The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

D71AF4AC-89BC-4C4A-965B-A2E30B31C45E

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aynasabri00, 2023-05-02 02:58:42

Jenayah buli remaja sekolah

D71AF4AC-89BC-4C4A-965B-A2E30B31C45E

PENDIDIKAN JENAYAH BULI REMAJA SEKOLAH APRIL 2023 KEHIDUPAN SEBENAR PELAJAR Pengenalan Definisi Golongan yang terlibat Faktor buli berlaku Jenis-jenis buli Ciri-ciri buli Statistik penglibatan pelajar Kesan kepada pelajar Langkah pencegahan Kesimpulan Rujukan Pengenalan Definisi Golongan yang terlibat Faktor buli berlaku Jenis-jenis buli Ciri-ciri buli Statistik penglibatan pelajar Kesan kepada pelajar Langkah pencegahan Kesimpulan Rujukan


EDITOR PENULIS 01 NUR AINA BINTI AHMAD SABRI 18DDT22F1059 PUTERI ALYA AMYLIA BINTI RUZUAM 18DDT22F1005 IZZATUL NAZIFA BINTI AZIAN 18DDT22F1029 PENSYARAH KHUSUS Encik Hanafi Bin Jusoh


ISI KANDUNGAN 01 Pengenalan 02 03 02 Definisi Golongan yang terlibat 04 Faktor buli berlaku 05 Jenis - jenis buli 06 Ciri - ciri buli 07 Statistik penglibatan pelajar 08 Kesan kepada pelajar 09 Langkah pencegahan 10 Kesimpulan 11 Rujukan


PENGENALAN Majalah ini mengupaskan topik berkenaan bahayanya gejala sosial iaitu penglibatan diri dalam kes buli. Majalah ini dilakukan bertujuan untuk memberikan pengajaran dan edukasi kepada para pembaca. Pembaca dinasihatkan mengambil iktibar daripada masalah yang berlaku ini. Semoga dengan wujudnya majalah ini, ia dapat memberikan serba sedikit maklumat yang perlu dicakna oleh semua pihak. Penghargaan juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam misi menjayakan pembacaan yang ilmiah ini. Pertamanya penghargaan khas kepada Encik Hanafi Bin Jusoh atas bimbingan dan tunjuk ajarnya kepada kumpulan kami. Seterusnya, ucapan juga turut ditujukan kepada ahli kumpulan yang bersama-sama mengerahkan idea untuk membina sebuah hasil karya yang sangat menarik ini. Akhir sekali, penghargaan ditujukan kepada ahli keluarga kami yang memberikan sokongan moral dan mental sewaktu kami menyiapkan e-majalah ini. 03


DEFINISI Contoh Sudah pasti ramai yang sudah tahu tentang buli ini tetapi tidak tahu apa maksud buli yang sebenar. uli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya. Buli juga dlihat sebagai tingkah laku yang agresif terhadap seseorang individu dan dilakukan secara berulang kali. Ia menyasarkan seseorang yang lemah dan tidak dapat mempertahankan diri. Buli menunjukkan ketidakseimbangan kuasa antara mangsa dan pembuli . Ia juga didefinisikan sebagai perbuatan mengasari golongan yang lemah bagi menunjukkan kekuatan dengan memastikan mangsa mengikuti setiap arahan pembuli . Buli juga dianggap sebagai tingkah laku ganas yang memberi kesan negatif terhadap mangsa yang tidak memiliki kuasa . uli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual. Buli juga merangkumi pelbagai bentuk kekerasan termasuk menendang, menumbuk, memukul seseorang dengan tujuan mendapatkan sesuatu seperti wang ringgit. Secara umumnya, terdapat dua jenis buli yang biasa berlaku iaitu buli fizikal dan buli psikologikal. Apakah itu buli ? B B 04 Buli fizikal melibatkan kekerasan terhadap tubuh badan seseorang sehingga membawa kecederaan manakala buli psikologikal melibatkan cemuhan, sindiran dan hinaan yang menjatuhkan air muka seseorang.


05 GGGOOOLLLOOONNNGGGAAANNN Y A N G TTTEEERRRLLLIIIBBBAAATTT Pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam. Bertubuh besar, tegap, dan tinggi. Pembuli juga melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. al ini disebabkan membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak. PEMBULI i Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah. Selain itu, pelajar bertubuh kecil dan berkepala besar juga akan kerap dibuli. Pelajar yang kerap dipuji oleh guru juga akan menjadi sasaran , pelajar baru di sekolah , pelajar yang kelihatan buruk dan juga pelajar yang berlakuan sombong dalam permainan di sekolah. H D MANGSA BULI


06 F A K T O R B U LI B E R L A K U PENGARUH RAKAN SEBAYA Kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri. Selain itu, pelajar-pelajar ini akan bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. KURANG KASIH SAYANG IBU BAPA Hal ini terjadi kerana ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Oleh itu, Anak-anak yang kurang mendapat perhatian merasakan diri mereka tidak disayangi dan menyusahkan. Anak-anak yang berperasaan begini akan cuba mencari perhatian dengan melakukan pelbagai perkara yang tidak baik dan salah satunya membuli rakan-rakan mereka kelihatan pasif. KURANG DIDIKAN AGAMA Pelajar-pelajar yang ketandusan nilai-nilai agama ini tidak mengenal perkara yang baik dan buruk malah tidak mempedulikan pahala dan dosa lalu sanggup menganiaya rakan-rakan sendiri tanpa rasa berdosa.


07 Antara buli fizikal ialah melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Selain itu, buli yang paling ganas boleh menyebabkan kematian. 01 02 J E N I S - J E N I S B U L I Buli Fizikal Buli Mental Buli mental lebih kepada ejekmengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.


C I R I C I R I B U L I 08 Niat untuk bermusuhan elakukan dengan sengaja kerana ingin menunjukkan diri berkuasa M ejadian buli berulang dalam tempoh berulang Tingkah laku agresif Ketidakseimbangan Kuasa Keganasan fizikal K


KESAN BULI KEPADA PELAJAR 1.MURUNG & BIMBANG Menyebabkan pelajar bergelut dalam kehidupan seharian mereka. Jika pelajar tersebut mengalami kemurungan terlalu serius, dia berisiko untuk memcederakan atau membunuh diri 2. AKEDAMIK MEROSOT Akibat masalah kesihatan, prestasi akademik pelajar mungkin akan merosot oleh sebab kehilangan tenaga dan minat untuk belajar. 3. MASALAH KESIHATAN Menyebabkan perubahan dalam kebiasaan tidur dan makan. 09


38 kes buli di sekolah dalam tempoh 4 bulan oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI 24 Mei 2022 07:00am KUALA LUMPUR - Sebanyak 38 kes buli berlaku di sekolah-sekolah di negara ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini bermula Januari. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, daripada jumlah itu, lapan kes dilaporkan di Pahang, manakala tujuh kes di Terengganu. Menurut beliau, bagi Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan pula masing-masing merekodkan empat kes. “Selebihnya adalah Selangor (tiga), Johor (dua), Kedah (dua), Kuala Lumpur (dua) dan Perlis sebanyak dua kes,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin. Abd Jalil menasihatkan ibu bapa untuk mengambil berat akan kes buli selain pemantauan oleh pihak sekolah dalam menentukan disiplin pelajar agar sentiasa terpelihara. Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan lagi penglibatan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk memastikan tiada elemen kongsi gelap yang cuba masuk ke sekolah dalam merekrut ahli baharu dalam kalangan pelajar. “Akhir sekali, PDRM mengalukan apa jua maklumat yang boleh dikongsi bersama bagi menjadikan sekolah tempat selamat bagi pelajar menuntut ilmu,” ujarnya. Pada 18 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan kehadiran PPS daripada kalangan pegawai dan anggota PDRM di 10,218 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan untuk mencegah kes jenayah termasuk kes buli melibatkan pelajar. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian buli di sekolah-sekolah sering kali didengari dan masih menjadi keutamaan dalam usaha pencegahan bagi pihaknya. Kata Aidi, kejadian buli mewujudkan gejala samseng atau gengsterisme yang mana kejadian itu berlaku dengan adanya laporan polis dan juga mangsa yang mengalami kecederaan. Akhbar sebelum ini melaporkan, polis menerima tiga laporan berkait kejadian pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah agama (SMA) berasrama penuh di Nilai yang dipercayai dicederakan pelajar senior. Susulan itu, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak pentadbiran atau pengurusan mana-mana sekolah yang cuba menyorokkan kejadian buli jika berlaku di institusi pendidikan itu bagi menjaga imej sekolah mereka. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihak sekolah sebaliknya diminta lebih telus melaporkan maklumat atau kejadian berkaitan buli bagi membantu menyelesaikan masalah kerana ia melibatkan keselamatan pelajar. BERITA ISU BULI DI 10 MALAYSIA


STATISTIK BULI DI MALAYSIA FOR BEGINNERS Kajian Lepas Kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa buli merupakan salah satu bentuk jenayah keganasan (Slee, 2003). Ia merupakan fenomena yang tidak asing dalam bidang klinikal, pendidikan dan kajian akademik (Olweus, 1993). Menurut Noran (2004), tidak terdapat banyak kajian yang dijalankan bagi meneliti permasalahan buli meskipun statistik menunjukkan angka yang amat membimbangkan melibatkan pelajar sekolah (Rujuk Jadual 1). Kajian beliau mendapati 95.8% pelajar sekolah menengah dan 82.7% pelajar sekolah rendah menjadi mangsa buli verbal di negara ini. Bagi buli fizikal pula sebanyak 65.3% pelajar di sekolah menengah menjadi mangsa berbanding 56% pelajar sekolah rendah. Beberapa kajian yang dijalankan mengenai topik ini mendapati kes buli di Malaysia agak membimbangkan walaupun belum mencapai tahap bahaya. Kajian Bullying Among Elementary School Children in Malaysia(2014) contohnya menunjukkan 79.4% pelajar mempunyai pengalaman sebagai mangsa buli, 53.2% menjadi pembuli manakala 49.4% menjadi mangsa buli dan pembuli. Ramai kanak-kanak yang terlibat dalam buli 54 Pelaporan Berita Buli dalam Akhbar Broadsheet Utusan Malaysia dan Tabloid Berita Harian di Malaysia verbal iaitu 82.7% berbanding fizikal sebanyak 56% (Yaakub et al., 2004). Selain itu, kajian perbandingan fenomena buli melibatkan 410 pelajar tahun enam daripada tujuh buah sekolah rendah di Kuala Lumpur menunjukkan buli merupakan perlakuan yang biasa berlaku. Dapatan kajian menunjukkan 41.2% pelajar sekolah rendah telah menjadi mangsa buli manakala 17.6% yang menjadi mangsa buli pula berubah menjadi pembuli (Wan et al., 2009). Kajian yang dijalankan Latif (2005) terhadap 480 pelajar di Johor menunjukkan 22.7% pelajar menjadi mangsa buli sekurang-kurangnya sekali, 2.5% pelajar dibuli sekali dalam tempoh seminggu, 5.6% dibuli sekurangkurangnya sekali dalam tempoh sebulan dan 11.9% dibuli sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Mahadi (2007) mendapati buli verbal paling dominan berlaku dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diikuti buli fizikal dan antisosial. Sementara itu, kajian Azizi et al. (2008) mendapati buli fizikal dan verbal paling kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta Selangor. Manakala Junainor et al. (2016) mendapati buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia yang belajar di sekolah luar bandar khususnya di kawasan perladangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mendapati 37.3% sering menjadi mangsa buli verbal dan fizikal. 11


1 Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa berperanan penting dalam mengambil berat segala aspek kehidupan anak-anak mereka. Perkongsian masalah, perbualan tentang lumrah kehidupan dan beriadah bersama-sama adalah contoh amalan mulia yang sepatutnya diamalkan dalam setiap institusi kekeluargaan dimana hubungan menjadi bertambah rapat dan kasih sayang antara ahli keluarga menjadi kukuh dan dipercayai. Ibu bapa hari ini juga perlu lebih bersedia dalam ilmu mendidik anak muda kerana cabaran dan dugaan generasi hari ini berbeza berbanding waktu mereka. Perbandingan zaman yang ketara perbezaannya tidak boleh disamakan tetapi ibu bapa boleh mencari idea dan berbincang apakah perkara yang baik dan tidak baik untuk anak-anak mereka dalam menghadapi kehidupan seharian. 2 Peranan guru-guru dan rakanrakan. LANGKAH LANGKAH MENCEGAH BULI Langkah yang boleh diambil adalah mewujudkan golongan yang mesra, penyayang dan boleh dipercayai. Sebagai guru, mereka adalah orang kedua yang mampu melihat perilaku anak-anak muda selepas ibu bapa mereka. Guru di sekolah seharusnya menjadi sahabat yang boleh dipercayai sekiranya anak murid mereka mengalami masalah di rumah dan melarat hingga ke sekolah. Anak-anak muda ini memerlukan tempat yang mereka boleh meluahkan perasaan dan dipercayai supaya mereka tidak rasa tersisih dan mengendahkan perkara yang negatif berlaku dalam keluarga mereka. Penerapan kasih sayang dan perhatian mampu mengubah isi hati seseorang manusia yang bersikap negatif dan kasar menjadi lembut dan positif. 3 Menapis filem dan rancangan televisyen yang menyiarkan aksi yang ganas. Langkah ini diambil untuk menbendung perbuatan buli dalam kalangan masyarakat supaya tidak berleluasa. Hal ini kerana pelajar mudah terikutikut dengan adegan yang ditunjukkan seperti di dalam filem tersebut. Pemilihan meduim tontonan yang bersesuaian juga sangat digalakkan bagi membina sahsiah seterusnya memupuk perkembangan minda pelajar. Misalnya, ibu bapa boleh memilih rancangan televisyen yang bersesuaian dengan pelajar semasa membuat pemilihan rancangan dari rangkaian televisyen terbesar seperti Astro. Filem dan rancangan televisyen yang menyiarkan aksi yang ganas juga harus disaring terlebih dahulu oleh Lembaga Penapisan Filem. 12


Kesimpulan Konklusinya, terdapat banyak punca yang menyumbang kepada gejala buli dan kita telah kenal pasti beberapa langkah yang wajar diambil sebagai cara mengatasinya. Sebaiknya kita perlulah membanteras sedaya upaya gejala buli ini agar ia tidak berleluasa dan merosakkan keharmonian masyarakat kita diwaktu kelak. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud kita hendaklah mendidik anak-anak adat dan budaya yang baik dari muda agar tidak menyusahkan dan merosakkan pada masa hadapan. Masyarakat yang sejahtera bermula dengan individu yang berakhlak mulia, bahagia serta berketrampilan agar generasi akan datang menjadi generasi yang hidup harmoni disamping memastikan negara terus berdaya saing dan maju di peringkat global. Sudah terang lagi bersuluh, gejala buli dalam kalangan pelajar boleh diatasi dengan langkah-langkah yang telah dihuraikan. Sekiranya kita ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, isu ini hendaklah diselesaikan serta tidak timbul lagi di masa hadapan. Modal insan yang mempunyai jati diri yang kuat serta berketrampilan tinggi perlu dihasilkan dalam diri setiap ahli masyarakat. Pelbagai rintangan dan cabaran yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang, jika kita tidak mempersiapkan mereka menjadi insan yang boleh memikul tanggungjawab apalah nasib yang bakal kita hadapi. maka, sebaiknya kita menurut peribahasa, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Nenek dan moyang kita telah buktikan mereka mampu mengecapi kejayaan dengan adat serta budaya mereka, kita hanya perlu mengadaptasinya berdasarkan kehidupan masa kini untuk terus melakar kejayaan. 13


. R U J U K A N . https://ms.wikipedia.org/wiki/Buli https://www.studocu.com/id/document/smknegeri-1-batam/socialpsicologi/faktor-berlakunyabuli-dalam-kalangan-remaja-dan-kesan/19552732 https://www.canva.com/design/DAFgJy5Yt7I/iL7PO JZDk_69PulciPB3Xw/edit? utm_content=DAFgJy5Yt7I&utm_campaign=designs hare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton https://edureviews.com/blog/my/ms/buli-danakibatnya/ https://anyflip.com/lquxt/rjqx/basic https://www.facebook.com/ubk.sktd3/posts/progra m-peningkatan-disiplin-diri-buli-perkongsian-kitahari-ini-adalah-tentang-/201726158082099/? locale=ar_AR https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42210/1/42210.pdf https://www.sinarharian.com.my/article/203716/BE RITA/Semasa/38-kes-buli-di-sekolah-dalamtempoh-4-bulan 14


Click to View FlipBook Version