The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Joshua, 2022-05-28 02:50:41

E-Book Penderaan Kanak - Kanak

MPU21342 Pendidikan Moral

PAGE 1

LAMPIRAN

HASIL PEMBELAJARAN & OBJEKTIF 3
4–8
PENGENALAN KEPADA PENDERAAN 9 – 14
15 - 19
FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN 20

KESAN-KESAN PENDERAAN 21 - 26

CARA-CARA MENGATASI 27
PENDERAAN 28

CONTOH ISU YANG BERLAKU DI
NEGARA

KESIMPULAN

RUJUKAN

PAGE 2

HASIL PEMBELAJARAN
KURSUS

o Menyatakan Faktor Penderaan
o Menghuraikan Kesan-Kesan Penderaan
o Mengetahui Cara Mengatasi Penderaan
o Mengenalpasti Contoh Isu Penderaan Dalam

Negara

OBJEKTIF

o Mengenal pasti jenis-jenis penderaan
o Dapat menghuraikan factor-factor penderaan
o Dapat menerangkan kesan-kesan penderaan
o Dapat menyatakan cara-cara mengatasi

penderaan

PAGE 3

Penderaan Bermaksud Dera Ataupun Satu
Perbuatan Zalim Yang Dilakukan Kepada
Golongan Kanak-kanak Yang Di Bawah Umur
18 Tahun. Terdapat Beberapa Jenis Penderaan

PAGE 4

PENDERAAN
FIZIKAL

Penderaan fizikal merupakan satu fenomena sosial yang
dapat ditakrifkan sebagai keganasan secara fizikal yang
berlaku apabila kanak-kanak dicederakan oleh ibu atau
bapa atau penjaga secara sengaja atau berniat. Contoh-
contoh penderaan fizikal menendang, menumbuk,
mencekik dan memukul. Seterusnya, menyiram
menggunakan air panas juga dikira penderaan fizikal.
Sementara itu, kecederaan yang selalu dikaitkan dengan
penderaan fizikal adalah lebam, calar, kecederaan otak,
pendarahan, patah tulang dan beberapa kes yang
melibatkan kematian.

PAGE 5

PENDERAAN
EMOSI

Penderaan emosi adalah trauma psikologi yang
menyerang pemikiran dan lapisan perlindungan supaya
minda terganggu untuk jangka masa pendek atau
panjang mengikut tahap keadaan trauma yang berlaku.
Ia mungkin kegagalan memenuhi keperluan kanak-
kanak untuk berkasih sayang, perhatian dan
rangsangan walaupun penjagaan fizikal yang baik
boleh disediakan atau mungkin penderaan lisan,
penolakan dan ugutan berterusan untuk membahayakan
kanak-kanak. Ia mungkin juga merujuk kepada tingkah
laku negatif ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-
kanak di bawah jagaan mereka.

PAGE 6

PENDERAAN
SEKSUAL

Penderaan seksual adalah penglibatan kanak-kanak
dalam aktiviti seksual yang tidak difahami sepenuhnya
apa yang sedang dilakukan. Contoh penderaan seksual
termasuk perbuatan seks dengan kanak-kanak, rogol,
mendedahkan alat kelamin, pelacuran kanak-kanak dan
pornografi kanak-kanak. Tindakan lain seperti
memegang, mencium, menggosok bahagian peribadi
kanak-kanak dan tingkah laku seksual yang tidak
normal juga penderaan seksual.

PAGE 7

PENDERAAN
PENGABAIAN

Pengabaian kanak-kanak adalah apabila ibu bapa atau
penjaga tidak memberikan penjagaan, pengawasan,
kasih sayang dan sokongan yang diperlukan untuk
kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Pengabaian kanak-kanak termasuk:

o Pengabaian fizikal dan pengawasan yang tidak
mencukupi

o Pengabaian emosi
o Pengabaian perubatan
o Pengabaian pendidikan

Undang-undang sebagai salah satu mekanisme untuk
memastikan semua dasar dan perancangan kerajaan berjalan
lancar. Sebagai contoh, dasar kerajaan Malaysia bahawa tiada
kanak-kanak didera atau diabaikan. Oleh itu, kerajaan telah
meluluskan perundangan untuk melindungi kanak-kanak
daripada didera dan memastikan pelakunya dihukum.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Akta Kanak-Kanak
2001 adalah undang-undang utama yang mengawal kes
penderaan kanak-kanak. Manakala, undang-undang lain yang
menangani kes penderaan kanak-kanak adalah Kanun
Keseksaan dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.

PAGE 8

FAKTOR – FAKTOR
PENDERAAN

PERTENGKARAN

MASALAH
KEWANGAN

MASALAH PENAGIHAN DADAH & ARAK

KURANG DIDIKAN AGAMA

KURANG KASIH SAYANG

PAGE 9

PERTENGKARAN

Ini bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi
tekanan samada di tempat kerja, pertengkaran suami-

isteri, dan sebagainya akan menyebabkan anak
mereka menjadi mangsa melepaskan geram. Apabila
seseorang itu tertekan terhadap situasi atau masalah
yang dihadapi, maka otak mereka tidak akan dapat

berfungsi dengan baik, maka dengan itulah segala
tindakan yang dilakukan adalah berunsur
memberontak.

PAGE 10

MASALAH
KEWANGAN

Tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang
dihadapi oleh ibu bapa juga sebagai salah satu factor
berlakunya penderaan kanak-kanak. Ramai ibu bapa
yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut.
Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan
menyakiti atau memukul anak-anak. Aspek ekonomi
memang penting untuk mewujudkan keluarga yang
sempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin
menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa
wang. Seseorang ketua keluarga yang baik mesti
berfikiran jauh. Perkara yang perlu difikirkan bukan
sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi
untuk masa depan yang masih panjang.

PAGE 11

Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi
faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak.
Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang
pertimbangan dan perikemanusiaan. Anak-anaklah
yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang
diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan
sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka
lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada
keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak
berdosa.

PAGE 12

KURANG DIDIKAN
AGAMA

Terdapat segelintir individu luar selain ibu-bapa yang
mendera kanak-kanak tidak mempunyai didikan
agama. Individu yang tidak mempunyai pegangan
agama yang kuat ini, mereka seperti tidak ada haluan
hidup. Tindakan devian yang dilakukan terhadap
kanak-kanak ini dianggap seperti tidak mempunyai
pembalasan yang akan di perolehi. Jika seseorang itu
mempunyai didikan agama, mereka pasti akan
memikirkan bahawa kelakuan atau tindakan mendera
kanak-kanak ini adalah satu kesalahan besar di dalam
agama mereka. Dalam agama Islam sendiri melarang
umatnya berlaku kejam dan tidak adil terhadap umat
yang lain

PAGE 13

Banyak juga perlakunya penderaan kanak-kanak
adalah akibat daripada kurangnya perhatian ibu bapa
kepada anak-anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak
menjaga anak mereka dengan baik. Sepatutnya ibu
bapa perlu prihatin dan perlu mengetahui bahawa
kanak-kanak akalnya belum berkembang. Jika kanak-
kanak yang hiper aktif, mereka seolah-olah tidak kisah
dengan siapa mereka bersama. Oleh itu kanak-kanak
ini akan terdedah kepada penculikan oleh individu
yang mengambil kesempatan. Contoh yang sama juga
boleh kita tinjau terhadap kes Nurin Jazimin. Kanak-
kanak ini boleh dibiarkan ibu bapa mereka pergi ke
pasar bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa
yang melakukan perkara sedemikian seolah-olah tidak
menggunakan akal mereka dengan baik. Mereka
terlalu sibuk dengan kegiatan mereka sendiri sehingga
mengabaikan anak-anak mereka.

PAGE 14

KESAN – KESAN
PENDERAAN

EMOSI TIDAK STABIL
KEADAAN FIZIKAL MENJADI CACAT

HILANG KEYAKINAN DIRI
TRAUMA

MUDAH TERJEBAK DENGAN PERGAULAN BEBAS

PAGE 15

EMOSI TIDAK
STABIL

Penderaan emosi boleh menyebabkan emosi kanak –
kanak menjadi tidak stabil. Kanak – kanak yang
mempunyai emosi yang tidak stabil akan lebih mudah
mengalami perubahan mood yang mendadak.

PAGE 16

Penderaan daripada ibu bapa boleh menyebabkan
keadaan fizikal kanak – kanak menjadi cacat. Ini boleh
menyebabkan mereka dibuli oleh kanak – kanak lain
serta mengurangkan kebolehan mereka untuk
melakukan apa sahaja activity.

PAGE 17

HILANG
KEYAKINAN DIRI

Disebabkan penderaan dari ibu bapa mereka, ramai
kanak – kanak akan hilang keyakinan dengan diri
mereka masing – masing. Disebabkan ini mereka tidak
akan mencoba melakukan perkara baru kerana tidak
mempunyai keyakinan diri.

TRAUMA

Kanak – kanak yang menerima penderaan juga akan
trauma dengan perkara tersebut dan ini menyebabkan
mereka kurang bergaul dengan kawan – kawan yang
lain.

PAGE 18

MUDADHENTGEARJNEBAK
PERGAULAN BEBAS

Penderaan juga boleh menyebabkan seorang untuk
mudah terjebak dengan pergaulan bebas dan

melakukan acktivity – acktivity yang tidak berfaedah
lain. Mereka juga akan lebih mudah untuk dipengaruhi

oleh orang lain

PAGE 19

CARA MENGATASI
PENDERAAN

IBU BAPA HARUSLAH MENDALAMI ILMU
KEIBUBAPAAN

MENDALAMI ILMU KEAGAMAAN
MENGADAKAN KEMPEN ANTI PENDERAAN

KANAK - KANAK
MENGUATKUASA UNDANG - UNDANG

MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA - SAMA

PAGE 20

CONTOH ISU YANG
BERLAKU DI NEGARA

PAGE 21

Beberapa minggu lepas, negara kita dikejutkan dengan Mereka didakwa melakukan kesalahan ini di rumah

kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang sama antara jam 10.30 malam pada 13 Oktober

Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek atau dipanggil ‘Adik 2019 sehingga jam 3.32 petang 29 Januari 2021.

Amir’ oleh rakyat Malaysia selepas dipercayai didera

sampai mati. Mahkamah telah menetapkan sebutan semula bagi

kedua-dua kes itu pada 29 Mac nanti. Zuraida akan

Semalam, ibu kandung dan bapa tiri arwah Amir telah diwakili empat peguam Zamri Idrus, Ishak Mohd Kari,

pun didakwa di Mahkamah Majistret dan bakal Yusman Che Man dan Saifuzzaman Ab Rahman

berdepan dengan hukuman gantung sampai mati jika manakala suaminya diwakili oleh Datuk Ahmad

sabit kesalahan. Musthafi Mohamar dan Muhammad Firdaus Abd

Razak.

Memetik laporan dari Sinar Harian, pasangan suami

isteri ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika Sebelum ini, media melaporkan arwah Amir didakwa

pertuduhan ke dibacakan ke atas mereka secara lemas dalam tong air di rumahnya dengan terdapat

berasingan di hadapan Hakim, Nariman Badruddin. beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian

tubuh badan.

Malah, tiada pengakuan yang direkodkan dari Zuraida

Atan dan suaminya Mohd Fadzli Abdull Razak Hasil siasatan pada tubuh badan kanak-kanak malang

sepanjang tempoh tahanan reman. ini mendapati kecederaan tersebut dipercayai akibat

didera.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh ini

didakwa melakukan pembunuhan dengan Pada Oktober tahun lepas, kisah arwah Amir peVrnah

menyebabkan kematian arwah Amir di sebuah rumah tular selepas video ibu angkatnya yang telah menjaga

di Taman Krubong Jaya, Melaka pada jam 3.32 petang, kanak-kanak ini sejak dia berusia dua bulan terpaksa

29 Januari lalu. diserahkan semula kepada ibu kandungnya dimuat

naik ke media sosial.

Pasangan ini juga turut didakwa di Mahkamah Sesyen

atas pertuduhan dengan cara mungkin akan

menyebabkan arwah mengalami kecederaan fizikal

atau membenarkan arwah dianiaya, diabaikan atau

didedahkan sedemikian.

PAGE 22

Sekumpulan kanak-kanak seawal mereka akan mengetuk cermin kembali ke tempat asal di negara

usia setahun hingga 12 tahun kereta. atau daerah masing-masing.

sanggup berpanas dan bergadai

nyawa disyaki dipergunakan ibu Kanak-kanak itu turut dilihat berani Dalam pada itu, Penolong Pengarah

bapa mereka untuk mengemis di bersandar di kereta yang sedang Bahagian Jabatan Perkhidmatan

kawasan pusat bandar di simpang bergerak perlahan sekiranya Kebajikan Am (JPKA) Tawau Asnah

bulatan, Jalan Persisiran berdekatan permintaan mereka tidak dilayan Kassim berkata 53 pengemis rata-

Masjid Al-Kauthar di sini. selain mencalarkan kereta. rata terdiri daripada masyarakat

Pala'u diselamatkan dalam operasi

Tinjauan Bernama mendapati Kegiatan mereka itu bukan sahaja JPKA Tawau sejak Januari hingga

kanak-kanak berkenaan tidak membahayakan nyawa sendiri tetapiNovember tahun ini.

bersendirian, malah turut bersama- turut menjejaskan keselamatan

sama disyaki nenek mereka pengguna lain termasuk "Kita akan melantik Pegawai Khas

melakukan kegiatan itu di jalan penunggang motosikal yang serta menukar modus operandi

berkenaan sebagai mata pencarian berkemungkinan tidak menyedari kerana apabila nampak kereta

golongan itu sejak sekian lama. kehadiran peminta sedekah itu. jabatan, mereka akan melarikan diri,

Bagi seorang pekerja swasta Asmara kita juga akan menyerahkan mereka

Dalam tinjauan itu juga dipercayai Husni, 32, kehadiran pengemis kepada Jabatan Imigresen untuk

ibu bapa kepada kanak-kanak ini jalanan ini mengganggu fokus tindakan lanjut," katanya. -

berada di kawasan berhampiran pemandu apabila peminta sedekah BERNAMA

seperti di Taman Persisiran dan ini dilihat memaksa pemandu

tempat letak kereta di Masjid Al- memberikan mereka duit.

Kauthar bagi memerhatikan anak-

anak mereka dari jauh. Sementara itu, Presiden Majlis

Perbandaran Tawau (MPT) Alijus

Senarionya, peminta sedekah cilik Sipil ketika dihubungi berkata

itu akan pergi dari satu kereta ke pihaknya akan mengambil tindakan

kereta lain dan menagih simpati tegas terhadap pengemis yang

menggunakan isyarat memerlukan beroperasi di Jalan Persisiran itu

duit untuk makan, jika tidak dilayan termasuk menghantar mereka PAGE 23

DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia "Mangsa memaklumkan tidak tahu apa yang dilakukan

lima tahun dipercayai menjadi mangsa seksual remaja suspek kerana matanya tertutup namun menangis

lelaki yang juga jiran keluarganya dalam kejadian di kerana rasa sakit di bahagian kemaluannya

daerah ini, Khamis lalu. menyebabkan suspek berusia 18 tahun itu

menyuruhnya pulang ke rumah," katanya.

Kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas kanak-

kanak itu pulang ke rumah dalam keadaan menangis, Sumber berkata, bapa mangsa meminta isterinya yang

kira-kira jam 12.30 tengah hari. sedang bekerja pulang ke rumah dengan segera

sebelum wanita itu ke rumah suspek untuk bertanya

Sumber berkata, bapa mangsa berusia 30-an yang mengenai kejadian itu.

berada di rumah terkejut melihat anaknya yang baru

pulang dari rumah jiran mereka menangis sebelum Katanya, suspek tanpa rasa bersalah mengaku ada

bertanya mengapa dia berkelakuan sedemikian. melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, sebelum

satu laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa untuk

Katanya, mangsa memaklumkan sakit di kemaluannya tindakan lanjut.

kerana suspek yang dipanggil 'abang' ada

memasukkan sesuatu ke dalamnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun,

Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi

"Mangsa memberitahu ayahnya yang suspek mengesahkan ada menerima laporan berhubung

mengajaknya masuk ke dalam bilik tidur ketika dia kejadian berkenan dan siasatan lanjut sedang

sampai di rumah berkenaan. dijalankan.

"Ketika itu, hanya mereka berdua berada di dalam bilik
berkenaan dan suspek dikatakan menutup muka
mangsa menggunakan tuala manakala mulutnya
disumbat dengan sesuatu sebelum melakukan
perbuatan terkutuk itu.

PAGE 24

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan sepasang kekasih Beliau berkata, proses bedah siasat akan dijalankan

yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki pada pagi ini selepas keputusan ujian calitan COVID-19

berusia lima tahun sehingga meninggal dunia, mangsa diperolehi.

semalam.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner ditahan masing-masing di Taman Nusa Bestari dan

Dzulkhairi Mukhtar, berkata polis Johor Bahru Selatan HSAJB bagi membantu siasatan.

menerima panggilan daripada petugas Hospital

Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) mengenai "Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya

kematian kanak-kanak itu, kira-kira jam 12.20 tengah mempunyai rekod jenayah lampau yang sama, iaitu

hari semalam. kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-

Kanak 2001 dan empat rekod mengikut Seksyen

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

bersama dua suspek iaitu ibu kandung dan bapa

angkatnya, selain seorang adik dan kakak di Taman "Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-

Nusa Bestari, di sini. duanya negatif dadah. Permohonan reman akan

dibuat hari ini.

"Pemeriksaan ke atas badan mangsa terdapat

kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

depan dan belakang badan, mungkin akibat didera. serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,"

katanya.

"Petugas forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor

menjumpai getah paip di singki dalam bilik air, batang

kayu dan 'poly pipe' di atas sofa dan kesan darah

(swab) di rumah suspek. Semua barang kes ini

dirampas.

"Pemeriksaan awal oleh petugas HSAJB terhadap PAGE 25
mangsa mendapati mangsa sudah meninggal dunia
ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam
kenyataan, hari ini.

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita yang "Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),

juga guru taska bagi membantu siasatan kes dera di sini dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa

membabitkan seorang kanak-kanak perempuan mengalami lebam atas telinga kanan dipercayai

berusia empat tahun dipercayai didera suspek di didera," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tampoi, di sini, Isnin lalu.

Rupiah berkata, orang ramai yang mempunyai

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Ibu

Komisioner Rupiah Abd Wahid, berkata wanita berusia Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-

24 tahun itu yang ditahan di tepi Jalan Putih, Skudai, di5563122. – BERNAMA

sini, malam tadi, direman hingga 17 Mei ini.

Beliau berkata, siasatan kes itu dilakukan mengikut
Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sabit
kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau
denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, video kejadian dera itu tular di media sosial
dan satu laporan polis mengenai kejadian itu dibuat
ibu kanak-kanak terbabit semalam.

"Kanak-kanak itu yang juga seorang hiperaktif dan
masalah lambat bercakap ditempatkan ibu bapanya di
taska berkenaan yang juga pusat jagaan untuk kanak-
kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas.

"Hasil siasatan melalui rakaman sistem kamera litar
bertutup (CCTV), taska itu mendapati guru berkenaan
menarik telinga dan menekap bantal ke muka mangsa.

PAGE 26

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu
kelakuan yang tidak berperikemanusiaan
dan kejam. Kanak-kanak adalah aset
penting negara pada masa yang akan
datang. Mendera aset penting negara
bermakna memusnahkan negara kita dan
diri sendiri. Semua pihak seperti ibu bapa,
guru, sekolah, masyarakat, dan kerajaan
haruslah menjalankan tanggungjawab dan
berusaha untuk mengurangkan bilangan
kes penderaan kanak-kanak di malaysia

PAGE 27

PAGE 28


Click to View FlipBook Version