungan antara individu tetapi juga dalam kalangan masyarakat. Hal ini seterusnya akan
mewujudkan suasana kehidupan masyarakat yang aman ,harmoni, bekerjasama, hormat-menghormati dan kasih sayang.
Amalan berbudi bahasa ini merupakan resipi yang cukup ampuh untuk Malaysia sebagai sebuah negara dengan rakyatnya
yang multietnik, kepelbagaian agama dan budaya bagi menjamin perpaduan yang sedia ada tidak tergugat. Ucapan terima
kasih, ucapan maaf dan melemparkan senyuman antara amalan budi bahasa paling asas yang tidak lekang dalam kehidupan
seharian masyarakat negara ini. Berbudi bahasa boleh didefinisikan sebagai percakapan yang baik, elok dan bersopan ketika
bertutur kata, tinggi dan berhemah budi bicaranya, beradab, bersopan santun, tertib, bersikap lemah lembut, bertingkah laku
baik serta mempunyai akhlak yang murni.
DEFINISI DAN PENGERTIAN BUDI BAHASA
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan
kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik
terhadap orang lain. Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu
membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan
kepada individu yang lain. Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak
mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau
material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati ALLah SWT. Orang yang
menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai
budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
PENTINGNYA KEMPEN BERBUDI BAHASA
Kenapa pentingnya budi bahasa itu penting? Jawapannya, ia ada kaitan dengan akhlak dan tamadun Islam. Orang yang tidak berbudi bahasa tentulah tidak
berakhlak perangai dan perbuatannya sama ada melalui percakapan, gerak-geri dan juga tulisan di media baharu dan media sosial terutamanya pada masa
sekarang. Meskipun ia nampak kecil dan remeh, tetapi berbudi bahasa amat besar nilainya dalam kehidupan kita. Kita diajar oleh ibu bapa dan guru dengan
belajar berbudi bahasa sejak kecil hingga dewasa, hingga menjadi manusia yang pandai menghormati orang lain. Sikap menghormati orang lain ini adalah
menunjukkan sikap yang baik dan memancarkan akhlak yang murni. Tidak rugi berbudi bahasa baik kerana ia menyumbang kepada ganjaran pahala.
Fenomena pada masa kini banyak kalangan kita yang sudah tidak menghormati orang lain melalui kecaman, mengutuk dan memaki-hamun orang lain
dalam media baharu. Perbuatan itu menunjukkan kita tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati orang lain. Lakukan yang terbaik iaitu berita yang baik
elok ditular, cerita yang aib jangan disebar.Bidalan Melayu yang mempunyai ciri prosodi, menekankan tentang budi dan bahasa iaitu tekanan turun naik
suara dan tekanan yang berbeza mengikuti situasi penekanan maksud. Contohnya seperti: “Hidup kayu berbuah/hidup manusia biar berfaedah, Ikut rasa
binasa, ikut hati mati”, “Bawa resmi padi dan makin berisi makin tunduk”. Orang Melayu dahulu menggunakan pesanan, pepatah, bidalan dan pantun. Dalam
kehidupan masyarakat Melayu juga menyanjung tinggi mereka yang berbahasa dan berbudi.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN BERBUDI BAHASA
1. Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan) Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan
Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang
dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan
pertandingan bergambar dan minggu keluarga. tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara
2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran) melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan
Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya
choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.
Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem
Jatidiri.
3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda
dan Kempen Pemanduan Bersopan.
4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)
Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan
dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum,
memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.
5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih
Alamku Permai', ´'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat
Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah
Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'
KEBAIKAN AMALAN BERBUDI BAHASA
Amalan berbudi bahasa merupakan suatu amalan yang perlu
dipratikkan dalam kehidupan harian kita. Amalan ini boleh
mendatangkan banyak kebaikan sekiranya diamalkan oleh
segenap lapisan masyarakat.Amalan berbudi bahasa dapat
mencerminkan keperibadian individu. Seseorang yang berbudi
bahasa akan mudah didampingi dan disenangi oleh orang lain.
Hal ini disebabkan orang yang berbudi bahasa akan sentiasa
berlemah-lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan
tingkah laku.Di samping itu, amalan berbudi bahasa dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana masyarakat
yang berbudi bahasa akan saling menghormati tanpa mengira
taraf dan usia. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia hidup aman
damai dan harmoni walaupun berlainan kaum, budaya dan
kepercayaan.Selain itu, budaya berbudi bahasa dapat memajukan
industri pelancongan negara. Masyarakat tempatan yang berbudi
bahasa akan memberikan layanan yang mesra dan sopan kepada
pelancong asing. Ini bukan sahaja dapat menarik kedatangan
pelancong, malahan dapat meningkatkan ekonomi Negara.Dalam
pada itu, pemimpin negara yang berbudi bahasa dapat
meningkatkan imej negara. Pemimpin dari negara lain akan
berasa kagum dan menghormati negara kita. Negara kita juga
akan terkenal di persada dunia sebagai negara yang bertamadun
KESAN BURUK TIDAK MENGAMALKAN BUDI BAHASA
Kesan buruk tidak mengamalkan amalan berbudi bahasa ini akan
mendatangkan impak yang negatif terutamanya kepada diri sendiri
dimana wujudnya kekurangan kesedaran sivik terhadap harta benda
awam, individu dipandang serong oleh masyarakat dan tidak
dipercayai oleh orang di sekeliling. Dari sudut kesan kepada
masyarakat pula, berlakunya keruntuhan akhlak, wujudnya jurang di
antara golongan tua dengan golongan muda dan berlakunya
perbalahan antara masyarakat.
Dari sudut kenegaraan, sekiranya kita tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa ini
ia akan mencemarkan imej negara kita Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui,
Malaysia bukanlah negara yang asing bagi dunia luar, ramai pelancong asing datang
melawat negara kita sehinggalah daripada seluruh pelusuk dunia sama ada mereka
datang untuk mencari rezki ataupun sebagai pelancong. Dengan peningkatan
pelancong asing di negara kita maka ekonomi Malaysia akan meningkat, oleh itu kita
sebagai tuan rumah hendaklah menunjukkan budaya kita yang indah, sopan, dan
menarik supaya mereka tertarik untuk datang ke sini lagi.
Budaya berbahasa dan amalan sosiobudaya bagi masyarakat melayu khususnya dan
Malaysia umumnya, patut di kembalikan ke pangkal jalan. Apa salahnya amalan
budaya yang baik ini diteruskan sebagai sifat budi bahasa dan cara hidup masyarakat
kita sejak ratusan tahun dahulu.
LAMPIRAN
KESIMPULAN
Kesimpulannya, amalan berbudi
bahasa bukan sahaja
memanfaatkan individu, malahan
membawa kebaikan kepada
masyarakat dan negara. Oleh itu,
amalan ini perlu disemai sejak
kecil lagi bak kata pepatah,
“melentur buluh, biarlah dari
rebungnya”.