The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitizuraihahusin, 2018-03-17 23:47:59

pdf novel t.2. sinopsis meniti impian

1

SINOPSIS BAB DEMI BAB



BAB SINOPSIS



Mak temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar

sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf

kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang

merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu

dengan pesanan daripada Pak Yusuf supaya menyediakan makan

1 tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah

hari bersama mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang

sedang mereka buat ini di siapkan lebih awal supaya masalah

ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam

pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak

Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang di

minta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia

hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil

tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah dan berkualiti.

Pak Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM namun

Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar minggu

hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang

tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang

pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa

saudaranya Pak Yusuf.



Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi

tadi. Dari fizikal surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut

daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah



2

ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabut di IKM Sungai

Petani. Setelah selesai solat magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk

di bangku luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan

arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan

perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah

2 ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada

zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan suhaili

yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah.

Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada tiga dan

menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca semula

surat tawaran memasuki IKM yang terletak di atas meja. Surat itu

dengan pantas mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan

yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat

sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza

dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah

menengah dulu.



Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan Suhaili.

Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah di pasang di kampung

mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah

kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar

3 berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan

Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor

Setar. Zahar terimbas kembali kenangan sewaktu berada di bangku


sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar
untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya


kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas.
Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang






3

cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum

peperiksaan Zahar demam dan semasa peperiksaan berlangsung

Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan

peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili

setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang

kemahiran.

Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki

bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk sambil minum di

sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak

di ketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka

boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di

ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran

4 Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan,

kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya.

Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang

berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik

hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah

kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka bertanya

khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya

berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu yang dia telah

mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili

memandang rendah dan mempersoalkan cabaran yang pernah

dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar

menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran yang pernah


dibuat oleh Suhaili tetapi memberikan alasan bahawa ibunya tidak
mampu untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan


walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin
membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam






4

hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan

hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus

meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengekori Suhaili

tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta yang

dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga

puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.

Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram. Pak

5 Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia

bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dan

memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya Zahar kemana

Zahar pergi semalam dan tidak kelihatan. Zahar menyatakan yang dia

ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke

IKM. Pak Yusuf mepelawa Zahar untuk makan tengah hari di

rumahnya.

Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki

teksi kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Teksi tersebut

juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di Sungai

Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa

depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar

lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai peluang kerja yang baik


dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas
6 kejadian Suhaili dan pemuda kacak di Alor Setar tempoh hari.


Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat pendaftaran.
Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf.


Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang
lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf


memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama

datang mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi.





5

Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan

Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan

seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik

Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Mereka tertarik dengan

beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan

kenyataan. Zahar membaca poster berkenaan minggu suai kenal

pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 2.30 petang.

Zahar kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan persoalan yang

bermain di fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.

Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu

petang selepas pendaftaran bermula program oriantasi pelajar baharu

IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru berkumpul di

padang untuk tujuan gotong-royong. Zahar bersama rakan-rakan

7 baharunya membersihkan kawasan belakang IKM yang akan

didirikan bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan

kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh seorang pelajar

senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput

yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran. Selepas

selesai gotong royong mereka diarahkan ke dewan makan untuk

minum petang.


Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru telah
ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing.


Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi
peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan


lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan
ringkas latihan Pertukangan Perabot. Zahar berasa kagum melihat


peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum

8 membawa semua pelatihnya ke stor menyimpan pelbagai jenis kayu





6

dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain

tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada

akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan

yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan

sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya

untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang

berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang

memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar.

Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa

minggu berada di IKM. Zahar berasa pelik dengan suasana kampung

setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang laju

berbasikal menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah

Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak

menggunakan kawah yang besar dan suasana agak riuh rendah.

9 Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya

dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus

melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan

bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah Pak Karim makan

kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak

Yusuf. Rumah Pak Yusuf lengang kerana Pak Yusuf dan isterinya ke

rumah Pak Karim. Zahar masuk ke bangsal pertukangan Pak Yusuf

melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat

sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan

pesanan Cikgu Baharum bahawa perabot yang bermutu tinggi bukan


terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat,
teliti, halus dan berseni.


Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan

pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang





7

imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang

imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan

gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung

perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera

keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang

10 melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah

menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada

siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini

datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati

dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya.

Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan

orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar.

Zahar meminta semula surat itu daripada Norimi dan menafikan

dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua

keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya.

Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tangannya.

Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan

membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh Suhaili. Isi surat

tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati

kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga

menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan

beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan.

Niatnya untuk membuang air kecil terbantut di situ sahaja dan terus

bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya.

Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara

menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya,


fikirannya terbawa kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu
tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan






8

tekadnya untuk mencapai cita-citanya. Zahar berazam untuk

membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam

hidup yang penuh pancaroba ini.

Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar

tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat

11 tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah

Norimi tahu perkara sebenar yang dihadapi Zahar. Norimi datang

menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap

padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak

menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka

mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar

Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan

meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit

memanggil Zahar dari tengah padang dan Maarof berlari-lari anak

menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih

bersama kerana kekurangan pemain.

Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan

penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM

12 Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana

menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut


dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar
dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan


hanya bergantung kepada dirinya seorang tetapi kerjasama semua
pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua


pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi
menghadapi perlawanan akan datang.


Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak di antara pasukan

bola IKM Alor Setar dan pasukan IKM Sungai Petani berlangsung





9

13 sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi

perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka

dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan

pelatih dan tenaga pengajar yang memberikan sokongan di tepi

padang. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan

kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka

pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan

persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.

Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan

sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat persediaan untuk

14 peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan

asas. Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang

cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah

berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu

Baharum, Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari

pertama peperiksaan berakhir, Zahar berasa cukup puas hati dengan

hasil kerjanya. Apabila peperiksaan disambung keesokan harinya,

Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas

peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu.

Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan

kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di

bengkelnya.


Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar.
Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik.


Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili
untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa


yang sama usikan itu menguatkan lagi awamnya untuk mengorak

15 langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas sarapan pagi, Zahar





10

terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan

Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak

Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut

dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama

gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir

ini banyak mendapat tempahan membuat perabot.

Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan

peperiksaan yang di nanti-nantipun diumumkan. Zahar telah lulus

dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum girang kerana

hanya seorang sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulang

semula peperiksaan. Cikgu Baharum memberi nasihat kepada semua

16 pelatihnya agar tidak lalai dan berpuas hati dengan kejayaan yang

dicapai. Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan bukan

sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan Perabut

tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas. Norimi

juga mendapat keputusan yang cemerlang.

Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu

bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana akan

menduduki dua peperiksaan dalam masa yang singkat. Zahar tidak

menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada ibu dan


dorongan daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa
tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan


berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian
17 luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas,


bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki
peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir sijil IKM pula


diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan.

Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih





11

yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-

pelatih di maklumkan mengenai latihan di dalam loji yang diwajibkan

kepada mereka. Zahar yang tidak banyak kerenah dan sanggup di

hantar kemana sahaja, menerima dengan senang hati tawaran latihan

di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak. Begitu

juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat

latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan telah

diadakan secara sederhana sahaja.

Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan

kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah zahar

berpeluang pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke

18 Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha

Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan

Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik

Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok

pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu

rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra

dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali

yang mengajaknya tinggal bersama-sama.

Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya.


Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada waktu itu. Perasaan
19 Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk


meneruskan kerjanya. Suhaili berjalan ke bahagian Personel yang
terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss


Ooi, Ketua Unit Personel bertanyakan tentang Zahar.

Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat

menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di kilang. Dia

mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu





12

20 mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa. Zahar bertuah

dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah.

Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan

tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang

memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya.

Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan

tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin

berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam

perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan

berbaik-baik. Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili

bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan bilik

dengan tergesa-gesa.

Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang dari

kerja. Dia teringat rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang

merupakan kawannya di IKM. Surat tidak sempat untuk di hantar

kerana dia tidak ada perasan untuk menulis surat. Ketika mula

21 menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih.

Zahar berhenti menulis dan menikmati minum petang bersama

Razali. Ketika minum bersama, Razali bertanyakan Zahar yang

kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit

Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut

tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada

Razali.

Setelah berbulan bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita


gembira yang dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar


Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia masih mampu

22 mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili





13

masih berhasrat untuk menemuinya. Bukan dia tidak mahu menemui

Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia menemui Suhaili untuk

berbual kosong kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan

kenangan lama. Tempoh enam bulan menemui kesudahannya.

Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan manis dan pahit

sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila

diraikan dalam satu majlis ringkas yang di adakan untuknya. Selepas

majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.

Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa

bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak atas tanah

milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan

kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang disalurkan oleh

kerajaan tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

23 Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya untuk membina

bengkel perabot di halaman rumah mereka dan Pak Yusuf tidak

membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik kerana

pinjaman yang dimohonnya lulus dalam masa yang singkat.

Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa

menjalani latihan di dalam loji dahulu membolehkannya membina

sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat kampung

bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan

jamuan makan tengah hari.


Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah
tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar


memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi
24 mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya.


Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga

tempat di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang





14

terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan

penting dalam membantu Zahar memasarkan perabutnya. Zahar

sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi

mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak mara juga cuba

membantu untuk memasarkan barangan pengusaha-pengusaha

perabut bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak

Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan

dua pucuk surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat

daripada Suhaili dan Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan

Zahar dari mana datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat

tersebut daripada Norimi yang mengatakan akan datang pada hari

penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.





SINOPSIS KESELURUHAN


Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di

IKM dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang

remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari

untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai

konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak

menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya

mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam

dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah

seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan

meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan

bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan

usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan

dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel


perabotnya sendiri.


15


Click to View FlipBook Version