The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitizuraihahusin, 2018-03-17 21:43:27

Sinopsis Novel Destinasi Impian

Sinopsis Bab demi Bab





Bab 1

Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit

Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak

perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut


sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih.

Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat


agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus

terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.




Bab 2

Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang

perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh basikal.


Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi

keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai


Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan

gila.

Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun


sebagai seorang perempuan, dia mempunyai semangat dan daya

juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin


meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari.

Johari sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai


pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.



Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu


menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar

Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran.


Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi

seorang yang lasak, berdikari dan berani.




Bab 5

Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang

memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji


pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci

akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga

bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Bab 6

Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh


basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai

Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal

sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai


ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah

disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda.


Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan

Firdaus mengayuh basikal.





Bab 7

Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan

kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan

Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari


dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya

sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.





Bab 8

Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan

berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan


Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya

bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya.


Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari

dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan


berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan

Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh


Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan

dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.




Bab 9

Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu,

Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia

merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya


Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan

cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan


tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah

berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit


meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam

daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah


sedar dan insaf.





Bab 10


Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang

sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan merasa

bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi penjelasan

bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas

pengalaman yang dilalui.




Bab 11

Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia

mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu


digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di

pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba


menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah

diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang.

Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak


bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.

SINOPSIS KESELURUHAN




Novel ini mengisahkan Johari, Azlina, dan Firdaus memulakan

eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu bertujuan


untuk menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa

golongan muda lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi.


Selain itu, datuk mereka mahu mereka melihat tanah air yang telah

merdeka dengan lebih dekat di samping menjadikan Firdaus lebih


berperwatakan lelaki sejati.

Dalam ekspedisi itu, Firdaus sering merungut kerana kepenatan.


Sikap Firdaus yang tidak mempunyai kesabaran itu menimbulkan

konflik antara dia dengan adiknya, Azlina. Walau bagaimanapun,


Johari sebagai sepupu mereka yang lebih dewasa sentiasa sabar dan

bijak menghadapi kerenah mereka. Akhirnya, ekspedisi tersebut

berjaya apabila mereka bertiga berjaya tiba di Pantai Morib Baru.


Firdaus berasa bangga kerana telah dapat mengayuh basikal sejauh

50 kilometer.


Ketibaan Firdaus di Pantai Moib Baru disambut oleh rakan

sekolahnya iaitu Sazali, Moksin, Salim, Erma, Zarina, dan Mazlinda.


Selepas itu, Firdaus membohongi kawan-kawannya dengan

mengatakan bahawa perjalanannya lewat kerana adiknya, Azlina

yang suka berehat. Tiba-tiba, Azlina didatangi oleh kawan-kawan


Firdaus yang ingin mencari kebenaran kata-kata Firdaus. Akhirnya,

Moksin dan Sazali mendapat tahu bahawa Firdaus berbohong. Pada

malam itu, Firdaus telah bermimpi lemas di laut selepas dihumban

oleh Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi itu menyebabkan


Firdaus insaf akan kesalahannya.

Pada keesokan harinya, Firdaus dan kawan-kawannya mandi di


laut kerana Johari dan Azlina sudah pulang. Sementara itu, Firdaus

berlumba selam dengan kawan-kawannya. Dalam kegembiraan itu,


Mazlinda telah dipukul ombak dan terkapai-kapai. Firdaus yang

pernah menipu itu terpaksa memberanikan diri untuk menyelamatkan

Mazlinda. Malangnya, dia yang lemas.


Sebaik-baik sahaja sedar daripada lemas, Firdaus sudah di katil

hospital. Firdaus sedar bahawa dia diselamatkan oleh Mazlinda.


Mazlinda berkata bahawa sebenarnya dia berpura-pura tidak tahu

berenang untuk menguji Fridaus. Firdaus berasa malu dan


menundukkan kepala. Johari menasihati Firdaus supaya

menunjukkan keberanian dan kejujurannya. Akhirnya, Firdaus

menerima nasihat kawannya lalu mengangkat muka untuk


memandang Mazlinda dengan berani.


Click to View FlipBook Version