SOALAN STPM LEPAS
STPM 2018
Persekitaran politik dan perundangan
• Sistem pemerintahan atau pentadbiran sesebuah negara. Perundangan ialah peraturan dan kawalan yang menetapkan
perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh sesebuah perniagaan, contohnya sistem percukaian. Peraturan atau
undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Contohnya undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan
menentukan waktu operasi pusat hiburan, kedai minuman keras, dan pusat mainan video.
Persekitaran teknologi
• Sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baharu atau membentuk tugas
atau prosedur kerja. Peralatan/pengetahuan/kaedah menukarkan input kepada output. Contohnya teknologi komputer dalam
perniagaan seperti penggunaan E-mel atau E-Commerce akan memudahkan syarikat menghubungi pelanggan.
Persekitaran prasarana
• Kemudahan asas yang disediakan untuk membantu aktiviti perniagaan. Contohnya kemudahan elektrik, kemudahan jalan
raya yang sesuai untuk kenderaan berat memudahkan perniagaan menghantar atau menerima bekalan.
Persekitaran antarabangsa
• Merujuk kepada faktor-faktor seperti dasar perdagangan, undang-undang perniagaan yang melibatkan dua buah negara atau
lebih yang menentukan sesuatu produk boleh dieksport atau tidak. Kesan dari segi pengguna, persaingan, pembekal baharu.
1.2.2. PERSEKITARAN TUGAS
Pelanggan Pembekal Pembiaya
Pemodal Pesaing Kerajaan
atau Pelabur
Pekerja Masyarakat
PERSEKITARAN TUGAS
Pelanggan 1.Individu atau pihak yang membeli produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma atau
organisasi perniagaan.
2.Pelanggan hanya akan membeli produk dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan
kehendak dari segi nilai berbanding dengan kos.
3.Pelanggan menentukan jenis produk dan
perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh firma
atau organisasi perniagaan.
4.Permintaan pelanggan ke atas produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi
keupayaan syarikat untuk peroperasi.
PERSEKITARAN TUGAS
PEMBIAYA
(a)Merujuk kepada bank, syarikat kewangan, dan agensi-
agensi yang terlibat dalam memberikan dana atau
menyediakan sumber kewangan.
(b)Pihak yang memberikan pinjaman kepada perniagaan.
(c)Firma atau organisasi harus menjaga kepentingan
pembiaya dengan menjelaskan hutang (termasuk faedah
dan prinsipal) kepada pembiaya mengikut tempoh yang
ditetapkan.
(d)Pembiaya mempengaruhi keupayaan organisasi untuk
meneruskan operasi melalui dana yang diberikan.
PERSEKITARAN TUGAS
Pembekal
Definisi : Orang yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap dan barang
siap kepada perniagaan. Orang tengah antara peniaga dan pelaggan.
Pengaruh : Hubungan baik antara peniaga dengan pembekal adalah penting untuk
menjamin bekalan berterusan pada harga berpatutan.
Tanggungjawab : Peniaga harus memastikan bayaran dibuat kepada pembekal pada
masa yang ditetapkan untuk menjamin bekalan berterusan
PERSEKITARAN TUGAS
Pesaing
• Definisi : firma lain dalam industri sama yang
mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang
hampir sama
• Pengaruh : persaingan boleh menghalang usaha-
usaha pemasaran sesebuah perniagaan sama ada
diperingkat domestik atau antarabangsa
• Tanggungjawab : firma perlu mengenalpasti
strategi persaingan yang digunakan oleh pesaing
agar dapat menghadapi persaingan dan
melakukan inovasi dalam pengeluaran produk.
PERSEKITARAN TUGAS
Kerajaan
Definisi : Pihak berkuasa yang Pengaruh : Kerajaan Tanggungjawab : Mematuhi
menetapkan undang-undang dan mempengaruhi aktiviti undang-undang dan kod etika
perniagaan yang diwartakan oleh
peraturan perniagaan melalui kerajaan untuk kesejahteraan
penguatkuasaan undang-undang
untuk memastikan perniagaan masyarakat
beroperasi dengan adil
PERSEKITARAN TUGAS
Pekerja
Definisi :Tenaga pekerja dalam sesebuah perniagaan yang
menggerakkan aktiviti perniagaan.
Pengaruh :Tindak-tanduk pekerja mempengaruhi kejayaan
dan kegagalan sesebuah perniagaan
Tanggungjawab : Perniagaan perlu sensitif kepada
keperluan pekerja dan menjaga kebajikan mereka agar
produktiviti kerja mereka tidak terjejas
PERSEKITARAN TUGAS
Masyarakat
Definisi : Komuniti yang Pengaruh : Mempengaruhi Tanggungjawab :Tidak
terdapat di sesuatu kejayaan dan operasi menjual barang yang
Kawasan bertentangan dengan
sesuatu perniagaan kerana kepercayaan agama dan
imej atau pandangan budaya masyarakat serta
masyarakat terhadap
mengurangkan
syarikat mempengaruhi pencemaran alam sekitar.
dalam jualan.
SOALAN STPM LEPAS
1.2: Persekitaran Perniagaan
• STPM 2015
b. Huraikan persekitaran tugas yang berikut :
(i) Pembiaya (2)
(ii) Pelanggan (2)
JAWAPAN
• PEMBIAYA
(a) Merujuk kepada bank, syarikat kewangan, dan agensi-agensi yang terlibat dalam memberikan dana atau
menyediakan sumber kewangan.
(b) Pihak yang memberikan pinjaman kepada perniagaan.
(c) Firma atau organisasi harus menjaga kepentingan pembiaya dengan menjelaskan hutang (termasuk faedah
dan prinsipal) kepada pembiaya mengikut tempoh yang ditetapkan.
(d) Pembiaya mempengaruhi keupayaan organisasi untuk meneruskan operasi melalui dana yang diberikan.
• PELANGGAN
(a) Individu atau pihak yang membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma atau organisasi
perniagaan.
(b) Pelanggan hanya akan membeli produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak
dari segi nilai berbanding dengan kos.
(c) Pelanggan menentukan jenis produk dan perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh firma atau organisasi
perniagaan.
(d) Permintaan pelanggan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi keupayaan
syarikat untuk peroperasi.
1.3. ENTITI PERNIAGAAN
1.3.1. JENIS
PEMILIKAN
PERNIAGAAN (4)
ENTITI 1.3.2. AKTIVITI
PERNIAGAAN PERNIAGAAN (2)
1.3.3. SEKTOR
PERNIAGAAN (3)
1.3.4. TAHAP
PERNIAGAAN (4)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
menjelaskan organisasi perniagaan berdasarkan
pemilikan, aktiviti, sektor, dan tahap perniagaan;
membincangkan pemilikan organisasi perniagaan yang
merangkumi pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat,
koperasi, dan mengaitkannya dengan undang-undang
yang berkaitan;
menjelaskan langkah-langkah penubuhan organisasi
tersebut;
1.3. ENTITI PERNIAGAAN
Pemilikan
Tunggal
Koperasi Perkongsian
Syarikat Berhad
• Sendirian Berhad
• Awam Berhad
A. PEMILIKAN TUNGGAL
CIRI -CIRI KELEBIHAN Langkah Penubuhan
• Dimiliki oleh seorang pemilik • Mudah ditubuhkan Didaftarkan dengan Pendaftar
sahaja Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)
• Saiz perniagaan berskala kecil • Kebebasan untuk membuat Membuat permohonan carian
keputusan nama dengan menggunakan
Borang PNA 42
• Modal kecil A • Keuntungan dimiliki oleh pemilik Membuat permohonan
• Mudah ditubuhkan
sahaja mendaftarkan nama perniagaan
dgn menggunakan Borang A
• Cukai yang dikenakan adalah Membayar yuran pendaftaran
cukai pendapatan perniagaan
• Mudah diuruskan Mendapatkan sijil perakuan
pendaftaran (Borang D) dan
mempamerkannya
KEKURANGAN MILIKAN TUNGGAL
a. Kesukaran mendapatkan modal dari bank untuk membiayai kos pembuatan
dan kos untuk membesarkan operasi perniagaan.
b. Kerugian perniagaan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.
c. Liabiliti tidak terhad atau aset persendirian akan digunakan untuk membayar
hutang perniagaan.
d. Risiko ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.
e. Pemilik mempunyai kemahiran terhad atau kekurangan kemahiran.
f. Beban pengurusan ditanggung oleh pengurus atau pemilik sahaja.
g. Perniagaan jarang kekal dalam jangka panjang atau jangka hayat
perniagaan pendek atau perniagaan milikan tunggal akan tamat sekiranya
pemilik meninggal dunia.
B. PERKONGSIAN
CIRI-CIRI KELEBIHAN KELEMAHAN LANGKAH PENUBUHAN
• Dimiliki sekurang-kurangnya • Mudah ditubuhkan • Liabiliti tidak terhad • Didaftarkan dgn Pendaftar
Perniagaan di SSM
2-20 orang ahli • Modal lebih banyak
• Membuat permohonan
dikumpul carian nama guna Borang
42
• Modal disumbang oleh • Risiko kerugian ditanggung • Perniagaan sukar untuk • Membuat permohonan
rakan kongsi berdasarkan Bersama
jumlah yang dipersetujui kekal jika rakan kongsi Tarik mendaftarkan nama dgn
• Kemahiran dan kepakaran
• Agihan untung rugi berbeza dapat dikumpul diri / meninggal dan lain- menggunakan boring A
mengikut sumbangan
modal • Cukai yang dikenakan lain
adalah cukai pendapatan
• Kemungkinan timbul konflik • Membayar yuran
pendaftaran perniagaan
• Aktiviti perniagaan • Pemilikan perniagaan sukar • Mendapatkan sijil perakuan
diuruskan oleh rakan kongsi
yang aktif. Sebagai balasan, untuk dipindahkan pendaftaran dan
rakan kongsi berkenaan
dibayar gaji / elaun mempamerkannya
mengikut syarat-syarat
perjanjian.
C. SYARIKAT BERHAD
Entiti yang dimiliki oleh individu2 yg menyumbangkan
modal dlm bentuk saham dan bersetuju berkongsi
untung/rugi.
Merupakan entiti berasingan. Kewujudan syarikat adalah
kekal walaupun pemilik/pelabur meninggal dunia atau
menarik diri.
Terdiri daripada dua syarikat iaitu Syarikat Sendirian
Berhad dan Syarikat Awam Berhad.
CIRI-CIRI SYARIKAT
CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD SYARIKAT AWAN BERHAD
Milikan 2 – 50 orang pemegang saham Min 2 org dan tiada had maksimum
Modal Jualan saham kpd org perorangan Jualan saham kpd org awam
Pengurusan Ahli lembaga dilantik dalam kalangan Ahli lembaga pengarah tidak
Liabiliti
pemegang saham dan sekurang- semestinya dilantik dlm kalangan
kurangnya seorang pemegang saham pemegang saham, tp sekurang-
perlu menguruskan syarikat kurang dua org pemegang saham
perlu menguruskan syarikat.
Liabiliti Terhad Liabiliti Terhad
Agihan untung rugi Keuntungan diagihkan dlm bentuk Keuntungan diagihkan dlm bentuk
dividen dividen
Cukai Dikenakan cukai keuntungan syarikat Dikenakan cukai keuntungan syarikat
Laporan Tidak perlu diumumkan kepada orang Perlu diumumkan kepada orang
Kewangan
ramai ramai.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SYARIKAT
Kelebihan Kelemahan
Dapat mengumpul modal yg lebih besar utk Penubuhan syarikat lebih rumit kerana tertakhluk kpd
mengembangkan perniagaan. Akta Syarikat 1965
Pemilik syarikat menanggung liabiliti terhad Cukai syarikat yang dikenakan tinggi drpd jumlah
keuntungan pd masa hadapan.
Perniagaan akan terus kekal kerana terpisah daripada Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah
pemiliknya. bukan pemilik syarikat.
Syarikat boleh mendakwa atau didakwa atas namanya Laporan kewangan syarikat perlu ditunjukkan kepada
kerana entiti yang berasingan. pemegang saham dan perlu diaudit
Terdapat pengkhususan dalam pengurusan. Penubuhan syarikat memerlukan kos yang tinggi.
PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD &
AWAM BERHAD
Ciri S. Sendirian Berhad S. Awam Berhad
Bil. Pemilik 2 – 50 orang 2 hingga tiada had
Pemilikan saham Terbuka kepada sekumpulan org Terbuka kepada orang awam yg berminat utk
perorangan sama ada ahli keluarga, melabur.
rakan.
Laporan kewangan Tidak perlu diumumkan Perlu diumumkan kpd org ramai
Pendaftaran nama syarikat Perlu dimasukkan perkataan Sendirian Perlu dimasukkan Berhad.
Berhad
Penyenaraian di Bursa Saham Tidak dibenarkan menyenaraikan saham Saham syarikat boleh disenaraikan di BSKL
(BSKL) di BSKL
Pemindahan hak milik saham Perlu mendapat persetujuan pemegang Bebas dijual kepada sesiapa sahaja tanpa
Pengurusan Perniagaan saham lain perlu persetujuan
Diletakkan di bawah pemegang saham Diletakkan di bawah pemegang saham
terutama pemegang majoriti. majoriti atau golongan profesional.
KOPERASI
Koperasi merupakan suatu entiti perniagaan yang ditubuhkan
secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya berdasarkan
konsep kerjasama dan semangat tolong-menolong.
Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993
Terdapat dua bentuk koperasi, iaitu koperasi yang keahliannya
terhad kepada sesuatu jenis pekerjaan, kawasan dan latar belakang
seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia, Koperasi
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) dan
koperasi yang keahliannya adalah bebas seperti Koperasi
Perumahan, Koperasi Pengguna
CIRI-CIRI KOPERASI
Dianggotai ahli sekurang – kurangnya 100 orang ahli
Modal koperasi diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan ataupun
yuran tahunan yang dibayar dan saham-saham yang dibeli oleh ahli-ahlinya.
Koperasi diurus dan ditadbirkan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik
oleh ahli-ahli koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
Pengurusan harian koperasi dikendalikan oleh jawatankuasa pengurusan yang
dilantik oleh Lembaga Pengarah Koperasi.
Koperasi wajib didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.
Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli, sama ada satu kali atau dua kali
setahun, dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.
KELEBIHAN & KELEMAHAN KOPERASI
Kelebihan Koperasi Kelemahan Koperasi
Keuntungan diagihkan dalam bentuk
dividen kepada ahli, Aktiviti koperasi dikuasai oleh ahli-ahli
lembaga pengarah kerana ahli-ahli koperasi
Pemilihan ahli lembaga pengarah dibuat kurang aktif.
secara demokrasi,
Laporan kewangan koperasi perlu diaudit
Boleh mendapatkan bantuan daripada oleh juruaudit dalaman dan juga juruaudit
suruhanjaya koperasi malaysia, luaran yang bertauliah.
Operasi koperasi dikawal rapi oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Keuntungan koperasi dikecualikan cukai Lembaga Koperasi mempunyai modal yang
terhad kerana ahli kurang menyumbang
Kebajikan ahli dijaga melalui khairat
kematian, pinjaman, biasiswa, insurans,
belian secara ansurans, dan rebat wang
tunai.
Soalan STPM LEPAS
STPM 2012
1b) Dua kebaikan entiti perniagaan koperasi.
Jawapan
Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen kepada ahli,
Kebajikan ahli dijaga melalui khairat kematian, pinjaman, biasiswa,
insurans, belian secara ansurans, dan rebat wang tunai.
Pemilihan ahli lembaga pengarah dibuat secara demokrasi,
Boleh mendapatkan bantuan daripada suruhanjaya koperasi malaysia,
Keuntungan koperasi dikecualikan cukai
AKTIVITI PERNIAGAAN
Terdiri daripada aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan
Aktiviti Pengeluaran
Pengeluaran Pengeluaran Pengeluaran
Ekstraktif barang pengguna barang industri
(Konsumer)
Pembuatan Pemasangan
Pengeluaran Ekstraktif
• Mengeluarkan atau mengekstrak sumber semula jadi dari bumi
sama ada lautan atau daratan tanpa mengubah bentuk asalnya.
Contoh pembalakan, perikanan, perlombongan dan perladangan.
• Perniagaan yang terlibat akan menghasilkan dan memproses
bahan mentah dan seterusnya digunakan utk menghasilkan
bahan siap atau separuh siap.
Pengeluaran Barang Pengguna (Konsumer)
• Proses pengeluaran barang yang digunakan oleh pengguna
akhir.
• Barangan yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan
sendiri atau keluarga. Contoh gula, minyak dan sabun.
Pengeluaran Barang Industri
• Pengeluaran barang untuk kegunaan industri dlm bentuk separuh siap atau
siap.
• Barangan yang dibeli dengan tujuan untuk dijual semula atau diproses
semula untuk menghasilkan barangan baru atau barangan yang dibeli
untuk membantu operasi perniagaan.
• Contoh bahan kimia dan jentera, minyak masak untuk kegunaan di
restoran dan mesin jahit untuk menjahit pakaian yang ditempah oleh
pelanggan.
Pembuatan
• Aktiviti menggunakan bahan mentah yg dikeluarkan
oleh industri ekstraktif untuk menghasilkan barang
siap atau barang separuh siap.
• Contoh : getah digunakan untuk menghasilkan tayar
dan sarung tangan
Pemasangan
• Aktiviti memasang komponen-komponen untuk
menghasilkan barang siap.
• Contoh komponen elektrik dipasang untuk
menghasilkan TV dan radio.
AKTIVITI PERKHIDMATAN
stpm 2019, (soalan 1)
Peruncitan Pemborongan Kewangan
Profesional Perhotelan Pendidikan
PERUNCITAN
• Aktiviti perniagaan yang menjual barang dgn
kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir.
• Melibatkan aktiviti penjualan barang, melayan
pelanggan dan memberikan khidmat selepas
jualan.
PEMBORONGAN
• Membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan
mengagihkan barang dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit
atau pelanggan.
• Melibatkan aktiviti memecah pukal dan membungkus semula
barang dalam kuantiti yang lebih kecil dan menyediakan
pengangkutan untuk mengagihkan barang.
KEWANGAN
• Menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna
seperti pengumpulan modal, pelaburan ekuiti, penyediaan
kemudahan kredit, urus niaga pasaran wang, aktiviti
perbankan aktiviti insurans dan lain-lain.
• Contoh: bank,syarikat insurans,syarikat amanah saham dan
syarikat sekuriti.
PROFESIONAL
• Aktiviti yang menawarkan perkhidmatan secara
khusus seperti perkhidmatan perakaunan,
guaman dan perubatan.
• Individu yg terlibat mempunyai kepakaran yg
berkaitan.
PERHOTELAN
• Aktiviti perniagaan yang menawarkan
perkhidmatan tempat menginap, makan dan
minum serta kemudahan aktiviti rekreasi untuk
pelancong tempatan dan luar negara.
PENDIDIKAN
• Aktiviti yang menawarkan pendidikan kpd orang
ramai sama ada secara sepenuh masa atau
sambilan seperti pusat tuisyen, kelas memandu,
sekolah swasta, universiti atau kolej swasta dan
lain-lain.
PERBEZAAN ANTARA AKTIVITI
PENGELUARAN PERKHIDMATAN
Produk Menghasilkan brg nampak dalam Menghasilkan barang tak nampak
Aktiviti bentuk fizikal seperti warna dan saiz. seperti memberi kepuasan kpd
pengguna.
Memerlukan dua aktiviti iaitu Hanya menjalankan aktiviti
menghasilkan brg dan aktiviti perkhidmatan langsung
perkhidmatan utk menawarkan brg
kpd pengguna
Input Menggunakan peranan orang tengah Lebih fokus kpd kemahiran dan
utk mdpatkan input utk menjalankan kepakaran individu dlm menyampaikan
aktiviti perkhidmatan secara langsung kpd
pengguna
SEKTOR PERNIAGAAN
Badan Berkanun
Sektor Kerajaan
Sektor Swasta
SEKTOR SWASTA
• Perniagaan yang dimiliki oleh individu atau organisasi secara
persendirian dan menjalankan perniagaan untuk mendapatkan
keuntungan.
• Meliputi bentuk perniagaan iaitu pemilikan tunggal,
perkongsian, syarikat dan koperasi.
• Aktiviti perniagaan yang dijalankan termasuk aktiviti
pengeluaran dan perkhidmatan.
PERANAN SEKTOR SWASTA
Mengeluarkan dan Melengkapi usaha Menyumbang kepada Menyediakan peluang Meneroka dan
menawarkan sektor awam dalam pendapatan kerajaan pekerjaan dalam membina kawasan
baru – pembukaan
perkhidmatan bagi mempengaruhi – sektor swasta aktiviti pengeluaran kilang atau aktiviti
memenuhi kehendak ekonomi negara – membayar cukai dan perkhidmatan – perniagaan di sesuatu
mengeluarkan dan import, eksport, GST. kawasan baharu akan
pengguna. – menawarkan B&P Cukai ini merupakan Sektor swasta
Pengeluaran barang pendapatan utama membantu ekonomi membantu
dan perkhidmatan yang tidak kerajaan untuk pertumbuhan
akan mempengaruhi ditawarkan oleh negara dengan ekonomi setempat.
pembangunan mengurangkan kadar
pertumbuhan sektor awam. ekonomi negara. Contoh:
ekonomi negara. pengangguran dan pembangunan
meningkatkan taraf
Kawasan
hidup penduduk. perladangan,
perlombongan
SEKTOR AWAM
• Organisasi yang dimiliki, dibiayai dan diuruskan oleh pihak
kerajaan untuk melaksanakan dasar kerajaan dan
menyediakan barangan serta perkhidmatan kepada rakyat
seperti pendidikan, rawatan perubatan, infrastruktur dan lain-
lain.
• Matlamatnya adalah menjaga kebajikan rakyat serta
membangunkan ekonomi negara dan boleh bertujuan untuk
mencari keuntungan.
PERANAN SEKTOR AWAM
Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan elektrik, perkhidmatan
keselamatan, kemudahan pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya yang tidak
diberikan oleh sektor swasta.
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan – dengan ini dapat mengurangkan kadar
pengangguran dan meningkatkan taraf hidup serta kuasa beli masyarakat.
Menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor penting negara melalui pemberian insentif
tertentu.
Mengeluarkan lesen dan permit bagi membolehkan perniagaan menjalankan aktiviti
mereka dengan sah dan tidak bercanggah.
SEKTOR BADAN BERKANUN
• Agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan
dasar-dasar dan tanggungjawab kerajaan secara khusus.
• Perbadanan kerajaan atau agensi separa kerajaan ini
ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri
contohnya Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA),
Telekom Malaysia, KWSP
• Merupakan entiti yang terpisah daripada perkhidmatan
awam dan mempunyai lebihan kebebasan untuk
menjalankan aktiviti seperti syarikat swasta.
PERANAN BADAN BERKANUN
• Mewakili kerajaan dalam menjalankan aktiviti mengawal selia terhadap sektor swasta
bagi memastikan perniagaan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah
ditetapkan.
• Membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang menyumbang kepada pembangunan
ekonomi negara
• Menyediakan kursus dan latihan kepada pekerja bagi melahirkan tenaga pekerja yang
terlatih.
• Menyediakan rancangan pembangunan ekonomi yang mengikut fungsi masing-masing
dan melaksanakan rancangan tersebut.
• Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi melalui bantuan
kewangan.
• Dapat menjaga kewibawaan sektor swasta dan kepentingan pihak pelanggan supaya
tidak ditindas oleh pihak tidak bertanggungjawab.
TAHAP-TAHAP PERNIAGAAN
1. Tahap Primer
Proses pengeluaran bahan mentah dari sumber semula jadi
tanpa mengubah bentuk asalnya untuk proses seterusnya.
Contoh: Perikanan
Bahan mentah ini akan diproses di tahap sekunder sebelum
digunakan oleh pengguna akhir.
2. Tahap Sekunder
Aktiviti memproses bahan mentah yang
dihasilkan dari tahap primer kepada barang
siap atau barang separuh siap. Merangkumi
aktiviti perniagaan pembuatan dan
perkilangan.
Contoh: Ikan diproses dan ditinkan atau
dijadikan makanan sejuk beku seperti
bebola ikan.
3. Tahap Tertier
Melibatkan proses tidak ketara atau
perkhidmatan produk yang tidak perlu diproses
lagi.
Menjadi penyokong kepada tahap primer dan
sekunder supaya produk yang dikeluarkan dapat
sampai kepada pengguna akhir dengan lancar.
Contoh: Perbankan, insurans dan pengangkutan.