The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50421477, 2022-04-19 21:53:27

MINIT MESYUARAT SURAU BIL 3 2021

MINIT MESYUARAT SURAU BIL 3 2021

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
MUSALLA IMAM AS-SYAFI’E @ SURAU AS-SOBIRIN

SMK PUTRAJAYA PRESINT 5 (1)
BIL. 3 / 2021

Tarikh : 9 September 2021 (Khamis)
Masa : 3.00-5.00 petang
Tempat : Dalam Talian (Google Meet)
Pengerusi : Pn. Thalsiah binti Mohd. Salleh (Pengetua)

Kehadiran:

1. Thalsiah binti Mohd Salleh
2. Che Marina binti Ibrahim
3. Roslan bin Hassan
4. Suziyah binti Selamat
5. Noraini binti Mohd Yusoff
6. Syed Omar bin Syed Abd Rahman
7. Nur Ainihayati binti Che Ajid
8. Mohamad Zawawi bin Ghazali
9. Mohd Malik Ridzuan bin Mhd Kasturi
10. Mohd. Nazli bin Ghazali
11. Norizan binti Mohd. Noh
12. Edilia Azyati binti Muhammad
13. Rohaya binti Ismail
14. Norizan binti Mohamad
15. Rosnaniah binti Daud

TIDAK HADIR (Bersebab):
1. Norliza binti Muda (Cuti Sakit)
2. Ainol Zuhaida binti Zainal Abidin (Urusn Keluarga)

1

Agenda:

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Surau
sesi 2020/2021 kerana sudi menghadirkan diri dalam mesyuarat Surau As-
Syafie kali ke-3 bagi tahun 2021.

1.2 Pengerusi dimaklumkan oleh Penyelaras bahawa Borang Penilian Kendiri
dalam bentuk Borang Google (Google Form) sebgai pengesahan peyertaan
Musalla Imam As-Syafie telah dihantar pada 10 Ogos 2021. Penilaian untuk
PERSISS bagi tahun 2021 pula akan bermula pada 15 September hingga 1
Oktober. Penilaian hanya dibuat melalui rakaman video. Pengerusi sekali lagi
menyatakan hasratnya untuk memastikan Musalla As-Syafie mendapat 5
Bintang seterusnya dinobatkan sebagai Musalla Terbaik di Peringkat Putrajaya
bagi Tahun 2021 dan akan mewakili Putrajaya ke peringkat Kebangsaan. Oleh
sebab itu, pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa memberikan
kerjasama kepada penyelaras untuk memastikan semua spek yang dinilai
dapat disediakan.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit Mesyuarat Surau As-Syafie Bilangan 2 bagi tahun 2021 telah
dicadangkan untuk disahkan oleh Mohamad Zawawi bin Ghazali dan disokong
oleh Mohd. Nazli bin Ghazali
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

Makluman

2

4.0 PERBINCANGAN ISU

4.1 Laporan AJK PERSISS 2021

4.1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK yang telah
menyiapkan tugasan dan kepada yang belum pengerusi sangat
berharap agar kerja-kerja itu dapat disiapkan mengikut masa yang
ditetapkan. Pengerusi faham akan kekangan dan masalah yang
dihadapi oleh AJK yang terllibat seperti AJK Keceriaan dan Kebersihan
memandangkan kita kekurangan tenaga akibat ketiadaan murid dan
pelajar di sekolah. Namun begitu, pengerusi amat yakin bahawa AJK
ini mampu melaksanakan tugasan dengan baik dan dengan penilaian
melalui video, beban kerja membersihkan dan menceriakan musalla
akan menjadi lebih mudah.

Makluman

4.1.2 Pengerusi juga dimaklumkan oleh penyelaras bahawa laporan aktiviti
yang dilaksanakan sepanjang tahun 2021 hampir berjaya disiapkan.
Laporan ini akan disimpan dalam bentuk softcopy dan hardcopy
memandangkan penilaian akan dibuat melalui tayangan video sahaja.

Tindakan: Ustazah Noraini Mohd. Yusof

4.1.3 Pengerusi mengingatkan bendahari supaya bersedia dengan laporan
kewangan kerana urusan kewangan seringkali menjadi perhatian yang
penting dan perlu diberikan perhatian yang serius dalam apa-apa
sahaja rancangan pembangunan apatah lagi apabila melibatkan duit
sumbangan orang ramai.

Tindakan: Nur Ainihayati Md. Ajid

4.1.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa kerja-kerja rakaman akan
bermula pada minggu ini. Memandangkan negara masih dalam
suasana perintah kawalan pergerakan yang membataskan
pergerakan, maka tugasan ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh
penyelaras dan setiausaha. Pembikinan video akan menggunakan
perkhidmatan orang luar dengan sedikit saguhati manakala suara latar
akan menggunakan suara pelajar tingkatan 6 yang sudah dikenal pasti
bakatnya.

Tindakan: Ustazah Noraini Mohd. Yusoff
dan Pn. Rosnaniah Daud

3

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Pendaftaran Surau di Bawah JAWI

5.1.1 Pengerusi merkamkan ucapan tahniah dan berbanyak-banyak terima
kasih kepada ustazah Noraini selaku penyelaras Musalla Imam As-
Syafie 2020/2021 kerana beliu telah berjaya mendaftarkan musalla
sebagai surau di bawah JAWI. Pendaftaran surau ini membolehkan
surau sekolah ini menerima peruntukan kewangan pada setiap tahun,
untuk membangunkan surau juga membiayai aktiviti-aktiviti surau.

Makluman

5.1.2 Pengerusi juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih ini
kepada Cikgu Nur Ainiayati, bendahari musalla yang telah bersama-
sama dengan ustazah Noraini kerana telah berjaya membuka akaun
bank untuk Surau As-Sobirin. Dengan adanya akaun khas ini, urusan
kewangan surau akan menjadi lebih mudah kerana semua dana dan
sumbangan khas untuk surau tidak akan bercampur dengan
peruntukan lain.

Makluman

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan memberikan
perhatian semasa mesyuarat berlangsung. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada
penghujung bulan September 2021, iaitu selepas keputusan PERSISS diumumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 malam.

Disediakan oleh:

(ROSNANIAH DAUD)
Setiausaha Surau Imam As-Syafie,
SMK Putrajaya Presint 5(1)
Tarikh: 16 September 2021

4

SISTEM PENGURUSAN KUALITI
SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT
Nama Mesyuarat : MESYUARAT MUSALLA IMAM AS-SYAFIE KALI KE-3, 2021
Tarikh : 9 SEPTEMBER 2021
Tempat : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)

MUKA PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
SURAT
4.1.2 Pengerusi juga dimaklumkan Ustazah Noraini Mohd. Semua laporan sudah
3 oleh penyelaras bahawa Yusof (Penyelaras) berjaya disiapkan dan
laporan aktiviti yang sudah dibuat salinan
dilaksanakan sepanjang tahun untuk disimpan di dalam
2021 hampir berjaya disiapkan. fail aktiviti.
Laporan ini akan disimpan
dalam bentuk softcopy dan
hardcopy memandangkan
penilaian akan dibuat melalui
tayangan video sahaja.

3 mengingatkan Nur Ainihayati Md. Ajid Laporan kewangan

Pengerusi
4.1.3 bendahari supaya bersedia (Bendahari) bagi tahun 2021 sudah
selesai dibuat dan
dengan laporan kewangan
rumusan sudah

kerana urusan kewangan diserahkan kepada

seringkali menjadi perhatian setiausaha untuk
yang penting dan perlu difailkan.

diberikan perhatian yang serius

dalam apa-apa sahaja

rancangan pembangunan

5

apatah lagi apabila melibatkan
duit sumbangan orang ramai.

Rakaman sudah siap

Pengerusi juga memaklumkan dilaksanakan dengan
bahawa kerja-kerja rakaman Pn. Rosnaniah Daud
4.1.4 akan bermula pada minggu ini. (Setiausaha) bantuan Encik
Sharuddin.
3

Memandangkan negara masih

dalam suasana perintah

kawalan pergerakan yang

membataskan pergerakan,

maka tugasan ini akan

dilaksanakan sepenuhnya oleh

penyelaras dan setiausaha.

Pembikinan video akan

menggunakan perkhidmatan

orang luar dengan sedikit

saguhati manakala suara latar

akan menggunakan suara

pelajar tingkatan 6 yang sudah

dikenal pasti bakatnya.

Disediakan oleh: Tarikh: 24 September 2022

................................
(Rosnaniah Daud)
Setiausaha,
Musalla Imam As-Syafie, SMK Putrajaya Presint 5(1)

6

7


Click to View FlipBook Version