The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Maklumat berkaitan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi Kursus Pendidikan Inklusif (IPG Kampus Batu Lintang).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ryanjoystein010602, 2023-04-09 05:49:22

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

Maklumat berkaitan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi Kursus Pendidikan Inklusif (IPG Kampus Batu Lintang).

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BAGI KURSUS PENDIDIKAN INKLUSIF 12 APRIL 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANA


PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan menjadi lebih berkesan sekiranya murid dapat merasai dan menikmati pengalaman sebenar berkaitan perkara yang dipelajari dan bidang yang diceburi. Sebagai bakal pendidik, perlu mempunyai persediaan berkaitan cabaran sebelum menghadapi dunia sebenar dalam mendidik. Oleh itu, program lawatan sambil belajar ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal guru untuk bersedia daripada segi ilmu pengetahuan dan persediaan yang mantap. Program lawatan sambil belajar merupakan aktiviti pembelajaran ke lapangan bagi para guru pelatih Pengajian Melayu Ambilan Jun 2020 sebagai satu pendedahan kepada kaedah pendidikan inklusif yang sebenar. Dengan itu, program ini dapat membantu guru pelatih lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam subjek Pendidikan Inklusif (BMMB3132) yang berkait dengan mata pelajaran Bahasa Melayu bagi semester 7.


MAKLUMAT PROGRAM Hari : Rabu Tarikh : 12 April Masa : 7:30 pagi – 12:00 tengah hari Tempat : Sekolah Kebangsaan Astana Sasaran : Murid Pendidikan Khas Integrasi


OBJEKTIF PROGRAM i. Menanam sifat keguruan diri siswa guru pelatih. ii. Menambah pengetahuan dan kesedaran tentang kepelbagaian kaedah dalam pengajaran Pendidikan Inklusif. iii. Memberi pendedahan mengenai aktiviti PPKI di sekolah. iv. Membantu dan berkongsi ilmu bersama pihak sekolah dalam penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM) murid PPKI.


JAWATANKAUASA PELAKSANA Penasihat : Encik V. Rajasegara A/L M.Veloo (Pensyarah kursus BMMB3132) Pengurusi : Muhammad Nazwan bin Rohaini Setiausaha : Matthiew Rist anak Peter Bendahari : Jessica Mary anak Bugi AHLI JAWATANKUASA AJK Cenderamata : Eileen Wong Chee Ming, Lo Sing Yee & Cynthia Chang Mei Shein AJK Pengangkutan : Gregory anak Denis AJK Dokumentasi : Evinie anak Nickson


PENYERTAAN SISWA GURU No. Tarikh Lawatan Nama Sekolah Bilangan Guru Pelatih 1 11 April 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERAH PADI 45 2 12 April 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANA 21 3 13 April 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN PETRA JAYA 43


Masa Aktiviti 7.30 pagi Guru pelatih IPGK Batu Lintang bertolak ke SK Astana 8.00 pagi Semua guru pelatih tiba di SK Astana 8.30 pagi Ucapan kata-kata aluan daripada Guru Besar SK Astana 9.00 pagi Taklimat Pendidikan Inklusif 9.15 pagi Lawatan ke Bilik Darjah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) 9.30 pagi Pelaksanaan pameran Pop Up Book daripada siswa guru IPGK Batu Lintang 11.30 pagi Sesi temu bual bersama Guru PPKI 12.00 tengah hari Pergerakan pulang siswa guru IPGK Batu Lintang ATUR CARA PELAKSANAAN PROGRAM


OBJEKTIF PELAKSANAAN PAMERAN POP UP BOOK Membantu murid yang mengalami masalah pembelajaran. Menghasilkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan imaginatif. Memberi pendedahan serta menarik minat murid untuk belajar. 1. 2. 3.


PENUTUP Semoga program yang akan dilaksanakan ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta dapat memberikan manfaat kepada keduadua belah pihak yang terlibat. Selain itu, kolaboratif antara pihak sekolah, guru dan murid diharapkan dapat mewujudkan hubungan baik dan meningkatkan pengetahuan siswa guru.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version