The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN BERKUMPULAN (E-BOOK) SILAJ KUMPULAN 5 (B)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miramuiz9904, 2022-01-07 06:43:02

SILAJ

TUGASAN BERKUMPULAN (E-BOOK) SILAJ KUMPULAN 5 (B)

Keywords: VAA3013 PENGELUARAN TERNAKAN

VAA 3013

PENGELUARAN TERNAKAN

SILAJ

VAA 3013 PENGELUARAN
TERNAKAN

TUGASAN KUMPULAN

NAMA PENSYARAH:
DR. FAZHANA BINTI ISMAIL

KUMPULAN: B

PASTURA DAN FORAJ (FODER)
SUMBER MAKANAN TERNAKAN

Pastura adalah sejenis Foraj pula,
rumput yang ditanam di merupakan
kawasan padang ragut, sejenis tumbuhan
hijau yang boleh
untuk diragut oleh dimakan mentah
haiwan ternakan. Amalan oleh haiwan
ternakan.
ragutan adalah secara
sistem pusingan atau


ragutan jalur. Foraj pula,
merupakan sejenis
Pastura adalah sebuah
tanaman yang terdiri tumbuhan hijau
daripada tumbuhan yang boleh

yang berdaun dan dimakan mentah
ianya tumbuh sendiri oleh haiwan
di tempat tersebut. ternakan.

Pastura dikenali sebagai sebuah
rumput dan kacangan yang sering
digunakan sebagai makanan ternakan

seperti lembu dan kuda.



KEBAIKAN TANAMAN INI:

PASTURA

Makanan Rumput yang
tersebut tahan bermutu tinggi.

hidup lama.




Penghasilan yang
tinggi.

JENIS RUMPUT TEMPATAN

Rumput kerbau (Paspalum
conjugatum).

Rumput parit (Axonopus
compressus).

Selaput tinggal (Mikania cordata).
Rumput Israel (Asystasia intrusa).

Rumput-rumput yang disenaraikan
tersebut didapati banyak tumbuh pada
kawasan kelapa sawit, ladang getah dan

dusun buah-buahan.

FORAJ (FODER)

Foraj adalah sejenis bahan hijau iaitu
rumput, daun yang sering digunakan
sebagai makanan ternakan.
Tumbuhan ini mempunyai fiber yang
tinggi tetapi ia juga rendah dari segi
kandungan nutrien. Berikut adala tiga
jenis tumbuhan foraj :

Rumput ternak –sumber
makanan yang paling murah.
Kekacang – mengandungi protein
dan mineral yang tinggi.
Jenis tumbuhan berdaun.
Foder adalah sejenis tumbuhan yang
segar atau yang telah diawet untuk
dijadikan makanan.
Foder awetan yang telah dibuat
adalah seperti rumput kering dan
silaj.

PENGENALAN SILAJ

Makanan haiwan ternakan seperti silaj
merupakan makanan haiwan ternakan
yang terdiri daripada bahan rufaj yang
berkelembapan tinggi di antara 35%
hingga 75% kandungan air yang
diperoleh daripada proses penapaian
dan penyimpanan silaj yang telah
diproses perlu diletakkan dalam keadaan
kedap udara (anaerobic). Sebagai salah
satu sumber makanan ternakan ruminan
yang berkualiti, silaj mempunyai banyak
kelebihan berbanding dengan rumput
segar yang lain dan juga hay.

Hal ini demikian kerana silaj dapat
diproses sepanjang masa, dan proses
pengeluarannya tidak bergantung
kepada keadaan cuaca

serta dapat dihasilkan daripada berbagai
jenis bahan rufaj seperti rumput, batang
jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-
bahan lain. Silo ataupun bekas simpanan
silaj terdiri daripada pelbagai bentuk
seperti bunker, stack, tower, tong plastik
dan lain-lain. Alatan yang paling penting
penting dalam pembuatan silaj ialah
bekas yang digunakan perlulah praktikal
dari segi pengendalian dan bekas
penyimpanan tersebut perlu diletakkan
dalam keadaan kedap udara.

KEPENTINGAN

PENYEDIA
AN SILAJ

Penternak haiwan ternakan ruminan
perlu mempunyai bekalan makanan
yang mencukupi untuk simpanan
makanan bagi menghadapi situasi
yang tidak terduga berlaku. Silaj
merupakan salah satu daripada
bekalan makanan yang boleh
dijadikan makanan simpanan bagi
penternak haiwan ternakan ruminan
dalam situasi kecemasan seperti
masalah kekurangan tenaga pekerja
dan juga situasi bencana alam yang
tidak terduga seperti banjir dan
kemarau.

PRINSIP PEMBUATAN

SILAJ

Keadaan kedap udara :




Boleh diperolehi dengan
memahamkan bahan
tanaman dengan segera
mengelakkan proses
respirasi berlaku.

Silaj yang dipadatkan di
dalam bekas yang sesuai
bagi tujuan proses
frementasi (anaerobik).

PROSES FERMENTASI
Pertukaran semula jadi
karbohidrat kepada asid organik
merupakan proses yang berlaku
disebabkan oleh bakteria.
Pertumbuhan dan tindakan
bakteria akan terhenti yang
menunjukkan kewujudan asid
yang telah merendahkan pH
persekitaran.

Proses ini akan menyekat
penguraian enzim oleh
tumbuhan, mikroorganisma
yang tidak dikehendaki.
Ternakan dapat membekalkan
pengekalan tenaga, protein
dan nutrien lain yang boleh
digunakan secara efisien.

FASA 1 Proses respirasi masih berlaku.
Suhu akan meningkat sehingga
32°C selepas 4 hari
penyimpanan.

FASA 2 Proses Fermentasi
Enterobakteria awal berlaku.
Bacaan pH silaj berubah dari
6.0 turun pada sekitar 4.2




FASA 3 Frementasi asid berlaku.

Asid asetik menurun.

FASA 4 Fasa stabil.
Pengeluaran asid laktik
berterusan sehingga dua minggu.
Bacaan pH menurun sehingga 4.0
dan bakteria terhenti.

PELAYUAN (WILTING)

Caranya adalah dengan memastikan
paras karbohidrat yang tinggi tetapi juga
untuk mengurangkan lelehan.
Proses ini akan memudahkan pembuatan
silaj

Kelebihan :
Dapat mengurangkan kehilangan
dari lelehan (bahan larut)
Dapat mengurangkan beban
pengangkutan
Dapat meningkatkan
kemungkinan pemeraman

MENCINCANG

Sangat mempengaruhi kualiti
pemeraman silaj dan
penggunaan oleh ternakan
Mencincang ini akan
memudahkan proses
pembuatan silaj.

Kelebihan :
Saiz partikel yang agak kecil
meningkatkan pembebasan
gula.
Dapat memendekkan fasa
respirasI.
Pengambilan makanan
dipengaruhi oleh ternakan

KEPERLUAN ASAS

PEMBUATAN SILAJ

Bekas penyimpanan atau
Pemeraman Silaj

SILO
SILO merupakan tong yang
menyimpan SILAJ yang siap
diperoses.
Bekas penyimpanan perlu
memenuhi syarat dan piawaian
fermentasi supaya tiada
kebocoran udara berlaku.

KEPERLUAN ASAS
PEMBUATAN SILAJ

SILO MUDAH ALIH

KEPERLUAN ASAS

PEMBUATAN SILAJ

SILO BUKAN MUDAH
ALIH

BAHAN ADITIF SILAJ

1.Digunakan untuk meningkatkan lagi
paras karbohidrat
2.Terdapat dua jenis aditif silaj:

a.Stimulan
Sumber gula digunakan untuk
memastikan penghasilan asid laktik
(Molases), Mikrooganisma berkesan
(EM), Inokulan

b. Penghalang
Asid yang digunakan adalah untuk
menurunkan nilai pH dengan cepat.
Asid Sulfurik

Pemotong Bahan Silaj

Bahan foder yang telah dipotong
dari ladang dan dilayukan
perlulah diracik pendek bagi:

Meningkatkan luas
permukaan sel untuk
proses fermentasi berlaku
dengan lebih berkesan.
Mudah dipadatkan di
dalam silo.
Saiz potongan (racikan)
yang disyorkan diantara
3-15cm.
Boleh dipotong (racikan)
dengan menggunakan
mesin pemotong
(chopper)



KAEDAH PEMBUATAN

SILAJ

Cara pembuatan Silaj
adalah dengan mencapurkan
bahan-bahan tertentu. Antara
bahan membuat Silaj atau juga
dikenali sebagai Foder adalah
seperti rumput napier, jagung,
Jerami dan lain-lain. Foder ini
perlulah diracip lebih kurang 3 -
15cm panjangnya. Tujuan foder
ini diracip adalah untuk
memastikan silaj yang dihasilkan
berkualiti kerana apabila foder
tersebut diracip ini akan
meningkatkan pembebasan gula.

Foder ini diracip juga membolehkan
bahan-bahan ini memenuhi ruang
apabila diletakkan di dalam silo bagi
mengelakkan proses respirasi
berlaku serta bagi membolehkan
proses fermentasi (anaerobic)
berlaku. Silo merupakan alat untuk
menyimpan atau memeram silaj di
dalamnya. Silo yang akan digunakan
mestilah bersifat kedap udara.
Kebanyakkan orang menggunakan
Tong Drum plastic berwarna biru
sebagai silo kerana tong ini senang
untuk didapatkan serta mempunyai
pelbagai saiz yang sesuai.

Foder perlu dimampatkan

dalam silo. Biasanya untuk

memampatkan foder menggunakan

kaedah manual adalah dengan

memijak-mijak foder tersebut.

Kaedah manual memerlukan

sedikit tenaga untuk memastikan

keadaan foder benar-benar rapat

serta ruang silo dapat digunakan

secara maksimum serta

memastikan tiada ruang kosong

yang akan diisi oleh udara. Namun,

jika ingin menggunakan cara

moden adalah dengan

menggunakan mesin pemampat

atau juga dikenali sebagai “Silager”.

Foder dicampurkan dengan
bahan-bahan tambahan. Antara
bahan tambahan yang digunakan

adalah molasses, inokulan bakteria,

dan juga Mikroorganisma berkesan

yang lebih dikenali sebagai EM yang

mewakili maksud Effective

Microorganism. Tujuan bahan-

bahan tambahan ini dicapurkan

adalah untuk meningkatkan kualiti

serta fermentasi silaj. Bahan-bahan

ini juga boleh bertindak sebagai

bahan perasa yang dapat

menambahkan lagi selera binatang

ternakan. Pada umumnya, molasses

adalah bahan campuran daripada

gula merah. Rasa manis gula merah

ini pasti disukai oleh semua jenis

binatang ternakan. Bahan-bahan

tambahan ini adalah dalam bentuk

cecair disebabkan itu kita oleh

campurkan bahan ini selepas foder

dimampatkan.

Bahan campuran bagi foder
seperti silaj napier dan silaj jagung
juga perlu disukat bagi
membolehkan isipadu bahan
campurannya sesuai dan tidak
berlebihan. Sebagai contoh, silaj
napier yang dituai pada usia 42
hingga 45 hari, bagi berat napier
tersebut dalam 20 kg iaitu muat
dalam satu tong drum biru kecil.
Isipadu molasses yang sepatutnya
diguna adalah sebanyak 1000 ml
ataupun seberat 1 kg manakala air
pula perlu dicampurkan sebanyak
400 ml. Jumlah Molasses boleh
dikatakan sebanyak 5% dan air
sebanyak 2%.

Seterusnya, jika usia silaj
dituai ketika usia 75 hari.

Sebagai contoh, silaj tersebut seberat
70 kg iaitu boleh diisi dalam tong
drum biru yang bersaiz besar. Kadar
campurannya berbeza sedikit.
Biasanya molasses yang akan
dicampurkan adalah sebanyak 3500
ml iaitu bersamaan dengan 3.5 kg dan
air pula perlu dicampurkan sebanyak
1400 ml. Beranggaran molasses 5%
dan air sebanyak 2%.

Setelah foder diracipkan dan
diisi dalam silo dan dicampurkan
bahan-bahan tambahan. Langkah
yang seterusnya adalah silo tersebut
perlu ditutup dengan kemas.
Tujuannya adalah supaya tiada udara
yang boleh masuk. Keadaan fizikal
silo juga perlu diperhatikan untuk
memastikan silo tersebut bebas
kebocoran.

Seterusnya, silo tersebut perlu

disimpan di tempat yang tidak

terdedah dengan cahaya matahari

yang berlebihan. Silo yang disimpan

memboleh proses fermentasi

lengkap terjadi. Jika setiap Langkah

dilakukan dengan betul dan teliti,

silaj ini akan dapat disimpan dalam

jangka masa yang lama tanpa

menjejaskan kandungan nutrisinya.

Bagi memudahkan kita

mengenalpasti setiap silo perlulah

dilabel Tarikh pembuatannya dan

kandungan beratnya,

Proses fermentasi lengkap akan

bertindak balas lebih kurang dalam

masa 14 hingga 21 hari. Selepas ini

masa ini, silaj yang dibuat bersedia

untuk diberikan kepada haiwan

ternakan.

RUMPUT NAPIER
POKOK JAGUNG
TONG DRUM PLASTIK

SILO
SILAGER
MOLASSES

INOKULAN

MIKROORGANISMA (EM)

SILAJ NAPIER YANG DIPERAM
SELAMA 6 BULAN

SILAJ

KUALITI SILAJ

Kualiti silaj boleh ditentukan secara fizikal dengan
menentukan kandungan bahan kimia yang terdapat
dalam silaj tersebut. Selain itu, kualiti silaj ini
terbahagi kepada dua kualiti iaitu silaj yang
berkualiti dan silaj yang tidak berkualiti.

SILAJ YANG
BERKUALITI

Cara Fizikal
• Bau : Seperti cuka
• Warna : Berwarna hijau
muda kekuningan
• Tekstur :
- Silaj yang berkualiti
memiliki tekstur yang
kukuh
- Serat yang tidak mudah
diceraikan apabila digosok.
Kandungan Kimia
• Nilai pH : 4.0
• Asid Laktik : Lebih 60%
• Asid Butirik : Kurang
daripada 5%

KUALITI SILAJ

SILAJ YANG TIDAK BERKUALITI
Cara Fizikal
• Bau : Bau yang tengik
• Warna : Berwarna hijau tua
atau kehitaman
• Tekstur :
- Silaj yang tidak berkualiti
memiliki tekstur yang kurang
kukuh.
- Serat yang mudah bercerai
apabila digosok, licin, dan
mudah berkulat.
Kandungan Kimia
• Nilai pH : Melebihi 5.0
• Asid Laktik : Kurang 40%
• Asid Butirik : Lebih 10%

KESIMPULAN

Kesimpulannya, silaj merupakan sumber makanan
ternakan yang berkualiti. Pemeraman silaj dapat
menepati keperluan makanan untuk ternakan jika
silaj dibuat dengan baik. Pada kebiasaannya,
proses bagi pemeraman silaj menjadi kayu ukur
bagi kualiti silaj yang dihasilkan. Udara yang hadir
di dalam silo menjadi faktor kerosakan silaj yang
disebabkan oleh kehadiran bakteria aerobik. Silaj
yang rosak, tidak boleh digunakan sebagai
makanan kerana silaj tersebut telah dicemari oleh
kulat. Kualiti silaj boleh dilihat melalui warna, bau
dan nilai pH. Silaj yang sudah berwarna hitam dan
mengeluarkan bau tengik merupakan silaj yang
sudahpun rosak. Nilai pH rendah memberi petunjuk
bahawa tahap fermentasi asid laktik dalam silaj
sangat baik. Silaj yang berada dalam kualiti yang
baik mempunyai nilai pH sekitar 3.8 hingga 4.2
manakala nilai pH yang melebihi 4.5 merupakan
nilai pH yang kurang baik. Silaj akan dianggap
rosak apabila nilai pH melebihi 5. Cara
pemampatan dan cara untuk menutup silo yang
tidak dilakukan secara sempurna menyebabkan
silaj menjadi rosak. Oleh sebab itu, proses
pembuatan silaj memerlukan kerja yang teiti bagi
menghasilkan silaj yang baik dan berkualiti tinggi.


Click to View FlipBook Version