The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO
TUGASAN 1 NOR ILYANA FATIHAH BINTI RAZALI PKDK3273

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR ILYANA FATIHAH BINTI RAZALI IPG-Pelajar, 2023-03-08 11:22:37

Kod Tangan Bahasa Melayu

FOLIO
TUGASAN 1 NOR ILYANA FATIHAH BINTI RAZALI PKDK3273

portfolio. KOD TANGAN BAHASA MELAYU PT1S2-1 PKDK 3273 N O R I L Y A N A F A T I H A H R A Z A L I ENCIK SAIFUL AZAM


LATAR BELAKANG 1982 Tanggungjawab diberi kepada Puan Saleena Yahaya Isa untuk memperbaiki dan melengkapkan kod-kod tangan dengan bantuan guru-guru sekolah rendah. Satu langkah positif dibuat oleh Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur, Persatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka serta guru-guru iaitu dengan menerbitkan buku Kod Tangan Bahasa Melayu edisi 1979. 1978 Jawatankuasa kerja mengambil kesempatan memperkenalkan bahasa isyarat yang siap digubal yang berhubung dengan penerbitan buku Komunikasi Seluruh : Bahasa Melayu Istilah Bahasa Melayu Kod Tangan wujud selepas jawatankuasa mengambil ketetapan untuk memperbaiki bahan-bahan bahasa berdasarkan maklumat balas yang diterima. KOD TANGAN BAHASA MELAYU 1973 Bermulanya sejarah kod tangan. notes ; Kod tangan ini diambil daripada Bahasa Isyarat Amerika, dengan tambahan beberapa isyarat tempatan, dan isyarat tatabahasa mewakili tambahan kata nama dan kata kerja dalam Bahasa Melayu.


JAWATANKUASA KERJA PENGERUSI Prof. Dr. Hajah Asmah Haji Omar Pusat Bahasa, Universiti Malaya NAIBPENGERUSI Encik Tan Chin Guan Persatuan Orang-orang Pekak Selangor dan Wilayah Persekutuan SETIAUSAHA Puan Saadiah bte Ahmad Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur WAKILKEMENTERIAN PELAJARAN En Md. Hashim bin Omar Encik Abdul Latif Idris Cik Marie Jean Low Puan Kalthom bte Wan Chik Bakar -Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian PelajaranAHLI-AHLI Puan Saleena Yahaya Isa Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan, Pulau Pinang Puan Liew Yoon Lay Sekolah Kebangsaan Perempuan Kampung Bharu, Kuala Lumpur TURUT HADIR Encik Tan Yap Sekolah Kanak-kanak Pekak Selangor dan Wilayah Persekutuan Cik Marie Greenstone Sukarelawan Keamanan Amerika Syarikat


PRINSIP NAHU 01 02 03 Kata Dasar Kata Majmuk Perkataan Pergandaan 04 05 Perkataan Seerti Angka


KATA DASAR i) Kod bagi sesuatu perkataan adalah menggunakan kata dasar seperti aktif: Para pelajar diminta mengaktifkan diri dalam sukan. Keaktifan Ahmad dalam sukan sangat bagus. Kod (aktif) dalam perkataan mengaktifkan dan keaktifan adalah digunakan dengan diberi awalan dan akhiran. ii) Kata dasar ini dikekalkan walaupun konsepnya berlainan seperti: Air di laut yang Adam pergi semalam sangat cetek. Ilmu Umar tentang robot masih cetek. CETEK Sungai di Terengganu sangat dalam. Ali menuntut ilmu cara memasang robot dengan mendalam. DALAM Akif dapat melihat dengan jelas pada malam hari. Arahan yang diberi guru sangat jelas. JELAS


KATA MAJMUK Kata majmuk terbentuk apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan atau dirangkaikan untuk mencipta makna yang tertentu. SAPU TANGAN Tangan kanan mencekup hidung dengan jari lalu ditarik ke depan seperti orang membuang hingus di hidungnya. HULUBALANG Kedua-dua tangan "H" tangan kanan di dada kiri, tangan kiri di pinggang kiri seperti memegang senapang. BERITAHU Tangan kanan "O" leper tapak menghadap bawah, hujung jari di dahi kanan lalu gerakkan ke depan sambil tangan terbuka menjadi "5" tapak menghadap atas, jari ke depan.


PERKATAAN PERGANDAAN Buku-buku Itik-itik Ayam-ayam A) BERGANDA SAMA Semua perkataan berganda sama ini diulang Kod perkataan yang mula-mula. Sayur-mayur Bukit-bukau Batu-batan B) BERGANDA TAKSAMA (BERUBAH) = kod sayur dan huruf m = kod bukit dan huruf b = kod batu dan huruf b Semua perkataan berganda tak sama menggunakan kod perkataan mula dan huruf awal bagi perkataan Rerambut berikut. Dedawai Lelangit C) BERGANDA SEPARUH = huruf r dan kod rambut = huruf d dan kod dawai = huruf l dan kod langit Perlu didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya Benci-membenci Melambai-lambai Cinta-mencintai D)PERKATAAN BERGANDA DAN BERPENAMBAH Semua perkataan ini dilakukan seperti perkataan berganda sama iaitu diulangi kod dasarnya dengan memberi awalan atau akhiran pada mana-mana perkataan berkenaan


a)Perkataan-perkataan yang seerti atau sama konsepnya adalah dikumpulkan dalam satu kumpulan yang menggunakan satu Kod Kata Dasar. Perkataan ini dibezakan dengan menggunakan huruf awal seperti: i- almari (kata dasar) , gerobok ii- kawan (kata dasar), rakan:sahabat b)Sekiranya terdapat dua perkataan yang sama huruf awalnya, maka huruf pertama dalam suku kata kedua digunakan, seperti perkataan selasa dan sabtu selasa digunakan huruf "s" sabtu digunakan huruf "t" c) Kalau kedua-dua huruf pertama dalam suku kata kedua itu pun sama, maka huruf akhir bolehlah digunakan seperti pada perkataan lesu dan lelah lesu menggunakan huruf "l" lelah menggunakan huruf "h" d)Sekiranya terdapat persamaan pada huruf akhir pula, maka manamana huruf yang berlainan dalam perkataan itu, bolehlah digunakan seperti dalam perkataan angkat, angkut, angkit. Untuk membezakanya, mana-mana huruf yang tiada dalam perkataan lain itu digunakan angkat kod dasarnya. angkat kod dasarnya. angkut menggunakan huruf "u" angkit menggunakan huruf "i" PERKATAAN SEERTI


ANGKA Simbol angka dan angka yang ditulis perkataannya adalah mempunyai perbezaan. Untuk kegunaan segera seperti dalam mengajar kira-kira, simbol angka yang dipadankan daripada simbol angka-angka dari Amerika adalah digunakan. Tetapi dalam pengajaran angka-angka perkataan bertulis, maka asas-asas bahasa mestilah digunakan pada angka: 4 19 129 1548 2345678 i) Untuk Simbol Angka: 4 = kod 4 19 = kod 1 dan 9 129 = kod 1, 2 dan 9 1548 = kod 1, 2, 4 dan 8 (ii) Untuk Kod Tangan Bahasa Malaysia ialah 4 = kod 4 19 = 9 dan belas 129 = seratus 2 puluh 9 1548 = seribu 5 ratus 4 puluh 8 Di sini ada satu lagi pindaan seperti: (iii) Bagi Angka-angka yang Penuh Rumah Angkanya Seperti: 500= Kod "5" dan kod "ratus" 8000 = Kod "8" dan kod "ribu" 20000 = Kod "2" kod "puluh" dan kod "ribu" 300000 = Kod "3" kod "ratus" dan kod "ribu" 2000000 = Kod "2" dan kod "juta" Ini dilakukan kerana didapati ramai kanak-kanak pekak tidak dapat mengikuti dengan pandangan mata tentang berapa banyak bilangan sifar di udara. Untuk mengatasi masalah ini, adalah dipersetujui supaya digunakan huruf "C" untuk ratus. "R" untuk ribu dan "I" untuk juta.


RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version