The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 6 PENGAJIAN [ERNIAGAAN STPM SEMESTER 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50417533, 2021-07-14 19:21:23

6.4.PENGORGANISASIAN

BAB 6 PENGAJIAN [ERNIAGAAN STPM SEMESTER 2

Tanggungjawab ▪ Kewajipan seseorang pengurus atau

pekerja untuk melaksanakan tugas yang
diberi oleh pengurusan atasan
kepadanya.

▪ Pengurus mengarahkan pekerja untuk

melakukan tugas.

▪ Pengurus dengan autoriti yang ada

padanya bertanggungjawab terhadap
tugas tertentu dan juga dapat
memastikan pekerjanya menjalankan
tanggungjawab mereka dengan
sempurna.

Akauntabiliti ▪ Sikap bertanggungjawab seseorang pengurus atau

pekerja terhadap sebarang tindakan yang diambi
dalam proses pelaksanaan tugasnya atau kerjanya
dan sedia memberikan jawapan terhadap tindakan
yan dilakukannya.

▪ Seseorang yang diberi autoriti dan tanggungjawab

boleh dipersalahkan sekiranya tidak menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

▪ Seseorang pekerja yang diberi tanggungjawab akan

secara automatik mempunyai akauntabiliti terhadan
hasil tanggungjawab yang diberikan itu.

▪ Pengurus mengharapkan pekerja melaporkan hasil

kerja mereka bagi memastikan kerja dilakukan
dengan betul mengikut garis panduan.

Pemusatan ▪ Pemusatan autoriti
dan
▪ segala pembuatan keputusan mengenai sesuatu
pemencaran
autoriti aktiviti atau penyelesaian masalah hanya dibuat
oleh pengurus peringkat atasan sahaja. Manakala,
autoriti yang diberikan kepada orang bawah
adalah sedikit dan terbatas.

▪ Segala keputusan atau arahan hanya datang dari

peringkat atas. Pekerja tidak diberi peluang
untuk bersuara dalam sebarang keputusan yang
dibuat.

▪ Pemusatan dalam membuat keputusan boleh

mengkoordinasi, aktiviti-aktiviti dalam organisasi.

Pemusatan ▪ Pemencaran autoriti
dan
▪ Segala pembuatan keputusan mengenai sesuatu aktiviti
pemencaran
autoriti atau penyelesaian masalah yang diagihkan oleh pihak
pengurusan atasan kepada peringkat penyelia adalah
besar dan meluas. Manakala, pihak pengurusan atasan
hanya membuat sebahagian sahaja daripada
keputusan.

▪ Merujuk kepada pengagihan autoriti di mana autoriti

diturunkan kepada pengurusan bawahan dalam
hierarkis organisasi.

▪ Pengurusan bawahan diberi peluang untuk membuat

keputusan dalam sesuatu isu tertentu.

▪ Autoriti yang diturunkan oleh pihak atasan dalam

lingkungan had tertentu berdasarkan keperluan dan
kepakaran individu.

▪ Individu yang diberi autoriti akan menggunakannya

bagi menyelesaikan masalah kerja.

Kebaikan Kelemahan

• Mengurangkan beban tugas pengurus • Pekerja mungkin menyalahgunakan kuasa
atasan yang diberi.

• Membolehkan pengurus atasan • Tidak semua pekerja yang sanggup
menumpukan perhatian kepada tugasan menerima pemencaran autoriti.
yang lebih utama. Menggalakkan
pembangunan pekerja dengan
menyumbang dalam tugasan dan
penyelesaian masalah.

• Pekerja boleh didedahkan kepada • Pengurus yang menerima tanggungjawab

pelbagai tugasan yang dapat meningkatkan terpaksa menanggung kegagalan sekiranya

kemahiran pengurusan tugas yang

• diberi kepada pihak bawahannya gagal

disempurnakan

• Meningkatkan motivasi dan kepuasan
pekerja menyebabkan pekerja berasa
dihargai oleh pihak

• pengurusan

Penugasan ▪ Proses penyerahan tanggungjawab dan autoriti

kepada subordinat untuk melaksanakan tugas
tertentu ATAU

▪ Pemberian hak kepada subordinat atau pekerja

bawahan untuk membuat keputusan dan bertindak
dalm tugas atau bidang tertentu.

▪ Contohnya, pengurus pemasaran menyerahkan tugas

kepada pegawai pemasarannya untuk membuat
keputusan ketika beliau bercuti.

▪ Panduan kepada pengurus untuk menjalankan

penugasan autoriti yang efektif

1. Pilih pekerja yang sesuai untuk diberikan

penugasan autoriti.

2. Mengenalpasti tugas-tugas yang terlibat dalam

penugasan autoriti.

3. Membentuk objektif dan standard kerja yang

dipersetujui bersama.

Kebaikan Kelemahan
• Meningkatkan motivasi dan
• Subordinat menyalahgunakan
kepuasan kerja kepada pekerja. autoriti yang diberi.

• Meningkatkan penglibatan dan • Subordinat kurang sesuai kerana
pengalaman baharu. tiada kebolehan atau pengalaman
mengendalikan tugas yang diberi
• Menjimatkan masa pengurus,
membolehkan pengurus membuat • Masalah dalam mengawal kemajuan
tugasan yang lebih penting sesuatu kerja atau tugas.

• Mengurangkan beban tugas • Pengurus terpaksa mengambil masa
pengurus. dalam menerangkan kerja atau
tugas untuk penugasan yang telah
diberi.

Empowermen ▪ Pemberian kuasa, autoriti dan tanggungjawab kepada subordinat

atau pekerja untuk memikirkan, bergelagat, bertindak dan
membuat keputusan secara bebas dalam melaksanakan tugas.

▪ Juga bermaksud delegasi tanggungjawab untuk membuat

keputusan serta penurunan kuasa yang terkawal.

▪ Ini membolehkan subordinat atau pekerja menggunakan

kebebasan, mengawal kerja mereka, menggunakan kemahiran dan
kebolehan mereka demi kebaikan diri dan organisasi.

▪ Contohnya, pengurusan atasan memberi kuasa kepada pegawai

bawahan menguruskan pengambilan pekerja yang berkelayakan di
jabatan tertentu berdasarkan prosedur operasi standard syarikat.

▪ Kebaikan

▪ Dapat meningkatkan kualiti serta produktiviti dan dapat mengurangkan

kos.

▪ Menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan staf.
▪ Dapat meningkatkan motivasi dan kesungguhan serta kepuasan dalam

melakukan kerja.

Autoriti lini ▪ Autoriti formal yang memberikan hak kepada seseorang
dan staf
pengurus mengikut rantaian arahan untuk membuat
▪ Autoriti lini keputusan dalam mengarah dan mengawal pekerja bagi
mencapai matlamat organisasi.

▪ Garisan lurus dalam carta organisasi yang menyambung

pihak atas hierarki organisasi dengan pihak di bawah
mereka menggambarkan autoriti lini iaitu menunjukkan
hubungan ketua dengan subordinat.

▪ Pengurus yang memegang autoriti lini adalah pengurus

lini. Bertanggungjawab menyumbang aktiviti kerja
secara terus kepada pencapaian matlamat organisasi.

▪ Contohnya, autoriti lini bagi seseorang pengurus sumber

manusia ialah melakukan aktiviti-aktiviti seperti
pengambilan pekerja, memecat pekerja, menilai prestasi,
memberi ganjaran dan sebagainya kepada pekerja di
bawah seliaannya.

Autoriti staf ▪ Pengurus yang mempunyai hak memberikan nasihat

kepakaran dan perkhidmatan sokongan kepada pengurus
lini di jabatan lain dalam bidang tertentu bagi menyokong
aktiviti-aktiviti jabatan

▪ Garisan putus-putus dalam carta organisasi yang

menunjukkan hubungan tidak langsung dengan pihak
pengurus.

▪ Autoriti staf menyediakan pengkhususan kepakaran tetapi

tidak secara terus menyumbang kerja mereka bagi
mencapai matlamat organisasi.

▪ Pengurus staf membantu dan menasihati pengurus lini dalam

hal-hal tertentu dalam lingkungan kepakaran mereka.
Contohnya, juruaudit syarikat, pegawai undang-undang
syarikat, pengurus sumber manusia yang terlibat dalam
menasihati hal-hal berkaitan kewangan syarikat,
perundangan dan peraturan pekerjaan.

Jangkauan ▪ Merujuk kepada bilangan pekerja
Kawalan
bawahan yang melaporkan terus
hasil kerjanya kepada seseorang
pengurus.

▪ Terbahagi kepada jangkauan

kawalan lebar atau luas dan
jangkauan kawalan sempit.

Kebaikan Kelemahan

Pengurus dapat membuat Sukar menyelia ramai subordinat pada
penugasan kerja. satu-satu masa.

Subordinat berasa bebas kerana Pengurus kurang berinteraksi dengan
kurang penyeliaan. subordinat.

Pengurus boleh membuat tugas lain Pengurus sukar memahami masalah
yang lebih penting dan perlukan pekerja.
penumpuan.

Jangkauan ▪ Merujuk kepada keadaan seorang ketua
kawalan lebar
atau pengurus mengawal bilangan
atau luas pekerja yang ramai.

▪ Faktor yang mempengaruhi penggunaan;
▪ Pengurus berkeupayaan menyelia dan

berpengalaman.

▪ Subordinat terlatih dan mahir.
▪ Kerja yang rutin dan standard.

Jangkauan ▪ merujuk kepada keadaan seorang ketua atau per pekerja
kawalan
sempit yang sedikit.

▪ Faktor yang mempengaruhi penggunaan

▪ Pengurus tidak berpengalaman dan tidak mahir.
▪ Subordinat tidak terlatih dan tidak mahir.
▪ Jenis kerja agak kompleks dan berubah-ubah.

▪ Kebaikan

▪ Pengurus dapat mengawal subordinat dengan mudah.
▪ Pengurus mudah memahami masalah subordinat.
▪ Penyeliaan subordinat lebih mudah.

▪ Kelemahan

▪ Terdapat banyak tingkat hierarki pengurusan.
▪ Aliran komunikasi dari atas ke bawah adalah lambat.
▪ Pengurus banyak terlibat dalam kerja-kerja atau tugas

subordinat

Rantaian ▪ Melibatkan rantaian perintah yang jelas dan tidak ada sekatan atau
arahan
halangan dalam menghubungkan antara setiap pekerja dalam
organisasi dengan pekerja di peringkat lebih tinggi iaitu pengurus
yang wujud dalam carta organisasi.

▪ Arahan bermula dari pengurus atasan kepada pengurus bawahan

mereka hinggalah kepada pekerja dil posisi bawah carta organisasi.

▪ la membentuk rantaian garisan menegak yang menggambarkan arah

autoriti dan aliran komunikasi.

▪ Autoriti dan tanggungjawab yang digambarkan dalam garisan rantaian

arahan yang tidak terputus-putus daripada pengurus atasan kepada
pengurus pertengahan, pengurus bawahan dan pekerja melalui
jawatan di setiap tahap pengurusan dalam sesebuah organisasi.

▪ Garisan menegak dalam carta organisasi yang menyambung setiap

jabatan atau posisi pekerja menunjukkan rantaian arahan

▪ Juga menerangkan konsep uniti arahan iaitu subordinat perlu

mendapat arahan daripada seorang ketua.

▪ Arahan yang datang daripada banyak ketua akan mengakibatkan

kerja yang dihasilkan kurang berkualiti, meningkatkan tekanan kerja
dan berlaku konflik peranan.


Click to View FlipBook Version