PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan.Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Dr Muhammad Ridzuan bin Idris iaitu pensyarah bagi subjek GISC1082 atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta sokongan yang telah diberikan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa dan keluarga saya yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin.Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang turut memberikan kerjasama, berkongsi idea serta membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini dapat memberi manfaat dan menambahkan lagi pengetahuan kepada saya serta para pembaca.Sekian, terima kasih.
1.0 PENGENALANDalam era globalisasi yang semakin pesat, kemajuan teknologi digital menjadi pemacu penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara. Perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), Internet of Things (IoT) dan analisis data besar (big data) telah mengubah cara manusia bekerja, berkomunikasi serta menjalankan aktiviti ekonomi. Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) turut mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, perniagaan dan perindustrian.Visi utama IR 4.0 adalah untuk membolehkan mesin dan peralatan beroperasi secara automatik serta bekerjasama dengan manusia bagi memenuhi keperluan pengguna. Selain itu, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan IR 4.0 mewujudkan rangkaian sistem yang menghubungkan pelbagai peralatan supaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain melalui konsep ini Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi digital bukan sahaja membawa peluang tetapi juga cabaran kepada negara membangun seperti Malaysia. Antara cabaran utama termasuk kekurangan kemahiran digital dalam kalangan tenaga kerja, jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar serta peningkatan ancaman keselamatan siber. 2.0 KONSEP TEKNOLOGI Teknologi digital merupakan panduan penting kepada individu, industri, institusi pengajian tinggi, penyedia latihan serta pihak berkepentingan untuk mengenal pasti pengetahuan, pengalaman dan penguasaan kemahiran dalam industri digital. Selain itu, teknologi digital turut menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan perkembangan dunia moden. Tahap kemajuan teknologi sesebuah negara sering dijadikan penanda aras bagi menilai tahap pembangunan yang telah dicapai, keupayaan mengaplikasikan teknologi serta keupayaan mencipta teknologi baharu demi kebaikan sejagat.Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merujuk kepada gelombang inovasi teknologi yang menggabungkan dunia fizikal, digital dan biologi. Kemajuan teknologi digital merangkumi perkembangan sistem digital yang memudahkan proses penyimpanan, pemprosesan serta perkongsian maklumat dengan lebih pantas dan efisien. Antara teknologi utama yang terlibat ialah kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan (cloud computing), analisis data besar (big data) serta Internet of Things (IoT). Teknologi-teknologi ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam pelbagai sektor ekonomi.
Penggunaan teknologi digital juga membantu organisasi meningkatkan kecekapan operasi serta menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih inovatif. Dalam bidang pendidikan pula, kesedaran terhadap kepentingan pembelajaran digital semakin diberi perhatian kerana pelajar yang tidak menguasainya berisiko ketinggalan. Perkongsian bahan pembelajaran melalui internet turut membantu pendidik mendapatkan sumber yang sesua serta mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar di kawasan bandar dan luar bandar.3.0 ISU SEMASA TEKNOLOGI DIGITAL Pada masa kini, teknologi digital berkembang dengan sangat pesat di seluruh dunia. Banyak negara maju seperti Amerika Syarikat, China dan Jepun berlumba-lumba membangunkan teknologi baharu untuk meningkatkan daya saing ekonomi mereka. Salah satu perkembangan paling ketara ialah penggunaan kecerdasan buatan dalam pelbagai sektor termasuk perubatan, pendidikan, kewangan, dan industri.Namun begitu, Malaysia masih menghadapi beberapa cabaran yang semakin serius, iaitu isu “scam”. Ramai orang masih belum sepenuhnya terdedah kepada scam atau penipuan dalam talian, yang menyebabkan perkembangan Malaysia sukar menyaingi negara lain.Dari segi pendidikan pula, pendidikan STEM di Malaysia bermula sejak 2013 melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan ini menekankan penggunaan teknologi dalam pendidikan dan diaplikasikan dalam bilik darjah dengan mengambil kira pencapaian terdahulu serta membandingkannya dengan standard antarabangsa (Ringkasan Eksekutif PPPM 2013-2025). Tujuannya adalah untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, mahir, memiliki nilai, dan memupuk budaya STEM di tempat kerja (PPPM 2013-2025).Walau bagaimanapun, perkembangan pesat ini turut menimbulkan kebimbangan berkaitan kehilangan pekerjaan akibat automasi serta peningkatan risiko jenayah siber.4.0 CABARAN KEMAJUAN TEKNOLOGI DIGITAL KEPADA MALAYSIAWalaupun kemajuan teknologi digital membawa pelbagai manfaat, Malaysia menghadapi beberapa cabaran. Salah satunya ialah tahap kemahiran digital tenaga kerja. Sistem pendidikan perlu menekankan penguasaan kemahiran digital agar belia mampu memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berasaskan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Statistik
2019 menunjukkan daripada 33.4 juta penduduk, 14.9 juta adalah belia berumur 16–40 tahun, menekankan peranan mereka dalam pembangunan ekonomi, sosial, dan politik.Jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar juga menjadi isu penting, terutama selepas COVID-19 yang mempercepatkan penggunaan teknologi digital. Selain itu, peningkatan penggunaan teknologi digital turut meningkatkan risiko keselamatan siber, dengan golongan warga emas dan dewasa sering menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, kesedaran dan pengetahuan keselamatan siber perlu dipertingkatkan bagi memastikan penggunaan teknologi digital yang lebih selamat.5.0 LANGKAH MENGHADAPI CABARAN TEKNOLOGI DIGITAL Bagi menghadapi cabaran yang timbul akibat kemajuan teknologi digital, pelbagai langkah perlu diambil oleh kerajaan dan masyarakat. Antaranya ialah meningkatkan pendidikan dan latihan kemahiran digital dalam kalangan pelajar serta tenaga kerja. Dalam konteks pendidikan, kerajaan telah menyediakan pelbagai kurikulum, inisiatif dan program bersifat jangka masa pendek dan panjang untuk menyemarakkan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi.Selain itu, pendidikan robotik turut diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menyemai minat murid terhadap sains serta meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar. Para pelajar berpeluang mencuba pelbagai aktiviti dan model pembelajaran dengan bantuan teknologi robotik yang disediakan.Graduan perlu dipersiapkan dengan ilmu dan kemahiran teknikal untuk mengharungi cabaran industri melalui daya tahan dan pertimbangan yang baik. Pengetahuan kini hanya menyumbang sedikit menjelang 30 tahun akan datang, menunjukkan institusi pendidikan tinggi kurang bersedia menghadapi IR 4.0. Justeru, pendidikan relevan dan latihan kemahiran digital penting agar tenaga kerja dan masyarakat Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi pesat.6.0 PENUTUP Kemajuan teknologi digital dalam Revolusi Industri 4.0 memberi kesan besar kepada pembangunan ekonomi dan sosial. Walaupun ia membuka peluang inovasi dan produktiviti, cabaran perlu ditangani dengan berkesan. Peranan kerajaan dan sekolah penting untuk mendedahkan pelajar kepada teknologi agar mereka bersedia menghadapi industri berasaskan robotik. Walaupun negara maju seperti China, Jepun, dan AS telah
melaksanakannya, Malaysia masih berpeluang untuk melahirkan generasi cemerlang dan berdaya saing. Semua pihak perlu sedar dan bersiap sedia menghadapi realiti IR 4.0.
RUJUKAN :Aziz, S., Abdol Raop, N., & Ahmad Shukor, M. F. (2021). PENGARUH FAKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM KALANGAN BELIA. In Jurnal ‘Ulwan (Vols. 6–6, Issue Bil.1, p. 110) [Journal-article].Fadel, N. S. M., & Ishar, M. I. M. (2022). Awareness of Universiti Teknologi Malaysia’s TVET Students on Industrial Revolution 4.0/ Kesedaran Pelajar Pendidikan TVET Universiti Teknologi Malaysia mengenai Revolusi Industri 4.0. sainshumanika.utm.my. https://doi.org/10.11113/sh.v14n3-2.2014Hamzah, S. (2025). FAKTOR DAN CARA MENGATASI ISU SCAMMER DI MALAYSIA. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(SI2), 13–27. https://doi.org/10.55197/qjssh.v6si2.988Ishar, M. I. M., Jamhari, A. A., Razak, S. H. A., & Mohamad, N. a. K. (2020). Persediaan Rakyat Malaysia dalam Merealisasikan Matlamat Revolusi Industri 4.0. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 75–82. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.510Kassim, N. A. (2020). Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0): Apa yang Patut Anda Ketahui? In Bil. 64(1/2020) (pp. 50–53).Noorul, A., Suriani, A. B., Wong, K. T., Azzam, A. B., & Adli, M. (2024). The Integration of Artificial Intelligence-Based Applications in Digital learning and teaching Methods of Quantum Physics: a literature review. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 14(2), 155–170. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol14.2.12.2024Rusle, R., Masdar, N. A., & Mahmud, W. A. W. (2018). Kompetensi Revolusi Perindustrian 4.0 dalam Kalangan Staf Kolej Komuniti. In BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (Vol. 1, Issue 2, pp. 89–97) [Journalarticle]. http://www.bitarajournal.comSabri, M. Y. B. (2024, December 31). Melawan ‘Scam’: Trend 2024 dan harapan keselamatan dalam talian 2025 - Portal Berita RTM. Portal Berita RTM. https://berita.rtm.gov.my/fokus/perspektif/senarai-berita-fokus/perspektif/senaraiartikel/melawan-scam-trend-2024-dan-harapan-keselamatan-dalam-talian-2025/Taib, S. H., Ismail, M. A., & Lubis Abdin Lubis, M. A. (2019). INOVASI KESEPADUAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0. In ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER -J) (pp. 38–54) [Journal-article].Unit Penyelidikan dan Inovasi (Ed.). (2019). INSPIRED 1.0: 2019 (By Kolej Komuniti Mas Gading & Kolej Komuniti Malaysia). Unit Penyelidikan dan Inovasi.Wahidin, M. F., Hasan, N. H., & TYZO Consultancy. (2022). REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN IMPAKNYA TERHADAP STRATEGI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA. In Journal of Entrepreneurship and Industry Development, Journal of Entrepreneurship and Industry Development.