SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA
BATU 2 1/2, JALAN SULTAN AZLAN SHAH
51200 KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
BANNER BERMAKLUMAT
BERASASKAN MATA PELAJARAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
(TS25)
ANJURAN
JAWATANKUASA
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
SMK SENTUL UTAMA
KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
BANNER BERMAKLUMAT BERASASKAN MATA PELAJARAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
SMK SENTUL UTAMA
KUALA LUMPUR
1.0 PENDAHULUAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti. Sekolah SMK Sentul Utama Kuala Lumpur telah dipilih sebagai
Sekolah Transformasi 2025 (TS25) Kohort 6 bermula dari tahun 2021. Melalui TS25
adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran
dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TS25 adalah satu usaha kearah melahirkan modal insan yang unggul melalui ;
1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
2. Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
4. Komitmen komuniti yang padu
2.0 RASIONAL
Dalam melaksanakan TS25, salah satu usaha adalah menyediakan pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna untuk memudahkan PAK 21 berlaku. Selain itu juga
warga sekolah perlu diberi pendedahan dan maklumat berkenaan dengan TS25. Oleh
itu, sekolah perlulah memainkan peranan memberi maklumat dan menyediakan
prasarana pembelajaran yang menyeronokkan. Justeru, Program Transformasi Sekolah
SMK Sentul Utama perlu disebar luaskan. Penggunaan banner bermaklumat
berasaskan mata pelajaran teras utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
Matematik dan Sains adalah salah satu medium bermaklumat menyampaikan informasi
penting khusus kepada semua murid.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Sebagai bahan bantu atau medium menyampaikan maklumat secara kekal dan
berterusan kepada warga sekolah
3.2 Membantu murid-murid khususnya memahami dan meningkatkan pengetahuan
dalam mata pelajaran
3.3 Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berinformasi
3.4 Membantu menceriakan kawasan sekolah dengan dekorasi banner yang bukan
sahaja cantik tetapi bermakna dalam menyebar luaskan maklumat penting mata
pelajaran
2
4.0 TARIKH PELAKSANAAN
Bermula minggu kelima bulan Oktober sehingga November 2021
(Tempoh Pelaksanaan dan Pemasangan)
5.0 ANJURAN
Jawatan Kuasa Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
SMK Sentul Utama Kuala Lumpur
6.0 TEMPAT
6.1 Aras Bawah (dinding sebelum susur naik ke tangga)
6.2 Aras Satu (dinding sebelum susur naik ke tangga)
6.3 Aras Dua (dinding sebelum susur naik ke tangga)
6.4 Aras Tiga (dinding sebelum susur naik ke tangga)
6.5 Aras Empat (dinding sebelum susur naik ke tangga)
7.0 SASARAN
Semua warga sekolah terutama murid-murid SMK Sentul Utama Kuala Lumpur
8.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn. Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin
(Pengetua SMK Sentul Utama)
Timbalan Pengerusi : Pn. Hajah Noorlia binti Mohamed
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Pn. Hartini binti Ramli
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : En. Mazlan bin Abd. Hamid
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi III : En. Rosle bin Yasin
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha : Pn. Siti Nor Fadzlinda binti Kamarudin
Penyelaras : Cik Nur Ain Amalina binti Isham
Ketua Panitia :
: Pn. Chia Lian Thin
Bahasa Melayu : En. Mohd Affendi bin Yahya
Bahasa Inggeris : Pn. Nurhafiza binti Sharin
Sejarah : Pn. Latifah binti Haji Arshad
Matematik : Pn. Norizzati binti Hassan
Sains
3
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Item Perincian Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga
(RM) (RM)
875.00
1 Banner 7 X 10 kaki 5 175.00
7 X 10 kaki 5 250.00 1250.00
Kayu Frame
2 (Termasuk Kos 2125.00
Pemasangan)
JUMLAH KESELURUHAN
10.0 SUMBER KEWANGAN & PERBELANJAAN Jumlah (RM)
Bil Sumber 550.00
1 Peruntukan Khas TS25 1575.00
2 Wang SUWA 2125.00
JUMLAH KESELURUHAN
11.0 PENUTUP
Jawatankuasa Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) amat mengharapkan kertas
kerja dapat ini dipertimbangkan agar aktiviti penyebar luasan dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan mengikut perancangan. Diharapkan penggunaan banner dapat
memberi impak kepada warga sekolah dan masyarakat sekeliling, seterusnya
menjayakan transformasi pendidikan negara Malaysia.
Disediakan oleh,
…………………………............................
(SITI NOR FADZLINDA BT. KAMARUDIN)
Setiausaha
Jawatankuasa Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
SMK Sentul Utama
Kuala Lumpur.
Disahkan oleh,
…………………………............................
(CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN)
Pengetua
SMK Sentul Utama
Kuala Lumpur.
4