PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN SAINS ISLAM MEMPERCAYAI WAHYU DAN MENGANGGAPNYA SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.
AHLI KUMPULAN Muhammad Solehin Hafizuddin (02TM20F2005) Nur Yasmin Hani (02TM20F2039) Safiah Nur Huda (02TM20F2043) Lutfi Hadi (02TM20F2007) PUAN MARHAYU BINTI ABDUL JAMAI
ISI KANDUNGAN PENGENALAN PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KESIMPULAN 01 03 02
Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspek - aspek lahiriah dan batiniahnya dalam hubungannya dengan sains. Etika adalah bidang ilmu yang menkaji soal kebaikan dan keburukan dalam sains yang berhubung dengan tatacara untuk menerima kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sains dan teknologi. PENGENALAN
Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan. Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat. Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti. Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan Negara. Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika. PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN
MENGHASILKAN PENEMUAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA KESELESAAN Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia. Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba. Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam. Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknorat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.
MENGGUNAKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG MEMBERIKAN NILAI TAMBAH KEPADA PENINGKATAN KUALITI Nilai - nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah SWT. Segala ciptaan dan rekaan bukan semata - mata bertujuan komersil atau profit. Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria. Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.
MELAKUKAN EKSPERIMEN DENGAN BIJAKSANA TANPA NIAT JAHAT Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna. Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi profit, kemahsyuran dan kepentingan diri. Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal mengesani kehidupan ekosistem manusia, flora dan fauna. Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah SWT dan mengubah identiti adalah dilarang.
Bukan mudah tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi. KEPERLUAN MEMPERTAHANKAN & MEMELIHARA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan. Namun, nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Persenjataan dan kelengkapan kententeraan amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun, bukan menjadi lesen untuk melakukan kerosakan.
Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknorat dan jurutera. Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam bermaksud berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta. MENGHUBUNGKAN SEMUA KEGIATAN DENGAN ALAM METAFIZIKA Para saintis, teknorat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
K E S I M P U L A N Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan amat penting kepada setiap negara yang semakin membangun ini kerana faktor pencerobohan haram terhadap alam sekitar tidak akan kerap berlaku. Jika seseorang individu itu tidak mempunyai etika Islam misalnya saintis. Mereka akan berterusan membuat uji kaji tanpa memikir akibat terhadap mangsa uji kaji mereka. Selain itu, hal ini boleh dikatakan untuk seseorang individu itu tidak bersikap taksub kerana setiap rezeki yang datang itu daripada ALLAH SWT dan kita sebagai hambaNya perlulah bersabar dan teruskan berdoa. Kerana apabila sudah berusaha, pasti akan dapat ganjarannya. Seterusnya, kita perlulah melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat. Penghasilan penemuan sains teknologi dan kejuruteraan haruslah memberi manfaat kepada keselesaan orang ramai. Segala rekaan dan alat yang dihasilkan haruslah tidak berkonsep kearah kerosakan akhlak individu lain.
TERIMA KASIH