KELAB BADMINTON SKPA 3
TARIKH : 10 SEPT 2021
SEJARAH BADMINTON
SEJARAH BADMINTON DUNIA
• Mengikut catatan sejarah ,Badminton telah diperkenalkan
sudah agak lama iaitu sekitar dua ribu tahun lalu. Pada ketika
itu ia dikenali sebagai “Battledore”, “Poon” “Shuttlecock” di
Yunani, India dan China. Sejarah panjang yang menakjubkan
ini menjadikan badminton sebagai salah satu jenis
sukan dalam olimpik.
SEJARAH BADMINTON DUNIA
•Pada tahun 1800-an, sukan ini bermula di India dan
ketika itulah jaring atau net diperkenalkan, seperti
yang kita saksikan pada masa kini.
SEJARAH BADMINTON DUNIA
• Ketika British datang ke India, pegawai yang berkhidmat di
situ telah membawa pulang permainan itu ke England.
• Dan memperkenalkan ia sebagai satu acara untuk tetamu
kehormat Duke of Beaufort yang pernah menetap di
Gloucestershire.
SEJARAH BWF (IBF) – PERSEKUTUAN BADMINTON
DUNIA
• Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mula diperkenalkan
secara rasmi kepada umum pada tahun 1934
• Kejohanan pertama BWF paling berprestij ialah Piala
Thomas yang bermula pada tahun 1948.
SEJARAH BWF (IBF) – PERSEKUTUAN BADMINTON
DUNIA
• Sejak itu, kejohanan tersebut telah mencetuskan
fenomena baru dengan adanya kejohanan berikutnya
iaitu Piala Uber, Piala Sudirman, Kejohanan Remaja
Dunia, Pusingan Akhir Grand Prix Dunia.
SUKAN KOMANWEL
• Badminton diperkenalkan sebagai salah acara baru dalam
temasya ini di Jamaica pada tahun 1966 dan kekal sebagai
sukan tetap sehingga sekarang. Lazimnya terdapat lima acara
dipertandingkan termasuk perseorangan lelaki, perseorangan
wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan bergu campuran
kemudian disusuli pula acara berpasukan.
SUKAN OLIMPIK
• Badminton hakikatnya adalah acara baru dalam temasya ini.
Selepas ia diperkenalkan sebagai acara demonstrasi di
Munich pada tahun 1972, badminton mula diterima sebagai
acara tetap pada tahun 1992 dengan acara perseorangan dan
beregu diperkenalkan buat kali pertama. Pada tahun
1996, acara beregu campuran dimasukkan sebagai satu
disiplin baru badminton di temasya ini.
SEKIAN,
TERIMA KASIH