1.0 PENGENALAN 1.1 Latarbelakang Kampung Sungai Rokam. Kampung Sungai Rokam pada asalnya merupakan sebuah kawasan tanah perlombongan yang diusahakan oleh Syarikat Inggeris dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Pada tahun 1959 kawasan perlombongan ini telah ditutup secara berperingkat. Setelah tamat kerja-kerja perlombongan oleh syarikat tersebut, kawasan ini telah terpinggir dari arus pembangunan untuk sekian lamanya. Kesempatan ini telah diambil oleh pihak Parti Komunis Malaya (PKM) untuk cuba menyusup masuk di kawasan-kawasan lombong terbiar ini bagi mendapatkan bantuan dari penduduk yang masih tinggal, terutamanya dari kaum Cina. Dengan keadaan tanah yang terbiar, terdapat sekumpulan kaum cina telah menjalankan penerokaan secara haram bagi mengusahakan tanaman sayur secara berperingkat. Lama kelamaan, kawasan ini telah banyak diterokai oleh kaum tersebut. Sehubungan dengan itu, YAB Dato Sri Panglima Bukit Gantang Wahab, Menteri Besar Perak yang pertama, dengan kerjasama pembesar-pembesar negeri dan pihak keselamatan, telah bersetuju mengambil-alih tanah ini untuk menempatkan orang-orang melayu dan dijadikan kampung orang-orang melayu sahaja. Semasa negeri Perak dibawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ahmad bin Said, perkampungan ini telah dibuka dengan nama KAMPUNG SUNGAI ROKAM, bersempena dengan terdapatnya beberapa batang pokok Rokam terbiar yang ditanam oleh pekebun sayur sebelumnya. 1.2 Masjid Sultan Idris Iskandar Shah 1. Setelah wujudnya sebuah perkampungan yang didiami oleh keseluruhannya orang melayu, maka cadangan pembinaan sebuah masjid mula dirancangkan oleh penduduk-penduduk bersama pihak Majlis Agama Islam dan juga pegawai kerajaan negeri untuk dikemukakan ke YAB Menteri Besar Perak. Permohonan tersebut telah diluluskan dan proses pembinaannya mula dilaksanakan pada 9hb Februari 1963, dengan kos pembangunan keseluruhannya pada masa tersebut dianggarkan sebanyak RM 45,000.00 (Empat Puluh Lima Ribu Ringgit) di atas sebidang tanah berkeluasan hampir 1 Ekar. Pembinaannya berjalan dengan lancar, dan pada penghujung tahun 1964, pembinaan bangunan tersebut siap dengan jayanya.Bangunan Masjid
ini secara rasminya diberi nama MASJID SULTAN IDRIS ISKANDAR SHAH 1, KAMPUNG SUNGAI ROKAM, bersempena dengan kewujudannya semasa dibawah pemerintahan Tuanku Sultan. Baginda juga telah banyak menyumbang dan memainkan peranan penting didalam merealisasikan pembangunan masjid ini. Pada 11 hb Disember 1964, Masjid ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Perak dimasa itu. Dari tempoh permulaan pembinaanya, Masjid ini telah genap mencapai 50 tahun pada 9hb Februari 2013 yang lalu. Seiring dengan peredaran masa, keperluan untuk membangunkan semula Masjid ini telah dikaji, agar ianya dapat membantu mengeratkan lagi perpaduan dan ukhwah disamping memberi keselesaan untuk beribadah kepada para jemaah bagi tahuntahun berikutnya. Insyaallah. 2,0 LATARBELAKANG MASJ1D SEMASA. 2.1 Status Dan Kegunaan Masjid Berikut adalah data Masjid semasa:- • Kapasiti Semasa : 1,500 Orang Jemaah. • Anggaran bilangan ahli Kariah:- Kampung Sg.Rokam : 1,000 Orang Pekan G. Rapat/Anggota Keselamatan : 1,000 Orang Taman lpoh Jaya : 1,500 Orang Pekan Taman Razaki : 2,500 Orang Taman Golf : 1,200 Orang JUMLAH : 7,700 Orang • Jumlah Surau : 4 (Tmn lpoh Jaya/Tmn Golf/ Pekan Razaki /Tmn Ampang B) Turut digunakan oleh penuntut Politeknik berhampiran yang menyewa rumah di kariah ini serta pekerja-pekerja di kawasan sekitar Medan Gopeng terutamanya semasa Solat Fardu Jumaat. la juga turut digunapakai oleh pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru di kawasan sekitar.
Dengan anggaran purata kehadiran jemaah adalah pada sekitar 2,500 orang jemaah, ianya telah melebihi kapasiti semasa walaupun beberapa penambahan ruang telah dilakukan demi keselesaan jemaah. 2.2 Program Pengimarahan Masjid. • Akitiviti kelas takmir (kehadiran) : 80 orang Muslimin / Muslimat • Kekerapan takmir : 1 bulan 20 hari • Kelas agama mingguan :- • Program Dakwah • Gurutauliah • Kuliah Imam • Kehadiran ke Kelas agama : 80jemaah • Sembahyang Fardhu • Sembahyang Sunat Eidulfitri/Eiduladha • Ibadah Qurban • Program Pembangunan Insan / Belia: Ceramah Mingguan. • Majlis Ceramah pada hari Kebesaran Islam. (Maulidur Rasul dsb). 2.3 Kemudahan Masjid Sediada. •Ruang Solat Utama, •Ruang Solat Tambahan, •Perpustakaan, •Pejabat Tadbir, •Ruang Jamuan, •Bilik Persinggahan Sementara Jemaah, •Ruang-ruang sokongan lain (Utiliti dsb).
3.0 ANALISA BANGUNAN MASJID SEDIADA 3.1 Keadaan Masjid Sediada Bangunan Masjid sediada adalah merupakan hasil penambahbaikan berterusan bagi memuatkan bilangan jemaah yang semakin bertambah sejajar dengan pembangunan sekitar. Antara penambahan yang telah dilakukan :- • Pembinaan ruang sembahyang di bahagian sisi-sisi dan belakang bangunan; • Pembinaan bangunan tandas baru. Walaupun penambahan ruang sembahyang baru dan ruang-ruang sokongan lain dilakukan, ianya masih tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat serta kurang memberi keselesaan kepada jemaah. Disamping itu, wujud pula masalah-masalah lain yang timbul rentetan daripada penambahan demi penambahan kepada bangunan sediada. Hasil siasatan yang dijalankan, beberapa isu dikenalpasti yang mengukuhkan lagi persoalan mengapa Masjid ini perlu dibangunkan semula. Antara isu utama yang dikenalpasti adalah membabitkan :- 1. Isu Keselamatan, dan 2. Isu Kesihatan Dan Keselesaan. Diharapkan dengan laporan ini, ianya dapat membantu pihak-pihak terlibat melihat dengan lebih mendalam keperluan bagi membangunkan semula Masjid ini seterusnya memberikan peruntukan sewajarnya agar kesejahteraan ummah dan masyarakat setempat terpelihara. 3.2 Isu Keselamatan. Oleh kerana Masjid ini telah mula dibina pada tahun 1963 (genap 50 tahun pada Feb. 2013), keadaan bangunan sudah semakin dimamah usia. Walaupun pengisian program Masjid ini adalah mengikut aliran semasa, ianya tidak mencerminkan keadaan sebenar elemen-elemen dibawah yang amat berkait dengan keselamatan jemaah. Antaranya ialah :-
a) Keselamatan Integriti Struktur Bangunan. Kebanyakan dinding asal bangunan ini adalah merupakan binaan dari kayu (plywood). Oleh yang demikian, kemungkinan bahan yang mudah mereput ini telah tidak dapat lagi mampu menampung bebanan disebabkan faktor cuaca dan masa. Bangunan sediada ini juga menghadapi serangan anai-anai yang sangat serius dan telah merosakkan struktur kayu serta bahan bahan bacaan serta dokumen masjid. Keadaan yang sangat kritikal ini memerlukan perhatian yang sangat segera. Kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan juga didapati telah mengganggu integriti dan kestabilan struktur asal. b) Keselamatan Sistem Pendawaian. Sejajar dengan aliran semasa, Masjid ini turut dilengkapi dengan Sistem Penghawa Dingin bagi keselesaan jemaah. Penambahbaikan terhadap sistem pencahayaan juga turut dilakukan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan risiko untuk berlakunya litar pintas memandangkan sistem-sistem baru ini turut bekerja bersama-sama sistem yang lama. Sistem pendawaian yang telah ditokok tambah ini telah sering menimbulkan masalah dan menyebabkan bekalan elektrik terputus secara tiba tiba. Keadaan ini sangat kritikal terutamanya apabila ia berlaku sewaktu aktiviti aktiviti sedang berjalan terutamanya ketika solat mahupun kuliah. c) Pencerobohan Kawasan Masjid Walaupun persekitaran Masjid didiami masyarakat melayu, faktor pencerobohan haiwan liar tetap berlaku. Ini kerana haiwan-haiwan ini kebanyakannya tersesat dari kawasan Kg. Baru Gunung Rapat berhampiran dan juga kawasan sekitar yang lain. Masalah najis haiwan ini amat mengganggu kesucian Masjid. Kes-kes kecurian seperti kecurian tabung Masjid, Sistem Penghawa Dingin dan lain-lain kecurian juga turut dilaporkan berlaku.
d) Risiko Kebakaran (Fire Risk) Bangunan Masjid ini adalah tertakluk kepada Kategori Tempat Perhimpunan Kelas - A (melebihi 1000 Orang) Undang-undang Bangunan terkini. Memandangkan jumlah jemaah mencapai sehingga 2,500 orang, sistem pencegahan kebakaran (aktif mahupun pasif) bagi Masjid ini adalah tidak menepati piawai pencegahan pada masa kini. Ini termasuklah ketiadaan PengesanAsap, Api, Sistem Hos, dan sebagainya. 3.3 Isu Kesihatan Dan Keselesaan a) Ketidak sempurnaan Pengudaraan Semulajadi. Para jemaah terpaksa menjalankan tanggungjawab mereka didalam keadaan yang tidak selesa dibahagian ruang solat tambahan. Ini adalah diakibatkan oleh ketidaksempurnaan pengaliran udara semulajadi. Kapasiti asal masjid tidak dapat menampung jumlah yang ramai mengakibatkan segala penambahan dilakukan secara ad-hoc. Justeru, aspek keselesaan terpaksa dikorbankan bagi memuatkan seramai mungkin jemaah pada satu-satu masa. b) Kekurangan Pencahayaan Semulajadi. Sumber pencahayaan semulajadi sediada tidak dapat memenuhi keperluan jemaah. Proses pengubahsuaian melibatkan penambahan bumbung telah mewujudkan elemen deep-corridor, sekaligus mengakibatkan sumber pencahayaan semulajadi tidak dapat menerangi kawasan dalaman Masjid. Secara tidak langsung, penggunaan sumber pencahayaan tiruan terpaksa digunakan walaupun pada waktu cuaca yang cerah. Penggunaan sumber pengudaraan mekanikal (penghawa dingin dan kipas) turut meningkat bagi memberi keselesaan kepada jemaah.
4.0 CADANGAN PEMBANGUNAN. 4.1 Konsep Dan Perancangan Pembangunan. Bagi membangunkan semula Masjid ini agar sesuai dengan peredaran masa serta dengan mengambilkira kekangan yang wujud, adalah dicadangkan bahawa Masjid ini dibaikpulih dan dinaiktaraf seperti lakaran berikut ; Rajah : Lakaran Susunatur Bangunan Sediada
PETUNJUK: A - Bangunan Asal / Dewan Solat Utama - Dikekalkan dan diubahsuai bahagian dalaman termasuk menaiktaraf sistem Mekanikal dan Elektrikal. B - Ruang Solat Tambahan - Dirobohkan dan dibina semula termasuk sistem Mekanikal dan Elektrikal. C & D - Ruang Serbaguna - Dirobohkan dan dibina semula termasuk sistem Mekanikal dan Elektrikal. E - Ruang Serbaguna - Dirobohkan dan dibina semula termasuk sistem Mekanikal dan Elektrikal. F - Bangunan 2 Tingkat / Homestay - Dikekalkan G - Tandas - Dikekalkan dan diubahsuai bahagian dalaman dan dijadikan bilik pengurusan jenazah.
4.2 Perancangan Pembangunan. Rancangan pembangunan secara keseluruhannya adalah merobohkan sebahagian struktur bangunan Masjid sediada, dan mengekalkan sebahagiannya. Ini perlu dilakukan agar Masjid ini dapat digunakan dan beroperasi seperti biasa walau di dalam tempoh kerja-kerja menaiktaraf sedang dilakukan. Berikut adalah skop kerja yang dicadangkan ; I. KERJA-KERJA AWALAN a. Penyediaan insuran kerja, hoarding, kegunaan air dan letrik, kebersihan tapak. As-built drawing & mobilisation II. KERJA KERJA MEROBOH STRUKTUR SEDIADA a. Kerja-kerja meroboh kerangka ruang solat & dewan serbaguna sediada - Bagi pembinaan dewan solat baru b. Kerja-kerja meroboh sebahagian struktur kerangka - Dewan solat utama c. Kerja-kerja meroboh bangunan tandas sediada III. MEMBINA SEMULA RUANG SOLAT BARU DAN DEWAN SERBAGUNA a. Kerja-kerja cerucuk b. Kerja-kerja membina struktur kerangka, lantai, bata, pintu dan tingkap termasuk semua kemasan c. Kerja-kerja membina varenda dan porch termasuk struktur kerangka, lantai, bumbung, kemasan dan kerja-kerja yang berkaitan d. Kerja-kerja membina tempat wuduk lelaki dan perempuan serta bilik persalinan termasuk kerja-kerja yang berkaitan e. Kerja-kerja laintai kaki lima "apron" serta longkang termasuk kerjakerja yang berkaitan IV. UBAHSUAI RUANG SOLAT UTAMA SEDIADA a. Kerja-kerja ubahsuai ruang dalaman termasuk menaiktaraf sistem mekanikal dan Elektrikal
V. BUMBUNG & KUBAH a. Kerja-kerja cerucuk b. Membuka kerangka bumbung dan atap bumbung sediada serta membina baru kerangka bumbung dan kemasan bumbung c. kubah pada kawasan ruang solat dan dewan serbaguna VI. MEMBINA BANGUNAN 2 TINGKAT UNTUK PEJABAT & TANDAS a. Kerja-kerja cerucuk b. Kerja-kerja membina bangunan 2 tingkat bersaiz 60' x 15' meliputi kerangka, lantai, bumbung, bata, pintu dan tingkap termasuk memasang kemasan pada lantai, dinding dan siling c. Kerja-kerja pemasangan paip air dan paip najis serta kelengkapan tandas termasuk tangki air d. Membekal dan memasang Tangki najis 70PE termasuk semua perkakasan VII. UBAH SUAI BANGUNAN TANDAS KEPADA BILIK JENAZAH a. Kerja-kerja memecah dinding dan membuka kelengkapan tandas b. Kerja-kerja membina dinding penghadang dan kelengkapan lain untuk kegunaan jenazah VIII. KERJA KERJA ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL a. Kerja-kerja pemasangan elektrikal,mekanikal dan P.A system untuk ruang solat baru b. Kerja-kerja pemasangan elektrikal,mekanikal dan P.A system untuk ruang solat sediada c. Kerja-kerja pemasangan elektrikal dan mekanikal untuk bangunan pejabat dan tandas d. Kerja-kerja pemasangan elektrikal dan mekanikal serta tempat letak van jenazah termasuk kerja-kerja yang berkaitan IX. KERJA-KERJA LUARAN a. Membaikpulih pagar, garaj kenderaan serta menurap semula permukaan jalan.
5.0 PENUTUP Dari tempoh permulaan pembinaanya, Masjid ini telah genap mencapai 50 tahun pada 9hb Februari 2013 yang lalu. Laporan ini dibuat bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil tindakan sewajarnya agar Masjid ini tidak ketinggalan dari arus pembangunan semasa. Pihak Jawatan Kuasa Masjid telah meneliti segala permasalahan dan mengambil kira semua isu-isu yang dibangkitkan oleh para jemaah. Adalah diharapkan agar dengan terbitnya laporan ini, pihak Kerajaan dapat meluluskan peruntukan bagi pembangunan semula Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1 ini. Dianggarkan bahawa kos bagi pembangunan semula ini ialah sebanyak RM 3.50 Juta (Ringgit Malaysia : TIGA JUTA LIMA RATUS RIBU SAHAJA). Sesungguhnya pihak Jawatan Kuasa yang mewakili ahli-ahli kariah amatlah berbesar hati sekiranya peruntukan ini diterima dan diluluskan oleh pihak Kerajaan. Dengan pembangunan semula ini, Insyaallah ahli-ahli kariah dapat menjalankan kewajipan dengan lebih tenang dan selesa sekaligus merapatkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam melalui medium perantaraan ini. Insyallah.