The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Hidayati, 2023-02-22 13:13:53

ASAS PEMBINAAN BANGUNAN

ASAS PEMBINAAN BANGUNAN

ASAS PEMBINAAN BANGUNAN NAMA KUMPULAN : NUR HIDAYATI BINTI ZAINORDIN SHARIFAH HUSNNA BINTI SYED MAHAZA


STRUKTUR Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan.


KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR ASAS Komponen ini memindahkan dan menyebarkan beban keseluruhan struktur kepada tanah. JENIS-JENIS ASAS ▪ Asas Tapak ▪ Asas Jalur ▪ Asas Rakit ▪ Asas Cerucuk


Asas Tapak Asas tapak adalah merupakan komponen yang penting dalam proses pembinaan. Jika asas tapak ini tidak dibina dengan betul, kemungkian besar terdapat mendapan pada rumah dan berlakunya rekahan pada struktur bangunan dan sebagainya. Tujuan Asas Tapak Di bina ▪ Tujuan utama adalah untuk memindahkan beban keseluruhan bangunan kelapisan Tanah dibawah asas tapak. ▪ Asas tapak dibina supaya tidak berlaku mendapan. Jika salah satu asas mengalami enapan, bahagian struktur serta dinding bangunan akan mengalami keretakkan. Jika lebih besar enapan, maka lebih besar keretakkan dihasilkan.


Asas Jalur Terdapat bangunan yang tidak mempunyai tiang tetapi menggunakan dinding yang bertindak mengagihkan beban daripada komponen- komponen lain kepada asas bangunan. Oleh sebab dinding merupakan komponen yang panjang, maka asas yang dibina di bawah dinding ini dinamakan asas jalur. Asas jalur dibina daripada konkrit. Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1 : 2 : 4. Asas jalur boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu: ▪ Asas jalur biasa ▪ Asas jalur lebar ▪ Asas jalur dalam


Asas Rakit Asas rakit dibina daripada konkrit pada keseluruhan tapak bangunan yang hendak didirikan. Ketebalan papak bergantung kepada beban yang digalas dan kekuatan tanah di tapak bina. Papak biasanya diperkukuhkan dengan tetulang pada kedua-dua hala. Lebih banyak tetulang diperlukan di bawah tiang atau dinding yang menggalas beban. Ketebalan maksimum papak ialah 300 mm. Papak yang lebih tebal adalah tidak ekonomi untuk dibina.


Asas Cerucuk Asas cerucuk digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak binaan berkeupayaan galas rendah. Oleh itu beban bangunan terpaksa dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di dalam tanah. Asas cerucuk boleh dibahagi kepada dua jenis, bergantung kepada cara beban dipindahkan dari bangunan ke lapisan tanah. Cerucuk geseran bergantung sepenuhnya pada geseran yang terjadi antara cerucuk dan tanah di sekelilingnya. Oleh itu cerucuk geseran perlu mempunyai permukaan yang kasar dan tanah pula daripada jenis yang bergeseran tinggi. Contohnya cerucuk konkrit di dalam tanah pasir padat. Cerucuk galas hujung pula memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan kukuh yang terdapat di dalam tanah. Oleh itu, cerucuk jenis ini perlu ditanam atau dibina hingga ke lapisan tanah kukuh dibawahnya. Bahan yang selalu digunakan sebagai cerucuk ialah konkrit, keluli dan kayu. Cerucuk boleh bertindak secara bersendirian atau secara berkumpulan. Biasanya kumpulan cerucuk digunakan dan tukup cerucuk dibina.


Rasuk ▪ Ground Beam selalunya dibuat semasa fasa asas binaan ataupun foundation. ▪ Berfungsi untuk menampung bebanan binaan daripada berat struktur, bata, bumbung, dan lain- lainnya.. ▪ Bahan yang terdiri ialah simen , batu , pasir dan besi (size besi bergantung kepada pengiraan beban yang akan di tampung. ▪ Dimension yang kami gunakan ialah tinggi 2 kaki dan lebar 4-6 inci . Size ini juga bergantung kepada pengiraan beban binaan.


Tiang Komponen tegak yang menanggung beban paksi vang diagihkan oleh rasuk. Jenis-jenis tiang a) Di rembat Terjadi pada bangunan~bangunan yang beban mendatarnya ditanggung oleh dinding ricih atau lainlain bentuk rembatan. b) Tak di rembat Terjadi pada bangunan-bangunan kerangka tegar di mana beban mendatar ditanggung secara lenturan oleh rasuk dan tiang. c) Pendek Tiang ini gagal secara pecahan konkritnya. d) Langsing Momen yang disebabkan olih pesongan akibat daripada ledingan hendaklah diambil kira.


Lantai Elemen kepingan mendatar yang menanggung beban-beban lantai dan bumbung terdiri dari jenis tupang mudah, selanjar dan julur. a) Papak rentangan sehala Bertetulang untuk menanggung beban merentasi rentang yang pendek. b) Papak dua hala Bertetulang untuk menanggung beban secara dua hala kepada penyokong keempat-empat sisinya. c) Papak Pipih Papak lantainya ditanggung terus oleh tiang-tiang tanpa rasuk.


Dinding Elemen kepingan tegak yang mungkin menanggung beban tegak atau mendatar. Dinding boleh jadi dirembat atau tidak dirembat dan pendek atau lansing. a) Dinding konkrit tetulang Tetulangnya direkabentuk untuk menanggung beban. b) Dinding konkrit biasa Tetularignya tidak diambil kira dalam hitungan kekuatannya. Tetulang diletakan bagi mencegah keretakan sahaja. c) Dinding ricih Menanggung beban satahan(plane) mendatar dan tegak (in plane loads) yang disebabkan oleh angin dan digunakan untuk merembat bangunan.


Rasuk Bumbung Struktur bumbung terdiri daripada kerangka atau anggota penyokong dan lapisan luar kalis air.Anggota penyokong merupakan kekuda dan gulunggulungsementara lapisan luar kalis air terdiridaripada kepingan penutup bumbung.


Bumbung Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberiperlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung ialah satu strukturberbentuk rata atau curamyang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli ataukonkrit untuk menanggung beban diri,beban penutup bumbung dan beban angin.Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan,tahan lasak, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentukbangunan itu sendiri.


Click to View FlipBook Version