The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Hutton Sesi 2024/2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Balqis, 2024-05-10 17:32:14

Buku Program Mesyuarat PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Hutton 2024/2025

Buku Program Mesyuarat PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Hutton Sesi 2024/2025

Alhamdulillah ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Anak-anak merupakan hibah, anugerah dan ujian daripada Allah SWT sebagaimana yang difirmankan-Nya: َه ب َم ن َي ا َي َشاء ِل َناثً ِ َه ب إ َمن َوَي ُّ كو َر َي َشاء ِل الذ Maksudnya: “Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.” (Surah al-Syura: 49) Allah Taala berfirman: تَنة وال د ك م فِ َ َوأ ك م مَوال َ َما أ َّن ِ إ Maksudnya: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian bagimu” (Surah at-Taghaabun: 15) Ucapan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi ini telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh ibubapa dan pihak luar telah digunakan dengan sebaiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pengajaran dan pembelajaran anak-anak. Untuk akhirnya, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan barisan guru, staf pentadbiran, staf sokongan serta semua pihak yang terlibat dalam pendidikan anak-anak istimewa ini. Segala sumbangan jasa dan bakti para guru serta pihak pentadbiran sekolah akan sentiasa tersemat di hati kami. Jadilah kawan kepada anak kita, tempat dia mengadu, tempat dia rujuk, tempat dia minta nasihat dan jadi orang pertama anak cari jika ada masalah bukan terakhir. Sekian, Terima Kasih. Yang ikhlas, Yang diPertua PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Hutton KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SK PENDIDIKAN KHAS JALAN HUTTON SESI 2024/2025


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHATERA Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan rahmatNya, segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Hutton kali ke-37 dapat dilaksanakan pada hari ini. Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada dari kalangan guru dan juga ibu bapa serta waris bagi menterjemahkan mesyuarat kita pada kali ini. Mesyuarat Agung PIBG merupakan satu agenda yang cukup penting bagi sesebuah sekolah bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Sokongan dan penglibatan ibu bapa amat diperlukan di dalam memastikan kejayaan anakanak istimewa ini. Justeru itu, pihak sekolah sangat mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan waris dalam setiap program yang dijalankan di sekolah kerana ia memberi impak yang sangat besar dalam kemenjadian murid. Ini selaras dengan sarana ibu bapa dan waris terhadap sekolah yang amat pentingkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam menjayakan setiap program yang dirancang. Setinggi-tinggi penghargaan dirakam kepada barisan jawatankuasa PIBG yang telah banyak membantu pihak sekolah dari segi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan saya katakan barisan jawatankuasa PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Akhir kata, semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas, Guru Besar SK Pendidikan Khas Jalan Hutton KATA-KATA ALUAN PENASIHAT PIBG SK PENDIDIKAN KHAS JALAN HUTTON SESI 2024/2025


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN HUTTON 10050 GEORGETOWN PULAU PINANG ________________________________________________________________________ Ruj. Kami: SKPKJH.100-13/1/4 Tarikh : 29 APRIL 2024 --------------------------------------- --------------------------------------- Tuan/Puan, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-37 SESI 2024/2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berhubung perkara di atas, ingin dimaklumkan bahawa pihak PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Hutton akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-37 seperti butiran berikut : Tarikh : 11 Mei 2024 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan SK Pendidikan Khas Jalan Hutton 4. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menyertai mesyuarat tersebut. Dipohon semua untuk mengisi google form yang dihantar ke aplikasi whatsapp kelas masing-masing untuk bancian kehadiran dan borang usul/cadangan, sebelum atau pada 8 Mei 2024 (Rabu). 5. Justeru, kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan. Segala kerjasama dan perhatian untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ------------------------------------ (HAFIZAH BINTI OTHMAN) Setiausaha PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Hutton TELEFON : 04 – 2279835 FAX : 04 – 2297092 E – MAIL : [email protected]


8.00 PAGI : Ketibaan para ibu bapa/waris/hadirin Pendaftaran kehadiran 8.30 PAGI : Bacaan Doa Nyanyian lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang 8.45 PAGI : Ucapan aluan Guru Besar 9.00 PAGI : Ucapan perasmian YDP 9.15 PAGI : Persembahan multimedia Penyampaian sijil penghargaan barisan AJK PIBG sesi 2023/2024 9.30 PAGI : - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 Sesi 2024/2025 dimulakan - Ucapan Penasihat (Guru Besar) - Ucapan Pengerusi YDP - Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 2023/2024 - Perkara-perkara berbangkit - Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Tahun 2023/2024 - Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun semasa - Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang) - Membahaskan usul/Cadangan - Hal-hal lain - Ucapan Penangguhan 11.30 PAGI : Jamuan dan bersurai TENTATIF PROGAM


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 37 SESI 2024/2025 PENGERUSI : EN MOHD ROSLI BIN OTHMAN NAIB PENGERUSI 1 : EN MOHD RIZAL BIN DARMAN NAIB PENGERUSI 2 : EN SARKUNA SEELAN A/L MUNIANDY NAIB PENGERUSI 3 : PN NORSUHADA BINTI SHAARI PENYELARAS : PN HAFIZAH BINTI OTHMAN SAMBUTAN DAN PENDAFTARAN : PN LIZAWATI BINTI ROSLI : PN NORAHANUM BINTI ZAINOL A’ABIDIN : PN ADIBAH BINTI AHMAD BUKU PROGRAM : CIK LIYANA IZZATI BINTI AB RAHIM : CIK WAN BALQIS BINTI MR WEADAO CHEWO : EN AZNULLAH BIN AZIZ BACAAN DOA : EN MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN MOHD HASSAN PENGACARA MAJLIS : PN NUR FATIN IMANINA BINTI OSMAN PENGERUSI SEMENTARA : EN MOHD RIZAL BIN DARMAN PENGURUSAN TEMPAT : CIK THARANI A/P KANNAN : CIK ESWARAPRIYAA MANIVANNAN : EN MUHAMMAD HAFFIZ BIN SHUKRI : PN NUR HANISAH BINTI MOHAMAD NOR PENCATAT MINIT : PN KAMILAH BINTI SYED SULTAN : CIK SITI NOR HUSNA BINTI MAT RANI SIARAYA : EN MUHAMMAD MUSTAQIM BIN KHAIRUDDIN : EN MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN MOHD HASSAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA / BACKDROP : EN MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN MOHD AZHAR : EN MUHD MUKHLIS BIN ABDULLAH MAKANAN : PN DGKU ADIBAH BINTI A.AHMAD THANI : CIK NOOR SHUHAINI BINTI HUSAIN : CIK NOR IDAWATI BINTI MD ILYAS JURUFOTO DAN DOKUMENTASI : EN NIK AMIRUL FAZLIE BIN BAHAROM : PN KOGILAVANI A/P MURUTI SIJIL PENGHARGAAN : PN HAFIZAH BINTI OTHMAN


BIL NAMA AJK JAWATAN 1 MOHD ROSLI BIN OTHMAN PENASIHAT 2 NUR DIYANA BINTI MOHAMAD YDP 3 RAJA RODHIYANA BINTI RAJA DAUD NYDP 4 HAFIZAH BINTI OTHMAN SETIAUSAHA 5 KOGILAVANI A/P MURUTI BENDAHARI 6 MOHD KHAIRULDDIN ASLAM BIN MOHD YUSOFF AJK IBU BAPA 7 OTHMAN BIN JAAFAR AJK IBU BAPA 8 SUZIE ROZIATY BINTI SHERIFFUDIN AJK IBU BAPA 9 ROZIYAH BINTI ISMAIL AJK IBU BAPA 10 HIRNA MARNI BINTI SAIDIN AJK IBU BAPA 11 MOHD MUKHLIS BIN ABDULLAH AJK GURU 12 MUHAMMAD MUSTAQIM BIN KHAIRUDDIN AJK GURU 13 NOR AZLINA BINTI ABDUL AZIZ AJK GURU 14 DG KU ADIBAH BINTI A. AHMAD THANI AJK GURU 15 ADIBAH BINTI AHMAD AJK GURU 16 ESWARAPRIYAA MANIVANNAN AJK GURU 17 CHE GAYAH BINTI ABDUL RAHMAN JURU AUDIT IBU BAPA 18 AZNULLAH BIN ABDUL AZIZ JURU AUDIT GURU SENARAI NAMA AJK PIBG SK PENDIDIKAN KHAS JALAN HUTTON SESI 2023/2024


MAJLIS PERASMIAN 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 2. Ucapan Aluan Penasihat (Guru Besar) 3. Ucapan Perasmian (YDP PIBG) MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 1. Ucapan Pengerusi (YDP) 2. Ucapan Penasihat (Guru Besar) 3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG ke-36 sesi 2023/2024 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Membentang dan mengesahkan laporan penyata kewangan PIBG sesi 2023/2024 6. Pembubaran barisan AJK PIBG sesi 2023/2024 7. Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG serta juru audit sesi 2024/2025 8. Membahaskan usul/cadangan 9. Hal-hal lain 10. Ucapan penangguhan AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 37 SESI 2024/2025


PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN HUTTON JALAN HUTTON, 10050 PULAU PINANG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BIL 36 SESI 2023/2024 Tarikh : 10 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi Tempat: Dewan SK Pendidikan Khas Jalan Hutton Kehadiran : Guru 1. En. Mohd Husni Bin Aziz 2. En. Mohd Rizal Bin Darman 3. En. Sarkuna Seelan A/L Muniandy 4. Pn. Norsuhada Bt. Shaari 5. Pn. Hafizah Bt. Othman 6. Cik Nor Idawati Bt Md Ilyas 7. Pn. Kamilah Bt Syed Sultan 8. Pn. Norahanum Bt Zainol Abidin 9. Cik Noor Shuhaini Bt Husain 10. En. Muhammad Mustaqim Bin Khairuddin 11. En. Muhd Mukhlis Bin Abdullah 12. Cik Liyana Izzati Bt. Ab. Rahim 13. Pn. Nor Azlina Bt Abdul Aziz 14. En. Aznullah Bin Aziz 15. Pn. Dg Ku Adibah Bt. A. Ahmad Thani 16. Cik Tharani A/P Kannan 17. Pn. Nurol Shafinas Bt. Saidin 18. Pn. Nor Hanisah Bt. Mohamad Nor 19. Cik Wan Balqis Bt Mr Weadao Chewo 20. Pn. Lizawati Bt Rosli 21. En. Khairuddin Bin Mohd Azhar 22. Pn. Adibah Bt Ahmad 23. Pn. Nur Aqilah Bt Mohamad Nor 24. En Muhammad Hakim Bin Abdul Hamid 25. Cik Nur Lailatul Syuhada Bt Ahmad Raji MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 36 SESI 2023/2024


Ibu bapa 1. En. Muhammad Fauzan Bin Mat Puzi 2. Pn. Hirna Marni Bt Saidin 3. Pn. Hadijah binti Hamzan 4. Pn. Roziyah Bt Ismail 5. Pn. Fauziah Bt Mustaffa 6. Pn. Nurul Najwa Bt Roslee 7. Pn. Sri Narsiah Bt Mohd Yunus 8. Pn. Che Gayah Bt Abdul Rahman 9. Pn. Suzie Roziaty bt Sheriffudin 10. Pn. Nurul Nadia Bt Jamaludin 11. En. Mohd Khairulddin Aslam Bin Mohd Yusoff 12. Pn. Raja Rodhiyana Bt Raja Daud 13. Pn. Nur Diyana Bt Mohamad 14. En. Othman Bin Jaafar Agenda 1. Ucapan Aluan Pengacara Majlis 1.1. Pengacara majlis, Puan Hanisah binti Mohamad Nor mengalu-alukan semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pendidikan Khas Jalan Hutton yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. 1.2. Beliau menyerahkan majlis kepada Yang Dipertua PIBG, En. Muhammad Fauzan bin Mat Puzi bagi mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Hutton Kali ke-36. Tindakan : Makluman 2. Bacaan Doa 2.1. Mesyuarat Agung kali ke-35 dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ust. Mohd Mukhlis bin Abdullah. Tindakan : Makluman 3. Ucapan Yang Dipertua PIBG 3.1. Yang Dipertua PIBG, En. Muhammad Fauzan bin Mat Puzi mengalu-alukan kehadiran ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa/waris yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. 3.2. Beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada barisan pentadbir sekolah dan JK Pelaksana MAT PIBG kali ke-36 kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat agung kali ini. 3.3. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru dan ibu bapa atas komitmen dan dedikasi kerana berjaya membimbing anak-anak belajar sepanjang sesi ini. Tindakan : Makluman


4. Ucapan Guru Besar 4.1. En. Mohd Husni B. Aziz mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kejayaan dan sokongan penuh para ibu bapa dan guru-guru membimbing anak-anak dalam pelajaran dan aktiviti sekolah yang dijalankan sepanjang sesi persekolahan ini. 4.2. Beliau memaklumkan bahawa pada tahun ini akan diwujudkan semula PAPR (Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah) untuk murid tahun enam. Ia bertujuan menilai pencapaian murid dari sudut 3M, kemahiran dan nilai murni. Sehubungan ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas tambahan (selepas sesi persekolahan) untuk murid yang memerlukannya. Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama ibu bapa amatlah perlu untuk menjayakannya. 4.3. Beliau memaklumkan, telah diadakan juga Program TS25 (Transformasi Sekolah 25 2013-2025). Antara matlamat program ini ialah memantapkan pimpinan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp agar lebih baik. Namun begitu, kehadiran murid yang kurang memberangsangkan adalah antara cabaran yang dihadapi. Pihak sekolah menyasarkan kehadiran 95% murid dan memohon para ibu bapa memberikan sokongan dan kerjasama terbaik untuk mencapainya. TS25 juga termasuklah penglibatan komuniti supaya dapat membantu sekolah ke arah lebih cemerlang, seperti sumbangan smartboard membantu murid lebih mahir ICT. Tindakan : Makluman 5. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG Ke-35 5.1. Para hadirin diminta merujuk minit Mesyuarat Agung PIBG ke-35 2022/2023 lalu yang terdapat di dalam buku programyang telah diedarkan. 5.2. Setiausaha PIBG, Pn. Hafizah binti Othman membentangkan minit mesyuarat kali ke-35 dari halaman 9 hingga 14. 5.3. Pengesahan minit mesyuarat telah dicadangkan oleh Cik Liyana Izzati binti Abdul Rahim dan disokong oleh Pn Hadijah binti Hamzan. Tindakan : Setiausaha PIBG 6. Perkara-perkara Berbangkit 6.1. Pn. Nurul Najwa bertanya tentang bagaimanakah penglibatan murid yang mempunyai ekzema ketika waktu PJ atau aktiviti luar kelas. 6.2. Guru besar menjawab bahawa aktiviti PJ dan luar kelas diadakan pada waktu pagi (tidak panas). Pekeliling terbaru juga telah dikeluarkan oleh kementerian iaitu membenarkan aktiviti luar kelas yang suhunya tidak melebihi 35 darjah celsius. Tindakan : Makluman 7. Laporan Kewangan 7.1. Para hadirin diminta merujuk Laporan Kewangan PIBG 2022/2023 lalu yang telah dilampirkan di dalam buku program.


7.2. Juru audit guru memangku Bendahari PIBG, En. Aznullah bin Aziz membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi tahun 2022/2023 (bermula 5 Mei 2022 dan berakhir 10 Jun 2023). 7.3. Guru besar memaklumkan terdapat sedikit kesilapan pada laporan kewangan tersebut dimana tiadanya pengesahan dan tanda tangan juru audit dalaman PIBG. Justeru ianya perlu diperbetulkan. 7.4. Laporan tersebut telah dicadang untuk disahkan dengan pindaan oleh Pn. Hadijah binti Hamzan dan disokong dengan pindaan oleh Cik Wan Balqis binti Mr Weadao Chewo. Tindakan : Bendahari PIBG 8. Pembubaran dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2022/2023 8.1. Yang Dipertua PIBG (En. Muhammad Fauzan bin Mat Puzi) membubarkan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan menyerahkan majlis kepada pengerusi sementara, En. Mohd Rizal Bin Darman. 8.2. Pengerusi meminta para ibu bapa dan guru memberi cadangan bagi calon AJK PIBG sesi 2023/2024. 8.3. Pn. Raja Rodhiyana binti Raja Daud mencadangkan Pn. Nur Diyana binti Mohamad sebagai YDP PIBG dan disokong oleh Pn. Noor Shuhaini binti Husain. Pn Norahanum binti Zainal A’abidin mencadangkan supaya cadangan ditutup. Majlis sebulat suara bersetuju melantik Pn. Nur Diyana sebagai YDP PIBG sesi ini. 8.4. Majlis diteruskan dengan pelantikan NYDP PIBG. Pn. Nor Azlina binti Abd Aziz mencadangkan Pn. Raja Rodhiyana binti Raja Daud sebagai NYDP PIBG dan dipersetujui sebulat suara. 8.5. Untuk jawatan AJK PIBG yang disandang oleh guru-guru dan ibu bapa, Pn. Nor Azlina binti Abd Aziz mencadangkan supaya dikekalkan semua jawatan tersebut kecuali yang tidak hadir. Cadangan ini turut dipersetujui sebulat suara. 8.6. Pengerusi meneruskan majlis dengan pelantikan tiga lagi calon AJK PIBG yang belum mencukupi dari kalangan ibu bapa. Pn. Azlina binti Abd Aziz telah mencadangkan En. Othman bin Jaafar dan Pn. Roziyah binti Ismail. Pn. Nurol Shafinas binti Saidin pula mencadangkan Pn. Hirna Marni binti Saidin. Kesemua calon ajk PIBG ini telah dipersetujui sebulat suara majlis. 8.7. Pengerusi memaklumkan juru audit dalaman dari kalangan guru iaitu En. Aznullah Bin Aziz dan dari kalangan ibu bapa Pn. Che Gayah binti Abdul Rahman dikekalkan. 8.8. Sidang mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan semua cadangan di atas. 8.9. En. Mohd Rizal Bin Darman menyerahkan semula majlis kepada Yang Dipertua PIBG sesi baharu, Pn. Nur Diyana binti Mohamad. YDP mengucapkan tahniah kepada barisan baharu dan terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Tindakan : Setiausaha PIBG


9. Membahas dan Menerima Usul/Cadangan 9.1. Usul pertama talah dicadangkan oleh Pn. Najwa iaitu penggunaan pendingin hawa di kelas-kelas kerana terdapat segelintir murid yang mengalami masalah kulit (ekzema). 9.2. Guru besar menjawab, pemasangan pendingin hawa tidak boleh dilakukan di sembarangan tempat termasuklah di kelas-kelas melainkan di kelas kontena (2 buah). Pemasangan yang dibenarkan ialah di bilik-bilik khas yang telah ditetapkan. Sebagai inisiatif, guru akan membawa murid-murid yang bermasalah kulit ini ke tempat lebih nyaman/bilik khas agar murid lebih selesa dan kondusif ketika pdpc berlangsung. 9.3. Usul kedua telah diutarakan oleh Pn. Nor Suhada binti Shaari iaitu memohon sumbangan murid untuk aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar. Ia bertujuan menampung kos lawatan/aktiviti jika kurang mencukupi. Jumlah cadangan adalah sekitar RM30-RM70, bergantung kepada keadaan semasa dan hanya melibatkan murid yang turut serta sahaja. 9.4. Usul ini telah dipersetujui sebulat suara. 9.5. Usul ketiga telah disuarakan oleh En. Mohd Khairulddin Aslam bin Mohd Yusoff iaitu membuat penambahbaikan keselamatan sekolah dengan memasang dua buah CCTV di pagar masuk sekolah. 9.6. Guru besar mengulas bahawa CCTV ada dibekalkan oleh KPM kepada sekolah-sekolah yang muridnya berkapasiti tinggi. Namun jika para ahli mesyuarat bersetuju dengan usul tersebut, ianya boleh diusahakan. 9.7. Usul tersebut dipersetujui sebulat suara majlis dan diterima. 9.8. Usul tergempar : Pn. Nor Azlina binti Abd Aziz mencadangkan supaya dikekalkan jumlah sumbangan PIBG, iaitu sebanyak RM60 setahun perkeluarga. Cadangan ini telah disokong oleh En. Muhammad Fauzan bin Mat Puzi dan dipersetujui sebulat suara. 10. Hal-hal Lain 10.1. Guru besar mengulas isu berkaitan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh waris yang tidak hadir. Antaranya berkaitan pembangunan yang sedang dijalankan di hadapan sekolah. Beliau akan berjumpa dengan pengurus projek apartmen tersebut dan meminta supaya tiada sebarang aktiviti kerja dijalankan di waktu puncak (penyuraian murid) sebagai langkah keselamatan. Bagi ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah melalui pintu masuk SK Sri Tanjong, boleh memaklumkannya kepada guru bertugas. 10.2. Berkaitan keselamatan murid ADHD ketika hadir ke sekolah, guru besar memaklumkan bahawa terdapat empat orang guru bertugas setiap minggu. Guru tersebut akan menyambut kehadiran murid dan memantau keselamatan mereka sepanjang waktu rehat dan waktu penyuraian. Para PPM juga ada untuk sama-sama membantu murid menguruskan diri sepanjang sesi persekolahan berlangsung. 10.3. Berkaitan pemotongan rambut murid pula, guru besar memaklumkan pihak sekolah akan cuba membantu mana-mana ibu bapa yang mempunyai


kekangan dalam memastikan kekemasan rambut murid. Salah seorang guru sekolah ini mempunyai kemahiran tersebut dan pihak sekolah juga mempunyai alatan yang baik untuk membantu murid seadanya. 10.4. Seterusnya, guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan aktiviti gotong-royong perdana bersama para waris/ibu bapa. Pihak sekolah akan berusaha mencari peruntukan bagi pembelian barang dan bahan. Aktiviti tersebut akan diadakan pada hari cuti/Sabtu. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah serta melukis mural. Justeru beliau memohon para ibu bapa/waris yang berkelapangan untuk sama-sama membantu menyumbang tenaga dalam menjayakan aktiviti tersebut. 10.5. Guru besar juga meminta kerjasama dan perhatian para ibu bapa dalam memastikan kehadiran anak masing-masing ke sekolah dan waktu penyuraian adalah tepat waktunya. 10.6. YDP Pn. Nur Diyana binti Mohamad berkongsi pandangan berkaitan pendidikan ilmu agama bagi anak-anak MBPK. Beliau juga berpendapat kehadiran para ibu bapa/waris ke mesyuarat agung PIBG adalah suatu perkara yang sangat penting dalam sama-sama membantu, menyumbang dan memastikan kemenjadian murid di masa akan datang. 10.7. Cikgu Rizal memberi cadangan supaya pihak sekolah dan PIBG dapat mengadakan satu program berbentuk kekeluargaan seperti “Hari Keluarga PIBG Hutton”. Di situ para guru dan ibu bapa/waris dapat sama-sama berkumpul dan mengadakan aktiviti permainan, makan bersama (potluck) dan sesi perbincangan secara santai. 10.8. Berkaitan kehadiran murid yang kurang memberangsangkan, Pn. Diyana memberi cadangan supaya pihak sekolah membuat satu video/rakaman luahan dan pengharapan barisan pentadbir untuk kesedaran para ibu bapa/waris dan murid-murid. Beliau juga memohon para ibu bapa/waris untuk sama-sama membantu murid lebih bersedia ke sekolah seperti bangun awal dan bersarapan. Ini kerana ibu bapa lebih tahu kelebihan dan kekurangan anak masing-masing. 10.9. Akhir sekali, beliau juga memohon para guru untuk sentiasa menjaga dan mengutamakan kesihatan emosi dan mental. Jika ada sebarang permasalahan murid di sekolah, guru-guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa yang berkenaan untuk perhatian mereka. 11. Ucapan Penangguhan 11.1. Pengerusi PIBG, Pn. Nur Diyana mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih atas kepercayaan melantik barisan ajk PIBG sesi 2023/2024 ini. 11.2. Beliau berharap mudah-mudahan para ibu bapa dan semua pihak dapat memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama terhadap program dan aktiviti sekolah yang dirancang sebagai tanda sokongan. Tindakan : Makluman


12. Penutup 12.1. Pengerusi PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023/2024 kali ke-36 ini. 12.2. Beliau menangguhkan mesyuarat pada jam 10.45 pagi. Tindakan : Makluman Disediakan oleh, Disemak oleh, ...............................................…. ............................................................... (HAFIZAH BINTI OTHMAN) (NUR DIYANA BINTI MOHAMAD) Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, SK Pendidikan Khas Jalan Hutton, SK Pendidikan Khas Jalan Hutton, Pulau Pinang. Pulau Pinang.


SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIPENYATA KEWANGAN YANG BTARIKH PENDAPATAN RM 1/6/2023 Baki di Maybank Baki di tangan 5698.18 55.00 1111/7/2023 Sumbangan (persendirian) 500.00 Dividen 6.22 11/8/2023 Sumbangan projek tanaman PPKI Jalan Hutton 300.00 12/8/2023 Sumbangan ( PIBG S.K.P.K Jalan Hutton) 20.00 3/8/2022 Sumbangan YB Parlimen Tanjung(Penyelenggaraan Sekolah) 41600.00 1/9/2023 Tiada 11/10/2023 Sumbangan Y.B Chow 5000.00 12/10/2023 Sumbangan PIBG 2023/2024 2700.00 23/10/2023 Duit coway 2161.30 34


IDIKAN KHAS JALAN HUTTON BERAKHIR PADA 10 MEI 2024 TARIKH PERBELANJAAN RM 10/6/2023 Hadiah Cabutan Bertuah (Mesyuarat Agung PIBG KE 36) 300.00 10/6/2023 Makanan untuk Mesyuarat Agung PIBG ke 36 270.00 12/6/2023 Kitar semula 30.00 1/7/2023 Tiada 1/8/2023 Hadiah intensif-wakil daerah(Kejohanan OlahragaDamia, Zahra KSSR 5A 100.00 1/9/2023 Tiada 1/10/2023 Bayaran untuk kontraktor 41600.00 2/10/2023 Duit poket Damia ( keluar untuk pertandingan) 30.00 3/10/2023 Hadiah intensif Damia-wakil negeri-tempat pertama Wakil daerah- tempat pertama Dayyan -Wakil daerah-tempat ketiga 80.00 50.00 30.00 4/10/2024 Makanan sukan tahunan 2023/2024 300.00


561/11/2023 Sumbangan PIBG 2023/2024 563.00 12/11/2023 Kitar Semula 187.70 3/11/2023 Sumbangan persendirian 1251.00 4/11/2023 Sumbangan luar 100.00 5/11/2023 Gotong-royong PIBG 5000.00 1/12/2023 Tiada 11/1/2024 Sumbangan Lembaga Tabung Haji 1500.00 12/1/2024 Dividen 17.58 231/2/2024 Kitar semula 74.00 11/3/2024 Baju sukan murid 3300.00 12/3/2024 Papan putih magnet 450.00 23/3/2024 Air cooler 500.00 34/3/2024 Sumbangan pondok wakaf 325.00 45671/4/2024 Sumbangan pondok wakaf 420.00 1


5/10/2024 Bayaran untuk lotus baby A+ 500.00 6/10/2023 Program( sukan, perkhemahan dan Pembangunan sukan) 5000.00 1/11/2023 Tiada 1/12/2023 Tiada 1/1/2024 Perbelanjaan HAC 2500.00 2/1//2024 Perbelanjaan Kem Kemuncak Kokurikulum 1000.00 3/1/2024 Perbelanjaan sumbangan Lembaga Tabung Haji 1500.00 1/2/2024 Tiada 1/3/2024 Pembelian baju sukan 3300.00 2/3/2024 Pembelian papan putih magnet 450.00 3/3/2024 Pembelian air cooler 500.00 4/3/2024 Terapi air 500.00 5/3/2024 Pembelian buah kurma (warga Hutton dan waris) 783.00 6/3/2024 Pemberian hadiah intensif-wakil kebangsaan-stacking (Damia) 100.00 7/3/2024 Sumbangan dekat di hati sempena Hari Raya Aidilfitri 50.00 1/4/2024 Gotong-royong perdana 5000.00


1/5/2024 Tiada 1PENDAPATAN 65975.80 Disediakan oleh, (KOGILAVANI A/P MURUTI) SETIAUSAHA PIBG SK PENDIDIKAN KHAS JALAN HUTTON Disahkan oleh, (AZNULLAH BIN AZIZJURU AUDIT GURU SK PENDIDIKAN KHA


Perbelanjaan sukan stacking Pendidikan khas-23-24 April 2024 ( Aeon Bandaraya Melaka) 972.00 1/5/2024 Perbelanjaan pembinaan pondok wakaf 1765.00 PERBELANJAAN 66710.00 BAKI DI TANGAN 129.00 BAKI DI MAYBANK 4889.98 Z) AS JALAN HUTTON Disahkan oleh, (CHE GAYAH BINTI ABDUL RAHMAN) JURU AUDIT IBU BAPA SK PENDIDIKAN KHAS JALAN HUTTON


BIL NAMA CADANGAN/USUL 1 En. Mohd Mukhlis bin Abdullah - Mengekalkan jumlah sumbangan pibg untuk sesi akan datang iaitu sebanyak RM 60.00 per keluarga 2 En. Fiddi Razman Rozihan - Penyimpanan helmet di sekolah atas tanggungjawab sendiri 3 En. Mohd Hasdinoor bin Abd Hamid - Mohon pertimbangan untuk membenarkan semula ibu bapa meletak sementara topi keledar anak-anak di sekolah 4 Pn. Fauziah binti Mohd Mustaffa - Adakan pemeriksaan gigi dari klinik pergigian 5 Pn. Noraziema Hajri - Tambah baik dewan dengan penghawa dingin jika ada dana 6 En. Mohd Fazli bin Mohd Abbas - Menyediakan locker atau rak untuk murid meletak topi keledar 7 En. Muhd Afiq Nabil bin Ab Rahman - Menyediakan tempat murid transit 8 En. Faiqhi Abd Majid bin Ahmad Salleh - Memperbaharui dan menaik taraf fasiliti bilik guru dan kemudahan murid untuk memberi semangat daya saing warga sekolah CADANGAN / USUL


YANG DIPERTUA : NAIB YANG DIPERTUA : SETIAUSAHA : BENDAHARI : AJK IBU BAPA 1. 2. 3. 4. 5. 6. AJK GURU 1. 2. 3. 4. 5. 6. JURU AUDIT IBU BAPA : JURU AUDIT GURU : PELANTIKAN BAHARU AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025


Click to View FlipBook Version